Monday, January 10, 2011

UMNO/BN kepanasan "Ubah Sekarang Selamatkan M'sia"



Tmn Bolton Gombak - Ketua Pembangkang Malaysia /Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato' Sri Anwar Ibarahim (DSAI), menyifatkan Perdana Menteri (PM), mula tersasar kerana terlalu panik apabila rakyat mulai menyedari kelebihan janji 100 hari Pakatan Rakyat (PR) yang mula sampai ke telinga masyarakat. Begitulah juga dengan parti UMNO/BN yang kini betul-betul dalam kepanasan apabila isu wikileaks (Najib) dan kes rogol yang berkaitan dengan Rais Yatim. Isu ini telah mendapat perhatian rakyat malaysia.

Untuk menutup keaiban pimpinan UMNO/BN maka mereka cuba mengalihkan perhatian rakyat dengan isu perkauman dan sebagainya agar rakyat hilang fokus dengan kesilapan yang dilakukan oleh UMNO/BN.

Kini UMNO/BN bagaikan cacing kepanasan dan mereka sedang mencari jalan dengan membuat berbagai provokasi, bantahan murahan untuk meyakinkan rakyat bahawa UMNO/BN tidak bersalah. Mereka akan cuba mengembelengkan misi Pakatan Rakyat (PR) pada PRU ke 13 nanti untuk merampas Putrajaya yang menjadi rebutan.

"Selepas tiga minggu kita umumkan rancangan seratus hari itu, Barisan Nasional (BN) kelam kabut untuk mencari jawapan dan nampaknya hari ini baru keluar jawapannya dengan mengatakan tindakan ini tindakan yang tidak wajar dan pasti akan menghancurkan negara dan menyamakan dengan Greece.

"Itu adalah satu pandangan terdesak daripada seorang yang bergelar Perdana Menteri, (PM)". Sebelum PR mebentangkan 100 hari pakatan rakyat, kita telah membuat penyelidikan terpercinci dari berbagai sudut untuk kebaikan rakyat. Kita buat kerja bukan macam UMNO/BN buat kerja membabi buta sehinggakan kesannya terkena kepada kita dan generasi akan datang."katanya.

Ujarnya lagi, Najib dan parti UMNO/BN kini begitu panik kerana apa yang dijanjikan PR merupakan janji yang boleh dikotakan dengan beberapa sumber daripada IPP berjumlah RM28 bilion akan ditarik balik bagi menangani isu-isu yang dijanjikan dalam 'Buku Jingga' tersebut.

"Walaubagaimanapun, janji seratus hari ini bukan hanya kebendaan semata-mata, sebahagiannya adalah untuk menghapuskan ISA yang boleh kita buat dengan keazaman politik yang tinggi di kalangan PR. Ini tidak memerlukan kos, ucapannya dalam ceramah perdana "Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia" disini malam tadi yang dihadiri ribuan penduduk sekitarnya. Turut hadir Y.B Azmin Ali Ahli parlimen Gombak, Y.B Amirrudin Shari ADUN Batu Caves, Y.B Dato' Hasan Mohamed Ali ADUN Gombak Setia, Y.B Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, Naib Presiden PAS Pusat merangkap Pesuruhanjaya PAS Pahang, Y.B A. Sivanesan Naib Presiden DAP Perak, Utz Sallehuddin Nasir YDP PAS Kawasan Gombak.

Dalam pada itu, DSAI merasakan tanggapan Najib negara muflis mungkin disebabkan (PR) menjanjikan pembayaran gaji atau elaun tambahan kepada guru-guru iaitu RM500 seorang yang dianggar sebanyak RM2 hingga RM3 bilion setahun.

Katanya, kalau inilah menyebabkan ekonomi negara bankrap, saya rasa penganalisis ekonomi Najib amat-amat ketinggalan serta tidak memberikan nasihat yang baik kepada Perdana Menteri.

"Najib sebenarnya terdesak untuk memberikan satu jawapan kerana janji kita dalam program seratus hari ini telah sampai ke masyarakat yang mula menyedari kelebihan yang dibawa oleh Pakatan Rakyat".

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan DUN (ADUN) Gombak Setia Y.B Dato Dr Hasan Mohamed Ali berkata, keadaaan UMNO/BN kini begitu benar-benar terdesak sehinggakan mereka sanggup manupulasikan berbagai agenda untuk menjatuhkan negeri pakatan rakyat (PR) terutamanya di negeri selangor. Mereka akan buat apa sahaja seperti apa yang berlaku di negeri perak.

Pampasan kuasa yang berlaku diperak telah membuka mata rakyat ,bagaimanakah kezaliman yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat (UMNO/BN). Suara rakyat tidak dipedulikan lagi. Rakyat dihimpit dengan berbagai tekanan. Walaupun pampasan kuasa telah berlaku di perak namun rakyat perak sentiasa menyokong penuh pentadbiran Y. B Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar (MB) Perak.

Ironi, kini selangor menjadi mangsa dengan dilakukan berbagai perkara oleh UMNO/BN. Rakyat menjadi tertekan apabila memikirkan ekonomi negara. Dalam tempoh 2 bulan ini harga barang di pasaran mendadak tanpa dimaklumkan kepada rakyat, ujarnya.

"Bukan sahaja dengan tekanan ekonomi negara bahkan masaalah tanah yang kebanyakkan semasa 50thn UMNO/BN memerintah, tanah melayu banyak tergadai dan hasil jualan tersebut telah diagihkan kepada kroni -kroni mereka".

Rakyat telah diperbodohkan oleh UMNO/BN. Tetapi sehingga kini masih ada lagi rakyat menyokong kejahatan mereka. Selain daripada itu, di Gombak juga begitu sukar untuk dapatkan tanah.

Katanya, 3 tahun PR memerintah, Tanah perkuburan dan tanah lapang untuk tapak padang futsall bagi melengkapkan keperluan beliawanis di gombak masih tidak dapat lagi, walaupun telah diusahakan dengan berbincang kepada pihak pejabat tanah, JPS, JKR setiap kali kita adakan turun padang dan mesyuarat PKM DUN Gombak Setia.


Masaalah ini berlaku semua disebabkan kerakusan UMNO/BN yang menjadi lanun negara sepanjang 50thn memerintah dan kesaannya kepada rakyat dan generasi pada masa ini, katanya.

Rentetan itu, Beliau menyeru rakyat yang hadir agar ambil tindakan segera dengan mendaftarkan diri, ahli keluarga agar mendaftarkan diri. Sudah tiba masanya kita NYAHKAN UMNO/BN dalam PRU ke 13 nanti, dengan tidak memberi peluang kepada mereka memerintah lagi.

"Selagi UMNO/BN memerintah, selagi itulah rakyat malaysia menderita dengan kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Kuasa ditangan rakyat bukan di tangan Najib atau UMNO/BN".

Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI