Friday, January 22, 2010

Bersedia Naik Minyak


Artikel dipetik dari harakahdaily
Penulis : Angkasanuri
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan 1Malaysia akan memperkenalkan mekanisme harga baru petrol sebelum bulan Mei ini.

Menurut beliau Majlis Ekonomi Negara akan menentukan sama ada harga petrol akan naik atau sebaliknya. Berdasarkan perkembangan harga semasa di pasaran dunia, harga petrol terus menunjukkan peningkatan.

Jadi pengumuman kerajaan sebelum Mei nanti sudah boleh dijangka, harga minyak akan naik! Kecualilah, kalau betul-betul rakyat didahulukan dan gimik menjadi juara rakyat diutamakan maka harga minyak akan turun.

Bila harga minyak naik maka faham-fahamlah, harga barang akan melambung dan seterusnya inflasi akan meningkat. Tetapi yang peliknya, menteri yang sama kelmarin berkata harga barang dijangka tidak naik lagi selepas ini.

Tak tahulah siapa penasihat ekonomi menteri ini atau menteri ini memang tak belajar bab ekonomi.

Bila harga minyak naik, kita wajar beterima kasih kepada kerajaan 1Malaysia kerana berterusan menjaga kebajikan rakyat agar kita terus berterima kasih dan mengundi parti juara rakyat ini pada pilihanraya umum akan datang.

Maka semua rakyat di negara ini perlu bersiap sedia untuk naik minyak

dmpns selangor

Pemuda PAS jalin hubungan dengan kedutaan asing


KUALA LUMPUR, 22 Jan: Dewan Pemuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan kedutaan-kedutaan asing sebagai agenda dalam mempersiapkan PAS sebagai government in waiting.Sehubungan itu, buat julung kalinya, Lajnah Antarabangsa Pemuda PAS Pusat mengunjungi kedutaan Amerika Syarikat (AS), kelmarin.

Hubungan bersejarah itu terjalin apabila beberapa orang wakil Pemuda PAS Pusat yang diketuai oleh Pengerusi Lajnah Antarabangsa, Dr Raja Ahmad Alhiss membuat kunjungan hormat itu.Rombongan yang turut disertai oleh Setiausaha Lajnah Antarabangsa dan Afyan Mat Rawi Ahli Jawatankuasanya, Fakhrulrazi Mokhtar itu disambut oleh Mr Brian McFeeters, Pegawai Politik Kedutaan Amerika Syarikat di samping Mr Nicholas Papp (Pegawai Kebudayaan), Mr Ravindran Manickam (Pegawai Kanan Politik) dan Mr Riaz Urrahman Sadayan (Pegawai Public Afffair) .

Kunjungan tersebut amat dialu-alukan oleh pihak kedutaan AS yang selama ini hanya mendapatkan maklumat tentang PAS melalui media arus perdana sahaja.Dalam kunjungan yang berlangsung kira-kira satu jam itu, pelbagai topik yang diperbincangkan di antara kedua-dua pihak berkenaan isu-isu semasa dan dasar-dasar luar PAS serta isu-isu antarabangsa.Pada awal pertemuan, Dr Raja Ahmad menjelaskan tujuan pihaknya menjalin hubungan dengan kedutaan-kedutaan asing di Malaysia untuk menerangkan pendirian PAS dalam isu-isu semasa serta sebagai persediaan untuk menjadi kerajaan Malaysia.

Dr Raja Ahmad turut menerangkan pendirian PAS dalam beberapa isu seperti kalimah Allah yang turut hangat diperkatakan di peringkat antarabangsa.

Selain itu, beliau yang juga Setiausaha Dewan Pemuda PAS Negeri Perak turut memberi situasi tentang isu politik yang hangat berlaku di negeri itu.

Dalam masa sama, wakil kedutaan AS turut memberi penerangan beberapa polisi-polisi luar yang baru di bawah pentadbiran Presiden Barrack Obama yang menyentuh tentang kepentingan masyarakat Islam di AS dan antarabangsa.

Kedua-dua pihak mengharapkan agar pertemuan seumpama itu dapat diteruskan pada masa akan datang.

DUN PERAK BUBAR????

Saya dapat panggilan telepon dan mesej yang begitu banyak sejak dua tiga hari lepas, semalam adalah panggilan dan mesej yang paling banyak saya terima.

Soalan yang ditanya sama, betulkah DUN Perak bubar hari ini ? Saya tanya semula, siapa yang bubarkan? Berita ni dapat dari mana, kami orang Perak tak tahu apa pun, anta dari Johor boleh tahu pulak. Begitulah hebohnya berita DUN Perak bubar.

Berita DUN Perak akan bubar bermula setahun yang lalu, mesej dan maklumat dari berbagai sumber kononnya dari istana, dari Putrajaya, dari UMNO yang boleh dipercayai, dari pejabat SUK, dari hakim, dari polis, dari SPR, dan berbagai lagi. Ada yang mendakwa dapat maklumat dari kawan yang kenal rapat dengan pemandu PMlah, Zambrylah dan macam-macam lagi.

Ada yang terus percaya, minta PAS Perak dan PR terus bersedia menghadapi pilihanraya, yang mengambil kesempatan untuk projek cetak poster pun ada.
Ada juga yang mendakwa dapat maklumat dari kedai gambar, kononnya beberapa EXCO dan wakil rakyat BN telah ambil gambar calon di kedai mereka, begitulah rumus yang begitu kuat akan pembubaran DUN Perak.

Kesimpulannya sehingga sekarang DUN Perak tak juga bubar, Zambry pula senang hatinya boleh berjalan ke luar negeri bersama PM, sebelum ini ke US dan UK. Pimpinan PAS Perak pula cukup berhati-hati nak tinggalkan Perak, bimbang ketiadaan di Perak kemungkinan DUN Perak akan bubar.

Sekarang yang menjadi berita panas dalam SMS dan blog, kononnya keputusan hakim mahkamah federal dah bocor, 4 hakim memutuskan Hj Nizar MB yang sah, 1 hakim lagi mengatakan Zambry pula hakim yang sah.

Rumusan ini tidak pula pasti kebenarannya, tidak ada sumber yang jelas, mahkamah tidak pula bersidang bagi memutuskan siapa MB yang sah di Perak.

Rakyat semakin hairan, susah sangat ke nak buat penghakiman, hakim pula 5 orang, kalau seorang hakim Mahkamah Rayuan boleh buat penghakiman yang cukup pantas bagi menafikan keputusan mahkamah tinggi tempoh hari, tak kan 5 orang hakim federal tidak boleh buat penghakiman.

Inilah padahnya apabila hak dan kepentingan rakyat dinodai oleh UMNO BN melalui rampasan kuasa tempoh hari.

Berita-berita seumpama ini sentiasa panas,isu bubar DUN tidak akan senyap begitu sahaja, rakyat di Perak tidak akan merasai ketenteraman, pegawai-pegawai kerajaan akan buat kerja dalam keadaan tidak senang hati, projek-projek kerajaan tidak banyak dapat dilaksanakan, pelabur luar tidak berani menangung risiko melabur di Perak, akibatnya pertumbuhan ekonomi di Perak tidak stabil, rakyat sentiasa resah dan menjelang sidang DUN Perak akan datang pasti akan ada kekecohan

Dpd Blog : Utz Misbahul

Jadi Ahli UMNO baru dapat kerja???

Surat tawaran untuk bekerja di sebuah anak syarikat kerajaan negeri Melaka sudah diperolehi. Tetapi ada satu lagi syarat yang mesti dipenuhi ialah mereka mesti menjadi AHLI UMNO jika tidak surat tawaran itu akan ditarik balik.

Begitulah hebatnya negeri maju Melaka mentadbir syarikat milik kerajaan negeri. Syarikat milik kerajaan dijadikan seolah-olah milik Umno.

Hendak bekerja di syarikat terbabit mesti ahli Umno, bercakap nada Umno, tindakan macam orang Umno, bernafas dengan bau Umno, tarik dan hembus nafas mesti ingat Umno. Malah darah pun kalau boleh warna merah kuning bendera Umno dan darah mesti cap dacing atau berlambang Umno.

Itulah nasib 40 orang pekerja baru sebuah syarikat milik kerajaan negeri yang dijadualkan memulakan tugas pada 1 Febuari ini. Tetapi sebelum mendaftar pada 1 Febuari ini mereka mesti menunjukkan bukti bahawa mereka ahli Umno jika tidak surat tawaran tersebut ditarik balik.

Kepimpinan syarikat dan kerajaan negeri seolah-olah menjadikan syarikat tersebut milik Umno. Hal ini sebenarnya sudah lama berlaku di negeri Melaka ini.

Pimpinan Umno dan BN negeri ini sudah lama menjadi kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri macam harta mereka sendiri. Apa sahaja yang mereka ingin lakukan mereka boleh buat sesuka hati bermaharajalela tanpa batasan dan rasa takut kepada Allah.

Tetapi saya ingin ingatkan diri saya sendiri bahawa kita tidak sentiasa muda dan berkuasa ada lagi Yang Lebih Berkuasa di atas sana.

Suatu hari kita semua akan tua dan kuasa yang ada pada kita akan hilang. Yang kekal hanya 'rumah' beralamat No 2, Jalan Bawah yang dalamnya tidak lebih dari 6 kaki dan lebarnya mungkin 2-4 kaki. Semua kita akan menghuni rumah seperti itu.

" Berbanyakkan SOLAT HAJAT & DOA.- DOA AKAN DIMAKBULKAN OLEH ALLAH APABILA BNYKNYA BERLAKU KEZALIMAN & FITNAH YG MERATA" JANJI ALLAH ADALAH BENAR..

Jadi sebelum kita melakukan sesuatu perkara ingatlah .....insaflah .....marilah sama-sama kita takut kepada doa orang yang kena zalim!

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI