Saturday, April 14, 2012

Pakatan Rakyat Kecam Sekiranya Projek Lynas Di Teruskan




Shah Alam : Himpunan Anti  Lynas dihadiri lebih 300 peserta anjuran  Solidariti SeMalaysia Himpunan Hijau   bersama badan bukan kerajaan (NGO)  di Dataran Shah Alam  petang semalam  diadakan secara aman tanpa diganggu kacau petugas-petugas polis.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad  merangkap AJK PAS Pusat mendakwa  syarikat yang menjalankan projek tersebut diberi hak istimewa dan kedudukan luar biasa sehingga tidak perlu membayar cukai selama 12 tahun walaupun menerima keuntungan berbilion ringgit.

Beliau berkata,   "saya bersama  saf pimpinan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menyelar tindakan kerajaan pusat  (UMNO yang seolah-olah lepas tangan terhadap keselamatan rakyat walaupun sudah sedia maklum.

Kita sudahpun bentangkan isu ini   di Dewan Rakyat, projek Lynas bernilai jutaan ringgit itu akan menghasilkan sisa radioaktif".
Tetapi jawapan mereka berikan "Kerajaan tidak akan menutup kilang ini sekiranya Pakatan Rakyat gagal membuktikan kilang itu tidak selamat. Nak buktikan macam mana lagi? Nak tunggu sehingga  semua rakyat mati baru terbukti ke?.

“Sepatutnya, kalau terbukti ia selamat, baru dibuka, bukan sebaliknya. Ada satu penjelasan yang boleh memberi penerangan kenapa kerajaan bertindak sedemikian rupa  kerana  pihak-pihak tertentu telahpun menerima duit dan sogokan, uajrnya.


“Pada pandangan saya, mereka telah diberikan duit atau dijanjikan duit berterusan sehingga kerajaan tidak sanggup untuk menukar keputusan yang dibuat,” selar Khalid.

Sementara itu, Dr Rani Osman, YDP PAS Selangor pula berkata, "kita kecam kerajaan pusat sekiranya mereka ingin meneruskan projek lynas yang sudah pasti memberi ancaman seluruh rakyat Malaysia".

"Sekiranya mereka teruskan niat itu, kita daripada pembangkang bersama badan-badan  bukan NGO tidak teragak-agak mengadakan bantahan besar-besaran seluruh negara".

"Janganlah mereka hanya mengaut keuntungan sebelah pihak sahaja tetapi memberi kesan  buruk kepada semua rakyat".

Dalam pada itu beliau juga mempertikaikan Slogan UMNO "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan".

Katanya, Slogan yang UMNO sering laungkan  tidak menggambarkan mesra rakyat langsung".

Turut serta dalam himpunan itu adalah Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman, Ketua Penerangan PAS Selangor, Saari Sungib dan Pengerusi Solidariti Hijau SeMalaysia, Zulkefly Mohamad Omar.

Juga hadir Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S.Arutchelvan, Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Mohamad Safwan Anang dan wakil ABU, Haris Ibrahim.

Difahamkan, Himpuna  Anti Lynas  sama  diadakan petang semalam, turut berlangsung di 10 lokasi lain seperti di Pahang (Masjid Al-Fatah, Batu 3, Kuantan), Perak (Tapak kilang ARE Bukit Merah, Menglembu), Sarawak (Masjid At Takwa, Miri) dan Kelantan (Dataran Ilmu, Kota Bharu).

Lokasi lain yang turut terbabit adalah Negeri Sembilan (Taman Tasik Seremban), Kedah (Dataran Jam Besar, Sungai Petani), Johor (Masjid Daerah Batu Pahat), Melaka (Masjid Al Azim), Terengganu (Masjid Pengadang Baru, Kuala Terengganu), Pulau Pinang (Masjid Permatang Janggus, Permatang Pauh).

Kilang bernilai RM700 juta di Gebeng, Kuantan diusahakan oleh Lynas Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat Lynas Corporation dari Australia.

Ia menimbulkan kontroversi kerana didakwa akan menghasilkan sisa radioaktif yang boleh memudaratkan kesihatan orang ramai.


Editor : Khaulah Azwar

Video Rakaman Himpunan Lynas

Lynas Mengacam Nyawa Seluruh Rakyat Malaysia



Shah Alam : Seluruh Rakyat Malaysia perlu bangkit menentang kezaliman Kerajaan Pusat yang bersungguh-sungguh ingin meneruskan Projek Lynas, kata Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) Wan Hasrina Wan Hassan  dalam sidang media  Anti Lynas di Dataran Shah Alam petang semalam.

Kata beliau, "saya menyeru agar semua rakyat malaysia  tanpa kira parti, jantina dan umur membuat bantahan secara aman kepada kerajaan pusat  kerana sekiranya projek lynas diteruskan ianya bukan beri kesan di negeri Kuantan, Pahang tetapi seluruh negara di Malaysia disini".

Golongan wanita  yang melahirkan anak juga akan berhadapan ancaman nyawa kesan rodioaktif, maka dengan itu seharusnya golongan wanita harus bangkit menentang Projek Lynas ini bukan hanya mendiamkan diri, ujar Wan Hasrina. 

Tambahnya lagi, "beradanya saf pimpinan Pakatan Rakyat, Badan-badan bukan NGO, Mahasiswa-mahasiswa dan rakyat hari ini  hanya menjalankan  tanggungjawab  kita sebagai rakyat prihatin.

Kita berhimpun secara aman untuk menyedarkan kerajaan Pusat agar hentkan projek lynas ini.  Rakyat Malaysia harus menyedari kesilapan yang dilakukan kerajaan pusat".

"Tanggungjawab  menolak projek lynas   bukan terletak kepada pimpinan kerajaan (PR) yang terdiri daripada PAS, PKR, DAP tetapi rakyat yang menyokong UMNO juga harus menentang projek ini. Semua rakyat harus bertanggungjawab", kata Wan Hasrinah merangkap Ahli Majlis Perbandaran  Ampang Jaya (MPAJ) Zon 1.

Himpunan Aman  dihadiri lebih 300 peserta berakhir jam 3.30 petang itu, masih dilaungkan rakyat yang hadir dengan STOP LYNAS, STOP BN, Takbir Allahuakhbar. 
  

 Editor :Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI