Sunday, February 17, 2013

Bila Umno terdesak, perangai mereka ibarat "anjing tersepit"




Apabila Umno terdesak, perangai mereka ibarat "anjing tersepit". Mereka akan gunakan segala kekuatan, helah dan tipu-daya semata-mata untuk melepaskan diri dari suasana getir yang sedang mereka hadapi. Apabila mereka terlepas daripada kesempitan dan kesusahan, mereka akan mengkhianati sesiapa saja yang pernah membantu mereka.

Sumber-sumber melaporkan bahawa kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej berbunyi ‘Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah’ dan ‘Bersatu itu indah’ sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu.

Juga terdapat mesej seperti ‘Satu kalimah, satu syahadah’ dengan logo UMNO dan PAS di kanan dan kiri, membuktikan betapa terdesaknya UMNO sehingga sanggup mempermainkan agama sebagai modal utama kempen politik menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tiba.

Kain-kain rentang tersebut sedang dicetak secara besar-besaran di beberapa kilang di sekitar Selangor.

Note : PAS Tidak akan bersatu dengan UMNO Laknatuallah selagi mereka tidak berubah.

PAS jamin kerjasama dalam Pakatan tidak rugikan Melayu

Hormati Pendirian Perjuangan dan Prinsip PAS


KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib berharap rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Berikut ialah kenyataan penuh beliau.

PAS tetap mempertahankan prinsip Islam dalam sebarang isu yang melibatkan kepentingan agama Islam yang menjadi teras perjuangan dan prinsip PAS.

Lantaran itu, rakan-rakan di dalam Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia hendaklah memahami dan mengerti akan perjuangan dan prinsip Islam yang dibawa oleh PAS.

Prinsip PAS tidak sama sekali akan berubah untuk mempertahankan Islam seperti mana yang termaktub dalam perlembagaan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Namun PAS tidak berbelah bahagi serta meletakkan komitmen yang paling maksimum dalam perjuangan menumbangkan kezaliman dan membela golongan yang tertindas yang dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional atau mana-mana pihak yang lain.

Sehubungan dengan itu, gesaan mana-mana pihak khususnya oleh Pengerusi DAP, YB Karpal Singh supaya pihak Majlis Syura Ulamak PAS mengkaji semula isu seperti mana yang dibangkitkan oleh beliau terjawab dengan penjelasan yang telah saya berikan seperti di atas.

Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif.

Berkenaan isu Perdana Menteri pula ianya bergantung kepada sokongan serta populariti seseorang calon tanpa perlu menamakan nama-nama individu tertentu. Agenda utama kita adalah meruntuhkan kezaliman Umno BN.

Rakan-rakan dalam PR juga diminta supaya bersabar dan apa yang perlu dilakukan hanyalah menunggu keputusan Pilihan raya Umum diisytiharkan untuk mengetahui siapa yang sebenarnya paling layak menjadi pemimpin nombor satu negara nanti. Kerja kita masih banyak lagi untuk menumbangkan Umno BN.


Editor : Khaulah Azwar


Bekas Tentera Akan Bongkar Kemungkaran Pentadbiran UMNO


Kuala Lumpur : Segala kemungkaran pentadbiran UMNO-BN akan  terbongkar dalam masa terdekat ini.

Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Keempat-empat bekas pegawai tentera akan menjelajah seluruh negara untuk membongkar kemungkaran pentadbiran Umno BN. 

Mereka ialah Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat).

“Terima kasih kerana mereka mahu menjelajah seluruh negara untuk pertahankan Pakatan Rakyat (PR). Jelajah ini untuk bongkar kekejaman dan kezaliman Umno BN.

“Umno mesti kata saya bayar mereka. Saya ingin jelaskan, tiada bayaran. Sepatah pun tidak ada perbincangan mengenai bayaran.

“Malah Datuk Ghafir sendiri mengatakan beliau tidak mahu apa-apa jawatan atau kerusi,” katanya di sini, malam kelmarin.

Anwar juga tidak menolak kemungkinan fitnah akan disebar terhadap keempat-empat jeneral itu kerana menyatakan sokongan terbuka kepada (PR).

“Pelbagai fitnah mungkin akan muncul terhadap mereka. Namun, saya yakin mereka boleh tangani kerana mereka ini berdarah pejuang,” katanya.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI