Saturday, February 26, 2011

Bersedia Berkhidmat Untuk Rakyat


Melaka: Calon PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah , 38 , bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat tanpa mengira kaum.

Yuhaizad berkata, " pengundi di Merlimau adalah jelas iaitu rakyat sentiasa di hatinya dan PAS".

"Saya akan berkhidmat untuk rakyat. Samaada Menang atau kalah itu semua urusan ALLAH swt, yang penting kita usaha. Saya akan jumpa semua pengundi dan banyak isu yang akan dikemukakan".

"Tiada janji khusus kerana saya bukan kerajaan tetapi saya akan membawa suara hati rakyat dan bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat. Saya yakin untuk menang jika tempoh berkempen tidak berlaku sebarang provokasi murahan.

Dan kita harap hari pengundian nanti berlaku dengan adil dan tulus," katanya pada sidang media selepas selesai proses penamaan calon di Perkarangan Dewan Platinium Ploiteknik Merlimau, dekat sini pagi semalam.

Menurut Yuhaizad, beliau akan mengikut strategi kempen yang telah disusun oleh parti bagi memastikan kempen berjalan lancar dan mesej yang ingin disampaikan diterima pengundi.

"Saya akan mengikut strategi yang diatur oleh parti, saya akan turun berjumpa dengan seluruh pengundi di DUN Merlimau.

"Kita tengok nanti bagaimana suasana kempen dan apa yang perlu diubah. Saya sudah bersedia dari segi mental dan fizikal," kata beliau yang merupakan seorang ahli perniagaan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa pada sidang media yang sama berharap tempoh kempen kali ini bebas daripada provokasi mana-mana pihak.

"Kita mengharapkan tempoh seminggu berkempen daripada sekarang ini akan berlaku aman dan tenang bagi membolehkan rakyat berfikir sewajarnya siapakah yang layak menerajui Kawasan DUN ini tanpa sebarang provokasi daripada mana-mana pihak untuk memilih calon kita Yuhaizad Abdullah yang bertanding tiket PAS untuk mewakili Pakatan Rakyat (PR) kali ini," katanya.

Terdahulu, sewaktu tempoh bantahan dibuka yang bermula jam 10 pagi , PAS telah mengemukakan bantahan berhubung perletakan jawatan calon BN, Roslan Ahmad daripada sebuah syarikat kerajaan.

Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali berkata, jawatan Roslan dinyatakan sebagai 'tiada' sedangkan tiada surat perletakan jawatan diterima.

Bagaimanapun, bantahan itu ditolak dan Roslan Ahmad turut diumumkan sebagai calon BN.Turut Bersama MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Y.B Wan Azizah Ahli Parlimen Permatang Pauh, Utz Nasharudin Mat Isa Timbalan Presiden PAS dan semua saf pimpinan PR Kerajaan Negeri.



Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI