Friday, January 7, 2011

UMNO/BN Jangan bermain bara api




Bandar Baru Selayang - Seramai 11 orang rakyat di DUN Tmn Templer telah menerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) fasa 1 sesi 2011 bagi meneruskan agenda Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) melalui Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) bagi tahun ke 3 untuk meringankan bebanan rakyat tanpa mengira perkauman. Majlis tersebut telah diadakan pagi tadi di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer .

Pemberian Skim SMUE fasa pertama telah disampaikan oleh Yang Dipertuan PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, Tn Hj Mohamad Abd Rahman dengan menyampaikan sumbangan RM1000 seorang setiap waris.

Disamping itu semua waris yang hadir telah diberikan cenderahati dan Buletin Info Tmn Templer Edisi 1, 2010 bagi menyebarkan maklumat mengenai program-program yang telah dilaksanakan oleh (PKM) DUN Tmn Templer dan tawaran-tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor (PR) kepada rakyat sepanjang tempoh pemerintahan tahun ke 3.

Dalam ucapannya, Mohamad telah meminta agar rakyat manfaatkan skim ini dengan sebaiknya bagi menguruskan urusan pengembumian, menunaikan haji/umrah untuk ibubapa yang telah pergi bagi kaum islam, urusan kenduri , melangsaikan hutang piutang arwah dan membina kubur arwah. Selain daripada itu beliau juga menyatakan skim ini diberi tanpa mengira parti politik.

Rakyat berhak menerima skim ini kerana ini duit rakyat. Semasa pemerintahan UMNO/BN dahulu skim ini ramai yang tidak mengetahuinya. Tapi alhamdulilah apabila PR memerintah ramai rakyat malaysia telah terima skim ini walaupun ada yang manupulasikan bahawa kerajaan PR tidak menunaikan janji untuk memberi skim ini kepada rakyat. Kenyataan ini adalah tidak berasas, pihak kami telah membuat rekod penerima dan jumlah pengeluaran yang diberikan oleh kerajaan PR untuk membantu rakyat.

Selain daripada itu, Mohamad juga telah menerangkan kepada rakyat yang hadir mengenai isu Surau Al-Hidayah Rawang yang diwawarkan oleh UMNO/BN mengatakan surau tersebut akan dirobohkan. UMNO/BN telah membuat Demo untuk kali ke 2 pada hari ini dan sebagai YDP PAS Kawasan Selayang saya bertanggungjawab untuk menerangkan isu ini kepada rakyat. UMNO/BN berlakun kononnya untuk pertahankan surau. Kita bukan setakat pertahankan rumah ibadah ini yang kita pertahankan adalah akidah umat islam, kebajikan rakyat juga.

Semasa pemerintahan UMNO/BN pada 2001, Tanah Surau Al-Hidayah tersebut telah dipecahkan kepada 8 lot dan dijual tanpa pengetahuan pihak pengurusan Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR). Tanah masjid tidak dibenarkan sama sekali dijual kepada mana-mana pihak. Sekiranya mana-mana pihak pemaju telah memajukan tanah tersebut hendaklah diserahkan kepada pihak masjid. Kenyataan ini telah kami berikan penjelasan kepada rakyat pada bulan lepas. Segala dokumentasi status tanah tersebut ada ditangan pihak masjid. Pihak Pemaju Mahumas Sdn Bhd juga telah menjelaskan isu ini. Tetapi kerjasama daripada pihak media bagi menerangkan isu dalam akhbar adalah tidak tepat menyebabkan rakyat tertanya-tanya.

Jadi kami amat berharap pihak media seharusnya menulis perkara yang benar dan jelas, jangan manupulasi isu-isu yang tidak berasas. Kami sudah tak larat melayan kerenah UMNO/BN yang ketandusan idea untuk meyakinkan rakyat mengenai isu yang berlaku.

Pihak kami juga telah membuat perjumpaan dengan pihak Masjid, Pejabat Tanah, Majlis Agama Islam (MAIS), Jabatan Agama Islam (JAIS) untuk tindakan-tindakan yang perlu diambil dan sedang dalam proses sehingga kini. Begitu juga gesaan kepada Pihak MAIS dan JAIS mengenai isu jejantas / jalanraya raya (MNIR) telah dibuat dan kita masih menunggu jawapan mereka.

Isu Surau ini masih dalam siasatan. Kita menggesa agar SPRM juga dapat ambil tindakan secepatnya, biar rakyat tahu hal sebenarnya.

Namun pada hari ini, UMNO/BN masih lagi membuat penerangan yang tidak berasas bagi mengelirukan rakyat.

Insya-ALLAH pihak saf pimpinan akan mengadakan mesyuarat bersama Exco Kerajaan Negeri Selangor di SUK S.Alam pada isnin ini, katanya.

Sementara itu, Pengurus PKM DUN Tmn Temppler En Kassim Packirry telah memberi sedikit penerangan mengenai Skim-skim yang ditawarkan oleh Kerajaan Negeri seperti SMUE, Tawaran Anak Masuk IPT, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS), Mammogram Sel, Ibu tunggal dan sebagainya agar rakyat tidak ketinggalan informasi.

Beliau juga mengingatkan kepada waris yag hadir pengambilan Wang tuntutan hanya dibenarkan dituntut oleh waris sahaja yang telah direkodkan sebagai penama waris semasa membuat permohonan.

Tuntutan ini tidak dibenarkan dituntut oleh mana-mana pihak samaada saudara mara, kawan kenalan kerana telah terjadi dimana waris telah membuat tuntutan dua kali. Apabila dibuat semakan oleh pihak pengurusan maka terjadi satu kes penipuan disini.

Begitu juga dengan setiap pengambilan borang-borang yang dimohon di PKM tidak dikenakan bayaran. Semua borang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, PKM adalah percuma. Sekiranya ada pihak yang mengambil kesempatan dengan kenakan bayaran setiap borang, kita amat berharap agar mangsa buat aduan ke PKM dengan segera bagi menjaga imej Kerajaan PR dan PKM, katanya.

Loke Fong Yee, 57thn berkata "beliau baru pertama kali menerima sumbangan ini seperti ini dibawah kerajaan PR, sebelum ayah saya meninggal beliau bagitahu tidak pernah menerima bantuan skim SMUE semasa 50thn pemerintahan Kerajaan UMNO/BN tetapi dibawah pemerintahan PR kita sudah terima bantuan tersebut. Ini menunjukkan pentadbiran Kerajaan PR adalah lebih tulus daripada UMNO/BN, terima kasih kepada semua pimpinan yang sentiasa membantu rakyat, katanya.

Sabariah Mohd Tarmizi, 33thn menyatakan " Skim dan tawaran yang diberikan oleh Kerajaan Negeri amatlah baik sekali. Begitu juga dengan penerbitan Buletin PKM DUN Tmn Templer Edisi pertama. Dengan penerbitan ini sekali gus rakyat akan dapat informasi yang tepat memandangkan mediaarus telah dimonopolikan oleh UMNO/BN".

Santha Kumar a/l Nada Rajah" Ini merupakan pertama kali saya terima sumbangan SMUE. Dulu mak atau ayah saya cakap tidak pernah menerima bantuan ini walaupun skim tersebut ada disediakan oleh Kerajaan tetapi rakyat tidak menerimanya. Kita pun tidak tahu kemana perginya duit tersebut.

Beliau juga rasa terkilan dengan kenaikan harga barang keperluan dapur seperti bawang, cili kering. Minyak masak yang sukar didapati pada masa ini membuat rakyat tertanya-tanya mengapa boleh terjadi krisis tersebut. Kita harap jika pentadbiran UMNO/BN tidak tahu menguruskan kewangan lebih baik jangan mentadbir negara, berundur biarlah kerajaan PR mengambil alih. Kita percaya PR mampu menerajui negara dan ekonomi dengan baik, katanya.



Editor :Khaulah Azwar


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI