Sunday, April 15, 2012

RM 3 Juta Bina Bangunan SJKT Ladang Midlans


SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor besar hati menyediakan sumbangan sebanyak RM 3 untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlans untuk membina bangunan sekolah baru. Manakala RM.17  pula dikumpul oleh  jawatankuasa PIBG.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucapan perasmiannya berkata, “pembinaan bangunan sekolah serba moden bernilai lebih RM3 juta itu merupakan hadiah buat rakyat menerusi perolehan hasil kekayaan negeri”.

“Saya difahamkan sekitar 50 tahun murid-murid sebuah sekolah Tamil di sini belajar di dalam bilik darjah dinding papan dan lantai simen”.

Menurutnya, pembinaan sekolah dan dewan serbaguna itu adalah bukti kesungguhan dan ketelusan kerajaan Selangor yang diterajui Pakatan Rakyat (PR) dalam membantu nasib rakyat tidak kira bangsa dan agama untuk merasai pembangunan negeri.

“Pembinaan bangunan sekolah dan dewan ini merupakan satu penterjemahan daripada hasil negeri yang kita beri kepada rakyat dan pertama kali dalam sejarah.

“Polisi kerajaan PR, kalau hendak beri bantuan, sediakan dahulu baru cakap.

“Di bawah Belanjawan Selangor, kita memperuntukkan berjuta-juta ringgit untuk pembangunan sekolah Tamil dan kita akan teruskan pemberian hasil negeri ini sekiranya diberi mandat untuk memerintah Selangor lagi, ” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri upacara perasmian bangunan SJK(T) Ladang Midlands dan Midlands Concention Centre di sini.

Bangunan dan kemudahan baru seperti makmal komputer dan perpustakaan yang tidak pernah dirasai murid-murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Midlands itu sebelum ini, dibina dengan lebih RM4.7 juta.

Pembinaan sekolah tersebut tidak menggunakan satu sen pun dari Kerajaan Pusat, ujar  Andul Khalid.

Difahamkan, bangunan sekolah baru itu boleh menempatkan kira-kira 2,000 murid-murid, sementara bangunan lama di kawasan bersebelahan akan dirobohkan untuk dijadikan padang bagi aktiviti kokurikulum.

Sekolah yang didirikan atas tanah seluas empat ekar itu memiliki 24 buah kelas, dewan perhimpunan, bilik mesyuarat, bilik komputer, perpustakaan, kantin dan bilik guru.

Pada masa yang sama, Abdul Khalid turut menyelar kegagalan kerajaan Umno-BN untuk memberi pembelajaran selesa kepada pelajar khususnya anak-anak ladang sehingga mengakibatkan mereka tercicir dari aspek pendidikan.

Ujarnya, peruntukan pendidikan yang sepatutnya disalurkan kepada rakyat juga gagal diurus dengan baik sehingga hari ini.

“Kerajaan pusat menjanjikan tanah untuk pembinaan sekolah, tetapi mereka tidak buat malah peruntukan yang sepatutnya ada untuk pendidikan juga tidak sampai kepada rakyat.

“Kerajaan pusat mengutip cukai daripada rakyat untuk membuat kemajuan di negara ini, tetapi ke mana hasil itu pergi?

“Walaupun kerajaan Selangor berbelanja besar untuk diberikan kepada rakyat, tetapi simpanan tunai kita tetap meningkat,” jelasnya.

 Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar, MP Shah Alam, Khalid Samad, MP Subang, R.Sivarasa, MP Gombak Azmin Ali, Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor dan Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan.


Editor : Khaulah Azwar


Himpunan PTPTN, Kalung Bunga Untuk Najib dan Khaled Nordin

KUALA LUMPUR  : Demonstrasi mansuh Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyaksikan upacara kalungan bunga di letak ke atas potret Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Upacara tersebut dilakukan di hadapan lebih 500 mahasiswa yang berhimpun di hadapan Kompleks Membeli Sogo di sini petang tadi.

Tindakan itu menurut Timbalan Presiden  (KAMI), Khalid Mohd Ismath sebagai tanda pemerintahan rejim Umno-BN yang mengepalai negara ini harus berakhir.

“Ini menunjukkan kemuncak kekecewaan dan kemarahan kami golongan mahasiswa terhadap segala kepincangan dan kegagalan kerajaan yang ada sekarang ini.

“Jadi, kalungan bunga itu sebagai kemuncak tanda protes terhadap pemerintahan Najib yang dilihat tidak bersungguh-sungguh membela rakyat, memajukan negara apatah lagi untuk memberikan pendidikan percuma.

“Begitu juga dengan Menteri Pengajian Tinggi yang tidak peduli dengan desakan mahasiswa,” jelas Khalid ketika ditemuramah media di Dataran Merdeka.

Disamping kalungan bunga, sebuah replika batu nisan dengan perkataan “Demokrasi by KPT” di letakkan di antara potret kedua pemimpin Umno-BN itu.

Khalid menjelaskan upacara tersebut sekadar upacara simbolik dan tidak seharusnya dijadikan isu utama.

“Itu cuma simbolik bahawa kerajaan yang ada ini harus dikuburkan kerana telah banyak menyusahkan rakyat samada golongan pelajar atau bukan.

“Perbuatan mereka sebenarnya yang melampau dengan pelbagai penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya yang mana rakyat yang menjadi mangsa sikap rakus dan tamak mereka,” tambah Khalid.

Komen Nurul Izzah Anwar, Tian Chua dan Pimpinan Himpunan PTPTN


Semua Mahasiswa berhak mendapat ilmu percuma seperti yang dijalankan oleh negeri-negeri lain, suka saya ingatkan kepada semua rakyat. 

Apa yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat, Untuk Hapuskan PTPTN akan dilaksanakan sekiranya Pakatan rakyat Menang dalam PRU13 Nanti. 

Jangan keliru statement dalam televisyen, media milik umno  yang telah tukar fakta. Mereka pertikai kenapa negeri Selangor tidak hapus PTPTN spt di Unisel yang dimiliki kerajaan pembangkang. 

Mcm mana nak hapus sebab PTPTN untuk dihapuskan bukan janji dalam manisfesto PRU12 tetapi akan dilaksanakan dalam PRU13.

So pencacai umno please jangan jadi orang munafik dalam berkata-kata. 

PR janji akan laksanakan sekiranya menang dalam PRU13 nanti. 

Justeru orang muda maka jangan teragak-agak untuk pilih Pakatan Rakyat (PAS, PKR, DA) Asalkan bukan UMNO.

Video Himpunan PTPTN-Adam Adli






Mahasiswa Bukan Spt Lembu, kini anak muda semakin sedar untuk bangkit atasi kezaliman UMNO. Pak Najib  dan Kuncu2nya akan lihat kebangkitan rakyat.. Ayuh mara kehadapan Anak muda, masa depan kita bukan ditentukan oleh UMNO laknatuallah.



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI