Monday, May 3, 2010

Detik Jam 10 Allahyarham AdikAminurasyid & 1 lagi kes remaja dikasari polis

Lelaki Ugut Bunuh Nik Aziz Ditahan Polis


KUALA LUMPUR 4 MEI: Polis menahan seorang lelaki yang disyaki membuat ugutan bunuh terhadap Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam laman web sosial, Facebook.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zulkarnain Abdul Rahman berkata, lelaki yang berusia lingkungan 20-an itu ditahan kira-kira jam 9 malam di Butterworth, Pulau Pinang, semalam.

Beliau berkata, polis belum dapat mengenal pasti sama ada suspek adalah pemilik sebenar laman berkenaan atau individu yang bertanggungjawab membuat ugutan sedemikian.

Suspek akan dibawa ke balai Dang Wangi untuk direman dan menjalankan siasatan lanjut manakala kes itu diklasifikasi mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.

Mahkamah Perancis Boleh Keluar Waran Geledah, Malaysia Kena Patuh Artikel PBB


SHAH ALAM 3 MEI: Peguam dari Perancis yang menyiasat skandal pembelian kapal Selam scorpene di Malaysia, Joseph Brehan menegaskan mahkamah Perancis boleh mengeluarkan waran geledah antarabangsa bagi meneliti pembayaran kerajaan Malaysia kepada Perimekar Sdn Bhd.

Beliau berkata, sekalipun kerajaan Malaysia menganggap pembayaran itu sebagai bayaran khidmat pentadbiran tetapi hakim mahkamah perancis boleh mengeluar waran bagi memperoleh maklumat lebih terperinci.

Malaysia pula, kata beliau, perlu menghormati waran geledah itu dan menyerahlkan maklumat yang diminta kerana ia termaktub dalam Artikel 45, Konvensyen Bangsa-Bangsa Bersatu 2003.

Joseph ke Malaysia buat kali kedua bagi menyiasat pembelian kapal selam Scorpene melibatkan sebuah syarikat berpangkalan di Perancis, DCN dan Perimekar, sebuah syarikat yang ada kaitan dengan isteri kepada Razak Baginda, bekas Setiausaha Politik Perdana Menteri.

Bercakap mengenai skandal kapal selam Scorpene ini, Joseph secara peribadi sangsi dengan akaun perimekar bagi tahun 2001 dan 2002 yang menunjukkan kerugian berjumlah RM75,000.

Beliau juga hairan kerana pejabat syarikat ini disewa dengan pemegang syer terbesar ialah sebuah syarikat lain milik isteri Razak Baginda.

Kata Jospeh lagi, ia adalah elemen kuat dalam kes ini, apatah lagi, jika mengambil kira pembunuhan model Monggolia, Altantuya Shariibuu yang dilakukan dua anggota polis menggunakan C4, sejenis bahan letupan ketenteraan.

Katanya, satu lagi isu yang perlu diambil kira ialah wujud kebangkalian tinggi betapa rasuah berlaku dalam kebanyakan kerajaan yang menjadi pelanggan DCN dan ia terbukti benar dalam kes melibatkan Pakistan dan Taiwan.

Merujuk kepada kes ini, Joseph berkata satu-satunya penyelesaian ialah mengikut aliran wang dan jika ia menunjukkan ke arah Malaysia, peguam perancis ini begitu yakin dapat memperoleh sesuatu jawapan yang pasti.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI