Wednesday, September 30, 2009

N31 - Kerikil tajam untuk Mat Hassan ?

Politik
Petang kelmarin dalam perjalanan menuju ke Bagan Pinang, terserempak 2 trailer panjang yg sarat dengan jentera berat untuk kerja-kerja penurapan jalan. Kebetulan trailer itu berhenti di persimpangan traffic light, 3km ke bandar Port Dickson. Dalam kalbu, projek 'mee segera' untuk Bagan Pinang agaknya. Lihat foto dibawah.




Memang benar sungguh ! Dihadapan Pusat Khidmat BN-DUN Bagan Pinang, jalan menjadi agak sesak sejak pagi tadi, tinjauan krew ABO yg melalui jalan tersebut pada jam 11.30 pg, meng'iya'kan fakta kesesakan teruk tersebut, ini kerana kerja-kerja penurapan jalan baru sedang dilakukan. Satu perkara yg baik utk kemudahan rakyat di Bagan Pinang dan di PD. Desas-desus yg diperolehi dari sok-sek-sok-sek minum pagi di Kopitiam PD pagi tadi, tempat berkumpulnya team Mat Hassan (MB skrg) - suasana agak muram, ini kerana projek2 'segera' di bolot secara leluasa oleh kroni dari team Isa Samad.

Foto akan diuploadkan kelak. Bravo Isa ! Mat Hassan, jangan tengok saja..anda tahu untuk melakukan yg terbaik bagi team yg menyokong anda. Lakukan sekarang, itu yg lebih baik !

(*) Isa Samad mungkin akan kehilangan undi dari kaum India. Kita tunggu pada hari penamaan calon 3 hb. Oktober ini, tunggu pendedahan dalam EDISI BONGKAR @ ABO kelak. 'tiada bas, tiada undi' . BACK TO PAST, OR GO FOR PAS !!.

Umno Sedang Dan Akan Berputih Mata


Isa Samad akhirnya diumumkan sebagai calon Umno untuk PRK Bagan Pinang. Walau pun Wanita Umno tidak menyetujuinya, Mahathir juga tidak bersetuju termasuk Muhyidin sendiri, namun Muhyidin terpaksa akur dengan kehendak Umno Teluk Kemang. Kesudahannya dia sendiri yang mengumumkan Isa adalah calon PRK Bagan Pinang.

Sebelum ini Umno dikritik teruk termasuk oleh Mahathir apabila Khairi Jamaludin menang jawatan Ketua Pemuda Umno. Menurut Mahathir, Khairi menang kerana rasuah. Akhirnya, Najib mendengar cakap Mahathir dan Khairi dipetisejukkan oleh Umno. Calon yang kalah di tangan Khairi, anak Mahathir dilantik sebagai Timbalan Menteri.

Namun Najib tidak berupaya mendengar cakap Mahathir untuk PRK Teluk Kemang. Isa dikritik teruk oleh Mahathir dalam isu rasuah. Umno Teluk Kemang pula tetap mahukan Isa. Najib akur juga dan Isa terpilih sebagai calon.

Cakap Mahathir berlalu macam angin sahaja, tidak masuk pun ke telinga orang Umno. Walau pun Mahathir memberi amaran pemilihan Isa bakal menjadikan Umno makin parah, itu tidak diendahkan sedikit pun.

Saya fikir, orang Umno kini tidak pedulikan sangat apa persepsi orang ramai terhadap Umno, apa yang akan jadi kepada Umno, apa kritikan orang kepada Umno. Apa yang mereka pedulikan ialah, apa habuan yang mereka boleh dapat sekiranya 'orang' mereka terpilih dan ada jawatan dalam kerajaan.

Kalau Najib mengharapkan Umno semakin baik dan pulih, Najib seperti mengharapkan gagak berbulu putih. Umno Teluk Kemang yang tetap mahukan Isa membuktikan bahawa usaha Najib untuk memulihkan Umno atau 'memutihkan' parti itu nampaknya tidak bersambut oleh ahli Umno sendiri.

Isa mungkin istimewa bagi orang Bagan Pinang dan Teluk Kemang tetapi dia adalah beban kepada orang Malaysia. Boleh jadi faktor setempat boleh menjadikan Isa menang dalam PRK ini, sekurang-kurangnya membantu mencatat rekod Umno pernah menang dalam PRK di Semenanjung, namun kemenangan Isa itu menghitamkan Umno pada pandangan orang ramai.

Mahathir berputih mata apabila kritikannya tidak berkesan. Najib juga berputih mata apabila terpaksa akur kepada kehendak Umno Teluk Kemang yang tetap mahukan Isa. Muhyidin juga berputih mata apabila dia yang tidak bersetuju dengan Isa, akhirnya mengumumkan Isa sebagai calon.

Untuk pusingan pertama tiga orang kuat Umno sudah berputih mata.

Selepas ini, jika:

  • Tentera dibenarkan mengundi seperti orang awam;
  • Orang bukan Melayu yang memang sangat kritikal dengan Umno menolak parti itu;
  • Orang Umno yang mahukan calon Umno adalah orang yang berintegriti melakukan undi protes;
  • Orang PAS, PKR dan DAP semuanya memberikan undi kepada calon PAS;
  • Pengundi muda yang lebih bermaklumat dan sangat kritikal dengan Umno tidak mengundi Isa;
  • Pengundi atas pagar juga menjadi pengundi yang bermoral dan mengutamakan kewibawaan calon;

Umno pasti akan berputih mata lagi. Tak percaya? Tunggulah...

Mengapa Wanita Selalu Menangis

Suatu ketika, ada seorang anak laki-laki yang bertanya pada ibunya.

"Ibu, mengapa Ibu menangis?". Ibunya menjawab, "Sebab aku wanita". "Aku tak mengerti" kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kamu memang tak akan pernah mengerti...."

Kemudian anak itu bertanya pada ayahnya. "Ayah, mengapa Ibu menangis?, Ibu menangis tanpa sebab yang jelas". sang ayah menjawab, "Semua wanita memang sering menangis tanpa alasan". Hanya itu jawaban yang bisa diberikan ayahnya.

Sampai kemudian si anak itu tumbuh menjadi remaja, ia tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis. Hingga pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya kepada Tuhan, "Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?"

Dalam mimpinya ia merasa seolah Tuhan menjawab, "Saat Kuciptakan wanita. Aku membuatnya menjadi sangat utama.
Kuciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau kerap berulangkali ia menerima cerca dari anaknya itu. Kuberikan keperkasaan yang akan membuatnya tetap
bertahan, pantang menyerah saat semua orang sudah putus asa.

Kepada wanita, Kuberikan kesabaran untuk merawat keluarganya walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang untuk mencintai semua anaknya dalam kondisi dan situasi apapun. Walau acapkali anak-anaknya itu melukai perasaan dan hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang mengantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didekap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya melalui masa-masa sulit dan menjadi pelindung baginya. Sebab bukannya tulang rusuk yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak.

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyadarkan bahwa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai istrinya. Walau seringkali pula kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami agar tetap berdiri sejajar, saling melengkapi dan saling menyayangi.

Dan akhirnya Kuberikan ia air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya air mata ini adalah air mata kehidupan".

sabar menempuh jalan ,tetapkan Iman di hati... Wanita dan airmata tidak boleh dipisahkan.

Al-Hadith : Dunia Itu Manis Dan Hijau,




Daripada Abu Said r.a., bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dunia adalah manis dan hijau (yakni menyenangkan sekali) dansesungguhnya Allah menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu (untuk mengolah dan memakmurkan).

Maka Allah akan melihat bagaimana yang engkau semua lakukan -untuk dibalas menurut masing-masing amalannya. Oleh sebab itu,bertaqwalah dalam mengemudikan harta dunia dan bertaqwalah dalam urusan kaum wanita."

(Riwayat Muslim)

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI