Wednesday, January 4, 2012

SIAPA PENGGERAK UTAMA PR Jika ANWAR DIPENJARAKAN




Tarikh 9 Jan. 2012 adalah tarikh keramat yang amat-amat ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan, ini kerana pada tarikh tersebut akan diputuskan sama ada Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim didapati bersalah atau tidak meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari.

Saya tidak mahu mengulas tentang kempen menyeru rakyat agar turun beramai-ramai pada tarikh tersebut.

Apa yang saya inginkan ialah untuk menyeru pimpinan Pakatan Rakyat (PR) khususnya memikirkan siapakah yang akan mengetuai Pakatan rakyat (PR) sekiranya Anwar Ibrahim didapati bersalah.

Berita terkini yang disiarkan ialah pimpinan telah bersedia ke arah itu sini, namun bagi saya ialah CALON itu perlulah diumumkan sekarang!!!.

Pengumuman berkaitan CALON ini amat penting kerana kita tidak mahu apabila Anwar didapati bersalah, cetusan provokasi dari pihak-pihak tertentu akan memburukkan keadaan.

Ini akan memburukkan imej Pakatan Rakyat yang bercita-cita untuk menawan Putrajaya.

Justeru itu, pimpinan Pakatan rakyat tidak harus membiarkan masalah ini menjadi satu halangan kepada cita-cita tersebut.

Soalnya pula ialah siapakah yang layak menggantikan Anwar Ibrahim sekiranya beliau dipenjarakan? yang tinggal hanyalah Tok Guru Hj Abdul Hadi Awang dari PAS dan juga , Lim Kit Siang dari DAP.

Adakah mereka ini mampu untuk menggalas tugas yang akan ditinggalkan oleh Anwar Ibrahim?,

Adakah mereka ini mampu untuk menggerakkan rakyat menumbangkan Umno?,

Adakah mereka ini juga mempunyai aura seperti Anwar Ibrahim?.

Maka persoalan inilah yang seharusnya pemimpin pakatan rakyat fikirkan kerana kita semua tahu Pilihanraya Umum ke-13 semakin hampir, sekiranya tidak ada seorang pemimpin yang betul-betul dapat menggerakkan rakyat bangun melawan umno.

Maka sudah pasti hasrat kita untuk menawan Putrajaya tidak akan berjaya.

Justeru itu, disini saya CADANGKAN tokoh-tokoh yang saya rasa LAYAK untuk menggantikan Anwar Ibrahim selain tokoh-tokoh di atas:

1. Mohd Sabu - Seorang tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi, orang yang telah lama berkecimpung dalam politik, memahami selok belok serta sepak terajang politik, beliau adalah pemidato yang hebat.

Kehadiran setiap ceramahnya tidak menghampakan, ucapannya berkaitan Mat Indera telah menjadi satu perdebatan yang hangat dikalangan pemikir sejarah dan juga dikalangan rakyat sehinggakan ketika itu fenomena 'Sabuisme' begitu popular di Malaysia, pernah ditahan ISA, menduduki pelbagai peringkat jawatan samada jawatan tertinggi atau sebagai AJK tetapi tetap istiqomah dalam perjuangannya.

Beliau mempunyai aura tersendiri dan mampu menggerakkan rakyat berbilang kaum untuk menyertai demontrasi, antaranya himpunan BERSIH. Cukup digeruni oleh Umno kerana ketegasan beliau. disenangi oleh pelbagai lapisan masyarakat.
2. YB Lim Guan Eng - Ketua menteri Pulau Pinang, seorang anak muda yang cukup hebat dipentas politik, pernah dipenjarakan kerana membela seorang wanita melayu yang dirogol oleh seorang kenamaan, pemikiran politiknya menarik kerana menjadikan Khalifah umar Abd Aziz sebagai panduannya, melaksanakan pelbagai pembaharuan di Pulau Pinang antaranya bantuan kepada fakir miskin dan yang lebih menariknya ialah memberi insentif kepada pelajar-pelajar Tahfiz.
3. Azmin Ali - Seorang pemimpin muda dari keadilan, lebih dilihat sebagai orang Anwar dalam beberapa kes, perwatakan dan gayanya mirip kepada Anwar tetapi tidak mempunyai aura seperti Anwar, pergerakkan beliau juga tidaklah setanding atau sehebat Anwar.namun mempunyai pengaruh yang kuat dikalangan ahli-ahli PKR

KESIMPULANNYA: Daripada mata kasar ana dengan menggunakan mata empat. Dari 5 senarai tokoh-tokoh di atas ana memilih : MOHD SABU, anda semua bagaimana?? UNDILAH..

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI