Monday, January 30, 2012

Penerangan Tok Guru Hadi Tarik Diri , sebarkan

Kerajaan Negeri Seleai Isu Perumahan Kampung Berembang


KUALA LUMPUR, 31 JAN - Kerajaan Negeri sentiasa memantau projek perumahan yang tertangguh supaya ianya dapat disiapkan segera bagi mengtasi masalah dihadapi penduduk di kawasan setinggan Kampung Berembang,kata Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Abdul Samad.

Ujarnya, projek perumahan setinggan Kampung Berembang, Ampang di sini yang menghadapi pelbagai masalah untuk disiapkan dalam masa kira-kira empat tahun lalu dijangka berakhir pada 1 April depan.

Projek perumahan berupa pangsapuri dua blok bernilai lebih RM40 juta itu diusahakan syarikat pemaju perumahan Acmar International dengan mempunyai 694 unit rumah beserta kemudahan lain seperti rumah kedai, parkir kereta, padang permainan dan sebagainya.

Menurutnya, pihaknya telah diberi jaminan oleh kontraktor yang mana projek itu akan disiapkan dalam masa terdekat pada awal April ini.

"Kontraktor telah bagi jaminan akan siap pada 1 April. Kita telah minta agar ini adalah tarikh terakhir sebab sudah empat atau lima kali mereka tukar tarikh, dan kali ini kita minta 1 April supaya kontraktor kena siapkan," katanya kepada media ketika ditemui dalam lawatan kerja ke tapak projek perumahan Kampung Berembang di sini semalam.

Tambahnya lagi, setiap dua minggu saya mendapat laporan projek perumahan daripada kontraktor dan telah dua kali dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) supaya projek ini dipercepatkan.

Malah, pada satu peringkat dalam salah satu mesyuarat exco, pihaknya telah mempertimbangkan untuk mendenda kontraktor jika projek itu lambat disiapkan.

Katanya, 694 rumah ditawarkan dengan harga RM35,000 seunit kepada peneroka awal di kawasan itu manakala RM42,000 bagi bukan penduduk setinggan.

"Yang ini termasuk kepada mereka yang telah membantah semasa di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika program setinggan sifar di mana kerajaan UMNO merobohkan rumah. Maka ada penduduk yang telah mengambil tindakan mahkamah ke atas Kerajaan Negeri. Ketika itu Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo”.

Saya di fahamkan, siapa yang lawan di mahkamah tidak akan dapat beli rumah. Bila Pakatan Rakyat ambil alih (Kerajaan Negeri), kita batalkan keputusan itu kerana ianya bersifat menindas rakyat.

"Semua mereka ini telah duduk di kawasan ini selama berpuluh tahun maka adalah tidak adil jika hak mereka dinafikan," katanya.

Sementara itu, Ketua Kampung Berembang, Noralizan Ali, 59 pula berkata, saya rasa gembira kerana masalah yang membelenggu penduduk kampung selama ini akan berakhir.

Saya benar puas hati degan tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Sealangor dalam menyelesai masalah rakyat. Bersyukurlah kepada Allah SWT.

Kita sudah lama tunggu. Alhamdulillah kalau bulan April ni boleh pindah, kita semua bersyukurlah. Kami dah tinggal di bawah kabel rasanya empat hingga lima tahun.

Sememangnya semua penduduk kampung ini menunggu detik itu sejak sekian lama kerana projek itu telah tertangguh beberapa kali sejak empat tahun lalu, katanya ketika ditemui media.

Editor : Khaulah Azwar

Isu Israel : Penjelasan Datuk Sri Anwar Ibrahim


Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

Mohon semua sahabat setia tolong sebarkan isu ini yang telah di manupulasi oleh UMNO-BN. Tanggungjawab kita bersama..



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI