Wednesday, December 22, 2010

Kenaikan harga barang! Satu lagi Projek UMNO/BN aniaya Rakyat!

Bandar Baru Selayang - Isu Kenaikan harga barang keperluan asas yang mendadak sejak akhir-akhir ini telah menjadi isu hangat setiap kali pengguna ingin membeli barangan dapur di pasaran mahupun di kedai.

Setelah mendengar aduan suara rakyat mengenai kenaikan harga barang yang keterlaluan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer, YDP PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer menyatakan bahawa ini merupakan fenomena yang hendak atau tidak perlu juga rakyat menerimanya kerana rakyat dibawah kuasa pentadbiran Kerajaan Pusat (UMNO/BN) yang sentiasa mengambil kesempatan kepada rakyat yang tidak mampu menentangnya.

Saya juga ingin meminta rakyat berfikir sejenak "Tiada gunanya kita merungus disana sini dengan kenaikan harga barang yang merupakan pemberian hadiah istimewa UMNO/BN kepada rakyat. Apa yang berlaku ini semua adalah keputusan tangan rakyat sendiri yang memberi sokongan padu kepada UMNO/BN untuk menerajui negara ini dengan membenarkan mereka melakukan kezaliman kepada rakyat. Sedar atau tidak adalah melalui Pilihanraya Umum (PRU ke12 ) yang lalu".

Seharusnya dengan melalui PRU, rakyat berhak membuat keputusan dengan sebijak-bijaknya agar tidak memberi kesan kepada generasi akan datang. Tetapi sayangnya rakyat masih tidak mampu menilai baik dan buruknya kerana mata hati mereka menjadi buta apabila diberi sogokan rasuah. Paling tidak pun, jika ada diantara rakyat yang sudah berpaling arah untuk memilih pentadbiran maka mereka diberikan ugutan pula oleh UMNO/BN. Inilah kerja UMNO/BN kepada rakyat dengan melakukan kezaliman dan penindasan.


Mohamad berkata lagi, "apabila rakyat pandai menilai siapakah yang layak menerajui negara ini, maka UMNO/BN mula membuat berbagai helah iaitu dengan tektik penipuan, penindasan dan sebagainya. Perkara ini akan berlaku setiap kali berlakunya pilihanraya kecil (PRK) atau pilihanraya umum (PRU).

Ini sudah menjadi lumrah dalam pentandbiran UMNO/BN selama 50 thn memerintah, tetapi rakyat tidak menggunakan peluang ketika diadakan PRK / PRU dengan sebaiknya untuk memberi ruang dan peluang kepada pentadiran kerajaan Pakatan Rakyat (PR), Sekiranya mereka beri laluan, saya yakin masaalah ini akan selesai kerana kita sendiri sudah lihat negeri-negeri dibawah pentadbiran kerajaan (PR) menjalankan tugas dengan amanah bagi menjaga kebajikan rakyat", ujarnya.



Dengan kenaikan Harga minyak RON97 baru saja diumumkan kenaikannya pada 30 November lepas dan kemudian tidak sampai seminggu, RON95 pula dinaikkan kepada RM1.90/liter. Serentak dengan itu, kenaikan harga gula pula diumumkan. Yang itu kerajaan UMNO/BN BN umum, tetapi mereka umum selepas harga itu naik di pasaran. Mungkin itu taktik menangani hati rakyat.

Sebagai pimpinan, kita sentiasa mendengar keluhan rakyat bahawa kenaikan harga barang keperluan utama baru-baru ini sememangnya membebankan rakyat pelbagai peringkat khususnya bagi mereka yang berpendapatan rendah. Gas, petrol dan gula merupakan barang keperluan asas telah meningkat. Ini telah menjadikan satu bebanan dalam kehidupan mereka. Rungutan dari kalangan rakyat ketika ditemui di PKM DUN Tmn Templer memberitahu dakwaan kerajaan berhubung kenaikan harga barangan keperluan terbabit hanya untuk penyelarasan harga merupakan pujukan untuk melunakkan alasan.

Orang kampung bukan faham pun tentang apa itu pelarasan. Ini merupakan bukti bahawa Perdana Menteri dan UMNO/BN, telah menipu rakyat dengan kenyataan tersebut, sebaliknya melindungi kegagalan dan kelemahannya sebagai pentadbir negara. UMNO/BN sekarang semakin teruk, tidak pandai mengurus ekonomi negara sehingga barang keperluan semakin naik. Penyelarasan harga hanya helah kerajaan untuk menutupi kelemahannya yang gagal mentadbir ekonomi negara," ujarnya.

Semua rakyat menjadi bengang. Apabila minyak dinaikkan harganya, secara tidak langsung barang-barang yang lain juga semestinya juga dinaikkan harga. Pada dasarnya memang kita rasa tidak berpuas hati dengan penarikan subsidi ini, bahkan bila kerajaan pernah menjanjikan bahawa RON95 tidak akan mengalami atau berlaku kenaikan, tiba-tiba mereka naikkan juga. Bukankah itu satu penipuan?

Kerajaan tidak seharusnya menghalang dan menyalahkan peniaga kedai minuman untuk menaikkan harga jualan mereka. Ini kerana kos yang bertambah akibat kenaikan harga barang terpaksa ditanggung sendiri oleh peniaga dan bukannya kerajaan. Sebagai contoh sebelum ini harga susu manis sekotak berharga RM100, sekarang meningkat kepada RM120, apakah kerajaan UMNO / BN ingin membantu bagi ’top-up’ yang RM20 tu ?

Katanya lagi, Mereka yang berniaga di gerai-gerai ini, mahu atau tidak harga air terpaksa dinaikkan. Bukan harga gula sahaja yang naik tetapi semua barang keperluan dapur naik. Bahkan gula yang dibeli bukan berharga RM1.85 sekilogram, sebaliknya RM2.00, malah ada sampai RM2.10 sekilogram.

Mohamad juga menyeru En Sabri Chik, agar turunlah ke pasar-pasar, kedai untuk membuat semakan harga barangan yang menjadi bebanan kepada rakyat, umumnya barang-barang tersebut semuanya telah naik. Walaupun kita tahu hanya harga gula, gas dan minyak diumumkan kenaikannya oleh Kerajaan Pusat, namun harga minuman berjenama lain seperti nescafe, milo dan sebagainya turut meningkat berbanding biasa.

Itupun pelanggannya yang membayarnya dan mereka memahami kenapa harga air yang mereka minum meningkat berbanding biasa. Mohamd melahirkan perasaan sedih dengan keadaan yang berlaku pada masa ini, kerana rakyat kini semakin tertekan apatah lagi apabila memikirkan masaalah kepada rakyat yang mempunyai sumber kewangan yang terbatas untuk menyara keluarga. Mereka terpaksa berhempas pulas menambah pendapatan. Memanglah usaha ini merupakan suatu yang positif, tetapi ia memberikan impak dan masalah sosial yang lain pula.
Justeru itu, sekali lagi saya menyeru rakyat di malaysia ini seharusnya sudah sampai masanya rakyat memikirkan supaya perubahan kepimpinan kerajaan pusat yang ada sekarang dipertimbangkan kredibilitinya pada PRU ke 13 nanti memandangkan sikap pemimpin UMNO/BN yang kurang berjimat cermat dalam menangani isu harga barangan sehingga mengambil keputusan menaikkan harganya. Bahkan mereka tidak menjaga kebajikan masyarakat yang mereka jaga adalah kroni-kroni dan kepentingan mereka sendiri. Saya pasti rakyat sudah pandai menilainya.

Editor :khaulah Azwar


AKS - KENAIKAN HARGA MEMBEBANKAN-TINTA SELANGOR.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI