Sunday, April 1, 2012

UMNO Tukar Fakta, Apa kata Ustz Azhar Idrus

Exco Gesa Kementerian Pendidikan Atasi Tidak Cukup Guru SJKC Seluruh Malaysia


 
EXCO Pendidikan, Pendidikan, Tinggi Pembangunan Modal Insan Dr Halimah Ali menggesa kementerian Pelajaran Malaysia mengkaji mana-mana sekolah yang kekurangan guru termasuk di sekolah agama mesti diisi segera.
 
“Tindakan ini adalah wajar supaya tidak  berlaku gangguan kepada guru lain,selain itu bagi memastikan silibus  dapat diselesaikan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Pelajar  perlu diberi bimbingan oleh guru khusus  agar dapat memberi perhatian mencukupi”, katanya dalam  satu kenyataan media.
 
Tambah Dr Halimah, “pengumuman Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Wee Ka Siong baru-baru ini tentang PENGISIAN SERTA MERTA kekosongan guru di 1294 SJKC di seluruh negara dengan guru interim,  sangat dialu-alukan”.
 
“Semoga dengan tindakan pantas itu mampu menyelesaikan masalah proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah aliran Cina ini”.
 
Namun, saya berpendapat Kementerian Pelajaran Malaysia  sepatutnya bertindak dengan cara yang lebih professional dan sistematik.
 
“Bukan kerana setelah dibuat bantahan besar-besaran  oleh  persatuan-persatuan aktivis sekolah Cina barulah Kementerian Pelajaran bertindak. Tindakan ini benar mengecewakan semua aktivis dan ibubapa pelajar sekolah cina seluruh Malaysia”.
 
“Saya sendiri mendapat jemputan rasmi dari Persekutuan Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia mewakili PAS Pusat”, katanya.
 
Menurut beliau kewibawaan kementerian pelajaran  dibawah  ppengurusan  Timbalan Perdana Menteri  sentiasa dipertikaikan dalam mengatasi  isu-isu utama mengenai pendidikan di Malaysia  yang tidak diurus dengan baik.  Hal ini  telah diakui oleh banyak pihak sebagai perkara yang memerlukan ‘overhaul’/kajian tuntas bukan sentiasa ‘fire fighting’ yang membuang masa dan wang rakyat”, Jelas Dr Halimah.
 
Contoh Apabila pelbagai pihak membuat bantahan dan ada yang pro PPSMI, barulah  kerajan  membuat kajian dan berdialog dengan menjemput pelbagai pihak.
 
“Seharusnya, kementerian perlu membuat kajian  secara  menyeluruh tentang segala keperluan dalam pendidikan sebelum pelbagai pihak membuat bantahan”, kata Dr Halimah yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selat Klang.
 
Justeru, ekoran dengan bantahan yang dibuat pelbagai pihak, saya mendesak agar kerajaan Malaysia bedah siasat secara jujur sistem pendidikan yang diguna pakai selama ini. Adakah berkesan? Adakah relevan? Paling penting hasil pendidikan itu sendiri. Mana hala tuju mahu dibawa rakyat Malaysia? Ada ‘roadmap’. Ada visi yang jelas. Ada misi mahu mencapai mercu kejayaan, ujar  beliau.
 
“Kerajaan Malaysia khususnya Kementerian Pendidikan, mesti mengambilkira realiti dan kegagalan supaya tindakan tepat boleh diambil".
 
“Hakikat sistem pendidikan nasional tidak diterima oleh pelbagai kaum hingga semakin jauh daripada sistem sekolah kebangsaan perlu diterima dengan fikiran terbuka dan berlapang dada.
 
Kementerian juga harus matang menerima kritikan membina daripada semua pihak tanpa dibatasi oleh fahaman dan ideologi politik yang berlainan”.
 
“Ini adalah bertujuan untuk melahirkan satu formula  mendidik rakyat kementerian mesti bersifat inklusif dan memahami keperluan dan sensitiviti pelbagai golongan dalam Negara, jika guru kurang ianya faktor kritikal untuk menjayakan proses pendidikan masyaraka”, katanya.
 
 
Editor : Khaulah Azwar
 
 

 

Peruntukan RM3 Juta Untuk Taska


Kerajaan Negeri Selangor  Pakatan Rakyat , menyediakan bantuan sebanyak RM3 juta untuk semua pelajar pra sekolah (tadika).

“RM100 sebulan kepada anak-anak dari golongan berpendapatan kurang dari RM1,500 bagi tujuan pendidikan”, kata Rodziah Ismail, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail di SUK, Shah Alam.

Beliau  merangkap  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga berkata, “peruntukan tersebut dikhaskan kepada anak-anak berusia antara 2 bulan hingga 4 tahun”.

“Bantuan akan di berikan kepada ibu-ibu tunggal, bapa tunggal dan juga mereka yang berpendapatan kurang dari RM1,500 sebulan yang akan dilancarkan April depan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim”.

Jelasnya bantuan tersebut merupakan salah satu dari dua program baru yang akan diperkenalkan dibawah program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).
Ini menunjukan kerajaan negeri mengambil berat pendidikan anak-anak Selangor.

Salah satu lagi program yang akan dilancarkan bulan depan adalah program Micro credit Wanita Ladang yang diperuntukan sebanyak RM5 juta.

Program Micro Credit ini diperuntukkan kepada wanita-wanita yang terlibat dalam bidang perladangan atau baru meninggalkan bidang perladangan.


 Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI