Sunday, November 29, 2009

Takutlah Doa Mangsa Kezaliman


Salam.. hati ana sejak akhir2 ini begitu sakit, geram dengan mainan media akhbar, TV yg hanya berpihak pada BN. Bilakah akan tertegaknya keadilan ini, politik di m'sia yang tidak pernah berlaku keadilan hanya bercakap sebelah pihak. Ptg tadi saat ana sibuk siapkan beberapa posting utk diposting ke akhbar dengar pula TV3 mengatakan isu Tok Guru Nik Aziz Nik Mat mengenai doa beliau utk PM.

Bagi ana juga mmg patut didoakan utk orang2 yg membuat kezaliman kepada rakyat. Hak Rakyat perlu diberi seadilnya. Tetapi rakyat diluar kini menjadi confiused dengan mainan media UMNO. Lebih2 lagi apabila mendengar wanita UMNO berucap siapakah yang harus kita taat, Tok Guru Nik Aziz/ ALLAH swt.. ei.. mmg bengong btl manusia sorang ni, lepas tu dengar pula si MB perak berucap..btl2.. hati banyak2 beristigfar.

Kenapa mereka mengeluarkan hujah tanpa memikir sebaiknya dan refer AL-Quran, adakah dibenarkan/tidak apabila kita mendoakan seseorang bila dizalimi?? Nah sekarng ana linkkan hujah daripada blog episod seorang pejuang untuk kita semua fikir sebaiknya.ALLAh swt bagi kita otak yang waras untuk berfikir sebaiknya mana yg baik & buruk, so. anugerah yg ALLAH berikan gunakan sebaiknya dengan menggunakan mata hati dalam menilai pimpinan masa kini. Apabila dah baca, marilah kita sentiasa bermunajat kepada ALLAH swt agar negara kita selamat daripada berbagai kezaliman yg dibuat oleh pihak BN Laknatuallah.AMIIN ya rab.

"Ya-ALLAH terimalah doa munajat hamba2mu yang sekian lama teranayai oleh pimpinan BN. hancur leburkan segala perancagan kejahatan mereka, kucar kacirkanlah segala oraganisasi mereka. Tegakkan kebenaran ini pada kami yang ingin melihat ISLAM terus tertegak dimukabumi ini..lahirkanlah jentera2 ansaruallah utk membantu agamamu mempertahankan kemenangan ISLAM, satukanlah hati2 kami yang memikul dakwahmu, kuatkan saf2 kami ya-ALLAH dalam menentang musuh2 agama.. amiin ya rab.
1. Ameen Ya Rabbal A'lamin . Saya dan seluruh pemuda Islam insyaallah mengaminkan doa Tok Guru sebagai seorang ulama' dan pemimpin yang dizalimi tanpa sebarang belas simpati .

2. Sabda Rasulullah saw :

اتقوا دعوة المظلوم فإنها ليس بينها و بين الله حجاب

[ Takutlah olehmu akan doa orang - orang yang dizalimi kerana sesungguhnya antara doa orang yang dizalimi dengan Allah swt tiada hijab - halangan - ]

ibnu Hibban

3. Rakyat dan pemimpin negeri Kelantan telah dizalimi apabila Kerajaan UMNO dan BN gagal memberikan hak mereka berupa royalti hasil minyak petroleum kurniaan Allah swt kepada bumi Kelantan . Kegagalan Kerajaan UMNO dan BN menunaikan tanggungjawab mereka memulangkan hak rakyat negeri kelantan sebenarnya adalah sikap yang dicela oleh Allah swt .

4. Belumpun sempat Tuan Guru Nik Abdul Aziz berdoa , terlebih dahulu kutukan laknat dari Allah swt telah mengenai orang yang berlaku zalim biarpun ia mengaku muslim malah mendirikan sembahyang . Lihat sahaja bagaimana firman Allah swt di dalam surah al Maa'un ayat 4 hingga ayat 7 :

فويل للمصلين الذين هم عن صلاتهم ساهون الذين هم يرآءون و يمنعون الماعون

[ Maka celakalah bagi orang yang mendirikan sembahyang namun lalai di dalam sembahyangnya , orang - orang yang riya' dalam amalannya dan mereka yang menghalang rezeki - barang bermanafaat dari sampai kepada pihak yang selayaknya - .]

5. Antara rezeki dan harta atau barang yang bermanafaat untuk rakyat Kelantan ialah royalti justeru royalti adalah hak mereka . Malangnya kerajaan UMNO dan BN yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib termasuk dalam golongan mereka yang menghalang rezeki tersebut . Tuan Guru selaku pemimpin kerajaan negeri sudah jenuh berikhtiar dengan penuh diplomasi sebelum ini , nampaknya Datuk Najib dan kerajaan UMNO dan BN yang dipimpinnya tidak memahami bahasa diplomasi .

6. Bahasa apa lagi yang boleh digunakan oleh golongan tertindas melainkan hanyalah mengadu kepada Tuhannya yang Maha Adil lagi Maha Mendengar doa hambaNya yang terainaya . Doa adalah senjata orang yang beriman terutama saat mereka kehabisan ikhtiar dan tiada pilihan lagi . [ الدعاء سلاح المؤمن ]

7. Adapun langkah Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyebut nama di dalam doa beliau sebenarnya tidaklah bercanggah dengan sunnah bahkan Nabi saw pernah menyebut nama - nama mereka yang menentang dan menzalimi baginda saw dan ummat Islam . Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

8. Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq


9. Zambry [ Menteri besar Perak yang tidak sah ] menunjukkan kejahilannya apabila mengeluarkan kenyataan kononnya Nabi saw tidak pernah mendoakan kecelakaan Abu Lahab . Mungkin Zambry juga tidak membaca al Quran Surah al Lahab . Bukankah Allah swt telah berfirman maksudnya :

Celakalah Kedua - dua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya ia akan binasa . Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan . kelak dia akan masuk ke dalam api yang membara . Dan begitu pula isterinya , pembawa kayu api yang dilehernya ada tali dari sabut .

Jika Allah telah melaknatnya dan ayat itu dibaca sepanjang zaman . Apakah Zambry memerlukan ayat lain untuk melaknat Abu Lahab ? Ayat ini dibaca oleh Nabi saw dan seluruh ummatnya disepanjang zaman .

10. Selayaknya orang yang dizalimi bersabar dan bermunajat kepada Allah swt . Allah adalah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui . Allah tidak akan mensia - siakan doa hambaNya yang menderita dan sengsara angkara kezaliman .

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI