Wednesday, March 7, 2012

Kesal UMNO Guna Sekolah Untuk Kempen


Klang :Tindakan kerajaan Umno-Barisan Nasional (BN) mengambil peluang menggunakan sekolah sebagai medan politik dibantah sekeras-kerasnya sebilangan besar pihak termasuk ibu bapa dan pemimpin masyarakat kerana dilihat akan mencemarkan institusi terbabit.

Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, ketika dihubungi media di Shah Alam berkata, “kenyataan itu dibuat sejurus beliau menerima aduan daripada ibu bapa menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang mengatakan bahawa satu ceramah ekonomi diadakan (semalam) di Sekolah Menengah Sri Andalas anjuran bekas Adun-adun Selangor”.

“Bagaimanapun menurutnya, ia telah disalahgunakan oleh pihak terlibat dengan mengutarakan isu politik semata-mata selain turut menyampaikan mesej bahawa Umno-BN akan menawan semula kawasan Kota Raja semasa Pilihan Raya ke-13 (PRU-13) nanti”.

"Mereka (penganjur) mengeluarkan satu jemputan kepada ibu bapa. Pada asalnya, ia adalah program Umno iaitu mereka hanya menjemput orang-orang tertentu sahaja. Tetapi apabila ibu bapa pakat telefon sekolah untuk bertanyakan tentang hal berkenaan, mereka membukanya kepada semua orang”.


“Justeru, ibu bapa telah menaikkan kain rentang untuk membantah program ini dan murid-murid sekolah juga dilepaskan awal pada jam 5.45 petang. Saya difahamkan, aktiviti kokurikulum juga terpaksa dibatalkan untuk memberi laluan kepada program tersebut," tegasnya.

“Tambah Dr Mariah, ibu bapa murid-murid sekolah berkenaan telah menghubungi Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) untuk mendapat pengesahan, namun pihak PPD memaklumkan mereka tidak dimaklumkan mengenai program tersebut”.

Beliau berkata, “program yang dianjurkan di sekolah itu mendapat kebenaran daripada Pengetua serta turut disertai pihak PIBG dan sebilangan besar guru-guru sekolah”.

Perkara ini jelas katanya, menunjukkan salah guna kuasa Pengetua kerana membenarkan program politk berlangsung tanpa kebenaran PPD, mengarahkan murid-murid untuk pulang awal sebelum tamat sesi persekolahan selain memaksa para guru untuk hadir.

"Kita akan menulis surat kepada Kementerian Pelajaran untuk mengambil tindakan kepada Pengetua kerana secara terang-terangan melanggar tugas dan membenarkan satu program politik dijalankan di sekolah," ujarnya.

Difahamkan, program politik tersebut dihadiri oleh Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Datuk Dr Abu Hassan Omar, Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd Nor dan beberapa pemimpin tempatan lain.

Editor : Khaulah Azwar

18 Pelajar DUN Bukit Antarabangsa Terima Bantuan Cermina Mata Percuma

Bukit Antarabangsa : Seramai 18 orang pelajar menerima bantuan cermin mata percuma yang telah disampaikan Ahli Parlimen Gombak, Azmin Mohamed Ali.

Azmin dalam ucapan perasmiannya berkata, kerajaan negeri terus memberi bantuan kepada rakyat tanpa kira bangsa dan permahaman politik.

Pemeriksaan mata telah dibuat tiga bulan lalu dengan mendapat kerjasama Hospital Mata Tun Hussein Onn.

Setelah dibuat pemeriksaan doktor mata , yang layak menerima seramai 18 orang mengikut keputusan yang diberikan, katanya di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Ahli Parlimen Gombak.

Menurutnya, kerajaan negeri sasarkan seramai 100 pelajar untuk keluarga berpendapatan rendah RM1500 kebawah dan fakir miskin diseluruh negeri Selangor.

Azmin Ali merangkap ADUN Bukit Antarabangsa mengulas lagi, selain memberi bantuan cermin mata, pelajar juga menerima bantuan Beg Sekolah Selangorku.

Bantuan diberikan bagi meringankan beban keluarga pelajar dan menyuntik semangat kepada semua pelajar untuk meneruskan pelajaran walaupun ekonomi keluarga mereka tidak menggalakkan.

Selain itu, beliau juga menjelaskan kepada rakyat bantuan yang diberikan kerajaan negeri selama empat tahun memerintah negeri itu tidak mengalami bankrap seperti yang di gembar gemburkan oleh Kerajaan Pusat (UMNO-BN).

Sebaliknya kerajaan negeri berjaya membuktikan pengurusan ekonomi negara berada tempat pertama dan pelaburan berada tempat kedua yang di terajui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Kekayaan negeri itu diagihkan kepada rakyat tanpa memilih bulu, ujarnya.

Tambahnya, dengan kejayaan yang dibawa kerajaan (PR) amat membimbangkan kerajaan Pusat –UMNO.

Katanya, UMNO sanggup buat apa sahaja dengan memutar belit kenyataan sehingga rakyat keliru.

Walaubagaimanapun, rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi kerana rakyat semakin celik dan bijak menilai dalam memilih pengurusan pentadbiran kerajaan.

Justeru, saya harap rakyat tidak mudah terpengaruh dengan gimik yang dibawa oleh UMNO, sebaliknya mereka boleh mendapat maklumat terkini dan kejayaan negeri Selangor di Pusat Khidmat Masyarakat di tempat kawasan mereka, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI