Thursday, September 2, 2010

Faekah: Lebih Baik Khir Toyo Diam...

2 Sept - Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo sebaiknya berdiam diri saja kerana dakwaan yang ditimbulkannya terhadap pentadbiran Selangor hanya akan memakan diri sendiri, kata setiausaha politik kepada menteri besar Selangor, Faekah Husin.

Faekah mendakwa banyak masalah yang berlaku di negeri itu pada masa sekarang sebenarnya berpunca daripada keputusan yang dibuat sewaktu pentadbiran Khir Toyo.

Faekah memberi contoh, keadaan itu boleh dilihat dalam isu melibatkan pembahagian tanah kepada peneroka di sebuah tanah rancangan di Bandar Alam Perdana, Kuala Selangor.

Jelasnya, peneroka berkenaan telah memohon untuk mendapatkan geran kecil bagi tanah seluas antara 60 hingga 120 ekar itu.

Bagaimanapun, terdapat beberapa individu yang mengemukakan injunksi di mahkamah bagi menghalang geran berkenaan dikeluarkan.

"Di sinilah bermula komen-komen negatif itu. Jadi kerajaan negeri kena jawab dan cari apakah punca masalah sebenar," katanya lagi.

Tambahnya, beliau telah membuat siasatan dan terkejut apabila mendapati terdapat antara pemilik tanah tersebut merupakan pemimpin Umno di negeri itu.

"Sangat malang apabila saya terjumpa beberapa nama. Doktor gigi pun ada yang jadi peneroka Felda," katanya yang telah menyiasat nama pemilik tanah berkenaan.

Beliau juga mendedahkan mengenai amalan pemberian bonus oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kepada menteri besar.

"Tidak hairanlah isu bonus menjadi fokus apabila kita timbulkan isu kecurian pasir," kata Faekah lagi dalam satu temubual dengan Malaysiakini semalam.

Katanya, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berang apabila diberitahu bahawa beliau diberi bayaran sebanyak RM135,000 oleh syarikat milik kerajaan negeri itu.

Faekah berkata, beliau kemudiannya diarahkan oleh Khalid untuk menyiasat siapakah yang memberi arahan untuk meluluskan bayaran berkenaan dan apakah prosedur yang telibat.

Faekah kemudiannya berkata, beliau telah menghubungi pegawai kewangan PKNS yang menjelaskan bahawa pemberian bonus kepada menteri besar merupakan amalan biasa sejak pentadbiran terdahulu.

"Sebab itu saya kata, kalau saya jadi Khir Toyo saya akan berdiam diri sahaja," kata Faekah lagi.

Isu penglibatan mahasiswa dalam politik

KUALA LUMPUR, 2 Sept: Pertemuan antara Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Datuk Saifuddin Abdullah bagi membincangkan isu penglibatan mahasiswa dalam politik berlangsung hari ini.

Pertemuan tersebut akan berlangsung jam 10.30 pagi ini di pejabat Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu di Putrajaya selepas ditangguhkan 23 Ogos lalu.

Deligasi Pemuda PAS diketuai ketuanya, Nasrudin Hassan bersama Setiausaha Khairul Faizi, Ketua Penerangan, Suhaizan Kayat dan Bendahari, Adram Musa.

Dalam pertemuan kira-kira 40 minit tadi, Pemuda PAS juga menyerahkan memorandum, hasil kajian pihaknya, yang menyenaraikan kewajaran membenarkan mahasiswa IPTA aktif berpolitik.

Memorandum itu juga antara lain menggesa kerajaan mamansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

"Ini merupakan langkah permulaan yang baik sebab kami dapat (peluang) beri pandangan kepada beliau.

"Kita perhatikan siri dialog dan ucapan timbalan menteri hampir senada dengan perjuangan kita untuk bebaskan mahasiswa daripada kekangan AUKU," kata Nasruddin ketika ditemui wartawan selepas pertemuan tersebut. Demi memperjuangkan hak mahasiswa itu uga kata Nasrudin, dewan itu bersedia bertemu dengan Pemuda Umno dan BN.

Saifuddin sebelum ini menyatakan kesediaan untuk menemui sesiapa sahaja termasuk Pemuda PAS bagi membincangkan idea membenarkan penglibatan mahasiswa dalam politik.

Pertemuan tersebut awalnya dicadangkan pada 23 Ogos namun ditangguhkan oleh Saifuddin pada satu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

Beliau yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno kelmarin bagaimanapun telah memaklumkan tarikh hari ini untuk bertemu Pemuda PAS.

Kabinet sebelum ini juga telah menolak idea Saifuddin tersebut yang mahu kerajaan membenarkan mahasiswa menyertai politik secara aktif.

Biarpun ditolak, Saifuddin tetap optimis memandangkan turut mendapat sokongan bukan sahaja dari beberapa rakan Umno BN yang lain, malah Perdana Menteri sendiri yang dilihat terbuka dengan isu tersebut.

Selaian Pemuda PAS, PKR juga mahu melamar Saifuddin mengetuai kaukus khas di Parlimen berhubung isu tersebut.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI