Saturday, November 30, 2013

Kem Modal Insan (KEMUDI) bersama Utz Zamri Mari Mengaji dan Utz Fauzan Madzlan

Mohon pihak moderator sebar informasi Selamatkan Akhlak Generasi Islam semakin luntur untuk kebaikan ummah. Disertakan borang penyertaan untuk tindakan tuan / puan .

Salam insya-allah berikutan selepas program kem smart solat, Kelas tuisyen LASAK akan meneruskan agenda kem seterusnya untuk memperbaiki akhlak-akhlak pelajar islam yang semakin runtuh berpunca tersalah pilih kawan dan terlibat dengan gejala sosial dan juvana.

Insya-Allah Kelas Tuisyen LASAK akan mengadakan Kem Modal Insan (Kemudi) bersama utz zamri mari mengaji Tv9 dan utz fauzan madzlan yang akan diadakan pada


Tarikh : 28-30 Disember, 2013
Tempat : Kem Raudah (Kediaman Shalet dan dorm)
Yuran : RM180
Umur : 7-19 tahu
Undangan Artis Pelajar Mahad Tahfiz Raudhah Alidin yang merupakan anak yatim (PERCUMA)

Aktiviti outdoor darpada kem antaranya Jungle treking, Night walking, survival, rempuh halangan, sungai asid (Perbaiki akhlak peserta) Water confident.


Selain itu Utz zamri juga menyediakan berbagai aktiviti (Outdoor dan indoor) yang meliputi sahsiah pelajar, LDK, dll yang perlu dirahsiakan.. tunggu waktu program..


Tuisyen LASAK juga akan meneydiakan Persembahan Nasyid Mahad Tahfiz Raudhah yang merupakan pelajar anak yatim. Beliau akan sebarkan dakwah 7 lagu hitz untuk memberi kesedaran kepada semua peserta kem kemudi..PERCUMA SAHAJA..

1) Akhlak Mulia

2) Hujan Hati

3) Ibu Tersayang

4) Alhamdulilah

5) Cinta

6) Resah Hati

7) Roda2 hidup

Mohon tolong sebar dan tag kepada saudara mara, keluarga dan kenalan dalam fb tweeter dll untuk bersama selamatkan akhlak generasi islam yang semakin luntur.

Tanggungjawab ini bukan terletak kepada seorang pendakwah, guru, lectrure, alim ulama semata-mata tetapi kita semua yang Allah beri hidayah untuk sama memikul tugas ini sebaiknya.

Jika Kami bimbang sedih dengan apa yang berlaku, mengapa anda sebagai ibubapa tidak bimbang?? Ayuh selamatkan akhlak generasi islam kita. Umat Islam mesti berjaya dan lebih baik dan hebat daripada hari ini.. waallahhualam

Pengarah Kem Kemudi

013-6893185 / 017-2436875 / 014-8302268/013-3237743

Wednesday, November 27, 2013

Noh Omar: Adakah Yang Berhormat Sokong Liwat ?


Sidang DUN : Kampung Tunku puji kecekapan MB


Lagu Rasmi Tema PAS Version Muktamar



Walaupun tahun ini tidak dapat bersama kerana tugas namun hati tetap di muktamar. tahniah semua peserta muktamar terusr perjuangan.

ADUN Gombak Setia :Nak Jadi Mukmin Yang Baik Jagalah Solat 5 waktu

Gombak : Umat islam disarankan agar tidak meninggalkan solat lima waktu sehari semalam bagi membendung diri daripada melakukan kemungkaran.
Penyampaian sumbangan dana pembangunan seri alhuda daripada Tuisyen LASAK


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Hasbullah Ridzuan dalam ucapan penutup proram Kem Smart Solat anjuran kelas Tuisyen LASAK berkata, “Sesungguhnya solat itu satu kewajipan. Allah SWT juga menyatakan sesungguhnya solat itu mencegah perbuatan keji, mungkar. Maka tidak ada sebab umat islam meninggalkan dan melengahkan solat”.

Fenomena hari ini amat membimbangkan ibubapa, guru-guru dan masyarakat apabila jenayah semakin meningkat dikalangan golongan remaja dan belia . Perkara ini berlaku adalah salah satu sebab apabila seseorang indvidu islam itu tidak menunaikan solat. Di dunia mereka akan melakukan apa sahaja tanpa memikirkan natijah yang akan mereka perolehi di padang masyar dengan amal perbuatan mereka sendiri.

Menurut Hasbullah, untuk menjadi individu muslim dan mukmin yang baik selepas khalimah syahadah adalah perlu menjaga solat kerana apabila setiap perbuatan keji dan mungkar yang dilarang Allah hendak dilakukan mereka tidak akan lakukan kerana hati mereka akan ingat Allah.
Peserta Kem Smart Solat kusyuk dengar ucapan ADUN Gombak


Sehubungan itu beliau juga mengharapkan agar program yang dianjurkan Kelas Tuisyen LASAK mampu memberi semangat kepada semua peserta Kem Smart Solat selepas balik daripada program ini mereka tidak akan tinggal solat lagi. Solat lima waktu dan perlu berjemaah. Semoga amalan mereka lakukan ini mampu menyejuk hati kepada semua ibubapa yang telah menghantar anak-anak ke kem ini, ujarnya.

Hasbullah yang juga merangkap Timbalan YDP PAS Gombak merakamkan tahniah kepada ibubapa yang sanggup menghantar anak-anak ke kem selama tiga hari dua malam sempena cuti sekolah yang panjang bagi memastikan ibadah anak-anak dapat di perbaiki dari semasa ke semasa.

Bagi saya Ini adalah satu usaha murni semua pihak bukan sahaja kepada pihak penganjur bahkan usaha ibubapa untuk memastikan solat anak-anak diterima Allah SWT walaupun ibubapa tidak sempat menyemak bacaan solat anak-anak namun telah mengambil langkah yang baik dengan menghantar anak-anak ke kem smart solat, ujarnya dalam ucapan majlis pernutup Kem Smart Solat di Kem Alang Sedayu Batu 12 semalam.

Saya juga difahamkan kem ini tidak akan terhenti sempena cuti sekolah namun akan diadakan program lain pada bulan Disember ini oleh Kelas Tuisyen LASAK. Perancangan yang cukup teliti dan kemas telah dilaksanakan dengan sebaiknya maka saya harap ibubapa tidak lepas untuk mengikuti kem seterusnya demi memastikan cuti sekolah yang panjang dapat diisikan dengan program yang berfaedah, katanya.

Sementara itu, Pengarah Program kem Smart Solat Khaulah Azwar pula berkata, alhamdulilah program selama tiga hari dua malam mampu dilaksanakan dengan diadakan aktiviti seperti Usrah kaum ibu dan peserta “Kenapa Perlu Solat, kesan meninggalkan solat” yang telah disampaikan oleh Prof Dr Norasiah Mohammad. Ice Breaking LDK 1, Jungle trekking Survival Wudhu, Pengisian akidah, tahsian Al fatiha dan kuliah bagaimana mendapat kesempurnaan solat (LDK2), Aspirasi diri serta persembahan kebudayaan amal islami, Panduan mencari arah kiblat dengan menggunakan bintang dan lain-lain lagi
, katanya.

Menurutnya walaupun program ini sangat singkat namun peserta telah diberikan teori dan pratikel yang berkesan untuk mereka memperbaiki mutu solat selepas mengikuti kem ini.

Apa yang kita harapkan agar ibubapa juga perlu memainkan peranan dengan memastikan anak-anak solat berjemaah, membawa anak-anak ke masjid dan surau apabila tiba waktu solat magrib dan isya. Ini bertujuan untuk memupuk anak-anak agar tidak tinggal solat berjemaah dan hati mereka tertaut di rumah-rumah Allah.

Sepanjang tiga hari berkampung di Kem Alang Sedayu, peserta telah berjaya bangun 4 pagi untuk berqiammulail, solat tepati waktu dan berjemaah. Maka selepas program ini saya amat berharap ibubapa mampu juga mengadakan qiammulail bersama ahli keluarga dirumah. Jika ini dapat dilakukan saya yakin kita mampu membentuk keluarga islam yang sempurna kerana menghidupkan amalan sunnah Nabi Muhammad SAW,katanya kepada pemberita selepas majlis penutup Kem smart solat.

Tambah beliau lagi, alhamdulilah ramai ibubapa yang hubungi saya dan AJK selepas tamat program mengucapkan terima kasih atas bimbingan anak-anak sepanjang tiga hari di kem. Nampak juga perubahan dalam diri anak-anak setelah ikut program. Mereka juga minta agar adakan satu kem lagi sebelum sekolah buka.

Insya-allah jika Allah izinkan demi kebaikan generasi islam ini saya akan usahakan. Doakan semoga pihak pengurusan kami dimudahkan urusan. Dan program terdekat adalah pengambilan pelajar baru sesi 2014 tuisyen subjek kritikal (Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab taun 1-6) pada bulan 7 Disember, 2013,ujarnya.
Fasi dan AJK Kem Smart Solat gembira setelah selesai menjalankan tugas


Majlis diserikan lagi dengan penyampaian replika cek RM2000 daripada Kelas Tuisyen
LASAK kepada Sekolah Seri Al-Huda bagi pembinaan kompleks pendidikan Seri Al Huda, Penyampaian sijil anugerah kepada peserta dan fasilitator, penyampaian hadiah kepada pemenang -pemenang yang telah disampaikan oleh ADUN Gombak.

Hadir sama Ketua-ketua kampung daerah Gombak, Nazir –nazir masjid peringkat Daerah Gombak dan Ahli Lembaga Pengelola Sekolah SERI Al Huda Tuan Haji Syed Ismail Noh Al Habshi.

Idea penyatuan PAS Umno hanya tipu daya Umno

KUALA LUMPUR:  Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit.

“Apabila Umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang Melayu, mereka menindas umat Islam,” ujarnya.

Kenyataan beliau dipetik dalam blog Gendang Perang.

Diharap dengan menonton video bertajuk "Nak berpadu sangat... Ambikkau!!" di bawah dapatlah semua ahli PAS yang menyokong penyatuan umno / PAS untuk berfikir semula.

Nilai keikhlasan mereka.

Menyedari tak semua suka tonton video, admin ambil inisiatif menulis semua isi penting yang menjadi hujah pemimpin PAS dalam video tersebut. YB Ustaz Dato' Dr Mohamed Fadzli Hassan

Inilah hujah bernas beliau,

"Penyelesaian penyatuan umno dengan PAS ini sentiasa datang apabila umno berada dalam keadaan tersepit. Apabila umno berada dalam keadaan tenang, mereka menindas kerajaan PAS, mereka menindas orang melayu, mereka menindas umat islam. Bagaimana umat Islam, orang Melayu...

"Tuan puan yang dihormati sekelian, saya nak bagi tahu.... apabila nak disatukan dengan umno, sentiasa menuding jari kepada PAS. Kononnya PAS tidak mahu bersatu.

"Saya nak bagi tahu kepada hadirin hadirat bahawa, yang menyebabkan melayu berpecah ... Dan juga cuba lihat sejarah. Sejarah menyebut bahawa setiap sepuluh tahun sekali, umno akan menyebabkan pepecahan melayu.

"Dan sebelum daripada kemerdekaan lagi, umat islam bersatu, orang melayu bersatu menentang penjajahan. Parti Kebangsaan Melayu Malaya bersatu dengan Hizbul Muslimin, bersatu dengan umno untuk memperjuangkan kemerdekaan.

"Tetapi, umno dengan tiba-tiba menjadi tali barut kepada British. Mengkhianati perjuangan umat Islam, mengkhianati perjuangan melayu. Mengkhianati perjuangan umat Islam dalam Hizbul Muslimin dan mengkhianati perjuangan melayu dalam Parti Kebangsaan Melayu Malaya sehingga pimpinan-pimpinan tertangkap.

"Dr. Burhanudin Helmi kena tangkap, Ustaz Abu Bakar Al-Baqir kena tangkap. Tengok-tengok dia yang naik jadi Perdana Menteri. Pengkhianatan pertama umno kepada orang melayu dan juga kepada umat Islam sebelum kemerdekaan.

"Apabila berlaku peristiwa 1969, 13 Mei.. Apabila umno merasakan bahawa kuasa mereka terjejas, sebab mereka kalah di Kuala Lumpur dan beberapa tempat lain; mereka mengajak PAS bersatu atas dasar penyatuan umat islam. Kononnya ada ancaman daripada orang bukan Islam.

"Mengambil sikap dasar perpaduan Islam... terima kita... Selepas daripada itu, apa mereka kuat... mereka tendang PAS keluar.

"Pada tahun 1987, umno menyebabkan perpecahan melayu lagi sehingga lahirnya Semangat 46. Pada tahun 1998, sepuluah tahun kemudian...sekali lagi melayu berpecah disebabkan oleh umno.

"Kemudian berlakulah kononnya satu penyatuan melayu apabila Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah kembali kepada UMNO atas dasar semangat penyatuan melayu dan Islam.

"Rupa-rupanya dia ajak Tengku Razaleigh masuk umno kerana nak tendang Anwar Ibrahim keluar. Bukannya atas dasar nak menyatukan orang melayu tapi pecah belahkan.

'Apabila Pak Lah ajak kami bersatu, kami kata "boleh, tapi benda ini perlu dibuat secara berhati-hati. Nanti orang PAS tak faham, Pakatan Rakyat tak faham... kami juga yang jugak yang menanggung akibat. Kami jugak nanti akan difitnah.....

"Maka dibuat perjumpaan secara senyap-senyap. Orang semua tak tahu... Tiba-tiba Pak Lah yang umumkan "sudah tiga (3) kali PAS dan UMNO berbincang di belakang tabir." Mengkhianati sekali lagi perjanjian, persefahaman. Sehingga PAS terpaksa berhadapan dengan orang-orangnya sendiri. Sehingga PAS terpaksa menghadapi parti-parti dalam Pakatan Rakyat.

Friday, November 22, 2013

Kem Smart Solat Capai Sasaran


Gombak : Seramai 200 peserta Kem Smart Solat yang berlangsung hari ini selama tiga hari di Kem Alang Sedayu mendapat sambutan di luar jangkaan pihak penganjur. 

Pengarahnya Khaulah Azwar berkata alhamduilah matlamat mengadakan kem smart solat pada musim cuti sekolah akhirnya berjaya dilaksanakan dengan baik dengan mendapat kerjasama Exco Hal Ehwal Islam, ADUN Gombak Setia, Ketua-ketua kampung dan Nazir Masjid. 


Perancangan mengadakan kem ini bermula september lalu dengan hanya sasaran pelajar seramai 100 peserta namun sasaran peserta lebih dan diluar jangkaan. Memang ada perasaan bimbang jika sasaran tidak tercapai memandang cuti sekolah begitu lama sudah pasti ibubapa telah merancang untuk balik ke kampung. Namun diserahkan urusan ini kepada Allah SWT setelah berusaha bersungguh-sungguh bersama rakan-rakan.,katanya.

Menurut Khaulah kem yang diadakan bukanlah untuk perniagaan tetapi adalah untuk membantu ibu bapa untuk memperbaiki mutu solat anak-anak mereka. Selain itu adalah untuk mengumpul dana pembangunan kompleks pendidikan SERI AL HUDA dan membantu pesakit strok. 

Beliau yang merangkap Jawatankuasa Pembangunan Sekolah Seri Al Huda merakamkan tahniah kepada ibubapa yang menghantar anak-anak mengikuti kem smart solat pada musim cuti sekolah. 

Katanya, “saya mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada ibubapa pelajar yang sudi menghantar anak-anak mengikuti kem ini. Ini menunjukkan mereka mahu anak-anak memperbaiki solat mereka dengan lebih sempurna. 

Buktinya apabila peserta yang hadir bukan sahaja dinegeri Selangor bahkan daripada negeri sabah, Sarawak, negeri Sembilan, Melaka, johor, perak, pulau pinang turut hadir ke kem yang dianjurkan oleh kami. insya-Allah saya dan semua jawatakuasa kem smart solat akan buat terbaik”. 


Sementara itu, Pegawai Khas Exco Hal Ehwal Islam Ustaz jamsari pula berkata, tahniah kepada pihak penganjur kerana Berjaya mengadakan kem smart solat pada musim cuti sekolah. 

Tidak semua orang mampu buat kem seperti ini lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah tetapi Kelas Tuisyen LASAK telah Berjaya mengadakan kem ini, katanya. 


Sehubungan itu, beliau juga turut menyeru kepada semua peserta Kem Smart Solat agar menjaga solat lima waktu sehari semalam dan tidak ada alasan untuk tidak menunaikan solat. Walaupun kerja sebagai angkasawan mereka perlu solat, ujarnya dalam ucapan perasmian kem smart solat dengan menyampaikan sumbangan daripada kelas tuisyen LASAK kepada pesakit strok ustaz Yusoff Othman.

Monday, November 11, 2013

Tazkirah : Jangan Berkira Untuk Sedekah

Tazkirah  : Seorang anak muda duduk dalam masjid menunggu khutbah jumaat, melihat dengan tidak begitu senang  kotak sumbangan yang ditolak ke arahnya..

Dia membuka dompet memilih-milih duit.. Akhirnya dengan berat hati dia masukkan 10sen ke dalam tabung dan menolak ke sebelah..
Tiba-tiba sorang pokcik di belakang menepuk bahunya dan memberikan dia 2 keping duit rm50.. Terkedu kejap budak tu, tapi dia terus masukkan juga duit tu dalam tabung dan ditolak ke tepi..
Dia menoleh ke belakang dan berkata "banyaknya pokcik sedekah, sikit2 sudah le.. Sayang lak rasa"..
Pokcik tu senyum sambil geleng kepala dan cakap..
"sebenarnya tu duit kau yang jatuh dari dompet tadi..."
JGN BERKIRA UTK BERSEDEKAH.. SEBENARNYA ITULAH BAHAGIAN KITA..Ingatlah rezeki yang kita perolehi bukan semua milik kita, tetapi ada hak orang lain. 

[PETUA IMAM SYAFIE]

Nurul Izzah: Tanpa Demokrasi, Siapa Yang Rugi?

Informasi Terkini Kem Smart Solat



Salam.. mohon kerjasama semua moderator mewawarkan informasi terkini Kem Smart Solat.

Untuk pengetahuan Y.B , Dato', Datin / Tuan / Puan / ibubapa dan rakan fb tiada sebarang perubahan tarikh, waktu dan tempat Kem Smart Solat sehingga kini. 


Tarikh : 22-24 Nov (Jumaat-Ahad)
Masa : 8 pagi berkumpul di Sekolah Seri Al Huda (Depan Sekolah Sg Pusu) Jangan lewat ye bimbang tertinggal bas)
Tempat : Kem Alang Sedayu Batu 12 Gombak. 

Sehubungan itu,, pihak pengurusan Kem Smart Solat juga mohon kerjasama kepada  sahabat2 yang ingin menyumbang dana, biskut dan mineral water , hadiah pemenangan LDK, bas untuk menjayakan kem ini boleh hubungi 013-6893185, 019-7547574, 013-3237743. 

Atau sumbangan wang boleh ke akaun maybank 162759019845 (Suhaila Jamain). resit sumbangan boleh email dikhaulah330877@gmail.com

Sumbangan yang diberikan di ucapkan ribuan terima kasih. Semoga sedikit sumbangan akan di nilai oleh Allah SWT. Doakan urusan semua AJK Kem Smart Solat dimudahkan. 


Pihak pengurusan kem smart solat tidak memaksa untuk Y.B Dato' Datin/Tuan / Puan menyumbang dana bagi menjayakan program. 

"Sesungguhnya orang-orang yang bersedekah baik laki-laki maupun perempuan dan meminjamkan kepada Allah pinjaman yang baik, niscaya akan
dilipat-gandakan (pembayarannya oleh Allah) kepada mereka; dan bagi mereka pahala yang banyak." (QS.Al-Hadid:18)



Pengurus Kem Smart Solat 

 
013-6893185

fb : Kelas Tuisyen Latih Tubi Subjek Kritikal LASAK

Thursday, November 7, 2013

Kenyataan PAS Perlu di Batalkan Hanya Putar Belit - Karpar Singh

KUALA LUMPUR: “Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan,” jelas Lim Kit Siang dalam kenyataan kepada Harakahdaily, malam tadi.

Justeru, Ketua Parlimen DAP itu meminta semua pihak mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.

Berikut kenyataan beliau.

Semua orang mesti berjaga-jaga memandangkan ada pihak yang sedang cuba merosakkan kesepaduan Pakatan Rakyat.


Terbaru ialah dakwaan bahawa Pengerusi Kebangsaan DAP merangkap Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh mahu pendaftaran PAS dibatalkan.

Saya telah bercakap dengan Karpal dan beliau telah menjelaskan bahawa beliau tidak langsung menyeru supaya pendaftaran PAS dibatalkan.

Beliau mengkritik Persatuan Peguam Persatuan Peguam Peguam Muslim Malaysia (PPMM) kerana mengugut Majlis Peguam lantaran sokongan yang diberikan badan tersebut terhadap akhbar mingguan Katolik, Herald; sambil menekankan bahawa demi kepentingan perpaduan nasional, badan-badan politik atau profesional tidak wajar beroperasi dalam kerangka perkauman atau keagamaan.

Rakyat Malaysia yang rasional dan patriotik kian bertambah runsing dengan melonjaknya kadar retorika perkauman, kurangnya toleransi agama serta kebencian di negara ini.

Kerisauan sebegini tidak wajar dibiar terpinggir dan diputarbelitkan dengan dakwaan-dakwaan tidak berasas kononnya Karpal mahu PAS dibatalkan pendaftarannya.

Apa yang diperlukan kini ialah supaya warga Malaysia yang rasional dan patriotik untuk mengekalkan fokus mereka menuntut supaya segala retorika perkauman kebencian dan kurangnya toleransi agama ini kian berkurang kerana ia jelas berlawanan dengan nilai-nilai wasatiyah dan inklusif yang dirangkum oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam polisi 1Malaysianya, selain di kempen antarabangsanya ke arah ‘Global Movement of Moderates’.

Wednesday, November 6, 2013

PRK Sg Limau, Macam2 Janji Ibrat Air Sungai Mengalir

Restu ibu membawa ke syurga.
KUALA LUMPUR: Para pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau layak diberikan ucapan tahniah dan pujian kerana walaupun ditabur dengan pelbagai habuan material dan janji projek bernilai lebih RM15 juta, 12, 069 daripada mereka masih memberikan undi untuk calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad ketika mengulas keputusan PRK Sungai Limau menyifatkan mereka sebagai "pengundi kaya jiwa walaupun miskin harta" meskipun ditawar pelbagai habuan termasuk kambing dan anak ayam.

Ustaz Idris mengakui 'amat gerun' menunggu keputusan pilihan raya apabila waktu pembuangan undi tamat berdasarkan serangan kempen dan umpan BN pada PRK Dun Sungai Limau .

"Sehingga dalam hati saya mengatakan jika menang dengan majoriti satu undi pun tidak mengapa. Kerana PAS bukan melawan BN, tetapi melawan jentera kerajaan negeri dan pusat.

"Projek dijanji macam air sejuk. Menteri dan Exco keluar masuk kampung menaburkan janji sehingga rakyat lupa harga gula baru sahaja naik 34 sen dan minyak 20 sen. Paling kelakar ada Karnival Lelong Mesra Barang Rakyat setiap satu RM1.


"Gula, tepung berharga RM1. Malangnya harga itu tamat setakat malam pilihan raya sahaja. Alangkah baiknya jika pilihanraya kecil setiap hari, maka dapatlah gula, tepung berharga RM1. Ini semua umpan untuk menolak dakwaan pembangkang yang mengatakan harga barang naik di bawah BN," ungkapnya sinis.


Beliau sekali lagi mengucapkan tahniah kepada 12, 069 pengundi di Dun Sungai Limau yang terbukti dan teruji tidak termakan dengan janji-janji BN.

"Mereka tahu beza antara 'janji ditepati' dengan 'janji  manis di bibir sahaja, di hati lain bicara'. Mereka sudah kenal batang tubuh pemimpin Umno, kerana mereka ialah golongan yang berfikir dan ada harga diri. Mereka tidak boleh dibeli dengan harga gula RM1. Biar pun mereka miskin harta tetapi kaya jiwa," tegasnya.

Hidup Seorang Pejuang Yang Banyak Perlu Di Korbankan

Semalam tinggal kenangan bersama teman2 dan adik2 AJK Kem Smart Solat. Walaupun cuti namun seperti tak cuti kerana meneruskan kerja2 yang masih belum diselesaikan. Hanya tinggal 2 minggu kami perlu selesaikan gerak kerja kami. 
Perbincangan Pengarah Program bersama Pengurus Kem Alang Sedayu
Dalam asyiknya bekerja petugas kami telanggar tiang TNB tapi taklah cedera parah. Mungkin kena sumpahan sahabat kami si Utz Asyraf sebab gurau teman2 ketika di Kem Alang Sedayu. Dalam Kepenatan namun ada sahaja yang melucukan. Inilah ukhwah antara kami ada masa tegas, ada masa sangat mesra ada masanya serius tapi itulah asam garam kehidupan. Terima kasih Ya-Allah atas ukhwah ini dan memudahkan urusan kami.
Seawal pagi 9 am edar flyer, tampal poster dan beli barang keperluan kem sehingga 10.30 mlm. Semoga amal di terima Allah yang tidak mampu saya bayar kepada semua AJK.
  Di tuju khas untuk adik2 yang bertungkus lumus komitmen yang tinggi dalam gereak kerja Kem Smart Solat..

Lirik Sunnah Orang Berjuang - Hijjaz

Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah mula dibina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Gantung banner fasa kedua di sekitar Hulu Klang

Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Sikap ambil berat antara 1 sama lain, mesra dan sygnya pada teman

Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Monday, November 4, 2013

Penentu Wakil Rakyat DUN Sungai Limau Hari Ini

JERAI: Seramai 27,222 orang pengundi berdaftar layak membuang undi hari ini bagi maksud Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Sungai Limau.yang berlangsung hari ini.
Utz Azam bersama ibu dan isteri ke pusat pembuangan undi


Mereka bakal memilih sama ada calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat ataupun calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim untuk diangkat sebagai wakil rakyat yang akan mewakili mereka di Dun itu.

Kedua-dua calon sebelum ini diberi tempoh 11 hari untuk berkempen bermula sejurus penamaan calon 23 Oktober lalu dan berakhir secara rasminya jam 12 malam tadi.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, kenderaan mula berpusu-pusu masuk ke kawasan Sungai Limau termasuk perayu undi dari luar yang mula mengambil tempat berdekatan pusat-pusat membuang undi.

Cuaca sebelah pagi ini cerah, dan dijangka baik sepanjang hari ini.

Pusat-pusat mengundi akan mula dibuka jam 8.00 pagi ini dan akan ditutup pada jam 5 petang.

Pilihan raya kecil Dun Sungai Limau diadakan berikutan kematian penyandang kerusi itu yang juga bekas Menteri Besar Kedah Tan Sri Ustaz Azizan Abdul Razak pada 26 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu, Allahyarham Ustaz Azizan memperoleh 13,249 undi menewaskan calon BN Mohd Fazilah Ali yang memperoleh 10,610 undi.

Macam2 Andaian. Yang Penting Menang, Majoriti No. 2


Analisis: Biarpun ramai pihak menjangkakan PAS mungkin berdepan kesukaran untuk mengekalkan jumlah majoriti sedia ada apatah lagi mahu menang lebih bergaya pada Pilihan Raya Kecil Sungai Limau kali ini, namun keputusan sebenar hanya akan deketahui malam ini.

Beberapa faktor dilihat menjadi teras penting dalam mencorak keputusan yang akan diperoleh malam ini.

Sepanjang 11 hari kempen, kedua-dua pihak dilihat berhati-hati dalam pendekatan mereka kerana masing-masing tahu, sebarang kesilapan akan bakal membawa padah yang membawa kalah.

Kedua-dua pihak sedia maklum dengan ketokohan Allahyarham Ustaz Azizan yang dihormati kawan dan lawan, maka ianya menjadi pokok kepada kerangka strategi kempen yang akan dijalankan.

Kesilapan BN dan PAS


Di pihak Umno BN, mereka tahu Sungai Limau adalah kubu kuat PAS, dengan kata lain kubu kuat Ustaz Azizan juga. Jadi pendekatan mereka, turut menaikkan baner ucapan Alfatihah kepada Allahyarham sebagai tanda simpati yang dipuji oleh PAS itu sendiri.

Tidak cukup dengan itu, pendekatan sederhana Ustaz Azizan sebagai seorang pemimpin agamawan juga cuba ditiru oleh Umno apabila mereka termasuk Menteri Besar Datuk Mukhriz, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan calon Sohaimi Lazim dipotret dengan imej berkopiah putih, iaitu imej yang luar dari kebiasaan Umno yang bersongkok hitam tinggi.

Namun strategi fasa pertama BN itu rosak sama sekali dengan kenyataan Muhyiddin yang mengaitkan keputusan kerajaan menaikkan harga gula dengan pemotongan kaki Allahyarham Ustaz Azizan.

Tindakan itu dilihat bukan sahaja menghina Allahyarham dan keluarga, tetapi sekaligus mencemar perinsip awal kempen BN yang tidak mahu mencalar peribadi Ustaz Azizan.

Selepas didesak berkali-kali, Muhyiddin akhirnya sedar tindakannya yang tidak sepatutnya itu telah merugikan BN, lalu beliau terpaksa meminta maaf secara terbuka dan ianya dikira selesai apabila diterima keluarga Allahyarham.

Selain pengumuman projek berjuta-juta, BN juga meneruskan tradisi kempen mereka dengan mendoktrin bahawa pembangunan lebih senang jika wakil rakyat di Sungai Limau dari pihak yang sealiran dengan kerajaan negeri dan pusat.

Secara tidak semena-mena pula Mukhriz  berkempen akan menjadikan Sungai Limau sebagai Dun angkat Menteri Besar jika BN menang.

Kenyataan itu dibidas PAS yang mempersoal keikhlasan Mukhriz yang baru sahaja bercakap nada itu pada PRK kali ini.

"Kalau dia ikhlas, waktu Allahyarham Ustaz Azizan tidak sihat hari tu, Mukhriz sudah isytihar Dun Sungai Limau ini Dun angkat menteri besar, tapi kenapa baru sekarang," soal Mahfuz yang juga pengarah jawatankuasa induk PAS bagi PRK ini.

Bagi pihak PAS pula, kesilapan turut dikesan termasuk isu risalah profile calon yang memuat gambar calon yang ‘disuperimpose’ sehingga menjadi laporan muka hadapan beberapa akhbar perdana.

Akur dengan kesilapan terlepas pandang  itu, PAS juga turut memohon maaf secara terbuka pada sidang medianya.

Kesemua ini, sama ada kesilapan dari pihak Umno BN atau PAS, kesan kedua-duanya hanya akan dilihat pada undi yang akan diterjemahkan hari ini.

Tabur duit


Tindakan agresif BN dalam menarik undi rakyat dengan pengumuman projek, pemberian wang dan barangan keperluan dari rumah ke rumah sudah tentu sedikit sebanyak memberi kesan.

Senjata ampuh itu sebelum-sebelum ini pun terbukti telah berjaya mengunci pengundi lama BN dan menarik pengundi atas pagar untuk mengundi mereka.

Faktor ini juga antara yang sering menjadi kebimbangan lawan kepada BN yang biasanya menurunkan seluruh jentera kerajaan berkampung di setiap PRK.

"PRK ini kita bukan lawan Umno BN, kita lawan jentera kerajaan.

"Putrajaya yang duk kat KL tu depa bawa semua mai duk Sungai Limau," kata seorang petugas PAS ketika berbual di Markaz Induk PAS di Batu 16 di sini.

Pengundi luar

Satu lagi faktor yang boleh dikira sebagai penentu adalah kepulangan pengundi luar.

Dianggarkan lebih 3,000 pengundi Sungai Limau berada di luar kawasan. Dengan majoriti pada PRU13 lalu 2,774 undi, sudah tentu kepulangan mereka dinanti PAS itu sendiri kerana secara umumnya pengundi luar dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.

Faktor ini menjadi kebimbangan kepada sesetengah pihak sehingga SMS palsu tersebar sejak semalam yang memberitahu pengundi luar agar tidak perlu balik mengundi kerana calon PAS sudah menang.

Sabotaj dalaman

Satu maklumat yang mungkin memberi sedikit kelegaan kepada PAS apabila terdengar cakap-cakap di kalangan pemimpin Umno di sini yang mahu BN kalah pada PRK kali ini.

Asas kepada harapan itu adalah kerana tidak mahu Datuk Mukhriz terlalu angkuh dengan jawatan menteri besar segera yang dipegangnya ketika ini.

Mukhriz didakwa semakin sombong selepas baru lima bulan menjawat jawatan itu.

"Mujur dia tewas pertandingan naib presiden Umno tempoh hari, kalau tidak lagi naik toncang la dia.

"Kami suka kalau PRK ini BN kalah. Biar Mukhriz dilihat gagal mendapat sokongan rakyat," kata sekumpulan "jentera pelancong" Umno yang ditemui si Sungai Dedap di sini.

Bagaimanapun, dengan mengenepikan faktor berapa majoriti yang bakal diperolehi PAS, secara atas kertasnya melalui kajian dan survey yang dibuat, calon PAS, Ustaz Mohd Azam dikatakan akan menang di Sungai Limau.

PAS yang berada pada posisi mempertahan kedudukan kerusi tradisi lima penggal tentunya lebih tertekan berbanding Umno yang berada di posisi merampas.

Mengambil kata-kata seorang penganalis politik ketika mengkaji kempen di Pilihan Raya Kecil di Manek Urai, Kelantan penggal lalu, "tak kisah majoriti berapa, lebih satu undi pun dikira menang. Yang penting menang, majoriti itu nombor dua".

Pada PRU13 Mei lepas, Ustaz Azizan yang mendapat 13,294 undi menang dengan majoriti 2,774 undi menewaskan calon BN, Mohd Fazillah Mohd Ali (10,5204 undi) serta dua calon Bebas, Sobri Ahmad (100) dan Abdullah Hashim (84).

Anwar selar Najib berdiam diri isu pengintipan Amerika dan Australia

SHAH ALAM  : Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar sikap berdiam diri Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak berhubung pengintipan oleh Amerika Syarikat (AS), Australia dan negara lain ke atas Malaysia.


Anwar berkata, tindakan berdiam diri Najib Razak itu dipersoalkan tatkala German, Brazil dan Sepanyol yang berhadapan situasi pengitipan sama turut menyatakan suara bantahan terhadap tindakan itu.

Beliau berkata, secara rahsia memintas komunikasi ke atas sesebuah negara yang dianggap ‘hubungan-hubungan hangat dan mesra diplomatik’ adalah satu pecah amanah serius dan sama sekali tidak boleh diterima.

“Mengejutkan dan memeranjatkan. Satu pecah amanah serius dan tidak boleh diterima sama sekali ,” kata Anwar dalam satu kenyataan.

Sebelum ini dunia dikejutkan dengan pendedahan ‘whistleblower’ Edward Snowden melalui Der Spiegel dan Sydney Morning Herald mendakwa risikan Amerika Syarikat menggunakan kedutaannya serta suruhanjaya tinggi milik Australia, termasuk kedutaan dan suruhanjaya tinggi kedua-dua negara di Kuala Lumpur.

Operasi risikan ini didakwa dijalankan di bawah operasi “STATEROOM” dan turut melibatkan Britain dan Kanada yang didakwa memintas maklumat radio, telekomunikasi, dan Internet, dan rata-rata aktiviti pintasan dilakukan tanpa pengetahuan duta di kedutaan dan suruhanjaya tinggi itu.

Sunday, November 3, 2013

Ahli PAS sertai Umno : Umno ‘kantoi’ tipu lagi

SHAH ALAM 4 NOV: Drama sebabak yang kononnya beberapa kumpulan ahli PAS mengambil keputusan menyertai Umno pada satu program dihadiri Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Seri Jamil Khir Baharom semalam merupakan penipuan memalukan dan tidak bermaruah.


Menurut laporan Harakah Daily hari ini, drama sebabak itu dilakukan dengan menjadikan penduduk kampung sebagai alat penipuan mereka demi meraih undi di saat-saat akhir sebelum menjelang hari pembuangan undi esok.

Ismail Said, 53 tahun berkata, beliau dari Kampung Sungai Dedap diminta hadir pada majlis di Sungai Limau yang dihadiri Jamil Khir dengan janji akan diberi wang RM100.

Malah beliau yang tidak mengetahui apa-apa turut diarahkan menyerah borang kepada menteri berkenaan sebelum boleh diberi wang tersebut.

“Saya diperalatkan oleh kenalan, malah tidak mengetahui apa-apa dan yang diberitahu isi borang serta hadir pada satu majlis untuk mendapat wang RM100.

“Saya tetap ahli PAS dan akan terus mengundi PAS, RM100 adalah terlalu murah untuk membeli ahli-ahli PAS bagi menyertai Umno,” katanya.

Mengulas perkara itu, Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Sungai Limau, Datuk Mahfuz Omar menjelaskan Umno terpaksa menggunakan skrip lama yang selalu digunakan setiap kali PRK.

“Skrip terakhir digunakan Umno, kalau sebelum ini bila ada PRK setiap hari akan dilaporkan ahli PAS menyertai Umno tapi kali ini agak lewat saat-saat akhir kempen baru ada,mereka baru ingat agaknya.

“Tapi yang paling memalukan adalah penipuan mereka tu tak betul, terdesak sampai begitu sekali Jamil Khir hendak meraih pengundi kata ada ahli PAS masuk Umno,” jelasnya.

Tambahnya, Umno perlu berasa malu apabila terpaksa menipu rakyat apabila berada dalam keadaan yang terdesak.

Jelas beliau lagi, Jamil Khir mungkin terpaksa menggunakan cara sedemikian untuk memulihkan imej beliau bila ditekan Umno yang mengetahui kebanyakkan keluarga beliau merupakan ahli PAS.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI