Salam
 sejahtera, insya-Allah pihak Kelas Tuisyen Latih Tubi Subjek Kritikal 
(LASAK) akan menambah subjek kritikal bagi tahun 1-2 iaitu subjek Sains 
dan Bahasa Arab selaras bagi tahun 3-5 bermula bulan Oktober, 2013. 
 
 Justeru ibubapa yang ingin mendaftarkan anak-anak ikuti LASAK sila daftar setiap hari sabtu jam 9 pagi-12.30 tgh.
 
 Yuran bagi setiap subjek RM50. Sehubungan itu, pihak LASAK juga sediakan kelas Fardhu Ain Percuma bagi pelajar dan ibubapa yang ingin mengikuti kelas tersebut. 
 
 Kelas pada bulan Oktober bermula jam 9 pagi-2.30 ptg bagi 4 subjek dan kelas fardhu ain. 
 
 Subjek : Matematik, Sains, Bahasa Inggeris dan B. Arab,
 Percuma Fardhu Ain untuk
 Darjah 1-5. 
 
 Semoga dengan usaha kecil ini diterima Allah SWT bagi membantu para 
pelajar dan ibubapa bersama memantapkan institusi pendidikan, dan iman 
dengan adanya kelas-kelas pengajian islam. 
 
 Di doakan semoga hasrat Sriah Al Huda yang ingin menjadikan sekolah ini sebagai institusi pendidikan islam akan tercapai. 
 
 Sebarnag pertanyaan sila hubungi 013-6893185.
 
 Sekian terima kasih.
 
 Menjalankan tugas,
Pengurus LASAK
Sila layari fb Tuisyen LASAK

