Monday, December 28, 2009
JAMBORI NISA' SELANGOR '09 PECAH REKOD
Nik Aziz Desak UMNO keluar BN
Hidup untuk memberi, Meraikan anak yatim piatu di Masjid Simpang 3
Gombak – Penghujung tahun akan berakhir tidak lama lagi dan akan bermulanya tahun baru. Ibubapa/penjaga sudah pasti begitu sibuk untuk membuat persiapan anak-anak ke sekolah. Tetapi bagaimanakah nasib anak-anak yang tidak mempunyai ibubapa/penjaga untuk meraikan anak-anak tersebut dalam membuat persiapan persekolahan? Sudah pasti hati mereka menjadi sayu apabila kedua ibubapa mereka sudah tiada disisi mereka lagi.
Tidak susah untuk mengembirakan hati orang lain. Mungkin hanya dengan senyuman, kata-kata mahupun denggan doa. Berilah kegembiraan kepada orang lain, kegembiraan itu akan datang kepada kita semula” What you give, you get back” apa yang kita beri akan kita terima semula. Inilah hukum sunnatuallah-”What goes around, comes around”.
Meraikan anak yatim piatu dalam apa juga amatlah disukai oleh ALLAH swt dan amat dimurkai oleh ALLAH swt apabila kita menzalimi anak-anak yatim piatu apatah lagi kita memakan harta anak yatim piatu. Larangan tersebut telah termaktub didalam Al-Quran sebagai peringatan kita olehNya.
Allah turut menyebut bagaimana keadaan Nabi saw dan bagaimana pula Allah membantu baginda sehingga menjadi pemimpin yang teragung. Firman Allah dalam ayat 6 – 11 surah ad-Duha yang bermaksud :
“Bukankah Dia yakni Allah mendapati engkau wahai Muhammad yatim piatu lalu Dia memberikan perlindungan. Di dapatiNya engkau mencari-cari jalan kebenaran lalu Dia memberikan petunjuk. Didapati-Nya engkau miskin lalu Dia memberikan kekayaan. Oleh itu, janganlah engkau mengasari anak yatim. Jangan engkau menengking orang yang meminta pertolongan. Maka hendaklah engkau menyebut-nyebut nikmat Tuhanmu sebagai tanda syukur kepadaNya.”
Masjid As-Syarif Simpang 3 dibawah Lajnah Kebajikan Masjid, Gombak telah mengadakan majlis sumbangan kepada anak yatim piatu sempena untuk meraikan para pelajar untuk membuat persiapan persekolahan yang akan dibuka beberap hari lagi.
Penyampaian sumbangan tersebut telah dirasmikan oleh Yb Dato’ Hasan B. Mohamed Ali pada 27hbDis,2009.
Majlis seumpamanya ini inisiatif Masjid sipang 3 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia untuk menyumbangkan bantuan kepada mereka yang tidak berkemampuan seperti anak-anak yatim piatu.
YB Dato’ dalam ucapannya amat berharap pihak pengurusan anak yatim tersebut akan memainkan peranan sebaiknya dan sentiasa menjaga kebajikan mereka. Dalam ucapannya “Inilah anak-anak kita yang kita kena buat sesuatu untuk meningkatkan dia punya semangat, dan beri mereka tahu bahawa ada orang-orang yang sayang mereka juga, bukan mereka dipinggir-pinggirkan begitu sahaja”. Program-program seperti ini akan membawa satu manfaat dan kegembiraan kepada mereka.
Islam melarang umatnya daripada mengkhianati dan menghina anak yatim. Tetapi hendaklah memastikan agar hak mereka dalam memiliki harta, ilmu dan kasih sayang sentiasa terjaga. Pastikan mereka lahir sebagai anak yang soleh yang mampu membantu ibu atau bapa mereka yang telah meninggal dunia kerana sesungguhnya membiarkan mereka bererti kita telah mengkhianati agama dan menghina mereka bererti kita turut membenci Rasulullah s.a.w yang juga merupakan anak yatim piatu. Oleh itu bimbinglah mereka ke jalan yang diredhai Allah dan jauhilah mereka daripada jalan kesesatan. Allah telah memberi amaran melalui firmanNya dalam Ayat 1-2 Surah al-Ma’un yang bermaksud : “Tahukah engkau tentang orang yang mendustakan agama. Dia ialah orang yang menindas serta berlaku zalim terhadap anak yatim !”
Dalam pada itu, keceriaan anak-anak yatim piatu yang diraikan semalam jelas terpancar dari wajah mereka apabila mereka diraikan oleh pimpinan YB Dato’. Seramai 50 orang anak yatim piatu telah menerima manfaat kewangan bagi mereka membuat persiapan persekolahan dan lain-lain urusan.
Salah seorang penerima bantuan kewangan beliau berkata “Alhamdulillah, sebab ada juga yang sanggup menghulurkan meraikan anak-anak yatim seperti kami. Jadi kami merasa terhibur dan gembira kerana walaupun kami tiada ayah/ibu tetapi masih ada orang / pimpinan yang mengingati dan memberi tumpuan pada kami”, katanya.
Saya ucapkan terima kepada AJK Masjid dan Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia kerana menganjurkan majlis bersama-sama anak yatim, saya harap tahun-tahun akan datang ada majlis-majlis seperti ni sekurang-kurangnya dapat meringankan beban kami, sedikit sebanyak dapat membantu kami ”, jelasnya.
“Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda yang bermaksud” ALLAH berfirman “Berinfaklah, nescaya aku akan memberi nafkah kepadamu.” Rasullah saw kemudian berkata, Tangan ALLAH sentiasa berisisi penuh dan tidak akan pernah habis meskipun dinafkahkan siang & malam. Apakah kalian mengetahui apakah yang telah dinafkahkan oleh ALLAH swt sejak dia menciptakan langit dan bumi? Sesungguhnya apa yang ada di tanganNya tidak pernah akan habis. SesungguhNya ada diatas air dan tanganNya ada timbangan (Riwayat al_Bukhari)
Editor: Khaulah Azwar
Semoga ALLAH memberkati insan yang pemurah menjaga kebajikan anak2 yatim piatu..
Seramai 320 orang pelajar menerima Bantuan Kasut Sekolah untuk Sesi persekolahan sesi 2010.
Gombak- Bijak pandai sering mengingatkan bahawa kita tidak akan bahagia selagi orang yang berada disamping kita tidak bahagia. Ertinya, kebahagiaan kita hanya apabila kita berusaha membahagiakan orang lain. Berikanlah apa yang ALLAH berikan kepada kita kerana disana ada hak orang lain yang diamanahkan kepada kita.
Seramai 320 orang pelajar telah menerima bantuan kasut sekolah yang ditajakan oleh pihak Ahli Majlis/JKP Zon 11 dengan kerjasama PKM Dun Gombak Setia didalam Majlis “Back To School” malam semalam. Semoga usaha yang murni ini dapat memberi sinar, semangat kepada para pelajar untuk menggalakkan mereka bersiap sedia melangkah ke sesi persekolahan baru yang akan dibuka tidak lama lagi.
Menurut Pn. Khatifah Zamani Binti Sulong selaku Pengerusi JKP Zon 11 tujuan utama mengadakan program“Back To School” adalah untuk meringankan bebanan kepada keluarga yang kurang upaya, miskin dan pendapatan ibubapa kurang daripada Rm1500 ke bawah.
Selain daripada itu untuk menunaikan janji beliau apabila pemerintahan Kerajaan PKR beliau akan memainkan peranan dan amanah ini sebaiknya sebagai Ahli Majlis kepada rakyat seadilnya dengan tidak membebankan rakyat. Disamping itu adalah untuk menyahut seruan daripada Menteri Besar Selangor (MB) Merakyatkan Ekonomi Selangor. Dimana duit rakyat berikan dengan dikenakan hasil daripada Kutipan Duit Pasar Malam di sekitar Tmn Selasih Fasa 2 dan Tmn Samudera dipulangkan kepada rakyat kembali. Tiada 1 sen pun pihak kami mengambil hasil duit kutipan pasar malam tetapi hasil kutipan tersebut dimanfaatkan untuk diberi kepada rakyat dengan sebaiknya.
Didalam majlis tersebut pihak penaja telah memaklumkan kepada rakyat yang telah hadir ke program “Back To School” bahawa sebanyak 80 pasang kasut disediakan untuk para pelajar dan selainnya akan diberi kupon kepada ahli keluarga untuk ditukarkan kepada syarikat kedai kasut STAR MARKETING & TRADING sah laku yang akan bermula daripada 24-31hb Dis, 2009 sahaja.
Beliau rasa bersyukur kerana sepanjang memangku jawatan Ahli Majlis /JKP Zon 11 rakyat sentiasa memberi kerjasama dengan beliau dan mengikuti setiap program yang telah disusunkan bersama AJK JKP yang lain dengan tujuan untuk mendekati rakyat lebih dekat lagi tidak kira bangsa dan agama. Beliau berkata lagi“Sesungguhnya kami berhasrat melaksanakan program yang direncanakan agar rakyat dapat menikmati limpahan kekayaan Negeri Selangor dalam erti kata sebenar”.
Harapan beliau semoga rakyat sekitar Gombak sentiasa mengikuti program-program yang disusunkan oleh pihak PKM Dun Gombak Setia dan Jawatankuasa penduduk (JKP) Zon 11 samada program bersama pelajar,ibubapa/kemasyarakatan agar mereka tidak ketinggalan segala informasi daripada Adun/JKP Zon 11. Dengan adanya program ini hubungan 2 hala antara rakyat dan pimpinan akan terjalin.
Turut menghadirkan diri dalam majlis ini En. Radhi Yusof selaku pengarah PKM DUN Gombak setia untuk merasmikan majlis tersebut. Didalam ucapan yang telah disampaikan oleh beliau mengenai kebersihan, kemafaatan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Selangor kepada rakyat. Bukan sahaja hanya menolong warga Emas, OKU, Ibu Tunggal tetapi semua golongan dengan meringankan rakyat seperti pengurangan subsidi air, beras dan lain-lain.
Selain daripada itu beliau juga telah meminta YB Iskandar agar meminta setiap Flat/pangsapuri hendaklah dicatkan kembali untuk memberi keselesaan kepada rakyat. Usul tersebut telah diberikan kepada pihak MPS untuk tindakan selanjutnya.
Pihak Kerajaan Negeri Selangor akan terus berusaha mengutamakan kebajikan dan kualiti hidup rakyat Negeri Selangor tanpa mengira asal keturunan, bangsa, agama mahupun dukungan politik.
Beliau amat berharap pelajar yang telah menerima bantuan persekolahan ini akan belajar bersungguh-sungguh dan memberi kejayan kepada ibubapa/penjaga yang banyak memberi pengorbanan.
Kelihatan keceriaan kepada wajah penerima setelah menerima hadiah daripada pihak penaja dan Majlis tersebut dijuadahkan dengan makan malam bersama rakyat.
KOLEKSI FOTO
Ucapan Ahli Majlis/Pengerusi JKP Zon 11 & Perasmi En radhi Yusof dalam Majlis Back To School.
Penyampaian Kasut & Kupon kepada pelajar & Ibubapa/penjaga setiap kawasan oleh Pengarah PKM dan Penegrusi JKP Zon 11, MPS
Editor : Khaulah Azwar