Tuesday, March 5, 2013

Pimpinan Pembangkang Bukanlah Khawariji


Parti-parti pembangkang sama ada di Kelantan, Selangor, Johor, NS, Penang, Pahang, Perak, Kedah, Terengganu khususnya dan Malaysia amnya, BUKANLAH Khawarij. Ini kerana mereka tidak keluar dari ketaatan kepada pemerintah, sebab itu mereka redha menjadi ketua pembangkang di negeri masing-masing dan persekutuan, malah ada yang tidak mengambil elaun ketua pembangkang. 

Mereka juga redha dan patuh berperanan sebagai ahli parlimen dan duduk patuh kepada peraturan parlimen & luar parlimen yang diputuskan oleh pemerintah. Lebih besar dari itu, pembangkang ini TIDAK mengangkat SENJATA serta melakukan pemberontakan bersenjata yang merupakan ciri utama Khawarij yang keluar dari ketaatan pemerintah yang dianggap zalim. 

Pembangkang ini juga sama sekali tidak punyai ciri-ciri lengkap Khawarij seperti mengangkat kafir pelaku terhadap dosa besar khususnya di kalangan pemerintah sehingga wajib dijatuhkan. Sekadar piket, demonstrasi aman yang dibenarkan undang-undang negara dengan kayu sepanduk dan banner sekali sekala dalam setahun, menyebabkan traffic jammed sekali sekala, kedai ditutup sehari atau sepetang dalam 365 hari TIDAKLAH cukup dianggap bersenjata pada hukum ghalib 

Ucapan Dr. Zaharuddin Abd Rahman dalam konvensyen Fiqh Politik Islam semasa

Manifesto Pakatan rakyat Untuk Semua Kaum


KUALA LUMPUR 6 MAC: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa manifesto yang dilancarkan 25 Febuari lalu  telah jelas membuktikan kesungguhan PR untuk membantu semua golongan tanpa mengambil kira dasar perkauman.
“Dalam manifesto kita, memang tak ada sebut bangsa Dayak, Melayu atau sebagainya tetapi kita sebut rakyat sebab ini adalah manifesto rakyat” kata Anwar.
Beliau mengulas kritikan daripada beberapa pemimpin Pakatan sendiri yang baru-baru ini mahukan manifesto tersebut mengandungi bahagian-bahagian khas bagi kaum mereka.
“Kalau kita cakap tentang sekolah, kita tidak sebut Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Tamil atau Cina tetapi kita sebut semua sekolah, ini bermakna termasuklah untuk sekolah SJK Tamil dan Cina.
“Begitu juga dengan pendidikan percuma, walaupun kita tidak sebut OKU secara khusus, tetapi mereka juga akan dapat pendidikan percuma,” kata beliau semalam selepas penutupan Persidangan Antarabangsa Pilihan Raya Umum ke-13 Malaysia petang tadi.
Menurut Anwar, manifesto pilihan raya Pakatan Rakyat (PR) merupakan penterjemahan prinsip gagasan itu untuk membantu semua golongan masyarakat yang memerlukan bantuan, tanpa tertumpu kepada kaum tertentu.
Ini menunjukkan iltizam PR untuk memperjuangkan nasib semua rakyat tanpa meminggirkan mana-mana golongan atau kaum termasuk kaum India dan golongan kelainan upaya (OKU).
Tambahnya lagi, manifesto yang dilancarkan di Shah Alam pada 25 Febuari lalu memberikan fokus kepada empat paksi utama; rakyat bersaudara, ekonomi rakyat, kesejahteraan rakyat dan kerajaan rakyat.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI