Thursday, April 5, 2012

PTPTN Wajar Dihapuskan Mengapa Tidak?-Dr Shafie





Bandar Baru Bangi, 5 April : ADUN Bangi, Dr Shafie Abu Bakar   mengutuk Menteri Pengajian TInggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin yang memperlekehkan  usaha murni kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor untuk menghapus PTPTN sekiranya menang dalam Pilihanraya Umum 13 nanti.

Dr Shafie berkata,  usaha murni yang dilakukan kerajaan PR  seperti yang termaktub dalam Buku Jingga untuk menghapuskan PTPTN bagi memastikan semua mahasiswa bebas daripada longgokan hutang sering dimomok oleh UMNO dalam medianya semata-mata untuk mengelirukan rakyat.

“Khalid tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang berbaur hasutan kerana rakyat terutamanya golongan muda dan mahasiswa semakin celik dan pandai menilai”.


“Rata-rata mahasiswa dinegeri ini inginkan kerajaan memberi pendidikan percuma dari peringkat  pra sekolah sehingga peringkat pengajian PHD”.
“Peruntukan bernilai  RM6.1 billion ringgit ia masih relevan untuk dimansuhkan jika nak dibandingkan puluhan billion, takkan kerajaan pusat tidak boleh  selesaikan,  soal Dr Shafie?”.

Beliau juga menyifatkan  kerajan UMNO  terlalu boros berbelanja atas keperluan lain, rasuah berleluasa sehingga menyebabkan Negara mengalami kerugian besar. 

Sehubungan itu, Dr Shaife juga menjawab persoalan yang ditimbulkan oleh pimpinan UMNO, “dimanakan dana akan diperoleh kerajaan PR sekiranya menang dalam PRU13 nanti untuk menghapuskan PTPTN?”.

Suka saya ingin wawarkan kepada rakyat khususnya negeri Selangor, dengan hasil cukai sahaja rakyat berhak mendapat pendidikan percuma kerana ia telah diamalkan beberapa Negara lain dan berjaya dilaksanakan.

Malaysia kaya dengan hasil kutipan cukai dan hasil sumber ekonomi seperti Petroleum, balak dan sebagainya, dengan hasil tersebut rakyat perlu mendapat hak mereka seperti yang diamalkan oleh Kerajaan Selangor (PR) dengan mengagihkan Hasil Negeri kepada rakyatnya.


Tambahnya lagi, Kerajaan UMNO seharusnya mengambil contoh terbaik di negeri Selangor dalam menguruskan ekonomi Negara.

Selain negeri Selangor,  Kerajaan Kelantan  juga berjaya menghapuskan PTPTN  dengan  mengunakan formula tunggakan royalti minyak bernilai RM4 billion sejak 2005 lagi.

Hutang yang perlu dibayar pelajar Kelantan hanya RM1.2 billion menghapuskan hutang PTPTN yang melibatkan 93,000 mahasiswa negeri itu.
Begitu juga di Turki yang tiada satu sen pun hasil minyak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyatnya.

Justeru, tidak mustahil untuk Malaysia melaksanakan kebajikan yang sama  untuk melaksanakan dasar pendidikan percuma seperti Negara-negara lain kerana Malaysia mencatat untung RM90 billion setahun dari sumber petroleum.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ziarah pesakit Strok, Selamah Ismail, 80thn di Hospital Pakar Bangi An-Nur, disini petang semalam.

Perkara ini dibangkitkan oleh beliau apabila Datuk  Menteri Pengajian TInggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin  menganggap usaha kerajaan PR untuk membatalkan PTPTN sebagai tindakan relevan, mengurangkan semangat daya saing dan membebankan rakyat.

Norsiah Md Shariff menerima sumbangan wang daripada ADUN, melahirkan rasa kesyukurannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua saf pimpinan PAS DUN Bangi yang sudi mendoakan kesihatan ibunya.  

Katanya, “bantuan yang diberikan insya-Allah akan digunakan untuk menampung membeli perubatan dan peralatan mesin pernafasan ibunya yang mengalami strok.

Sebelum ini hampir dua minggu ibunya  tidak sedarkan diri, disamping dibantu dengan alat pernafasan”.

Hadir sama, YDP PAS Bangi, Shafie Ngah Ketua Lajnah Kebajikan Hj Rushdi, Saf Pimpinan Dewan Muslimat PAS DUN Bangi.


Editor : Khaulah Azwar
 
 

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI