Wednesday, April 23, 2014

Tawaran Perlawanan Futsal RM 50 seorang Pelajar

salam.. semoga kita semua sentiasa dalam peliharaan Allah SWT dan dimudahkan segala urusan dunia akhirat. Amiin..

 Tawaran Untuk Pelajar Perlawanan Kejohanan Piala Futsall.

Tarikh : 11 Mei, 2014 (Ahad)
Masa : 9 pagi
Tempat: Padang Kg Baru Batu Caves.
Yuran : RM 50 seorang(1kumpulan 5 orang)
Umur : Terbuka

Pastikan Kumpulan anda jadi Johan dalam pertandingan ini dengan membawa balik

Piala, Medal dan wang tunai RM 1000.00
Tempat kedua : RM 500, Medal
Tempat ketiga : RM 300, hamper

Berminat untuk serta hubungi 019 2435933 / 017 243 6875 / 019 754757

Himpunan 1 Mei tetap di Dataran

Hukum Majlis Qasidah

Rafizi Ramli: Selagi Kerajaan Ini Tidak Tumbang, Kita Akan Lawan

Himpunan 1 Mei tetap di Dataran

Saya Sudah Minta Maaf Pada Utz Don- Wardina

KUALA LUMPUR: “Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera,” tulis pengacara Wardina Safiyyah di facebooknya kelmarin.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua dan berharap semoga Allah menunjukkan kepadanya jalan yang baik dan benar.

Berikut adalah coretan beliau menerusi facebook 21 April.

Terima kasih semua. Semoga Allah tunjuk kan saya jalan yang baik dan benar. Betapa lemah nya saya. Betapa banyak nya dosa saya. Ibadah pun tak sempurna. Sunnah pun belum habis semua nya. Semoga Allah ampunkan segala kesalahan saya. Semoga Allah ampunkan kita semua nya. Ya mungkin saya tak sesempurna ahli syurga. Tetapi saya tetap mengharapkan syurga. ..bimbinglah saya... sesungguhnya saya penuh dengan ketidaksempurnaan...

Memang banyak yang saya tak tahu. Banyak betul. Maafkan jika ayat saya tidak tepat dan seolah menghina...

Ustaz Don penuh ilmu... Siapa saya untuk mengaibkannya? Ya penjelasan ustaz semalam sudah. Kesemua ustaz dah jawab. Hanya Allah yang lebih tahu segala nya... Hanya Allah yang lebih tahu.

Sudah saya pohon kemaafan secara personal kepada ustaz. Ustaz kata "tak apa". Saya doakan ustaz sejahtera. Ini post terakhir saya. Saya akan menyerahkan account ini ke Admin. Saya tidak akan lagi update status buat beberapa waktu. Saya juga tidak akan membaca komen anda. Maaf. Segalanya selepas ini saya pertanggungjawabkan kepada ADMIN WSOP sahaja.

Sia-sia minta UMNO Sokong Hudud - Jazlan

KUALA LUMPUR: Usaha PAS mendekati Umno untuk menyokong pelaksanaan hudud adalah sia-sia kerana parti itu pasti telah melaksanakan hukum jenayah Islam itu jika ia menjadi satu keutamaan.

Walaupun terdapat sokongan jelas di kalangan beberapa pemimpin Umno untuk menyokong dua rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil PAS di Dewan Rakyat bagi mengetepikan halangan pelaksanaan hudud di Kelantan, Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed(gambar) berkata, ia tidak termasuk dalam perancangan Umno bagi masyarakat berbilang kaum di negara ini.
“Jika tidak, datuk nenek kita telah melaksanakannya (hudud) sejak lama dulu. Secara peribadi saya tidak menyokong ini (pelaksanaan hudud)," kata Nur Jazlan kepada The Malay Mail Online ketika dihubungi.
Walaupun menentang, Nur Jazlan berkata adalah hak Kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang Islam di negeri itu, namun beliau mencadangkan PAS untuk mendapatkan pandangan daripada negeri-negeri lain bagi memastikan konsistensi dalam sistem perundangan negara.
"Kita tidak boleh mempunyai dua sistem undang-undang yang berbeza di negara ini. Adalah bagus jika (PAS) mendapatkan referendum daripada negeri-negeri lain juga," ujarnya.
Beberapa Ahli Parlimen BN daripada Umno telah menyatakan sokongan terhadap cadangan Kerajaan Negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum jenayah syariah termasuk hudud antaranya Ahli Parlimen Peringat, Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dan Ahli Parlimen Tanjung Karang, Datuk Seri Noh Omar.
Malah Annuar berjanji untuk melobi sokongan anggota Parlimen BN daripada Umno bagi menyokong rang undang-undang persendirian yang bakal dibawa wakil Kelantan ke Dewan Rakyat  bagi membolehkan Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 Kelantan dilaksanakan.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI