Friday, April 24, 2009

Penzina ditimpa 4 kecelakaan



"Setiap kali membeli akhbar tempatan,sering kali kita dikejutkan dengan berita tentang pembuangan bayi,semua ini terjadi seolah-olah manusia sudah ketiadaan ilmu agama serta betapa tipisnya iman dan islam yang ada didalam hati mereka, mereka tanpa memikirkan akibatnya,nikmatnya hanyalah didunia tetapi fikirknlah diakhirat kelak.


DALAM peristiwa Israk dan Mikraj, Nabi Muhammad SAW diperlihatkan keadaan lelaki dan perempuan yang diletakkan di hadapan mereka dua piring, satu berisi daging yang membangkitkan selera manakala satu lagi berisi daging busuk.

Lelaki dan perempuan itu lebih gemar terhadap daging busuk itu dan tidak langsung menyentuh daging yang membangkitkan selera.Rasulullah diberitahu Jibril bahawa mereka tergolong di dalam kalangan mereka yang suka berzina.



Allah turut memperlihatkan kepada Nabi Muhammad bagaimana sekumpulan manusia yang digantung pada buah dada mereka dengan rantai api neraka dan dari faraj mereka, keluar nanah busuk, sehingga ada di kalangan ahli neraka itu sendiri tidak senang melihat keadaan mereka dan meminta dijauhkan.Mereka itu, menurut Jibril, adalah kalangan yang tidak menjaga kehormatan.

Zina adalah perbuatan keji dalam ajaran Islam dan mereka yang melakukannya mendapat dosa besar. Allah memberi amaran, bahawa balasan-Nya ke atas orang yang berzina tidak lain daripada neraka, yang Allah jadikan untuk menyeksa manusia yang ingkar terhadap larangan-Nya. Firman Allah, yang bermaksud: "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang sangat buruk." (Surah al-Isra', ayat 32).

Thabrani an Ibni Abbas meriwayatkan, Rasulullah bersabda bermaksud: "Jauhilah oleh kamu akan zina kerana kecelakaannya empat macam:-
1) Hilang seri pada mukanya,
2) Disempitkan rezekinya,
3) Kemurkaan Allah atasnya,
4) Dan ia berkekalan dalam neraka.

"Rasulullah ketika mengikat janji setia dalam satu perjanjian bersama sahabat Baginda, sama ada lelaki atau perempuan, meminta supaya kalangan sahabat lelaki dan perempuan, tidak melakukan syirik, penipuan, mencuri dan berzina.Allah mengingatkan bahawa, mana-mana umat Islam yang melakukan zina, hendaklah dihukum 100 kali dera (sebatan) terhadap pasangan terbabit.

Firman Allah, yang bermaksud: "Perempuan dan lelaki yang berzina, hendaklah kedua-duanya didera. Masing-masing 100 kali dera (pukulan), janganlah sayang terhadap kedua-duanya dalam menjalankan agama Allah, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.

Hendaklah hadir ketika menyeksa kedua-duanya, satu golongan daripada orang mukmin." (Surah an-Nur, ayat 2) Sesungguhnya, Allah itu Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Maha Pengampun. Sebanyak manapun dosa yang dilakukan oleh hamba-Nya, jika dia benar-benar insaf akan kesalahannya dan bertaubat nasuha kepada Allah, nescaya Allah akan menerima taubat hamba-Nya.

Allah berfirman bermaksud: "Katakanlah, wahai hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya, Allah mengampuni dosa semuanya. Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Surah az-Zumar, ayat 53).

Melalui ayat lain, Allah berfirman yang bermaksud: "Ibrahim berkata, tidak ada orang yang berputus asa daripada rahmat Tuhannya, kecuali orang yang sesat." (Surah al-Hijr, ayat 56).Berpandukan firman Allah dan hadis di atas, mereka yang sudah terlanjur melakukan dosa besar itu, tidak harus berputus asa. Dia hendaklah segera bertaubat kepada Allah dan menyesali perbuatannya. Insya-Allah, dosanya akan diampunkan Allah.

CINTA SONGSANG SEMAKIn SOngSANG




Artikel di bawah telah saya tulis lebih setahun yang lalu.



Hampir ada sahaja di dalam inbox saya, email yang dihantar oleh pembaca, meminta bantuan daripada saya untuk menangani masalah CINTA SONGSANG, sama ada oleh tuan empunya diri, atau teman kenalannya. Tinggi rasa khuatir, namun rugi jika saya mengulang nasihat untuk masalah yang sama. Justeru saya hadirkan kembali artikel ini ke muka hadapan Saifulislam.Com untuk beberapa hari mendatang, bagi renungan dan manfaat kita bersama. Wallahu al-Musta’aan…


Dalam setahun kebelakangan ini, saya menerima permintaan daripada beberapa orang remaja yang memohon pertolongan. Ada yang bersemuka, ada juga secara maya. Permintaan ini datang dari suara insan yang jauh terbuang di dalam lubang yang dalam, memanggil saya untuk menolong mereka keluar, dari dunia gelap cinta seorang lelaki terhadap seorang lelaki, cinta songsang yang menyeksa si empunya diri.

Ini bukan kisah golongan pondan, bukan golongan yang bergaul bebas dan hidup bergelumang dosa. Mereka adalah remaja yang baik, pada akhlak dan ibadah… namun dibelenggu dosa perasaan yang tersembunyi.

Bagi remaja yang telah kalah dengan perasaan itu, dan terjebak dengan perbuatan keji di sisi agama, saya tidak dapat berkata apa-apa… hanya kepada Allah jua saya pohonkan agar mereka ini bertemu cahaya di hujung jalan songsang yang mereka susuri itu. Namun yang ingin saya bincangkan di sini, adalah remaja yang baik, yang bersih, tetapi terperangkap dalam dunia yang cukup misteri ini… sebagai mangsa keadaan.
Mengapa saya katakan demikian? Hasil perkongsian cerita… boleh dikatakan setiap seorang dari lelaki pencinta lelaki ini, pernah menempuh pengalaman hidup yang hitam.LATAR BELAKANG


YANG MENJADI BEBAN HIDUP

Ada di antara mereka menjadi mangsa kecenderungan ibu bapa, yang menginginkan anak perempuan sehingga beliau dilayan seperti imaginasi si ibu dan bapa, lantas naluri yang dibentuk menjadi songsang, atas kesilapan ibu bapa. Mereka yang dari kumpulan ini, lazimnya turut berpewatakan lembut kesan persekitaran yang disentuh ke atas mereka.

Manakala sebahagian yang lain pula, pernah menjadi mangsa kepada perlakuan songsang pada usia awal remaja, dicemar oleh nafsu rakus mana-mana lelaki yang ada di sekeliling mereka… hingga akhirnya kanak-kanak ini membesar dengan membawa catatan hitam itu kepada sebuah dunia keremajaan dan kedewasaan yang mengelirukan.
Beberapa individu yang saya temui dari kumpulan kedua ini, mempunyai penampilan yang sempurna sebagai seorang lelaki, namun mereka menanggung kejanggalan naluri sebagai rahsia yang memakan diri.

Sukar untuk saya membantu, kerana kecelaruan ini bukan kecelaruan ilmu. Ia juga bukan kecelaruan emosi, tetapi kecelaruan identiti. Identiti adalah suatu rangkuman dimensi dalaman manusia yang terbentuk hasil dari pelbagai aspek kehidupan. Mengungkaikannya memerlukan kekuatan semangat dan kembali berbaik sangka kepada Allah terhadap potensi diri untuk pulih… dari satu peringkat ke satu peringkat.

Mungkin ada yang secara spontan menghukum golongan ini, namun saya sebagai seorang pendakwah tidak mampu untuk berbuat demikian. Membantu, sentiasa lebih utama untuk difikirkan. Siapalah saya untuk menilai dan menghukum, kerana penilaian saya juga akan dinilai oleh Maha Penilai di sana, dan Maha Menghukum atas keculasan saya tidak membantu sesama saudara.

Apatah lagi, mereka yang saya temui ini mempunyai syakhsiah yang baik. Mereka adalah remaja yang taat kepada Allah pada ibadah dan akhlak, tetapi mereka terseksa kerana menanggung ‘dosa perasaan’ lantaran kecenderungan diri yang ganjil itu. Malah saya hargai kepercayaan yang mereka berikan apabila tampil meminta pertolongan dari saya, walaupun tidak banyak yang dapat saya lakukan, selain sokongan nasihat dan keyakinan diri.

Menghadapi golongan ini, tidak boleh disamakan dengan pendekatan kita terhadap isu homoseksualiti. Nyatanya, kebanyakan artikel yang saya temui, mengecam homoseksualiti dengan sokongan keterangan al-Quran dan al-Hadith. Saya yakin, remaja yang datang bertemu dengan saya amat sedar akan hal ini. Kerana itulah mereka tidak berzina sejenis, mereka tidak bergaul bebas. Mereka datang meminta bantuan atas rasa bersalah yang tinggi terhadap naluri yang menyalahi iman itu. Maka mereka memerlukan nasihat, panduan dan sokongan. Bukan kecaman.

Kerana itu, saya lebih simpati, berbanding marah atau terkilan, kerana mereka tetap berada di dalam status mangsa, selagi mana perasaan itu tidak dimaterialisasikan pada maksiat fizikal zina, liwat dan yang seumpama dengannya.
Saya cuba menyelami masalah mereka, dan nyatanya mereka adalah golongan yang sangat kesunyian dan sepi. Mereka hidup dalam kesunyian, bukan kerana kosong dari kehidupan berkawan dan berakan taulan. Sunyi itu datang kerana mereka sering memikul diri lari jauh dari semua orang di sekitar mereka, bersama rahsia yang terlalu berat untuk jatuh ke pengetahuan manusia. Mereka ini adalah manusia yang bersembunyi di tengah ramai.

SEKADAR NASIHAT
Nasihat pertama saya kepada remaja seperti ini, adalah untuk terus bertahan dari mendekati liwat dan cabang-cabangnya. Sebagaimana lelaki mukmin perlu menjauhkan dirinya dari zina, maka lelaki dari kumpulan ini juga mesti menjauhkan diri mereka dari zina sejenis, kerana kedua-duanya adalah kekalahan seorang manusia kepada hawa nafsunya yang mengundang penyesalan tanpa hujung.

Allah tidak menghukum kalian atas perasaan itu, tetapi hukuman dan kemurkaan bakal menimpa kalian yang merealisasikannya pada perbuatan.
Kuatkan iman, teguhkan pendirian.

Namun saya berpandangan, perjuangan mempertahankan diri dari zina sejenis ini, jauh lebih sukar, kerana golongan ini sentiasa tinggal bersama golongan yang menjadi kecenderungan nafsunya. Jika lelaki normal’ boleh menghindarkan dirinya dari pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, golongan ini pula harus teguh berganda…

CEBURKAN DIRI PADA AMAL ISLAM

Tempuhilah usia akhir belasan tahun, dan 20an itu sebagai usia mujahadah menentang gelodak hormon dan ketidak seimbangan emosi yang rumit. Berikan diri kepada aktiviti-aktiviti, khususnya kerja Islam, dan sambutlah kesukaran-kesukaran yang muncul sebagai cara Allah mengekalkan kita dalam kebaikan.
“Barangsiapa yang Allah mahukan dirinya berada dalam kebaikan, diujinya dia itu dengan kesusahan” (Al-Bukhari dan Muslim)
Kesusahan hidup di jalan dakwah, akan menyulitkan nafsu bangun menjajah keputusan diri. Bukan saya bermaksud agar mereka ini perlu sengaja mencari kesusahan diri, tetapi jalan dakwah dan kesibukan akan menghindarkan setiap remaja lelaki yang normal dan ‘tidak normal’ ini dari dosa fahsya’ seperti zina dan yang seumpama dengannya. Sibukkan diri. Jangan iyakan perasaan itu.
Rukood al-maa’ yufsiduhu, firaagh asy-syaab yaqtuluhu
“Air yang bertakung tidak mengalir akan dirosakkan oleh statiknya itu, pemuda yang banyak masa lapang (tidak dinamik) akan dibunuh oleh masa lapangnya itu” - Pepatah Arab
Berikan peluang kepada diri untuk melepasi usia 20an itu, sehingga keredaan naluri muncul seiring dengan pertambahan usia.
“Ustaz, apakah saya ada peluang untuk menyintai wanita, berkahwin, mempunyai anak, seperti manusia yang lain?” soalan yang sering diajukan kepada saya.

Berilah peluang kepada masa untuk merawat kesakitan jiwa itu, dengan syarat kamu tetapkan diri pada menjauhkan diri dari maksiat. Tunggulah hingga reda gelodak nafsu itu pada usia remaja seperti ini, dan nanti, kita berbuallah tentang liku-liku mencari jalan pada sebuah perkahwinan, yang diinginkan tanpa keinginan itu…, itu sahaja batas upaya saya berkongsi pandangan.
Bagi ibu bapa, dan pihak penaja yang menghantar pelajar ke luar negara, ketahuilah bahawa kebebasan undang-undang dan persepsi persekitaran terhadap homoseksualiti ini telah dan sedang begitu rakus mengorbankan banyak anak muda kita. Sukar untuk saya ungkapkan dengan perkataan, kerana jika dicadangkan AGAMA sebagai benteng penyelesaian, ramai yang sinis kerana mabuk POLITIK hingga takut kepada SIASAH, lantas terlupa kepada fungsi besar AGAMA, bahtera penyelamat buat manusia.
Semoga Allah memelihara kita semua, dan adik-adik remaja ini dari fitnah dunia akhir zaman yang sungguh kejam terhadap mana-mana insan yang mahu hidup dengan bara Islam yang digenggam.
Tabahkan hati…
ABU SAIF @ www.saifulislam.com56000 Kuala Lumpur




Dosa Ibubapa mengatasi kesalahan anak - anak

DOSA IBU BAPA MENGATASI KESALAHAN ANAK-ANAK
"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan ahli keluargamu daripada api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu berhala. Di atasnya ada malaikat yang amat kasar lagi keras perlakuannya. Mereka tidak mengengkari Allah apabila disuruh dan mereka tentu melaksanakan apa yang diperintahkan" [al-Tahrim 66 :6]

Kadang-kadang saya rasa tersinggung apabila permintaan saya tidak dihargai. Saya bukan meminta kelebihan. Apa yang saya pohonkan ialah pada beberapa kotak kosong di dalam diari bulanan saya, ia adalah masa saya untuk isteri dan anak-anak. "Bolehlah ustaz, janganlah macam itu. Anak hari-hari boleh jumpa. Kami sudah tiada masa lain yang sesuai untuk menjemput ustaz. Harap ustaz dapat pertimbangkan permintaan kami", kata seorang pemanggil yang menelefon saya. Dialog seperti ini meletakkan saya pada situasi yang menjadikan saya serba salah.

Mengapakah masa seorang ustaz untuk anak-anaknya tidak dianggap penting? Bukankah itu sesi beliau menunaikan kewajipan nafkah kasih sayang, didikan dan perhatiannya kepada anak-anak. Semasa saya kecil, saya tinggal di sebuah kawasan perumahan dan seawal usia 10 tahun, saya pernah membuat kesimpulan bahawa budak-budak jahat pada masa itu, sama ada anak ustaz, tak pun anak polis!Alangkah prejudisnya saya semasa itu. Saya tidak faham bagaimana saya boleh beranggapan sedemikian rupa. Mungkin kerana geram saya apabila basikal yang ayah belikan, dibengkokkan oleh si Samseng Kampung Dusun, anak seorang ustaz. Tetapi hari ini hati saya menjadi gundah semula. Terutamanya selepas menerima maklum balas seperti dialog di atas.Kera di hutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. Itulah peribahasa Melayu yang amat menusuk perasaan saya.

Ketika saya menaip artikel ini, Saiful Islam dan Naurah sedang tidur nyenyak di depan saya. Memandang mereka telah meretak hibakan hati saya. "Maafkan Abi, wahai anak-anakku, Abi berdosa mengabaikan kalian" , saya sukar menahan hati dari bersedih.Saya masih ingat, semasa saya di Ireland, usaha saya mendidik dan membesarkan Saiful Islam, ternyata amat mudah. Malah saya setiap hari memanjatkan syukur kepada Allah kerana Saiful Islam amat mudah untuk diurus. Dengan tugas saya sebagai Imam, saya tidak keberatan untuk membawa anak sulung saya ke masjid, saya baringkan di kepala sejadah dan matanya berkelip-kelip melihat saya menyampaikan khutbah Jumaat.Semasa itu, untuk saya menegurnya ketika dia melakukan kesalahan, caranya amat mudah. Saya tunding jari, tanpa perlu membuka bicara, Saiful Islam sudah menghamburkan air mata takutkan `kemarahan' saya.Tidak dinafikan, ketika itu mungkin usia anak saya baru setahun dua. Memang tidak susah menjaganya. Tetapi apabila saya fikirkan, hari ini saya tetap saya yang sama.


Anak bertambah, usia mereka juga bertambah, tetapi mereka tetap berayahkan ayah yang sama. Tetapi kenapa hari ini, fikiran saya selalu kusut memikirkan mereka?Ya, suasana di Ireland amat saya rindui. Saya duduk di negara Kuffar, tetapi usaha mendidik anak memang mudah dan menggembirakan. Saya tidak menyesal menjadi `suri rumah' selama beberapa tahun. Sayabertugas secara sambilan di beberapa masjid, menyambung pengajian Master secara distance learning dengan The Open University, UK, dan sambil itu saya menjaga soal makan minum, hal ehwal rumah tangga, dan Saiful Islam membesar di depan mata.Itu lebih baik, daripada saya bekerja sebagai kasyer di pasar raya, kemudian semua gaji dibayar kepada nursery yang mencecah harga ratusan Euro sebulan.
Masakan tidak, semua nanny memegang Ijazah Early Childhood Learning malah mahir pula dengan rawatan kecemasan Paedriatrik dan first aid.Namun saya gembira membesarkan anak dengan tangan saya sendiri. Isteri saya sibuk bekerja di wad kecemasan hospital, shifnya tidak tentu siang malam. Maka saya mengambil alih tugas di rumah. Setiap pagi saya mandikan anak, menyalin bajunya, menggoreng kentang atau pasta kosong untuk sarapan. Saya bermain bersamanya seketika, kemudian ke dapur memasak untuk makan tengah hari. Saiful Islam tidur semula sekitar jam 11 dan saya naik ke bilik ulangkaji untuk membuat assignment. Zohor kekadang di masjid, jika cuaca baik. Tengah hari saya qailulah seketika, solat Asar dan kemudian membawa Saiful Islam ke hospital untuk mengambil isteri saya dari tempat kerjanya, pulang bersama sambil menghirup udara petang yang segar. Ketika di Naas, kadang-kadang kami melencong ke belakang hospital bersama roti keras yang saya bawa dari rumah, untuk memberi burung undan di tasik, makan petang bersama kami.


Saya mencampak roti ke tasik, Saiful Islam dan Umminya turut sama.Jika isteri saya oncall, saya akan ke hospital menghantar nasi dan lauk, khususnya semasa isteri saya mengandung anak kedua kami, Naurah Sabihah. Suasana ketika itu memang nyaman, fikiran saya tenang dan prolifik, kegiatan kemasyarakatan banyak dan saya sanggup mengayuh mountain bike selama 2 jam untuk memberi kuliah Tafsir Surah Yasin kepada adik-adik yang tinggal di South Circular Road, Dublin.Itulah suasana saya membesarkan anak ketika di Ireland. Memang hati kami sunyi tidak mendengar laungan azan dari menara masjid bertahun lamanya. Namun derita melihat laungan azan tidak diendahkan di Malaysia, lebih menghiris rasa.Hari ini saya sudah pulang ke Malaysia. Cabaran membesarkan anak-anak semakin meruncing.Semasa di Ireland, saya pernah berbual dengan isteri sambil merenung daun-daun perang gugur di petang musim luruh."Abang rasa, kita hanya boleh tinggal di Ireland sampai usia anak kita mencecah umur tadika. Apabila dia perlu bersekolah, kita harus pulang ke Malaysia", saya meluahkan pandangan tentang perancangan masa depan kami. Isteri saya mengangguk tanda setuju.Saya berfikiran begitu kerana saya khuatir dengan Aqidah anak saya. Tentu sahaja saya patut risau. Semasa bertugas sebagai Pengetua dan guru di Belfast Islamic School, saya ada banyak pengalaman yang menakutkan.

Selain kisah di Belfast Zoo dan cerita evaluation test anak-anak murid kami, saya juga tidak lupa kepada suatu insiden di sebuah pasar raya di Lisburn Road, Belfast. Seorang anak muda bekerja sebagai kasyer di situ dan tag namanya tertulis"OMER". Wajahnya ada iras Irish dan ada sedikit iras Asia. Apabila ditanya sama ada beliau Muslim atau tidak, beliau termenung seketika dan berkata, "my father is a Moslem!"Aduh, adakah krisis identiti itu yang mahu saya risikokan kepada anak-anak dengan menyekolahkan mereka di Ireland? Tentu sekali tidak.Tetapi selepas pulang ke Malaysia, pandangan saya berubah sama sekali. Kadang-kadang saya menangis sambil merenung jauh dari tingkap rumah kami, "


"Apakah selamat anakku membesar diMalaysia?"Ya, semasa di Ireland, saya kira amat mudah untuk saya gariskan batas-batas Iman dan Kufur kepada anak-anak. > "Jangan ikut perangai Spencer itu, dia bukan orang Islam!",saya boleh menyebut begitu kepada Saiful Islam dan Naurah.Apabila anak-anak pulang ke rumah, saya boleh berbicara dengan mudah bahawa yang jahat itu bukan Islam, bagi mereka agama mereka, dan bagi kita Islam yang satu. Garis hitam putih amat jelas.Tetapi bagaimana di Malaysia? Spencer, Ah Meng, Ravin, Shahril, semuanya lebih kurang sama. Perangai dan akhlak tidak banyak berbeza. Grey area melebar luas. Nak dikatakan tidak Islam, dia Islam. Tetapi kelakuannya tidak mencerminkan agama di kad pengenalannya. Habis, mudahkah saya menerangkan semua ini kepada anak-anak? Saya tabik kepada rakan yang sanggup menyekolahkan anak-anak di SRJK(C), walau pun terpaksa berulang ke sekolah menghantar bekal makanan sendiri. Semuanya kerana mereka mahu anak-anak membesar di dalam suatu suasana yang garis hitam dan putihnya jelas. Mampukah saya begitu? Entahlah...Lebih menyedihkan, sabar saya tidak seperti sabar saya semasa di Ireland. Hari ini apabila anak-anak buat semak, ada kalanya macam mudah benar untuk darah saya tersirap.
Terutamanya apabila saya pulang ke rumah selepas dua jam meredah lautan kereta. Syukurlah saya banyak berusaha membaca dan belajar tentang topik-topik yang membina sikap pro aktif. Saya cuba menapis setiap insiden, agar saya memberikan respond yang tepat dan bukannya marah berbalas marah, geram berbalas geram, degil berbalas cubit dan sebagainya.Saya sentiasa berasa malu apabila membaca kisah keluarga Stephen Covey. Profesyennya sama seperti saya. Kami selalu out station untuk memberikan training. Jadual kami ketat. Tetapi Stephen Covey, mempunyai 9 anak dan dia tidak pernah terlepas daripada menghadiri majlis dan peristiwa yang penting berkaitan dengan anak-anaknya. Bukan suatu yang mudah untuk seorang American membesarkan 9 anak. Saya yang dua ini pun sudah pening kepala.Sebab itu jugalah saya tidak suka memarahi anak-anak dengan tengking dan leteran. Lagi banyak kita menengking, lagi cepatlah bisanya hilang. Saya tidak percaya kepada pendekatan marah sebagai teknik default menegur kesalahan anak.

Berapa ramai yang menjadi baik hasil siri marah di sepanjang usia membesarnya? Apa yang pasti, anak yang selalu dimarahi akan menjadi pemarah dan kemudiannya bakal memarahi anak-anaknya pula suatu hari nanti. Ingat, anak kita mungkin gagal mengikut kata-kata kita, tetapi mereka tidak akan gagal meniru perangai dan tingkah laku kita sebagai ibu dan bapa.

Jika anak kita buruk kelakuan, jangan cari sebab yang jauh. Anak-anak adalah cermin wajah ibu dan bapa mereka.Ya memang marah itu perlu, tetapi ia bukan pendekatan harian saya. Saya lebih suka bercakap dengan anak-anak dan cuba memahamkan mereka kenapa satu-satu perbuatan itu betul atau salah. Jika Saiful Islam naik angin, saya akan tangkap dia dan mandikan agar `sejuk', kemudian saya ke bawanya ke bilik dan kami berdialog. Biar pun soalan anak-anak bertali arus dan kekadang berpusing ke belakang, saya sentiasa setia melayan. Rasa marah atau letih, rasa mengantuk atau sengal badan, semuanya diketepikan dan saya mesti > mendengar isi bualan yang ingin dikongsi oleh Saiful Islam dan kini Naurah juga. Biar pun isunya hanya soal kad Grandsazer dan Kamen Rider. Itulah wasilah saya mendengar dan menunjukkan kasih kepada anak-anak.
Namun punca sebenar yang menjadikan saya tidak tergamak untuk memarahi anak saya, ialah kerana saya rasa berdosa kepada Allah terhadap mereka. Malah kesalahan anak-anak saya yang belum mumayyiz dan tidak aqil baligh ini kepada saya dan ibu mereka, tidak terbanding dengan dosa saya dan isteri terhadap mereka. Masakan tidak. Saya telah memilih isteri yang solehah dan sebahagian cita-cita saya, agar akhlak mahmudah isteri akan tumpah kepada anak-> anak suatu hari ini. Saya percaya, ramai dari kalangan kita yang melakukan perkara yang sama. Pendidikan anak-anak bermula dengan memilih ibu yang baik untuk mereka. Tetapi tumpahkah solehah isteri kepada anak-anak? Turunkah baik saya kepada anak-anak? Sukar untuk menjawab soalan ini kerana orang sebenar yang membesarkan anak-anak hari ini, adalah guru di tadika atau pembantu rumah Indonesia. Alhamdulillah jika yang Indonesia itu orangnya baik, bersolat dan menjaga batas-batas agama. Bagaimana dengan yang berpembantu rumah seorang penyembah berhala dari Myanmar, Thailand atau Filipina. Kita berjumpa dengan anak-anak ketika kita sudah letih. Kita sudah hilang seri di wajah dan jiwa malah bahasa. Anak-anak juga sudah mengantuk ketika saya sampai di pintu menanggalkan kasut. Bilakah masanya kita menumpahkan akhlak mahmudah kita kepada anak-anak?Isteri solehah, tapi yang membesarkan anak-anak adalah pembantu rumah, guru nursery, dan entah siapa lagi. Ibu dan ayah di mana? Jawapannya mudah sahaja, SIBUK BEKERJA. Janganlah disangka kita sudah menjadi ibu dan bapa yang baik hanya kerana makan pakai anak-anak sudah cukup. Itu hanya taraf lembu membesarkan anak-anaknya. Ibu bapa manusia ada tanggungjawab yang lebih besar dari itu. Soal makan, minum, pakaian, perlindungan, pendidikan, makanan emosi dan spiritual, semuanya mesti diharmonikan bersama bekalan yang tidak putus-putus. Apa yang paling utama adalah soal jumlah masa yang kita luangkan bersama mereka. Sudah cukupkah untuk meyakinkan mereka, bahawa kita benar-benar kasihkan mereka? Tetapi zaman ini, zaman membesarkan anak-anak diswastakan kepada pihak lain. Kita sibuk bekerja dan kerja tidak pernah habis.

Anak buat perangai mungkin semata-mata atas dorongannya untuk mencuri perhatian kita.Ingatlah, dalam suasana kita hari ini, dosa ibu dan bapa terhadap anak-anak, lebih besar berbanding kesalahan mereka kepada kita.

Insaflah wahai ibu dan bapa, jangan mudah melenting, sebelum cukup kasih diberi.Seandainya saya memohon kotak kosong itu kekal dikosongkan, janganlah heret saya ke suasana yang menjadikan saya tersepit. Saya ada tanggungjawab kepada anak-anak, anda juga sama. Anak-anak dan isteri saya, adalah mad'u pertama saya.Jika kita dalam perjalanan pulang dari KL ke Ipoh, kita singgah di Tapah untuk Solat dan makan. Kemudian kita meneruskan perjalanan ke Ipoh. Tetapi selepas 15 minit memandu, baru kita tersedar yang salah seorang anak kita tiada. Ketika itu kita kelam kabut mencari U-Turn dan mulut tidak henti-henti berdoa agar anak yang tertinggal di belakang, selamat dan tiada mudarat Ya, jika kita tercicir anak di perjalanan dunia, kita ada jalan untuk berpatah balik menyelamatkan keadaan. Tetapi berapa ramai ustaz, doktor, polis, jurutera, pegawai bank dan kita-kita semua yang ketika dalam perjalanan memanjat tangga kenaikan pangkat, kita tertinggal isteri dan anak-anak di belakang. Jika lebuh raya kita boleh berpatah balik. Tetapi jika mereka ditinggalkan dari Tarbiah dan didikan Islam, ketika kita tersedar yang mereka yang sudah jauh ketinggalan di belakang, apakah ada jalan pulang? Apakah ada satu lagi peluang? Jawapannya TIAD,Jika ada lelaki atau wanita yang berjaya di dalam kerjaya, jangan lupa kepada pengorbanan anak-anak selama ini. Jangan lupa dosa kita terhadap mereka.

Saya hairan semasa membaca sabda Nabi SAW betapa tanda Kiamat itu adalah pada ibu yang melahirkan tuannya. Anak durhaka jadi kebiasaan. Mengapa suasana begitu boleh terjadi? Akhirnya saya membuat kesimpulan, anak durhaka di akhir zaman, bermula dengan dosa ibu dan bapa yang sibuk bekerja. What you give, > you get back!!! Maafkan Abi dan Ummi! :(

Mandi WAJIB yg BETul.. Jom Checked balik betul/tidak mandi WAJIB KITA selama ini??


KOT2 ADA YG KITA TERLEPAS PANDANG.....

Salam


Satu lagi tempat jgn dilupakan ketika mandi wajid yang kebanyakan orng terlupa tentang nyer ..baru semlm aku diingatkan oleh uztazah arbaiyah iaitu pusat..Kata nyer kebanyak tpt beliau pergi membuat kursus bila ditanya tentang perkara ini ramai yang kata tak teringat pula padahal kata beliau kalau pusat tak dikenakan atau dicuci memasa mandi wajid maka mandi wajid tersebut tak sah jadi nyer..maka beringat lah selalu jgn sampai terlupa tempat yang satu nie.

Assalamualaikum,Berkongsi sedikit ilmu... dari JAKIM . Mandi wajib yg betul , Mandi wajib m'rupakan perkataan yg mudah disebut, ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.


Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg m'bolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir.Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini.


"Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruhan anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatny jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.


Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah.


Rukun mandi wajib ada 3.


1) Niat.

2) Menghilangkan najis di badan.

3) Meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. "Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala." Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan."Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku menggangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.


Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah.

Oleh itu mandi wajibnya tidak sah." Jelasnya lagi..


Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertiny m'basuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan."


Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekirany tak sampai air ke dalamny, tocang atau

sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh. "


Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususny di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi."


Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg merumitnya. Sbnrny jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah. "Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?.. ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah.


"Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut." "tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrny pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?..


Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza."Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius orlh umat islam. Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb.


3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah) "


Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik."Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestiny mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.


Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak b'wuduk sblm tidur adalah makhruh." Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir , dan berdo'a .Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh.


Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a. ? Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).-


DOA TENGOK CERMIN ? Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.? Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.? Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Den gan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.Wassalam."


Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI