Sunday, August 21, 2011

ADUN Bangi Rasmi Musolla Sekolah Seri Al-Amin





Bangi : Tidak menjadi keselesaan kepada ibubapa/penjaga, pelajar dan guru-guru apabila institusi pendidikan tidak dilengkapi musolla untuk beribadah.

Hampir 22 thn Sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas ditubuhkan tidak mempunyai surau untuk para pelajar menunaikan solat. Hal ini tentu memberi kurang selesa kepada pihak sekolah dan ibubapa/penjaga.

Untuk menangani masalah ini, berbagai usaha dilakukan oleh pihak sekolah untuk menaiktaraf pembangunan sekolah bagi memenuhi keselesaan para pelajar, guru-guru dan kakitangan. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bangi Dr Shafie Abu Bakar ketika merasmikan musolla Sri Al-Amin berkata, “ Musalla bagi Sekolah Seri Al-Amin Bangi adalah manifestasi visi dan misi kelompok intelektual Islam yang ingin melihat satu corak pendidikan Islam unggul di negara ini”. “Usaha yang dilakukan oleh semua pihak menunjukkan satu usaha yang murni untuk melihat golongan kelompok muda yang kental dengan keimanan tidak akan melupakan Allah SWT walau dimana sahaja dan mengamalkan ajaran islam secara keseluruhan”.

“Apabila seorang invdividu itu begitu menjaga amal ibadahnya sudah pasti mereka akan berusaha untuk membangunkan sekolah ini dengan menyumbangkan dana bagi mencapai objektif yang diletakkan selama ini”. Shafie juga berharap agar institusi ini perlu bercambah lebih banyak lagi kerana Sekolah yang berkonsepkan islam dan akedemik seperti ini amat diperlukan oleh masyarakat. Kita amat kurang dengan Sekolah Menengah Agama Islam.

Katanya lagi, “Kita Kerajaan negeri Selangor berharap agar lebih banyak sekolah agama integrasi ditubuhkan agar dapat melahirkan generasi yang beribawa, berwawasan beriman dan mempunyai akhlak yang mulia”. “saya rasa bersyukur kepada Allah SWT kerana SRI Al-Amin ditubuhkan di kawasan Bangi. Dengan penubuhan ini akan menjadi identiti Bangi sebagai Bandar Ilmu”.

Kewujudan Musalla di tengah-tengah pusat pengajian adalah menjadi tradisi dan identiti pusat pengajian yang berpaksikan masjid, sursu, Musalla dan sebagainya. Ia melambangkan ilmu sebagai inti yang mengelilinginya lebah-lebah ilmu yang menjadi madu dan penawar kehidupan. Shafie merangkap Pembantu Exco Agama dan Adat-Adat Melayu menyokong penuh hasrat Sekolah untuk mendirikan solat Jumaat di musalla ini.

“Dengan membenarkan pelajar mendirikan solat jumaat disini, ini mengurangkan masa dan perbelanjaan “transportation” untuk keluar berjamaah di luar dari kawasan Sekolah. Dengan membenarkan semua pelajar mendirikan solat Jumaat di musoalla ini, tidak bererti kita menyekat semua pelajar untuk mendirikan solat jumaat di surau Al-Hidayah”.

“ Kita sokong kedua-dua permohonan dan kebiasaannya tiada masalah. Kita berharap melalui musalla ini akan mengeratkan hubungan Sekolah dengan masyarakat, iaitu melalui solat dan berbagai-bagai kegiatan yang diadakan di Sekolah, khususnya di Musalla ini.

Sementara itu, Tuan Haji Muhamad Ridhuan bin Jaafar Pengerusi Lembaga Tadbir Sekolah pula berkata, “Sekolah Sri Al-Amin Sungai Tangkas telah dibuka sejak 1989. Semenjak berpindahan di Sungai Tangkas pada tahun 1998, Sekolah ini tidak mempunyai surau”.

Dengan pertambahan pelajar daripada peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah lebih 300 orang adalah dirasakan perlu bagi Sekolah mempunyai musalla sendiri.

Beliau mengulas, “usaha mendirikan surau ini dilakukan sejak lima tahun yang lalu. Dengan kerjasama daripada ibubapa pelajar dengan menyalurkan sumbangan derma (RM500 setiap seorang, dari berbagai badan dan orang ramai, maka surau dapat dibangunkan.. Kos keseluruhan bagi musalla dua tingkat ini ialah RM500 ribu”.

Dengan pembukaan Musalla Seri Al-Amin melengkapkan keperluan pendidikan di Sekolah. Ia adalah makmal praktikal bagi latihan-latihan keagamaan. Masjid ini menjadi lebih penting kerana insya-allah sekolah ini akan diadakan Pusat Pengajian Tahfiz yang akan dibuka pada tahun 2013. Kita pasti dengan tertubuhnya Musalla dengan mengadakan program tahfiz akan menjadi pusat pendidikan ini lebih excellance terutama bagi pendidikan keislaman. Beliau juga merakamkan terima kasih kepada semua penyumbang dana bagi menaiktaraf sekolah Sri Al-Amin.

Turut hadir, saudara Adram Musa Ahli MPKJ Zon 22, Tuan Haji Abdul Hadi Husin Ketua Kg. Sungai Tangkas, Prof. Dr. Kamal bin Mustaffa YDP Ikram Selaku Penasihat, Puan Rohida binti Jamaluddin Pengetua Sekolah Seri Al-Amin, Ustaz Megat Mohd. Amin Pengerusi Muslih – Ikram, Prof. Dr. Katiman Sikoh Pengerusi Musalla, Tuan Haji Nik Pa Nik Leh Nazir Masjid Berkembar Haji Mat Saman Sungai Ramal Luar, para ibu bapa dan penduduk setempat.


Editor : khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI