Assalammualaikum wr wbt /salam sejahtera..
Mulai saat ini, hari ini dan detik ini ana telah diberi mandat oleh Pihak MTD GS utk menjadi Editor Pengarang Penerangan. Rasa terlalu berat juga utk ana nak pikul dan bawa tugasan ini, Insya-allah akan ana cuba buat yg terbaik namun pun begitu pasti ada kekurangan dalam penulisan ini dan amatlah diharapkan para netters semua dapat memberi pandangan dan sokongan uuntuk perbaikikan diri ana yg semestinya ada banyak kelemahan. Segala kebaikan dtg dpd ALLAH swt dan lemah itu daripada diri ana yg sememangnya terlalu kerdil dan sentiasa memperibaikikan diri..insya-allah..
29hb Jun, 2009- Gombak, Alhamdulilah segala pujian bagi ALLAH semesta Alam akhirnya segala perancangan yang telah di susun dan dirancang dengan baik akhirnya telah terlaksana tanpa sebarang halangan dengan kerjasama semua pihak.
Alhamdulilah Masjid Al-Khairiah Tmn Sri Gombak telah dibanjiri ramai pengunjung selepas solat Isya' pada 28hb Jun, 2009 (Ahad) tidak kira peringkat umur samada generasi muda/tua/kanak-kanak untuk menghadirkan diri ke Majlis ilmu untuk melengkapkan diri dengan mencari erti kehidupan sebenar seperti apa yang telah di usahakan pihak penganjur untuk mengadakan Forum Perdana untuk mengupas Tajuk Antara 2 Dunia. Disini sedikit ILMU untuk kita kongsi bersama sekiranya para pengunjung blog dan sahabat-sahabat yang tidak berkesempatan untuk hadirkan diri ke Majlis Perdana ini.
Tazkirah : Utz Roslan Mohamad
Nabi Muhammad saw telah menyatakan terdapat 4 Golongan Manusia iaitu :-
1) ALLAH beri ILMU, Harta kekayaan pada seseorang tapi digunakan dengan sebaiknya. Orang yang seperti ini mereka tidak lupa kehidupan dunia akhirat. Tidak mencari Dunia semata-mata, malahan waktunya dimanfaatkan sebaiknya untuk urusan Kerja dan urusan akhirat. Kehidupan nya diberkati ALLAH.
2) ALLAH bagi ilmu padanya walaupun dia Miskin tetapi dia tidak pernah lupa pada ALLAH. Orang yang seperti ini juga selamat Dunia Akhirat.
3) Dunia sahaja dicari. Didalam fikiran hanya fikir cari DUIT..DUIT,. sehingga tiada waktu untuk beribadat, tidak bercampur gaul dengan ahli jemaah masjid/surau, jiran tertangga apatahlagi. Orang yang seperti ini dilaknat ALLAH. Kehidupannya sentiasa tidak pernah merasa mengcukupi.
4) DUNIA AKHIRAT langsung takde - orang ini terlalu miskin, tidak terpenah dihatinya untuk fikir dosa pahala tetapi dia hatinya kerap melakukan dosa maksiat, menipu, menganayai orang dan lain-lain. Apabila tibanya saat-saat kematianpun orang ini hanya fikir harta kekayaan lagi. Nauzubillah.. jauhkan diri kita masuk dalam golongan sedemikian..
Ustaz Tn Ibrahim Tn Man : ALLAH swt menyarankan umatnya agar mencari dan melebihkan kehidupan akhirat untuk kita tiak lupa pada ALLAH swt. Bila kita fikrikan kehidupan dunia semata-mata kadang-kadang ALLAH bagi seseorg itu dengan kesenangan tetapi dalam keadaan ALLAH murka padanya (Istidraj). Umat manusia ditimpa penyakit iaitu TAMAKKAN DUNIA. Dunia umpama seperti orang yang sedang lena Tidur. Bila kita tidur kita dibuaikan dengan kehidupan yang penuh dengan angan-angan kosong.
Saidina Ali berkata " Umat manusia sekarang takut dan bimbang dengan kematian tetapi mereka tidak berusaha untuk buat kebaikan sebagai bekalan diakhirat " Jangan tertipu dengan kesihatan yang baik kerana mati tidak pernah tahu pada kesihatan yang baik, kematian akan berlaku pada bila-bila sahaja tetapi kita tidak mengetahui, bila dan dimana.. "oleh itu buatlah persiapan diri melengkapkan diri sebagai bekalan dikahirat.
Nabi saw bersabda "buatlah apa saja yang kamu suka asalkan setiap perbuatanmu itu akan mendatangkan kebaikan pada orang lain untuk mengikutinya. Kasih, cintailah dengan sesiapa saja tetapi ingat 1 hari kau akan berpisah dengannya.."
Ada 1 kisah dimana ada seorang sahabat terlalu sedih dengan kematian isterinya sehingga berbulan-bulan beliau tidak meneruskan ibadat yang lain sperti sediakala lalu pada 1 hari datang seorang wanita tua berjumpa dengan beliau dan berkata :
Perempuan Tua: wahai anak muda mengapa kamu bersedih sekian lama? Bolehkan aku bertanya 1 soalan?
Anak Muda : Wahai mak cik tolong jangan ganggu diriku kerana aku sedang bersedih hati.
Wanita tua: baiklah aku tidak ganggu dirimu tetapi hanya 1 soalan saja yang aku ingin kau jawab dengan baik kemudian selepas ini aku tidak ganggu kehidupan mu.
Anak Muda : Baiklah apa soalannya?
Wanita Tua : Aku berikan seutas gelang pada seseorang kemudian 1 hari aku inginkan kembali gelang tersebut adakah aku berhak untuk mengambil dan meminta padanya??
Anak Muda : Tentulah tidak boleh kerana kau telah memberi pada orang tersebut dan tidak patut Engkau memintanya kembali.
Wanita Tua : Tersenyum..Erm Begitulah kehidupanmu.. ALLAH berikan Isteri kepada kamu sebagai pinjaman tetapi kini ALLAH nak kembali isterimu, maka haruslah engkau redha dan teruskan kehidupan ini.
Anak Muda : Ya-ALLAH, ampunkan dosaku kerana kealpaan ku, terima kasih makcik kerana menyedarkan diri saya agar tidak terus bersedih hati dan terleka, isnya-allah saya tidak akan ulangi kesilapan ini dan akan teruskan kehidupan yang lebih baik..
Utz Roslan Mohamad : Israk Mikraj.
Tujuan ALLAH jadikan Israk Mikraj juga adalah satu pengajaran agar manusia sedar bila tiba hari pembalasan semua amalan kita ditayangkan ALLAH seperti slide show samada baik/ buruk. ALLAH akan bayar dengan BY CASH.
Manusia hidup tanpa berfikir Konsep Akhirat, ini amatlah amat dibimbangi.. Program ILMIAH tidak banyak tetapi jika program yang berunsurkan kemaksiatan amat banyak sekali diadakan. Majlis-majlis ILMu dimasjid/surau tidak banyak diadakan. Hidup perlu ada perancangan dan kejarlah kehidupan ini sebelum tercapai kehidpuan yang sebenarnya.
Nabi Saw bersabda " Banyakkanlah menangis dan kurangkanlah ketawa" Bila kita banyakkan ketawa hati menjadi keras dan mati dan sekiranya kita banyakkan menangis insya-allah hati kita menjadi lembut, subur dan tidak lupa pada ALLAH swt..
3 Mata yang tidak disentuh Api Neraka.
i) Mata yang berjaga Malam (Qiammulail)
ii) Mata yang takut pada azab ALLAH tidak melihat perkara-perakara yg lagha.
iii) Mata yang berjihad ke jln ALLAH.
ISLAM ini terlalu cantik dan indah ALLAH ciptakan kehidupan DUNIA AKHIRAT ada hikmahnya begitu juga ALLAH ciptakan kematian agar manusia tidak terlalu kejar kehidupan dunia semata-mata kerana dibimbangi mereka akan terus menerus lalai pada ALLAH.
Nab saw bersabda : "Siapakah Orang yang paling Bijak??" Mereka adalah orang-orang yang sentiasa ingat kematian"
Pegang teguh dengan prinsip ini DUNIA & AKHIRAT MESTI SELARAS SEMUA IBADAT KITA adalah kerana ALLAH swt semata-mata.
Muhasabah diri : Apa perbuatan kita buat ada tak yang tidak berkait dengan ALLAH??
Hidup ini semua ada kaitan dengan ALLAH. Bila kia ingat Akhirat automatic hati kita ingat pada ALLAH. So untuk mencapai ke arah itu rajian-rajinkan diri mencari ilmu, mengimarahkan masjid, dekati alim ulama'...waallahhualam.
Semoga dengan suntikan santapan rohani ini akan memberi kesedarn pada kita Bahawa kehidupan kita ibarat seperti Jambatan untuk menuju ke akhirat. waallahhualam
Penulis Editor : Ukhti Khaulah Azwar
http://khaulah-azwar.blogspot.com