Thursday, December 23, 2010

Apakah Agenda UMNO/BN Sebenarnya "Surau-al-Hidayah"

Rawang- Berikutan dengan peristiwa mengadakan bantahan Demostrasi Surau Al-Hidayah yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab baru-baru ini, sedikit sebanyak telah membuatkan rakyat menjadi marah, gelisah, tergugat dan sekaligus ianya menjadi isu sensitif kepada umat ISLAM di negara ini.

Bagi menjawab segala kontrovesi ini, maka pihak pengurusan masjid, Penyelaras DUN Tmn Templer bersetuju mengadakan sesi penerangan kepada rakyat mengenai isu tersebut agar rakyat tidak menjadi keliru dengan pengurusan pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) terutamanya di Negeri Selangor ini .

Sesi penerangan tersebut telah disampaikan oleh Dr. Badrul Amin Baharom Pengarah Penerangan EXCO Kerajaan Negeri Selangor. Turut hadir bersama Nazir MNIR, Ilham Akhbar Harun dan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Md Sabri Md Taib.

Dalam ucapannya "Badrol Amin menegaskan bahawa tanah ini adalah Tanah Wakaf Masjid. Mesti wajib diberi kembali kepada Masjid. Sekiranya mana-mana pihak pemaju telah memajukan tanah tersebut maka perlu disewa kepada pihak masjid , Ianya tidak dibenarkan sama sekali untuk dijual".

"Semasa pemerintahan Kerajaan UMNO/BN tanah wakaf 8 lot tersebut telah dibahagi-bahagikan sesama mereka tanpa pengetahuan pihak pengurusan masjid . Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Negeri Selangor memerintah dan ingin mengambil alih tanah tersebut untuk diserahkan kembali kepada masjid, pihak UMNO/BN telah mengusir semua peniaga dan ingin merobohkan surau tersebut".


"Yang menjadi tanda tanya kepada kita semua, kedai-kedai tersebut bukan hak milik surau Al-hidayah. Disini apakah agenda mereka sebenarnya. Pertahankan Surau atau pertahankan kedai. Kemanahkah pula perginya tapak sekolah melayu, ? Disini siapakah yang menggadaikan Tanah Orang Melayu Di Rawang?"

Ini merupakan isu senstitif. Beliau juga menegaskan bahawa sepanjang pemerintahan kerajaan (PR), Pihak Kerajaan Negeri tidak sama sekali ingin merobohkan surau tersebut dan tidak pernah berlaku lagi rumah ibadah dirobohkan dimana-mana negeri. Sekiranya ada ianya berlaku oleh pihak UMNO/BN yang mempunyai agendanya tersendiri, katanya.

Jelas dan nyata Surau Al-Hidayah tidak akan di robohkan oleh mana-mana pihak pemaju. Semoga penerangan yang telah disampaikan oleh Pengarah Penerangan Exco Kerajaan Negeri, Pihak Nazir Masjid dan Penyelaras DUN Tmn Templer mengenai isu surau ini telah terjawab dan rakyat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Sementara itu, Mohamad Abd Rahman, menjelaskan "segala isu yang timbul telahpun dijelaskan dan beliau meminta agar rakyat tidak mudah percaya dengan perkara yang diwawarkan oleh pihak UMNO/BN dalam semua media yang pro kepada UMNO/BN".

"Segala isu yang ditimbulkan harus dirujuk kepada pihak pentadbiran pengurusan masjid yang mempunyai bukti kukuh seperti simpanan jual beli tanah, rekod pelan tapak surau dan sebagainya".

Beliau juga menjelaskan bahawa bukan sahaja status tanah surau Al-Hidayah yang bermasaalah semenjak pemerintahan UMNO/BN tetapi isu tanah perkuburan Islam Tmn Rawang Perdana, dan Jalan Raya yang telah memasuki kawasan Perkarangan Masjid Nurul Iman Rawang (MNIR) disini masih tidak dilangsaikan lagi.

Isu Jalan Raya ini telah pun dibuat pemantauan oleh pihak Y.B Dato' Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor pada bulan Februari, 2010 yang lalu. Dato' Hasan telah meminta agar pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) agar mengambil tindakan dengan segera.

Mohamad berkata, semasa turun padang bersama Dato' Dr Hasan, "Dato' telah menegaskan sebarang kerja-kerja menaiktaraf infrastruktur jalan raya oleh mana-mana pihak pemaju, demi menjaga keselamatan rakyat yang hadir untuk mengimarahkan masjid seharusnya perlu dibawa berbincang dengan pengurusan pentadbiran masjid kerana masjid lebih arif tentang itu".

Tetapi apa yang berlaku, kita amat kesal kerana pihak pemaju ibarat seperti "orang yang tidak tahu beradab untuk memasuki kawasan orang, katanya."

Ini adalah disebabkan pihak pemaju membuat tindakan tanpa membawa perbincangan bersama dengan pihak masjid. Dengan tindakan tersebut maka jalan raya tersebut menjadi sesak dan keselamatan rakyat yang hadir untuk menunaikan solat menjadi tergugat. Bahkan ia mengancam pengguna jalan raya yang melalui kawasan ini, ujarnya.

“Jika susur ini hendak dibuka nantipun pun kita harap, masalah kesulitan khariah untuk masuk ke kawasan masjid ini dengan cadangan meletakkan lampu isyarat dan masalah keselamatan, dapat ditangani".

“Kita dimaklumkan pengawasan susur ini adalah dibawah pentadbiran pihak Jabatan Kerja Raya (JKR). Jadi, kita cadangkan Mais bersama pihak masjid, Pejabat Tanah dan Daerah Gombak, JKR, Pejabat Tadbir Agama Islam dapat bincangkan isu ini, dengan segera, " katanya.

Tegasnya lagi, "sebelum ini pemaju yang terbabit telah mengambil tanah itu tanpa menghormati pihak masjid dan sekiranya kawasan susur berkenaan hendak diambil pun, ia perlu mengambilkira kehendak pihak MNIR yang mewakili khariah.

Difahamkan, isu turut sama dituntut berkenaan pengambilan tanah masjid itu ialah sama ada pampasan perlu dilunaskan oleh pemaju berkenaan kepada pihak masjid.

"Insya-ALLAH saya dan semua pihak pengurusan surau/masjid akan memberi kerjasama dengan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi penjelasan secara terperinci. Semua peristiwa yang berlaku akan kami bongkarkan satu persatu selepas ini. Biar rakyat tahu perkara yang sebenar siapakah yang menjadi dalang petualang tanah melayu tergadai, katanya".


Sehubungan dengan itu, Nazir (MNIR) Ilham Akhbar Harun dan pihak pengurusan (MNIR) rasa kesal dengan tindakan pihak yang tidak bermaruah dan tidak bertanggungjawab dengan mencontengkan jalan raya di sekitar laluan masjid dengan memberi ugutan. "This Section is not yet good, is not afraid of big, killed off ha..haha..36", dengan melakarkan gambar kepala babi, perkara ini telah mengingatkan kita peristiwa meletakkan kepala babi di masjid Shah Alam."

Beliau menegaskan, "andai mana-mana pihak yang tidak berpuas hati dengan pihak pengurusan masjid seharusnya bersemuka dengan cara yang baik bukan melakukan perkara yang tidak bermoral seperti ini, katanya selepas pertemuan sidang media disini.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI