Antara teks ucapan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari penjara yang dibacakan
oleh YB Nurul Izzah petang tadi "Kepada para konspirator, saya ingin
menegaskan bahawa saya tidak pernah
gentar dengan permainan politik kotor, jijik dan amat terkutuk.
Saya
yakin dan percaya rakyat tidak akan mudah terpedaya dengan politik
murahan yang dicanangkan selama ini untuk memusnahkan karier politik
saya dan menghalang kemaraan Pakatan Rakyat membebaskan Putrajaya
daripada kebobrokan, kebejatan, kegelojohan dan kerakusan kuasa Barisan
Nasional. Saya boleh dipenjarakan untuk lima tahun lagi. Saya sudah
melalui dua tahun tahanan ISA. Saya sudah melalui ujian fitnah sehingga
merengkok di dalam penjara selama enam tahun. Jika tindakan Barisan
Nasional ini bertujuan untuk melemahkan dokongan rakyat terhadap agenda
reformasi, saya pertegaskan pada hari ini, dalam Dewan yang mulia ini,
kebangkitan rakyat akan merobohkan tembok kepalsuan, fitnah, kezaliman
dan rasuah Kerajaan Barisan Nasional.Saya kini dipenjarakan. Mungkin
ramai lagi rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat yang akan terhukum. Namun,
saya yakin dan percaya kerakusan kuasa Barisan Nasional ini tidak
mungkin berupaya memadamkan bara, api dan obor perjuangan rakyat."
No comments:
Post a Comment