Monday, September 20, 2010

Hapuskan Gengster disemua kalangan kaum

KUALA LUMPUR, 21 Sept: PAS mahu pihak polis menumpukan usaha membanteras gangsterisme secara menyeluruh dan bukannya tertumpu pada kaum India sahaja seperti yang dipinta oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk T. Murugiah.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jika pihak polis mengikut kehendak emosi Murugiah, masalah gangsterisme tidak akan selesai kerana ia bukan wujud kalangan kaum India sahaja.

“Kenyataan Murugiah dengan sendiri memberikan gambaran buruk tentang masyarakat India dan ini tidak sewajarnya dilakukan oleh beliau sebagai seorang menteri,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, gejala gangsterisme ini harus dihapuskan hingga ke akar umbi termasuk kalangan VIP dan ahli politik yang melindungi mereka.

Kumpulan gangster, katanya ada di mana-mana dalam negara kita termasuk dalam pilihan raya seperti serangan yang berlaku ke atas Markas Pemuda PAS ketika Pilihanr Raya Kecil Bagan Pinang.

Menurutnya, beberapa kawasan di Lembah Klang dikenali oleh masyarakat umum sebagai kawasan gangster seperti di Chow Kit, Jalan Pasar dan Jalan San Peng, Jalan Petaling dan Brickfield di Kuala Lumpur manakala di Selangor, kawasan Puchong dan Klang cukup ditakuti kerana menjadi sarang gangster dan ah long.

“Pemantauan dan siasatan terperinci untuk menghapuskan kumpulan-kumpulan ini yang sebahagiannya terlibat dengan jenayah berat termasuk membunuh, menculik, menyiksa dan menyerang mangsa mereka,” ujarnya.

Justeru, katanya PAS berharap agar pihak polis dapat menjalankan tugas mereka dengan jujur dan tidak terbabit sama dalam memberikan perlindungan atau bersubahat dengan kumpulan gangster.

PAS, tambahnya mahu satu jaminan daripada pihak polis tentang keselamatan rakyat keseluruhannya.

Beliau berkata, negara ini sudah cukup terkenal sebagai negara transit dadah, pemerdagangan orang dan juga penyeludupan barang serta penjenayah dan amat merisaukan jika dalam negra sendiri gangterisma dibiarkan berleluasa.

“Hapuskan mereka tanpa mengira gangster India, Cina atau Melayu kerana tiada bangsa dan agama yang membenarkan kewujudan kumpulan samseng dalam komuniti mereka,” tegasnya.

Jemputan Bacaan Tahlil Untuk Marhummah Dato' Sosilawati & 3 Individu Yang Dibunuh Kejam

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan majlis tahlil untuk Allahyarham Dato' Sosilawati dan tiga individu yg dibunuh kejam.

Program berlangsung pada seperti berikut :-

Tarikh : 23/09/2010 selepas Maghrib
Tempat : Masjid As-Syakirin, Gombak..

Semua dijemput hadir,minta disebarkan..

2nd REMINDER : JEMPUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI.


Salam Sejahtera...

Di jemput Tan Sri, Y.B, Dato', Datin, Tuan, Puan dan Cik untuk menghadiri majlis rumah terbuka Y.B Dato' Dr Hasan B. Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor / ADUN Gombak Setia seperti berikut :-

Tarikh : 2 hb Oktober, 2010 (Sabtu)
Masa : 12;00tgh - 4:00 ptg
Tempat : Lot 3586,Jln 4/71B, Pinggiran Tmn Tun Dr. Ismail, 60000, K.Lumpur (Berhadapan Masjid Al-Ghufran).

Kehadiran semua amat dialu-alukan. Minta kerjasama semua sahabat-sahabat dan pengunjung blog ana, untuk linkkan pesanan ini, dan sila sebarkan dalam Email dan egroup, blog, facebook semua sahabat-sahabat.

Semoga pertemuan dalam majlis diberkati ALLAH swt mampu mengeratkan ukhwwah sesama insan antara pimpinan dan rakyat, insya-ALLAH.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI