Monday, December 20, 2010

UMNO Jangan Berlakon Pertahankan Surau/Masjid


Bandar Baru Selayang - UMNO/BN digesa agar jangan sesekali suka berlakon kononnya membela agama kepada rakyat dalam setiap perkara yang berlaku yang ada kaitannya dengan agama.
Rakyat kini semakin cerdik menilai mana intan dan permata, tegas Tn Hj Mohamad Abd Rahman YDP PAS Kawasan Selayang merangkap Penyelaras DUN Tmn Templer, ujarnya selepas balik daripada Baiah (Majlis Mengangkat Sumpah) sebagai Penyelaras DUN Tmn Templer di S.Alam pagi semalam.


Berikutan dengan isu demonstrasi bantahan Surau Al-Hidayah yang di katakan bakal dirobohkan, beliau menegaskan bahawa demonstrasi tersebut adalah satu provokasi yang didalangi oleh UMNO/BN yang mencari populariti murahan untuk menghasut rakyat supaya membenci dan dengan niat agar rakyat keliru mengenai pengurusan pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) yang kononnya tidak perihatin tentang masalah agama islam.

Pihak (UMNO/BN) telah membuat provokasi Demostrasi Bantahan dan dengan mewar-warkan kepada rakyat terutamanya penduduk sekitar Rawang seolah olah berlaku kelemahan dan ketidakcekapan Kerajaan Negeri sekarang, menyebabkan satu-satunya tanah orang melayu di Pekan Rawang jatuh ketangan syarikat swasta. Kita bukan sekadar mempertahankan tanah tetapi lebih dari itu yang kita pertahankan adalah Islam.

"Kenyataan tersebut adalah tidak berasas lansung, kerana yang menggadainya maruah orang melayu dan Islam adalah UMNO/BN. Demonstrasi yang di buat adalah memakan diri. Sekarang daripada rakyat tidak tahu, ia sebenarnya telah memecahkan tembelang mereka sendiri.

Saya menyokong kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Dato' Menteri Besar Selangor Faekah Husin bahawa Kerajaan Negeri tidak terlibat langsung dengan pelan pembangunan tapak seperti mana yang dituduh oleh mereka yang terlibat dalam demonstrasi kelmarin. Kita pun telah mengenal pasti yang hadir majoritinya terdiri daripada pemimpin UMNO/BN termasuk Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) Dato' Zainail Abidin Sakom. Kita mencadangkan agar Kerajaan Selangor mengambil tindakan terhadap beliau kerana menghentam kerajaan sedangkan sifatnya Pengerusi YBK juga adalah sebahagian daripada kerajaan".

"Tanah yang terlibat dalam projek pembangunan tersebut dimiliki oleh SAP Holdings Sdn Bhd yang akan menjalankan projek tersebut bersama syarikat swasta Mahumas Sdn Bhd dan rekod menunjukkan SAP Holding Sdn Bhd bukan lagi anak syarikat Kerajaan Negeri Selangor semenjak 2002 lagi.

Sebenarnya bukan setakat Surau Al-Hidayah sahaja yang kita sentuh tetapi ada beberapa isu lain berkaitan dengan tanah dan agama Islam di Rawang di dan PAS Selayang akan cuba bongkarkan dan sedang mengumpul bukti termasuk tergadainya sebahagian tanah Masjid Nurul Iman yang untuk pembinaan jalan oleh Mahumas, tanah surau dan rezab kubur di Taman Rawang Perdana yang sudah digezetkan telah bertukar statusnya. Semuanya itu berlaku semasa UMNO/BN memerintah.

Mohamad berkata, "Mungkin tidak ramai penduduk sekitar Rawang yang tahu sejarah Surau Al-Hidayah di Kg Melayu, Rawang termasuk bagaimana berlakunya kronologi surau tersebut. Oleh itu pihak kami meminta agar rakyat dan penduduk sekitar rawang tidak cepat melatah dan mudah percaya dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh UMNO/BN dan diminta merujuk kepada Nazir dan Jawatankuasa Pentadbir Masjid Nurul Iman Rawang sebagai Penaung untuk semua surau-surau di dalam pentabirannya. Kita bersetuju dengan kenyataan di akhbar bahawa tiada isu perobohan".

Beliau juga Penasihat Pemuafakatan Nazir-Nazir Masjid Selayang mengajak rakyat membuka minda dan mengingati setiap peristiwa yang telah berlaku dalam aspek menjaga rumah ibadah seperti surau dan masjid bukan cara seperti yang diamalkan oleh UMNO. Mohamad juga menggesa agar rakyat berfikir dan menilai dengan sebijak-bijaknya kerana sepanjang Kerajaan (PR) memerintah tidak pernah berlaku lagi peristiwa berlakunya meroboh masjid/surau begitu juga rumah ibadah bangsa agama lain. PR amat menghormati mana-mana rumah ibadah.

Ini jelas terbukti, hampir 3 tahun PR memerintah rumah ibadah masjid /surau sentiasa diimarahkan oleh rakyat yang mendapat sokongan penuh melalui kehadiran jemaah kariah dalam program dilaksanakan.

Amat berbeza semasa zaman pemerintahan kerajaan UMNO/BN, dimana surau/masjid tidak mendapat sambutan rakyat kerana tiada pengurusan yang tulus, majlis ilmu tidak dijalankan secara sempurna bahkan rumah ibadah ditutup apabila sudah habisnya waktu solat fardhu isyak. Rumah ibadah boleh dikatakan seperti kubur yang sunyi kerana tiada majlis-majlis ilmu dan zikrullah semasa dibawah pengurusan UMNO/BN.

Disini UMNO/BN harus menerima kenyataan dan hakikat bahawa mereka sudah tidak diterima lagi oleh rakyat, khususnya orang melayu islam katanya dengan tegas di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Tmn Templer.

Sehubungan dengan itu, beliau sebagai YDP PAS Kawasan Selayang menyokong Kerajaan Negeri Selangor sepenuhnya agar pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat siasatan lanjut berkenaan isu surau Al-Hidayah termasuk dari sudut pengutipan sewa kepada gerai-gerai yang dibina secara haram dan dikenakan bayaran oleh Bekas Pengerusi Ahli Jawatankuasa Surau. Kita mendapat maklumat daripada Ahli Jawatankuasa Surau yang baru mendakwa kutipan tersebut tidak pernah disalurkan Ke Tabung surau.

Insya-ALLAH pihak kami sentiasa memberi kerjasama denagan Kerajaan Negeri Selangor untuk memberi keterangan dan siasatan untuk menegakkan kebenaran ketulusan pentadbiran kerajaan PR, katanya.

Editor :khaulah Azwar





Pertandingan Melengkapkan Slogan "Kita Bersaudara" 2010


Kau Memang Ahli Neraka?

Bismillahirrahmanirrahim.....

Adakah benar kita tahu seseorang itu akan masuk neraka jika mereka sememangnya seorang yang zalim? Sudah tentu tidak. Kali ini kita akan belajar dari sebuah kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah. Bagaimana Allah yang maha penyayang dan maha pengasih sentiasa membuka pintu taubat kepada hambanya yang leka.

” Al-kisah, pada suatu hari Umar r.a mendapatkan Rasulullah SAW sambil menangis:

Rasulullah SAW : Wahai Umar, apakah yang membuat engkau sehingga menangis?
Umar :Ya Rasulullah, ada seseorang di muka pintu ini yang telah membakar hatiku.
Rasulullah SAW : Ya Umar, bawalah dia masuk.

Lalu Umar membawa pemuda itu masuk sambil menangis.

Rasulullah SAW : Apakah yang telah engkau lakukan sehingga engkau menangis?
Pemuda : Wahai Rasulullah, aku telah melakukan dosa yang besar! Aku sangat takut kepada ALLAH SWT yang sangat murka kepadaku.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah mempersekutukan ALLAH?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Apakah kamu telah membunuh jiwa yang kamu tiada hak untuk membunuhnya?
Pemuda : Tidak, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Maka ALLAH SWT akan mengampunkan dosa kamu walaupun sebesar tujuh petala langit dan bumi dan bukit-bukit.
Pemuda : Wahai Rasul ALLAH, aku telah melakukan dosa yang lebih besar dari langit, bumi dan bukit-bukitnya.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu itu lebih besar dari Al-Kursi?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosamu lebih besar dari Arsy?
Pemuda : Dosaku lebih besar.
Rasulullah SAW : Apakah dosa kamu lebih besar dari dimaaf oleh ALLAH?
Pemuda : MaafNYA lebih besar.
Rasulullah SAW : Sesungguhnya tidak ada siapa yang dapat mengampunkan dosa besar kecuali ALLAH YANG MAHA BESAR, yang BESAR keampunanNYA. Katakanlah wahai pemuda, dosa apakah yang telah engkau lakukan?
Pemuda : Aku malu hendak memberitahumu, ya Rasulullah.
Rasulullah SAW : Beritahu aku apakah dosamu itu (Sedikit tegas!)
Pemuda : Begini ya Rasulullah, kerjaku adalah sebagai penggali kubur. Aku telah melakukan kerja menggali kubur selama tujuh tahun. Pada suatu hari, aku menggali kubur mayat seorang gadis dari kaum Ansar. Setelah aku menanggalkan kain kafannya, maka aku tinggalkan dia. Tidak jauh aku meninggalkannya, maka naiklah nafsuku. Oleh kerana tidak dapat menahan nafsu, aku kembali kepada mayat tersebut lalu menyetubuhinya. Setelah aku memuaskan nafsu, maka aku tinggalkan dia. Belum jauh aku beredar dari situ, tiba-tiba mayat gadis itu bangun dan berkata, “Celaka betul kamu, wahai pemuda! Tidakkah kamu berasa malu pada Tuhan yang akan membalas pada hari pembalasan kelak! Bila tiba masanya setiap orang yang zalim akan dituntut oleh yang teraniaya! Kau biarkan aku telanjang dan kau hadapkan aku kepada ALLAH SWT dalam keadaan junub!”
Rasulullah SAW : Hai orang yang fasik! Memanglah layak kamu masuk neraka dan keluarlah kamu dari sini!

Maka keluarlah pemuda itu.

Selama 40 hari pemuda itu memohon ampun kepada ALLAH dan pada malam yang ke-44, dia memandang ke langit sambil berdoa,” Ya ALLAH, Tuhan kepada Rasulullah, Nabi Adam dan ibu Hawa, jika ENGKAU telah mengampunkan aku, maka beritahulah Rasulullah SAW dan para sahabatnya. Jika tidak, maka kirimkan kepadaku api dari langit dan bakarlah aku di dunia ini dan selamatkan aku dari siksa akhirat.”

Tidak beberapa lama selepas peristiwa itu, turunlah Malaikat Jibrail mendapatkan Rasulullah. Selepas memberi salam:

Jibrail : Wahai Muhammad, Tuhanmu memberi salam kepadamu.
Rasulullah SAW : Ialah Assalam dan daripadaNYA salam dan kepadaNYA segala keselamatan.
Jibrail : ALLAH SWT bertanya, apakah kamu yang menjadikan makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang menjadikan segala makhluk.
Jibrail : Adakah kamu yang memberi rezeki kepada makhluk?
Rasulullah SAW : ALLAH lah yang memberi rezeki kepada aku dan makhluk-makhluk lain.
Jibrail : Apakah kamu memberi taubat kepada mereka?
Rasulullah SAW : ALLAH yang menerima taubat dariku dan mereka.
Jibrail : ALLAH BERFIRMAN, maafkanlah hambaKU itu kerana AKU TELAH MENGAMPUNKANNYA.

Maka segera Rasulullah SAW memanggil pemuda itu dan menerangkan kepadanya bahawa ALLAH telah menerima taubatnya dan mengampunkannya.”

Pengajarannya, pintu taubat sentiasa terbuka bagi mereka yang mahu kembali kepada Allah dan Rasul-NYA. Janganlah terjerumus ke dalam kancah maksiat kerana terasa diri sudah TIDAK BERGUNA & TIDAK DAPAT DIAMPUNKAN LAGI……….selagi ada hayat, berusahalah untuk kembali kepada Allah seberapa segera yang boleh.

Janganlah mengungkapkan kata2 seperti ini:

“Jahatnya orang ini, dia ni memang ahli neraka!”

“Kau memang layak masuk neraka!”

Ingat, bukan kita yang menentukan siapa ahli syurga atau siapa ahli neraka, janganlah soal ini dijadikan bahan gurauan atau ejekan. Sesungguhnya Allah bila-bila masa sahaja boleh mengubah seorang kafir memeluk Islam dan memasukkannya ke dalam syurga, dan bila-bila masa sahaja boleh memilih seorang Islam bertukar agama lain dan memasukkannya ke dalam neraka….wallahualam….

Putrajaya Jatuh, Umno Akan Kelaparan

Gesaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya Barisan Nasional bersungguh-sungguh mahu mempertahankan Putrajaya demi kepentingan rakyat dan negara di dalam taklimat strategi BN Selangor di Shah Alam hari ini.

Parti Islam Se-Malaysia berpandangan gesaan yang dibuat oleh Timbalan Presiden Umno sebagai bayangan kerisauan yang wujud di wajah pemimpin Umno di semua peringkat. Mimpi ngeri 8 Mac 2008 masih menghantui pemimpin Umno. Mereka hendak mempertahankan Putrajaya bukan untuk rakyat, tetapi untuk suku sakat mereka yang sedang kehausan dan kelaparan. Pemimpin Umno bimbang dengan peningkatan celik maklumat di kalangan rakyat, melalui kuasa media baru, terutama di kalangan genarasi muda. Mungkin pemimpin Umno boleh menipu emak bapa mereka, tetapi kerja pencerahan maklumat akan dibuat oleh anak-anak mereka yang terpelajar .

Tan Sri Muhyiddin Yassin sepatutnya rasa malu, kalau alasan untuk mempertahankan Putrajaya kerana kepentingan rakyat. Seantario dunia sudah tahu BN yang memerintah negara ini gagal menjalankan amanah dan mengkhianat kepada rakyat selama 53 tahun. Sekarang kualiti hidup rakyat semakin menurun, kuasa membeli rakyat semakin rendah, semuanya gara-gara kegalan umno mentadbir negara. Sepatutnya Timbalan Presiden Umno kena beri motivasi kepada pemimpin Umno, kita kena pertahankan Putrajaya kerana perut kita semakin kempes, kerana lubuk emas dijaga oleh manusia bukan oleh puaka.

Tuduhan Muhyidin Yasin mengatakan “kalau Pakatan Rakyat memerintah, negara tidak aman, maju dan kukuh. Jangan percaya kepada janji-janji pembangkang, mereka cakap tidak serupa bikin”. PAS hendak sedarkan Tan Sri Muhyiddin beliau sedar atau tidak ucapan itu terkena kepada batang hidung Umno yang dipimpin oleh beliau bersama dengan Datuk Seri Najib. Bukankah pemimpin Umno yang berkata pada 1 Nov 2010, minyak RON 95 tidak akan naik sehingga hujung tahun ini, tiba-tiba 5 hb Disember 2010 RON 95 telah dinaikkan. Siapa yang lidah bercabang?

PAS mengingatkan kepada rakyat Selangor terutamanya jangan berikan mandat kepada BN dalam pilihanraya akan datang. Jika BN menang segala bentuk kebajikan akan bertukar kepada penindasan. Air percuma 20 meter padu setiap bulan, skim warga emas yang meninggal dunia, warisnya akan mendapat RM2500 akan hilang. Buktinya rakyat Terengganu sudah mengalami hari ini apabila BN memerintah Terengganu, cukai pintu di zaman PAS memerintah dikecualikan telah dikenakan kembali pada tahun 2004 apabila mereka kembali berkuasa.


Ustaz Idris Ahmad

Ketua Penerangan PAS Pusat

KARNIVAL SELANGOR RIA KEMBALI !


KARNIVAL SELANGOR RIA KEMBALI !
Tarikh : 18 - 26 Disember 2010
Tempat : Tempat Letak Kereta Stadium Malawati Shah Alam
"Semua dijemput hadir"

...PERTANDINGAN POCO-POCO

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan kategori Bawah 20 Tahun dan Bawah 40 Tahun. Setiap pasukan mempunyai ahli tidak kurang dari 5 orang dan tidak lebih dari 10 orang termasuk seorang pengurus pasukan. Pertandingan akan diadakan pada 20 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 1,500.00
NAIB JUARA : RM 1,000.00
KETIGA : RM 800.00

Urusetia : En. Azmir, Seksyen Sektoral
Telefon : 03-5544 7920 / 7318 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang

PERTANDINGAN MENANGKAP IKAN DALAM LUMPUR

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dan terhad kepada 60 peserta. Peserta tidak dibenarkan menggunakan sebarang peralatan untuk menangkap ikan (menggunakan anggota badan sahaja). Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember 2010 jam 10 pagi di pentas utama tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00

Urusetia : Seksyen Sektoral
Telefon : 03-5544 7156 / 7152 / 7487 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang

PERTANDINGAN MENGHASILKAN DODOL

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Peserta perlu menghasilkan 2 kg dodol dengan memasak secara tradisional (menggunakan kayu api atau gas). Pertandingan akan diadakan pada 26 Disember 2010 jam 9.30 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 3,000.00
NAIB JUARA : RM 2,000.00
KETIGA : RM 1,000.00

Urusetia : Seksyen Sektoral
Telefon : 03-5544 7156 / 7152 / 7487 / 7145
Tarikh tutup pendaftaran pasukan : 10 Disember 2010 jam 5 petang

PERTANDINGAN BENDANG SOCCER

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia, hanya kategori lelaki terbuka sahaja. Pertandingan akan diadakan dari 18 hingga 26 Disember 2010 di tapak karnival. Mesyuarat wajib bersama pengurus pasukan akan diadakan pada 16 Disember 2010 di Bilik Mesyuarat Kekwa, Seksyen Sektoral, Tingkat 5, Bangunan SSAAS, Shah Alam. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 2,000.00
NAIB JUARA : RM 1,500.00
KETIGA : RM 1,000.00
KEEMPAT : RM 500.00

Urusetia : Encik Azmer / Cik Juliana / Cik Norhalina
Telefon : 03-55447487 / 7156 / 7152 / 7318
Tarikh tutup penyertaan : 13 Disember 2010

PERTANDINGAN MENGHIAS KEK

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 2 orang. Tema hiasan ialah "Selangor Negeri Idaman". Pertandingan akan diadakan pada 23 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut:
JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00

Telefon Urusetia : 03-55447965 / 7145
Tarikh tutup penyertaan : 21 Disember 2010

PERTANDINGAN MEMASAK KUIH LAPIS

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara berkumpulan. Setiap kumpulan terdiri dari 2 orang. Pertandingan akan diadakan pada 22 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :
JUARA : RM 1,000.00
NAIB JUARA : RM 800.00
KETIGA : RM 500.00

Telefon Urusetia : 03-55447965 / 7145
Tarikh tutup penyertaan : 17 Disember 2010

PERTANDINGAN AEROBIKRIA DAN SHUFFLE BARU

Pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia secara individu. Pertandingan diadakan mengikut 3 kategori iaitu:
1. Remaja/Belia (18 - 25 tahun)
2. Dewasa (26 - 40 tahun)
3. Veteran (40 tahun ke atas)
Pertandingan akan diadakan pada 25 Disember 2010 jam 10 pagi di tapak karnival. Tempoh pertandingan ialah selama 2 jam. Hadiah pertandingan adalah seperti berikut :
Tempat pertama : RM 1,000.00
Tempat kedua : RM 750.00
Tempat ketiga : RM 500.00
Tempat keempat : RM 250.00
Tempat kelima : RM 100.00

Telefon urusetia :
03-55447916 / 7921 (En. Johan Sulaiman/Pn. Yusnidah)
012 - 3700584 (En. Malik)
Tarikh tutup penyertaan : 25 Disember 2010 jam 9.30 pagi

PERTANDINGAN NURSERY RHYMES
HADIAH:
TEMPAT PERTAMA : WANG TUNAI RM1000.00 (BESERTA HADIAH SAMPINGAN)
TEMPAT KEDUA : WANG TUNAI RM800.00 (BESERTA HADIAH SAMPINGAN)
TEMPAT KETIGA : WANG TUNAI RM500.00 (BERSERTA HADIAH SAMPINGAN)
TEMPAT KEEMPAT HINGGA SEPULUH : SAGUHATI RM100.00.
SYARAT PENYERTAAN:
•TERBUKA KEPADA SEMUA KANAK-KANAK BERUSIA DARI 4 HINGGA 7 TAHUN
•PERSEMBAHAN ADALAH SECARA INDIVIDU
•LAGU-LAGU HANYA YANG BERTEMAKAN NURSERY RHYMES (BAHASA INGGERIS ATAU BAHASA MALAYSIA)
•PENGIRAAN MARKAH ADALAH BERDASARKAN:
1.SEBUTAN DALAM PENYAMPAIAN LAGU
2.PROP YANG DIGUNAKAN
3.CARA PERSEMBAHAN
4.MASA PERSEMBAHAN 3 MINIT
5.YURAN PENYERTAAN RM20.00 (TUNAI)
6.SETIAP PENYERTAAN HENDAKLAH DISERTAKAN GAMBAR PESERTA BERUKURAN 4R
7.SETIAP PENYERTAAN YANG BERJAYA BERTANDING AKAN DIHUBUNGI OLEH PIHAK URUSETIA.
•TARIKH TUTUP 17 DISEMBER 2010
•TARIKH PERTANDINGAN 19 DISEMBER 2010 (AHAD ), PUKUL 3.00 PETANG. (WAKTU PENDAFTARAN PUKUL 2.00 PETANG)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEHLAH MENGHUBUNGI URUSETIA DI TALIAN 0355447965@0355447145

Dapatkan borang di sini:
http://www.selangor.gov.my/main.php?Content=vertsectiondetails&VsItemID=318&VertSectionID=373&CurLocation=481&IID

Borang-borang yang lengkap hendaklah dikembalikan kepada urusetia berikut :
SEKSYEN SEKTORAL TINGKAT 5 BANGUNAN SSAAS 40000 SHAH ALAM
TEL: 03-55447145 / 7168 FAX: 03-55447963 / 55196706
(PENGHANTARAN BORANG SECARA FAKSIMILI PERLULAH DISUSULI DENGAN PENGESAHAN PENERIMAAN MELALUI TELEFON DENGAN URUSETIA)

JKP ZON 11, MPS mengajak rakyat amal Konsep 5S



Gombak - Blok manakah yang paling bersih, Blok manakah yang paling harmoni, blok manakah yang banyak memberi kerjasama, blok manakah yang paling ceria, dan blok manakah yang menjadi juara keseluruhan dalam Kempen 5S. Inilah seruan Kempen 5S yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 11 MPS dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pangsapuri Casmaria (PPPC), Surau Al-Ehsan Casmaria, Jabatan kesihatan Daerah Gombak , Majlis Perbandaran Selayang (MPS), KRT dalam rangka memberi kesedaran kepada masyarakat malaysia terutamanya di negeri selangor mengenai tanggungjawab menjaga kebersihan.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang Zon 11 (MPS) sekali lagi mengajak dan memupuk kesedaran kepada masyarakat sekeliling untuk meningkatkan tahap penjagaan kesihatan dengan mengambil daya inisatif mengadakan Program Pertandingan Kempen Kebersihan 5S Antara Blok.

Berkata Pn. Khatifah Zamani Sulong, Ahli Majlis Perbandaran Selayang/Pengerusi JKP Zon 11 (MPS) dalam perbincangan mesyuarat bulanan JKP Zon 11 MPS, terdahulu pada 2009 JKP Zon 11 MPS telah mengadakan Gotong royong bersepadu berkala di sekitar JKP Zon 11 MPS, serbuan Ops Anti Tikus yang telah mendapat kerjasama oleh Y.b Dato’ Dr Hasan Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagi mengatasi pembiakan tikus yang banyak terdapat di lokasi gerai dan kediaman penduduk terutamanya di kawasan Pangsapuri.

Rakyat tidak begitu peka untuk menjaga kebersihan bersama. Mereka tidak tahu apakah kesan yang akan terkena kepada mereka sekiranya Kencing dan najis tikus terkena kepada mereka yang boleh menyebabkan berlaku kematian kepada mangsa.

Rentetan itu, JKP Zon 11 (MPS), Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia bersetuju meminta agar Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dapat membuat pemeriksaan di lokasi gerai perniagan di sekitar Flat Tmn Samudra, Pasar Sri Gombak demi menjaga kesihatan dan keselamatan penduduk di DUN Gombak Setia.

Apa yang kita dapati peniaga-peniaga tidak menjaga kebersihan sewajarnya dalam menyediakan hidangan jualan kepada pembeli. Atas kelalaian mereka maka pihak MPS telah membuat serbuan ke lokasi tersebut untuk membuat pemeriksaan serta menyembur racun tikus bagi kawasan-kawasan yang dikenal pasti. Peniaga-peniaga juga telah diberikan nasihat dan tindakan yang perlu diambil oleh mereka agar dapat atasi masaalah kebersihan ini bersama.

Pada tahun ini, JKP Zon 11 MPS mengadakan pula Kempen Program 5S. Program ini telah mendapat persetujuan semua ahli mensyuarat JKP Zon 11 MPS. “Konsep 5S adalah satu usaha dan tanggungjawab kami untuk membenteras masaalah denggi yang semakin meruncing. Sekiranya tiada tindakan diambil untuk membenterasnya ia akan memberi kesan kepada penduduk disini. Menjaga kebersihan adalah satu tuntutan dan tanggungjawab masyarakat yang seharusnya dipenuhi oleh seluruh rakyat Malaysia bukan hanya terletak kepada individu tertentu sahaja”.

Ini adalah bertujuan untuk memberi peluang serta kesedaran kepada rakyat terhadap disiplin kebersihan disamping itu memupuk semangat perpaduan serta keharmonian dikalangan komuniti.

Katanya lagi, Jawatankuasa Penganjur mensasarkan semua penduduk dari semua peringkat bangsa dan umur agar dapat menyertai program ini bersama tanpa mengira perkauman dan politik.

Sementara itu, (M) Bersara W. Chik Wan Morad yang mempengerusikan program Kempen 5S di Perkarangan Surau Al-Ehsan Casmaria baru-baru ini, menyatakan objektif utama adalah memberi kesedaran tentang penting menangani wabak denggi dan mencegah pembiakan nyamuk aedes. Rakyat pada masa ini, tidak begitu megambil berat tentang penjagaan kebersihan sekitar rumah mereka.

Mereka sering membuang sampah merata tempat, barang-barang lama yang tidak pakai disimpan sehingga berlakunya pembiakan nyamuk aedes dan akhirnya kesan tersebut akan melibatkan semua pihak. Rakyat seharusnya mendisplinkan diri mereka untuk menjaga kebersihan dalam kehidupan malahan islam juga memberi penekanan kepada kebersihan dalam kehidupan, katanya.

Selain daripada itu dengan adanya program kemasyarakatan, ia akan mewujudkan medan integrasi yang lebih kukuh dalam usaha menjana silaturrahim yang lebih utuh di kalangan seluruh komuniti Pangsapuri Casmaria, AJK KRT, JKP Zon 11 MPS, AJK PPPC, AJK Surau Casmaria dan KRT Daerah Gombak, Majlis Perbandaran Selayang serta Pejabat Kesihatan Daerah Gombak, katanya.

Kempen 5S telah diberikan sesi penerangan oleh En Kamal Ariffin kepada semua yang hadir. Menurut beliau, Program Kempen 5S ini merupakan konsep amalan Orang Jepun yang telah Berjaya memupuk minda dan diri rakyat Jepun agar menjaga kebersihan. Undang-undang di Negeri Jepun begitu ketat dan sekiranya rakyat gagal mengikutinya maka tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka. Konsep tersebut cuba dibawa oleh Dr Mahathir Mohamad Mantan Perdana Menteri dahulu. Beliau cuba membawa konsep Pandang Dasar ketimur untuk dibawa ke Malaysia. Beliau telah menetapkan agar setiap syarikat dapat mengamalkan konsep 5S tetapi tidak Berjaya dilaksanakan kerana rakyat begitu sukar untuk mengikuti konsep 5S.

Namunpun begitu, JKP Zon 11 MPS cuba mengadakan kempen 5S ini kembali walaupun sukar untuk dilaksanakan tetapi dengan penuh yakin dan kerjasama semua penduduk terutama penduduk Casmaria insya-allah akan dapat dilaksanakan dengan jayanya walaupun dipupuk sedikit demi sedikit, katanya.

Menurutnya lagi, Konsep Kempen 5S yang diadakan baru-baru ini telah diserahkan dengan borang audit kepada Ketua-ketua blok agar dapat mengambil tindakan sewajarnya. Tempoh diberi selama 43 hari untuk ketua blok mengajak semua penduduk di block tersebut agar memberi kerjasama dengan mengadakan berbagai program mengikut kreativiti mereka. 5S adalah sisih, susun, sapu bersih, sapu seragam dan Selalu amal menjaga kebersihan.

Beliau juga telah memberi pendedahan kepada penduduk teknik – teknik amalan menjaga disiplin kebersihan didalam rumah, diluar rumah melalui tunjuk ajar teori, praktikal dan sebagainya kepada penduduk.

Kamal meletakkan harapan agar dengan adanya program 5S ini, sekali gus memberi pendedahan kepada masyarakat bagi memupuk dan menerapkan nilai – nilai disiplin kebersihan dan menjadi amalan pada setiap generasi keluarga dalam sistem kehidupan, ujarnya.

Majlis kempen tersebut telah ditutup rasmi oleh (M) Wan Chik dengan menyerahan peralatan alat kebersihan kepada setiap ketua-ketua blok bagi mewakili Pn Khatifah yang tidak dapat menghadirkan diri kerana menjalankan tanggungjawab sebagai saudara muslim dengan menguruskan pengebumian jirannya yang telah pulang kerahmatuallah. Hadiah Piala pusingan dan wang tunai akan diberikan pada hari kemuncak program iaitu pada 13/2/2011.


Editor :khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI