Monday, May 23, 2011

ADUN Mahu Belia solat walaupun bersukan

Gombak - Sukan Futsal merupakan sukan yang sangat digemari berbagai peringkat umur. Baru-baru ini Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia dengan kerjasama Pemuda PAS Gombak yang melibatkan 3 Cawangan (PAS Air Panas, Sg. Chincin dan Gombak Utara) telah mengadakan perlawanan Kejohanan Futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia 2011.

Sukan tersebut telah berlangsung di Kompleks Sukan Sinamax Sri Gombak. Berkata, Ketua Pemuda PAS Gombak Ustaz Syarhan Humaizi , “alhamdulilah pertandingan kejohanan futsal telah mendapat sambutan yang baik dimana sebanyak 32 pasukan telah meyertainya”.

Pertandingan ini bukan difokuskan kepada ahli PAS sahaja tetapi terbuka semua rakyat tanpa mengira parti. Apa yang kita lihat, semua peserta yang menyertai pertandingan ini terdiri daripada peringkat belia dan remaja sekolah menengah. Fokus utama diadakan program sukan futsal ini adalah untuk medekati belia dengan program yang mereka minati.

Mutakhir ini, sukan futsal telah mendapat sambutan yang sangat baik tanpa mengira umur dan jantina. Malahan kaum wanita juga begitu berminat untuk melibatkan diri dengan sukan futsal. Ini adalah satu aktiviti yang sangat sihat untuk mendekati belia daripada mereka terlibat dengan aktiviti yang kurang sihat.

Menurut Syarhan, sukan futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia terdapat kelainannya antaranya semua pemain perlu mengikuti syarat permainan antaranya perlu melakukan solat berjemaah apabila tiba waktu solat dan berpakaian menutup aurat.

Penyerapan konsep keislaman perlu diterapkan kepada semua peserta yang menyertai pelawanan ini. Ini adalah bertujuan bagi mendidik hati semua pemain agar tidak lupa menunaikan solat berjemaah walau apa sekali keadaan. Lebih-lebih lagi apabila diadakan sukan, kita tidak mahu mereka lalai menunaikan solat dengan memberi berbagai alasan untuk tidak menunaikan solat.

Satu kemanisan kepada semua pemain apabila dilatih melakukan solat berjemaah dalam keadaan bersukan. Dengan melakukan solat berjemaah sudah pasti mengeratkan silatrurrahim antara pasukan walaupun tidak mengenali pasukan lain. Solat berjemaah di adakan tengah-tengah gelanggang, katanya.

Sementara itu, Ahli dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia Y.B Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang telah merasmikan Kejohanan Futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia 2011 melahirkan kegembiraanya apabila dilihat sukan futsal yang diadakan berkonsepkan islamiah untuk mentarbiyahkan diri semua pemain agar sentiasa mengingati Allah SWT walaupun diadakan aktiviti sukan.

Katanya, “Penekanan tentang solat dalam apa keadaan sekalipun perlu dilakukan kerana apa yang kita lihat tidak kira jenis sukan diadakan terdapat kelalaian di hati semua pemain. Ini jelas terbukti apabila di adakan perlawanan sukan yang bermula 3 petang sehingga masuk waktu isya, pemain terleka dengan meneruskan agenda perlawanan tanpa memberhentikan seketika untuk solat asar dan solat magrib. Mereka terbabas dengan hal keduniaan semata-mata walaupun terdengarnya seruan azan mengajak umat islam menunaikan solat. Bagi mereka permainan ini perlu diteruskan sehingga lari daripada landasan sebenarnya”.

Harapan besar saya, semoga tarbiyah yang diberikan oleh Pemuda PAS Gombak untuk membantu mendidik jiwa belia yang menyertai pertandingan ini akan di amalkan dalam sukan-sukan akan datang walaupun bukan parti PAS yang menganjurkannya, katanya.

Selain daripada itu, Datuk Hasan juga telah mengingatkan semua peserta yang berumur 21thn keatas agar mendaftarkan diri dalam daftar pemilih bagi menjalankan tanggugjawab sebagai pengundi pemuda dan sebagai rakyat Malaysia.

Tidak kira parti apa yang hendak kita pangkah tetapi yang penting perlu mendaftarkan diri sebagai pengundi yang mana ia merupakan satu kewajipan kita sebagai rakyat untuk memilih siapakah pemimpin mereka yang layak mentadbir negeri ini dengan aman, tulus dan sentiasa membantu rakyatnya, ujarnya.

Pertandingan Kejohanan Futsal Belia Piala ADUN Gombak Setia 2011 telah dimenangi oleh pasukan Payung FC dengan memperolehi replika cek RM1000 dan Medal yang telah disampaikan oleh ADUN Gombak Setia.


Editor khaulah azwar

36thn UMNO/BN Gagal Atasi Masalah Banjir

Gombak- Berakhirnya suatu penyeksaan bagi penduduk Kampung Tengah Satu yang mempunyai penduduk kira-kira hampir 600 orang apabila masalah banjir besar dan lumpur yang berlaku setiap tahun dapat di atasi oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR).

Seorang penduduk di sini Hj Mohamad B. Zain, 79 thn ketika di temui dikediamannya baru-baru ini berkata,”alhamdulilah masalah banjir besar yang pasti berlaku setiap tahun dapat diselesaikan dengan segera. Ini adalah tindakan yang sangat mengembirakan kami sebagai penduduk Kampung Tengah”.

Masalah ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) apabila mereka menang dalam pilihanraya umum (PRU) ke 12 yang lalu. Kerusi PAS yang dimenenangi oleh Y. Datuk Dr Hasan Mohamed Ali telah mengubah segalanya. Ini adalah satu amaran kepada pimpinan UMNO/BN yang mentadbir Negeri Selangor di DUN Gombak Setia selama 52 thn mentadbir negeri, mereka tidak dapat memberi khidmat yang terbaik kepada rakyatnya.

“Rakyat berhak memilih siapakah yang layak mentadbir negeri ini jika pengurusan, ketulusan dalam menjalankan tugas tidak dilakukan dengan baik”.

Kami rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana ADUN yang kami pilih dalam PRU ke 12 lalu adalah seorang pimpinan yang beribawa dan mampu menjalankan tugas dengan sempurna. Beliau sering bertemu rakyat di sini tanpa mengira parti dan perkauman.

Menurut Mohamad semasa banjir besar berlaku dengan kenaikan air pada ketinggian tiga kaki atau paras lutut akan menyebabkan 4 buah rumah mengalami kerosakan yang paling teruk. Ketika kejadian itu berlaku saya telah dimasukkan ke Hospital kerana sakit. Y.B Datuk Hasan sudi menziarahi saya. Dikesempatan yang ada saya telah memaklumkan kepada beliau mengenai masalah utama yang dialami oleh penduduk Kampung Tengah iaitu Banjir setiap tahun dan penduduk menangung kerugian yang besar dalam anggaran RM4000.

Alhamdullilah dua hari selepas pertemuan dengan Y.B Datuk Hasan, beliau telah mengambil tindakan drastik dimana Datuk, pegawai Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG), Pegawai Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR), dan Pegawai Majlis Perbandaran Selayang (MPS) telah turun padang ke kampung kami. Seminggu kemudian kerja-kerja menaiktaraf dilakukan.

Saya difahamkan anggaran kos daripada Kerajaan PR untuk membina perparitan Bentuk “u” RM25 ribu dalam ukuran 300 cm. Untuk menghasilkan kerja yang berkualiti dan tiada berlaku sebarang penagguhan Y.B Datuk Hasan telah memberi masa kepada pihak kontraktor selama sebulan. Kami merasa sangat gembira dan benar-benar kagum dengan kepantasan, kebijaksaan beliau dalam menangani isu banjir. Setiap kerja dilakukan telah dibuat secara sistematik dan berkala.

Justeru itulah, saya mewakili penduduk Kampung Tengah Satu, ingin merakamkan setinggi penghargaan Terima kasih kepada Y.B Datuk Hasan Mohamed Ali kerana berjaya menyelesaikan masalah penduduk secepatnya walaupun 3thn lebih PR memerintah. Keprihatinan beliau sebagai ADUN Gombak Setia kepada rakyat amat kami hargai. Semoga beliau dan saf pimpinan PR terus memerintah di Negeri Selangor. Saya yakin jika rakyat memberi sokongan kepada Kerajaan PR sehingga PRU ke 13 nanti insya-allah berbagai masalah dapat di selesaikan bahkan berbagai bantuan diberikan oleh pimpinan kepada rakyat tanpa mengira ideologi pemahaman politik dan agama, katanya.

Ujarnya lagi, “36 thn saya duduk disini masalah banjir ini tidak dapat diselesaikan oleh Kerajaan dahulu (UMNO/BN) walaupun silih berganti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Aduan demi aduan juga telah kami buat kepada mereka namun tiada tindakan di ambil”.

Amat menyedihkan kami lagi apabila penduduk di sini ingin meminta bantuan kepada ADUN kerajaan terdahulu begitu amat sukar sekali lebih-lebih lagi setiap kali banjir berlaku. Bantuan hanya diberikan jika kawasan tersebut telah dikenal pasti sebagai penyokong UMNO/BN.

Kami sebagai penduduk Kampung Tengah amat menyesali dengan layanan diberikan oleh mereka. Perkara ini tidak seharusnya berlaku kerana sebagai pimpinan mereka wajib melayani rakyat dengan baik tanpa mengira parti dan perkauman.

Jika kami bertemu dengan ADUN mengadu masalah yang penduduk hadapi, mereka hanya turun padang mengambil foto dan menabur pelbagai janji kemudian tiada tindakan susulan dibuat, katanya ketika ditemubual oleh media semasa membuat lawatan turun padang ke kawasan tersebut.

Turut hadir bersama Tok Penghulu Mukim Setapak, Zuraimi Mohaini, Ketua Kampung Tengah Idrus Yusof, Ketua Zon 9 Gombak, Zulkifli Ibrahim dan petugas sukarewan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI