Thursday, April 19, 2012

ADUN Pertikai Peranan KDN atasi Isu Jenayah



Batu Caves :  ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari menyelar Menteri Keselamatan Dalam Negeri gagal mempertingkatkan keselamatan Negara ekoran berlakunya kes pembunuh Allahyarhummah Adik Noor Fatanah Misnawi baru-baru ini.

Tragedis kematian  Allahyarhummah Adik Noor Fathanah Misnawi, pelajar Tingkatan 1 Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kertas, Batu Caves akibat terkena tikaman senjata tajam ketika mengunjung pasar malam disini mengemparkan seluruh rakyat Malaysia.

“Ramai rakyat yang bertemu dengan saya mempertikaikan kenyataan Kementeri Dalam Negeri (KDN),Hishammuddin bin Tun Hussein baru-baru ini berkenaan keselamatan Negara Malaysia begitu selamat namun hakikatnya tidak begitu”, kata Amiruddin dalam sidang media malam tadi ketika lawatan ziarah keluarga Allahyarhummah di Kampung Wira Damai bersama saf pimpinan Dewan Muslimat PAS DUN Batu Caves  dan Parti Keadilam Rakyat DUN Batu Caves, disini.

“Saya juga difahamkan Bermula 20 Oktober 2011 sehingga16 April 2012, sejumlah 70,259 pendatang asing tanpa izin (PATI) telah masuk ke Malaysia. Dengan kemasukan warga asing ini juga sering memberi ganguan kepada masyarakat setempat.
Ekoran itu memberi kesan kepada rakyat apabila kes pecah rumah,  kes ragut sehingga meragut nyawa semakin meningkat sekaligus masyarakat menjadi takut”, ujar Amiruddin.  

Dalam pada itu, beliau juga mempertikai apakah peranan Anggota RELA dan JPAM yang dilantik sebagai SSP Anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) seramai 5,737.  Wujud juga Rondaan 1Malaysia iaitu rondaan yang melibatkan agensi-agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri serta masyarakat setempat.

“Saya tidak faham kenapa perlantikan begitu ramai  dan wujudnya rondaan 1 Malaysia,  namun isu jenayah tidak diatasi dengan baik. Kerja Apa yang dibuat oleh mereka?”.

Justeru, saya mendesak agar menteri terlibat membuat kajian kembali atas perlantikan Anggota RELA dan JPAM seramai 5,737.

“KDN juga perlu meningkatkan kawalan kelesamatan Negara Malaysia agar kes jenayah tidak berlaku”, katanya dengan kesal.

Dalam masa yang sama, beliau  menyampaikan sumbangan kepada keluarga arwah dan berharap keluarga arwah tabah hadapi ujian ini.


Katanya, “Insya-Allah ,saya akan minta Jawatankuasa Penduduk (JKP) memperketatkan keselamatan penduduk  demi rakyat Batu Caves, disini”.

Sementara itu, Misnawi Muhammad (Bapa) memberitahu kepada semua yang hadir musibah yang menimpa keluarga ini amat dikesali.

Beliau bekata, “sebagai bapa saya benar-benar rasal kesal dengan peristiwa itu, tidak sepatutnya Negara Malaysia yang aman berlakunya pembunuhan di khalayak ramai.

Ketika kejadian arwah  bersama kakaknya Noor Fadhilah mengunjung pasar malam Wira Damai Gombak di sini  berkesudahan dengan kematian apabila dia menjadi mangsa serangan seorang lelaki dipercayai warga Indonesia”,ujar Misnawi.

Tambahnya, dalam kejadian kira-kira jam 8.15 malam itu,  arwah meninggal dunia di sebuah klinik swasta selepas cedera pada rusuk kanan akibat terkena tikaman senjata tajam suspek yang sedang mengejar seorang lelaki Indonesia lain.

“Saya harap Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ditugaskan menjaga keamanan negara dapat mempertingkatkan usaha kawalan keselamatan negara untuk seluruh rakyat Malaysia.

Kita tidak mahu kemasukan warga asing dinegara ini memberi bebanan kepada seluruh rakyat Malaysia”, ujarnya.

Sehubungan itu, Noor Fadhilah (kakak) mangsa pula berkata dengan sebak, “peristiwa itu benar-benar menjadi trauma kepada saya”.

“Arwah memang tidak suka berjalan tetapi malam kejadian beliau ingin ikut saya. Ibu nasihatkan kami agar berhati-hati dan tidak pulang lewat.
Selepas arwah ditikam, beliau terdampar dibahu saya dengan lumuran darah. Saya tidak berani buat apa-apa ketika itu. Hanya menjerit ketakutan”, kata Fadhilah dengan linangan air mata.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Abdul Rahim Abdullah pula menjelaskan, suspek dapat menikam Mohammad Hasir, 30, sebelum dia melarikan diri dari tempat kejadian.

"Terdapat lima kesan tikaman pada tubuh Mohamad Hasir termasuk di leher, bahu kiri, dada kiri dan perut menyebabkan kecederaan parah. Mangsa mati ketika dalam perjalanan ke Hospital Selayang," katanya.
Abdul Rahim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu supaya tampil memberi maklumat kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Editor : Khaulah Azwar
 










SIMFONI KASIH TAUTAN HATI