Thursday, February 4, 2010

Tazkirah: Aku mencari kekuatan ..mungkin hari ini, sebentar lagi/esok aku akan mati..


Ya-ALLAH sungguh, tidak ana ketahui megapa sejak akhir2 ini terasa kepenatan yang amat sgt, sudah berapa hari nak menjamah masakan ibuku, selalunya kalau penat mcm manapun sesuap 2 ana akan mkn air tangan ibuku utk mengubat kepenatannya dlm menyediakan juadah anak2 dan tidak mahu ibuku terasa hati..

Kalau selagi tak mkn..sure bilik ana pasti diketuk dan bertanya sdah mkn belum, 2 hari balik kerja..pergi masjid, mesyuarat, usrah, runtin kehidupan... tertapi .. kenapa dalam akhir2 ni..ana berlengahkan waktu utk menjalankan tangungjawab dengan sebaiknya.. Ya-ALLAH ampunilah dosa2ku atas kelalain diri ini.. :(


Terasa migrane menjadi2, penat.. badan tak bermaya.. depan ibuku hanya tersenyum tp nak menjwab berbagai soalan tak terjwb,, cuma bgtahu.. penat, selera xde.. nak rest.. ibuku mengerti.. bila 4:30am ana terjaga utk mengabdikan diri,, pasti ibuku terjaga tanya lagi.. ana diam.. mood xde nak bersuara.. pagi2.. lebih suka menyepikan diri ditikar sejadahku.. aku membuka kitabku.. menari kekuatan hati.. dan tiba2 airmatku mengalir, mengingati arwah abah dan mengingati ibuku... maafkan diriku bonda.. hati sering berbicara mengapa akhir2 ini.. semua tidak termasuk, badan terasa lemah..mesti ada yang tak kena.. dimana silap ana, ya-ALLAH bantulah hambamu..

Ana menyepikan diri daripada shbt2.. PKM..kalau masuk sekejap je.. En Omar & shbt2 lain yg suka mengusik..kadangkala mengubat kesedihan.. gurau senda shbt2.. menghiburkan hati.. tapi kalau jumpa en omar sudah pasti tanyakan itu ini.. liputan tak terbuat lagi.. adui.. asyik kena perli je.. tapi en omar tahu ana tak sihat..gusi bengkak dll.. tapi dia tanyakan juga update..update.. ye... ana faham le tu.. tapi sabar Tarbiyah ALLAH agar kita menjadi penyabar... bila bg SMS mcm tu sure dia & ana ketawa.. mengubat hati yg kadangkala sedih.. kenapa?? Sedangkan kerja jemaah & mengarang ana mmg suka.. tahan lasak apatah lagi.. mgkn 1 tahap kita perlukan kerehatan diri.. badan ni bukannya robert & fotostet... ada haknya juga..



Rasa kalau boleh, nak bawa diri entah kemana..nak je blk Kg. Rindu nya dkt mok, kak, k.cik dan anak2 buah ku yg comei.. tapi .. entahle.. susah nak buat keputusan.. kalau blk mok sure dgn kelas pengajian pondoknya.. bukan senang nak jumpa mok..

Terasa idea2 utk berhujah dikalam ku terhenti tidak termampu utk ana mencoretkan satu persatu..terima SMS shbt2 wartawan minta liputan.. tanya Gombak tiada program ke?? hanya termampu mnjwb.. terlalu bnyk liputan tak terbuat..kalau nak bantu mai le datang tlg buatkan..kdg2 ana rasa mcm ana ni wartawan akhbar depa pula.. erm. senangnya keje.. depa.. ana rasa nak pecah otak bila dok pk ayat..kdg2 kena tenungkan foto2 yg dah diambil ..kdg2 rasa kena tembus foto2 tu baru terkeluar idea.. kena ada citarasa utk mengarang.. hilang tenaga tuhan je yg tahu.. tapi kdg2 ana reha mgkn ada hikmahnya kenapa ana diberi tanggungjawab dalam PKM.. kalau nak pk penulisan ana ni,, tapi apa yang ana tuli situle yg terkeluar dlm akhbar.. apa le depa ni.. erm.. ibarat mcm apa tah.. tuhan je yang tahu.. Liputan yg sedia adapun dah buat tp tak ter email.. rasa taknak diganggu nanti kalau free i.allah dapat le.. ana tak jwb pangilan & SMS..sesiapa, H/P pun problem .. .

Teringat kata Ustz Hasrizal.." Jgn memaksa diri kalau tidak mampu melakukan..recharged kembali tenaga & fikiran kita dalam mencari ILHAM..carilah ketenangan untuk mendapat kekuatan hadirkan diri didalam majlis2 ILMU,dekati alim ulama.."

Harus dirawatkan hati dan amalan ana kembali.. Jgn bersedih..ALLAH sentiasa bersamaku.. itu pujukan hati saat2 menjadi lemah dan mencari kekuatan jiwa dalam meneruskan kehidupan ini. erm.. ana mencari ilham memperbaikikan diri ana kembali.. utk kita kongsi bersama hayatilah santapan rohani ini..adakah kita sudah bersedia menghadapi kematian yang pasti berlaku tapi tidak tahu bila??


RasuluLlah صلى الله عليه وآله وسلم sendiri sentiasa mengucap di dalam doa nya kata-kata berikut : "Ya ALLAH! Ya Tuhanku! Aku berlindung kepadaMU dari dunia yang menghalang kebajikan untuk Akhirat. Aku berlindung kepadamU pula dari kehidupan yang menghalang kebajikan untuk mati. Dan aku berlindung kepadaMU dari cita-cita yang menganggu kebajikan untuk beramal."

"Adapun pendek harapan untuk hidup terus, memperbanyak mengingati mati serta menyediakan diri untuk menghadapi mati itu ada banyak manfaat nya dan besar guna nya bagi manusia. Sebab siapa yang merasa ajal nya sudah dekat dan sentiasa mengingati mati pada sepanjang masa, nescaya dia kan bergiat bersungguh-sungguh untuk beramal shalih di setiap masa dan meninggalkan kerja-kerja yang tidak berguna, atau bermalas-malas untuk beramal.

Di samping itu ia akan sentiasa berzuhud terhadap matabenda dunia, sambil berusaha untuk mengejar kebaikan untuk akhirat. Ia akan segera bertaubat dari segala dosa nya, kembali kepada ALLAH تعالى, menjauhkan diri dari segala kelakuan yang boleh menghalangi nya dari berbuat taat kepada ALLAH تعالى, dan sentiasa memilih jalan yang diredhaiNYA.

Sebalik nya, orang yang panjang harapan untuk hidup lama di dunia ini, dan kurang ingatan kepada mati, akan bersikap berlawanan dengan yang di atas tadi.

Berkata al-Imam Ghazali رحمه الله تعالى di dalam kitab nya "al-Bidayah" : Hendaklah anda sentiasa renungkan umur mu yang pendek itu, meskipun anda rasa boleh hidup selama seratus tahun, jika dibandingkan dengan tempat tinggal mu di negeri akhirat, yang kekal sepanjang masa. Renungkan juga betapa susah-payah dan hina nya anda ketika mengejar dunia, sebulankah atau setahunkah, dengan harapan anda boleh hidup senang-lenang selama dua puluh tahun misal nya. Tetapi mengapa tidak anda menanggung susah sedikit masa ketika hidup di dunia, agar anda merasakan kerehatan nya di akhirat kelak sepanjang abad.

Oleh itu, hendaklah anda tidak memanjangkan harapan untuk hidup lama di dunia, sehingga anda merasa diri mu berat untuk beramal.

Malah hendaklah anda mengira-ngira bahwa maut itu sudah hampir tiba, dan bisikkan ke dalam diri mu : Biarlah aku menanggung susah hari ini, kerna mungkin aku akan mati nanti malam! Kalau tidak malam ini, mungkin esok! Sebab maut itu tidak akan meregut nyawa ku pada masa yang tertentu, atau pada keadaan yang tertentu, atau pada umur yang tertentu. Namun maut itu akan tiba, dan tidak ditentu masa nya.

Maka lebih baiklah aku bersedia untuk nya dari pada menyediakn diri untuk dunia. Aku mengerti bahwa hidup ku di dunia ini hanya sementara sahja dan mana tahu yang sisa dari hidup ku itu hanya untuk menyedut satu nafas sahja, ataupun hanya tinggal satu hari sahja.

Ucapan-ucapan seperti itu harus diulang-ulang di hati setiap hari. Paksalah diri supaya cekal dan sabar untuk menjalankan tugas-tugas yang diperintah oleh Agama, hari demi hari.

Sebab kira nya anda telah ditakdirkan boleh hidup selama lima puluh tahun, lalu anda kerahkan diri mu untuk bersabar dalam menjalankan ketaatan kepada ALLAH تعالى, nescaya ia akan berontak dan menentang keputusan mu itu, kerna diri mu telah mengetahui bahwa masa nya masih lama lagi.



Jadi, jika anda terus mengingatkan diri mu tentang ketibaan maut yang tidak diketahui bila masa nya itu, nescaya apabila anda mati anda akan merasakan kegembiraan yang tidak ada kesudahan nya. Tetapi, jika anda mencuaikan nasihat itu dan tidak memperdulikan nya, tiba-tiba maut pun sampai sedang anda belum bersedia untuk nya, maka tentulah anda akan merasakan kekecewaan yang tidak ada kesudahan nya lagi.

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi. Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya.


(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Baka kata pepatah : Apabila muncul pagi, barulah orang yang berjalan di waktu malam itu akan memuji dan berterima kasih. Begitu pula apabila tiba maut kelak, barulah anda tahu tentang berita nya yakin dan benar. Dan berita itu tidak jauh dari anda, sekelip mata lagi akan tiba." - Dari kitab "Nasihat Agama Dan Wasiat Iman" karangan al-Imam al-Qutub al-Habib `AbduLlah ibn `Alawi al-Haddad dengan terjemahan oleh al-Habib Ahmad ibn Muhammad Semait رضي الله تعالى عنهم.




يا الله بها يا الله بها يا الله بحسن الخاتمة
برحمتك يا أرحم الراحمين
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين

بارك الله فيكم وجزاكم الله خير الجزاء
والله تعالى أعلم بالصواب




Tazkirah: Jgn Bersedih berharaplah pertolongan daripadaNya..




بســـــــم الله الرحمان الرحيم


"Ingatlah, sesungguhnya wali-wali ALLAH itu, tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati. (Yaitu) orang-orang yang beriman dan mereka selalu bertaqwa. Bagi mereka berita gembira di dalam kehidupan di dunia dan (dalam kehidupan) di Akhirat. Tidak ada perubahan bagi Kalimat-Kalimat (Janji-Janji) ALLAH. Yang demikian itu adalah kemenangan yang besar."
-
Surah Yunus ayat 62 - 64



صــــــــدق الله العظيم

PENYAKIT FUTUR MEMBUNUH SAHSIAH DIRI SEORANG PEJUANG

Mudah kecewa, putus asa jejas kualiti peribadi punca kita mudah dipengaruhi nafsu

FUTUR adalah suatu penyakit baru yang melanda sebahagian daripada umat Islam. Dalam konteks bahasa, futur ertinya putus selepas bersambung atau tenang selepas bergerak. Juga boleh memberi erti malas atau lambat selepas rajin dan bersungguh-sungguh.

Dalam erti kata lain, futur adalah penyakit kecewa yang boleh membunuh sahsiah Muslim. Penyakit ini berupaya merencat saraf rangsangan aktivis dalaman yang akhirnya mengganggu kesungguhan dalam kerja yang diamanahkan. Ia berpunca daripada hati.

Penyakit futur ini menukar sama-sekali perlakuan pelakunya daripada seorang rajin dan semangat bekerja kepada sikap malas, putus asa, menunda atau berlambat-lambat melakukan pekerjaan.

Ia dikaitkan dengan kegagalan mencapai matlamat yang dihajati seperti tewas dalam peperangan, kalah dalam pilihan raya, gagal mencapai cita-cita peribadi atau tidak mencapai maksud dicita-citakan.

Jangan sampai ia menular dan menjadi pembunuh semangat yang senyap dalam diri individu Muslim, yang akhirnya mengembang kepada kumpulan atau jemaah Muslim sendiri.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Berbuat baiklah sesuai dengan kemampuanmu. Demi Allah, Allah tidak berasa bosan sehingga kamu sendiri yang berasa bosan. Dan amalan ad-din yang paling dicintai (Allah) ialah yang dilakukan secara rutin oleh pelakunya.”

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada harga perjuangan, persoalan yang melanda dalam diri berpunca daripada sikap dan kualiti diri kita, ketika semangat perjuangan membakar, hendaklah segera diatasi. Jangan biarkan keinginan dan nafsu menguasai diri melepasi perjuangan sebenarnya.

Ingatlah, peristiwa kekalahan pejuang Islam dalam Perang Uhud boleh memberi iktibar kepada kita. Ketika pejuang sudah mendekati kemenangan tatkala menentang musuh, namun berakhir dengan kekalahan di luar jangkaan, kerana sebab utamanya adalah kegagalan pejuang memelihara kualiti diri mematuhi arahan ketua.

Apabila keseimbangan itu hilang, tentu akan terjadi keadaan yang tidak stabil, sedangkan strategi awalnya amatlah baik. Namun, arahan yang sepatutnya ditaati tidak berupaya diterjemahkan dalam bentuk taat dan patuh kepada arahan ketua.

Allah mengingatkan kita melalui firman yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kisah mereka itu ada pengajaran bagi orang yang mempunyai fikiran. Al-Quran itu bukanlah cerita yang dibuat-buat, tetapi ia membenarkan (kitab) yang sebelumnya dan menjelaskan segala sesuatu, sebagai petunjuk dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah Yusuf, ayat 11)

Sepatutnya apa yang pernah menimpa kepada umat Islam dulu dijadikan pengajaran supaya kita tidak melakukan kesilapan serupa. Tujuan Allah menceritakannya dalam al-Quran ada hikmah dan pengajarannya.

Firman Allah yang bermaksud:

“Maka ambil iktibar (pengajaran) , wahai orang yang mempunyai penglihatan.” (Surah al-Hasyr, ayat 2)

Sesungguhnya, banyak peristiwa berlaku pada kita hari ini adalah suatu putaran dan pusingan kehidupan. Apa yang kita alami kini pernah berlaku suatu ketika dulu dalam keadaan yang mungkin sama, cuma masa saja berlainan.

Percayalah, setiap kejadian yang berlaku hari ini akan berlaku pada depan. Yang pentingnya ialah bagaimana kita menghadapi kejadian yang akan datang melalui perancangan berjadual. Perancangan seperti ini disebut juga sebagai perencanaan berstrategik.

Sejarah perjuangan Rasulullah SAW penuh dengan perancangan dan strategi. Bermula dengan penerimaan wahyu, diikuti penyebaran Islam secara tersembunyi dan akhirnya secara terang-terangan.

Begitu juga ketika berlakunya penghijrahan Rasulullah SAW ke Yathrib, bagaimana perancangan rapi diatur Rasulullah berjaya mencapai matlamat. Ketika menjadi Ketua Negara Madinah, Baginda Rasulullah SAW membuat perancangan secara teliti dengan mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin untuk memperkuatkan kaum Muhajirin.

Diikuti perjanjian dengan puak Yahudi demi mewujudkan sebuah negara bangsa yang kuat dan utuh di Madinah sehingga akhirnya berjaya menakluki semula Makkah. Pengurusan berstrategik memerlukan kita untuk membuat perencanaan bagi menentukan matlamat, menggariskan kaedah dan tindakan untuk mencapai matlamat itu.

Strategi diperlukan menggabungkan pelbagai instrumen kekuatan sumber dimiliki untuk menghadapi persekitaran dengan sebaik-baiknya. Perencanaan juga disebut sebagai jambatan antara masa kini dengan masa depan.

Dalam soal mengatur perancangan strategi, soal penguasaan ilmu sangat penting. Rasulullah SAW menjelaskannya dalam hadis yang bermaksud:

“Apabila kamu menghendaki hidup berjaya di dunia hendaklah kamu berilmu dan apabila kamu menghendaki hidup berjaya di akhirat hendaklah berilmu dan apabila kamu menghendaki kedua-duanya hendaklah juga kamu berilmu.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sebenarnya, penguasaan ilmu perancangan berupaya membantu membuat perencanaan secara lebih tersusun. Gerak kerja ini perlu penelitian rapi berdasarkan kepakaran bersumberkan ilmu. Begitu juga untuk menyusun strategi. Strategi yang baik akan membuahkan hasil yang baik.

Strategi yang baik terhasil daripada pemerhatian dan kajian. Strategi yang baik juga berupaya membangunkan, mengekalkan, menangani masalah yang timbul serta cekap dalam mengatur serangan, menyerang dan menguasai musuh seperti mana dibuktikan panglima Islam terkemuka, Salahuddin Al-Ayubi.

Jika kita hanya membangun daripada segi perancangan strategi untuk memantapkan, mengukuh dan menguatkan jemaah saja sedangkan kekuatan dan strategi diatur musuh diketepikan, jawapannya kita tidak mampu menandingi pihak musuh dan tidak akan berkebolehan mengalahkan mereka.

Jangan lupa, musuh juga pasti tidak henti-henti membuat perencanaan untuk menandingi kekuatan kita. Kadangkala kita lupa bahawa strategi musuh di luar batas pemikiran.

Allah berfirman yang bermaksud:

“Dan sediakanlah untuk mereka segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan daripada pasukan berkuda yang lengkap dan sedia untuk menggerunkan musuh Allah dan musuh kamu serta musuh yang lain daripada mereka yang kamu tidak mengetahui sedang Allah mengetahuinya, dan apa-apa yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya.” (Surah al-anfal, ayat 60)

Perencanaan yang dibuat haruslah ada tata kaedah tertentu, dilaksanakan secara berperingkat, tersusun kemas dan teratur. Perencanaan hendaklah dilakukan dalam keadaan tenang dan tidak tergesa-gesa. Ini penting kerana faktor emosi dan masalah sekeliling yang menekan akan menjadi sebab kepada perencanaan yang tidak bagus.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Orang yang pandai adalah yang menghisab dirinya sendiri serta beramal untuk kehidupan sesudah kematian. Sedangkan orang yang lemah adalah yang dirinya mengikuti hawa nafsunya serta berangan-angan terhadap Allah.” (Hadis riwayat Tirmidzi)

Kajian menyatakan kejayaan dalam sesuatu tindakan bergantung kepada kesungguhan untuk melaksanakannya, disamping faktor pengurusan masa. Faktor penguasaan isu semasa dan keadaan sekeliling juga sebahagian daripada momentum yang penting. Ia nyata adalah natijah dari kejayaan terhadap penghayatan ilmu dan tarbiyyah yang dilalui sebelumnya dan kini serta akan datang.

Perancangan yang dibuat mestilah atas sifat sebagai hamba kepada Tuhannya. Penentuan kejayaan atau kegagalan itu bukan diberi kata putus oleh manusia. Oleh itu kita jangan menjadi angkuh dan sombong kerana kepakaran mengatur perencanaan dan menjadi strategi yang baik.

Ingatlah kuasa Allah yang menentukan kejayaan atau kegagalan. Jika kegagalan itu ada di pihak kita, ingatlah apa yang Allah katakan, ‘ia adalah akibat daripada gara-gara kamu sendiri’ dan setiap kejayaan daripada apa yang dirancang itu disambut dengan penuh kesyukuran. Jangan menjadi angkuh dan sombong atas kejayaan itu.

Benarkah KIta Berjuang.. Sesi Muhasabah diri..




Wahai orang yang beriman ! Apa yang telah berlaku kepada kamu ?

Apabila kamu diseru , agar turun ke medan untuk memperjuangkan agama Allah swt. tiba - tiba kamu memberatkan papan punggung kamu ke permukaan bumi [ malas ]

Kenapa jadi begitu ? adakah kerana kamu lebih sayang kepada kehidupan dunia berbanding kehidupan akhirat ?

Ketahuilah ! sesungguhnya kehidupan dunia yang kamu dambakan itu , berbanding akhirat yang telah dijanjikan oleh Allah swt. adalah sangat kecil nilainya disisi Allah swt .

Jika sekiranya kamu lengah untuk menunaikan amanah perjuangan , nescaya kamu akan diazab oleh Allah swt dengan azab yang sangat pedih .

Maksud Firman Allah swt dari surah at Taubah . Ayat : 38 - 39

Seseketika dalam mengharungi perjuangan ini , alangkah kita duduk sejenak untuk menganalisa atau bermuhasabah diri . Memandang jauh ke dalam jiwa dengan menyelaminya secara jujur dan telus terhadap diri sendiri . Lalu kita ajukan pada diri satu soalan , benarkah kita berjuang ?

Berjuang yang dimaksudkan di sini ialah bekerja gigih dengan segala upaya dan daya malah mengambil segala ruang dan peluang untuk menjulang kalimah Allah swt sehingga ia mengatasi ideologi ciptaan manusia , meskipun terpaksa berhadapan dengan tribulasi dan implikasi yang mengancam kepentingan diri .

Atas alasan dan tujuan tersebut , kita menyertai jamaah Islam ini bagi memastikan aspirasi perjuangan suci itu dapat kita laksanakan secara lebih berkesan . Persoalannya , benarkah kita berjuang ?

Benarkah kita berjuang ? , kalau hanya mengisi borang dan mendaftar diri sebagai anggota jamaah Islam tetapi gagal untuk komited [ iltizam ] dengan segala aktiviti amal jamaei yang dianjurkan oleh jamaah . Kita hanya mampu mentarbiyah tetapi tidak boleh ditarbiyah . Mampu mengarah tetapi tidak boleh diarah . Mampu menegur tetapi tidak boleh ditegur .


Benarkah kita berjuang ? , kita banyak ketawa dan hidup dalam kemewahan . Kita tidak mampu menyelami kesusahan dan kepayahan yang dihadapi oleh para murabitun jamaah yang ikhlas berjuang , jauh sekali untuk rakyat yang terhimpit . Gaya hidup hampir menyerupai musuh malah meluka perasaan anggota jamaah sendiri .

Benarkah kita berjuang ? , dengan hanya semata - mata kerap menghadhiri ceramah - ceramah umum tetapi liat untuk hadir dan menekuni program - program khusus seperti usrah , liqa fikri , tamrin , mukhayyam dan pelbagai aktiviti spiritual seperti qiamulail , al mathurat dan zikrullah . Program ceramah dilihat lebih penting sebab kita dapat publisiti sedang usrah ni hanya dihadhiri oleh 10 orang , tidak glamour langsung !



Benarkah kita berjuang ? , apabila kita selalu sahaja gagal melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang telah digalaskan ke atas pundak kita sebagai pimpinan jamaah walau dimana peringkat posisi kepimpinan kita . Mesyuarat sering tidak hadhir dan kalau pun hadhir hanya dengan kepala kosong . Lebih malang , ada mesyuarat dalam mesyuarat dan ada mesyuarat selepas mesyuarat .

Benarkah kita berjuang ? , sedang banyak masa kita habiskan untuk bersahaja dan mengelamun dalam mengimpi kemenangan . Hanya pandai mengomel dan mengkritik kesalahan anggota jamaah yang lain tetapi kita sendiri hanya mampu berdiri di tepian gelanggang . Kerja kita tidak beres tetapi nak ambil kerja orang lain . Kalut tidak bertempat .

Benarkah kita berjuang ? , seringkali kita mengabaikan hak ukhuwwah atau persaudaraan Islam sesama anggota . Cepat berburuk sangka malah sedikit berbeza pendapat kita terus menyerang pemikiran dan peribadinya seolah - seolah ia adalah musuh tradisi perjuangan kita . Kita rasa hanya kita sahaja yang hebat , berilmu dan berpengalaman . Pintar berhujjah dan berdebat . Kita pandang sahabat pun hanya dengan sebelah mata , penuh rasa benci . Senyum dan bersalam hanya untuk bermuka - muka .

Benarkah kita berjuang ? , suka sangat kita dedahkan rahsia jamaah . Setiap bilah dan patah perkataan yang dibincang dalam mesyuarat kita tulis dalam blog atau web site . Kita jadikan ia bahan sensasi untuk melariskan web site kita jua dengan harapan orang kata kita berani menegakkan kebenaran dan berani melampirkan fakta . Hanya kita yang mahu mempertahankan Islam dan jamaahnya sedang orang lain adalah pengkhianat yang perlu ditumpaskan .


Benarkah kita berjuang ? , kerana wawasan dan sesuatu gagasan pemikiran itu dilahirkan oleh pemimpin atau anggota jamaah yang kita tidak suka , maka kita tolak mentah - mentah . Lebih malang kita kasar dalam menolak dan kita lancang dalam berbicara . Langsung kita tidak hiraukan adab ikhtilaf sebaliknya apa yang kita inginkan ialah bagaimana kita nak menang dan pandangan kita yang diterima pakai .

Benarkah kita berjuang ? , kita sanggup mencantas sahabat seperjuangan dengan cara yang tidak bermoral agar dia jatuh dan kita yang naik jadi pemimpin . Kita melobi habis kawasan dan negeri bagi memastikan kita atau calun pemimpin yang kita suka mencapai kemenangan . Soal mampu atau tidak , soleh atau tidak bukan lagi menjadi ukuran . Ukuran tepat ialah dia mesti dari team kita .

Benarkah kita berjuang ? , wala' atau taat setia kita telah berbelah bahagi , bukan lagi kepada pimpinan jamaah tetapi di sana ada individu berpengaruh dan ia berada di luar jamaah yang sangat kita kagum karektornya . Sedang pimpinan kita sendiri dilihat kolot dan tidak hebat . Kita tidak berdiri teguh di belakang pimpinan kita sebaliknya kita teguh berdiri dan menyokong pemimpin dari luar jamaah kita sendiri .


Benarkah kita berjuang ? , hubungan kita hanya terhad kepada golongan dan team kita . Dakwah kita tidak melebar kepada semua golongan termasuklah non muslim . Kita hanya hebat dalam gelanggang kita sendiri . Kita orang PAS ceramah pasal PAS dalam markas PAS kepada orang PAS , habis tu bila Islam ni nak lePAS ?

Benarkah kita berjuang ? , peribadi kita tidak melambangkan inspirasi perjuangan . Kita malu sipu nak jelaskan dasar perjuangan kerana keterlaluan mahu menjaga hati . Suara Islam mahu diliberalkan atas alasan orang belum memahami Islam . Penampilan diri juga dinuetralkan agar tidak dianggap fundamental .



Benarkah kita berjuang ? , ibadah kita kurang . Hubungan kita dengan Allah swt jauh . Gagal solat berjamaah dan membaca al quran pada kekerapan yang lebih berbanding orang awam . Kehalusan budi dan ketulusan hati tidak kita dimiliki . Ucapan kita menampakkan kesombongan dan tindakan kita tidak berhemah . Suka pandang rendah pada orang lain jauh sekali mahu menghormati mereka .


Benarkah kita berjuang ? , kadang - kadang kita pun keliru mengenai konsep kepimpinan jamaah kita sendiri . Kita sebut kepimpinan ulama' tetapi kita tidak beradab dengan ulama' . maki hamun ulama' dan menista mereka menjadi kalimah yang meniti di bibir kita tanpa rasa bersalah apalagi berdosa .

Benarkah kita berjuang ? , kerana kita pun tidak jelas matlamat dan hala tuju perjuangan . jamaah kita ni gerakan Islam ke ? atau parti politik semata ? Slogan perjuangan pun gagal kita hayati . Matlamat kita , dustur kita , landasan kita , ikutan kita , cita - cita kita tidak mendarah daging dalam diri kita . malang ,sering kita ni cakap lain tetapi tindakan kita lain pula



Benarkah kita berjuang ? , banyak sungguh dosa kita . Makin berjuang makin tambah dosa . Dosa mengumpat , dosa mengutuk , dosa salah sangka , dosa mencantas , dosa memfitnah , dosa menipu , dosa tidak taat kepada pimpinan , dosa tidak tunai amanah perjuangan , dosa dedah rahsia jamaah , dosa khianat kepada sahabat seperjuangan , dosa hipokrit , dosa melukakan hati anggota jamaah , dosa dedahkan aib pimpinan dan anggota jamaah , dosa mata , dosa tangan , dosa kaki , dosa telinga , dosa mulut , dosa hati , dosa otak , dosa .... , dosa .... , dosa .....dan dosa .....

Ya Allah ! benarkah kita ni berjuang ? atau kita selama ini hanya bermain dan menambah beban dosa dalam perjuangan buat diri kita sendiri .

hayya bina nu'min saah ! ayuh kita kita bersimpuh seketika untuk kita merenung [ introspection ] jauh ke dalam jiwa kita . Terlebih dulu kita buangkan segala alasan membela diri , sikap menyalahkan orang lain dan rasa diri dipihak benar . Sebaliknya cari alasan untuk menyalahkan diri agar kita insaf , jangan bela diri supaya dirasa diri kita juga perlu dihukum dan kumpulkan rasa bersalah itu atas diri kita sendiri agar kita tidak angkuh untuk mengakui kesilapan sendiri .

Sahabat ku semua , marilah kita bermuhasabah agar kita dekat dengan Allah swt dan kita segera diberikan nusrahNya . Insyaallah , muhasabah ini akan memulihkan hubungan kita yang retak , perjuangan kita yang tergugat , dan kedudukan kita yang kian jauh dari Allah swt .

Masih banyak item untuk dipersoalkan pada diri kita dengan mulakan pertanyaan benarkah kita berjuang ? semoga kita diridhai oleh Allah swt .

Selamat berjuang sahabat ku !

Seruan dan pertanyaan Benarkah kita Berjuang ...? ini ana copy paste dari blog Ust Nasruddin Tantawi Ketua Pemuda kita.

Saat2 ana dalam kelemahan ana cuba mencari pengubat kekuatan mencari ilmu2 santapan rohani perbaikikan diri & amal.. penulisan beliau amat ana hormati dan ketangkasan beliau di medan perjuangan menjadi ikon contoh pd ana yg banyak kelemahan dalam medan pertempuran...agar lebih kuatkan hati dan semangat dalam bermujhadah yang banyak mehnah dan tribulasinya..

Pada saf Mujahidah.. biarlah menjadi rahsia hidup ana..siapakah diantaranya yg menjadi ikon semenjak ana memasuki dunia jemaah Gombak.. dan yg terbaik adalah perjuangan nabi saw yg sudah pasti menjadi ikon pd setiap insan...yang tidak dapat ditandingi.


Subhanallah. ... Astaghfirullah. .. ia benar-benar mengocak jiwa dan menumpah air mata... betapa alpanya kita....ayuh mari kita bersihkan hati dan jiwa, sesungguhnya antara cara untuk kita menggugurkan dosa dan menggosok hati adalah dengan amal jamaie dan jihad..Ya-ALLAH ampunilah dosa2ku... terimalah taubatku, amalan2ku.. walaupun sekecil zarah sebagai bekalan menuju syurgamu.. amiin ya rab:(


SIMFONI KASIH TAUTAN HATI