Wednesday, December 9, 2009

Hidup untuk memberi-Majlis penyampaian zakat pendidikan kepada fakir miskin

Gombak – Dimana sahaja kita pergi Isu kemiskinan masih hangat dibincangkan sehingga kini. Soalan yang sering kita fikirkan dan berbagai persoalan yang bermain diminda kita “Bagaimana untuk kita membentarasi masalah tersebut??” “Adakah Misi dan Visi yang dilaungkan oleh PM (Tan Sri Najib) dengan melaungkan rakyat didahulukan pencapaian diutamakan akan tercapai??” Adakah laungan itu layak digunakan di m’sia ini dengan melihat jumlah kemiskinan di m’sia tidak dapat dihapuskan dan masalah ekonomi negara semakin jatuh walaupun beliau menyatakan ekonomi m’sia semakin pulih. “Adakah Misi dan visi beliau terhasil??”, sama-samalah kita rakyat m’sia yang ALLAH swt berikan fikiran yang waras memikirkan sebaik-baiknya dengan menggunakan mata hati dalam menilai pimpinan yang beribawa kepada rakyat.

Hidup untuk memberi, kita tidak akan bahagia selagi orang disekeliling kita tidak bahagia, dengan itu Pada 5hb Dis, 2009 Pusat Zakat Selangor telah mengadakan majlis Penyampaian Zakat Pendidikan bagi asnaf fakir miskin di Masjid As-Asyakirin jam 2ptg. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB. Dato’ Hasan Bin Mohamed Ali, Exco Kerajaan Negeri Selangor/Adun Gombak Setia.

Sumbangan tersebut telah disalurkan kepada fakir miskin dengan berjumlah sebanyak RM400 ribu disamping itu Pusat Zakat menyediakan 10buah basikal bagi membantu keluarga yang telah membuat permohonan untuk membuat persiapan anak-anak mereka hadapi alam persekolahan yang akan dibuka tidak lama lagi .

Selain daripada itu tujuan sumbangan tersebut adalah untuk membantu mengurangkan bebanan ibubapa untuk membayai kos pengankutan yang semakin hari semakin meningkat untuk menanggung anak-anak ke sekolah. Dengan itu semoga dengan adanya bantuan tersebut sedikit sebanyak meringankan bebanan kepada keluarga mereka. Bagi para pelajar pula untuk menggalakkan diri mereka agar belajar lebih tekun dan tidak akan persiakan kemudahan yang diberikan oleh Pusat Zakat.


Menurut Ustaz Noramin daripada Pusat Zakat sumbangan tersebut akan diberi setiap tahun kepada fakir miskin yang memohon sumbangan untuk persiapan anak-anak ke sekolah.

Akhir Majlis penyampaian tersebut YB Dato’ telah menasihatkan kepada keluarga dan para pelajar agar hendaklah sentiasa menjadi hamba yang sentiasa bersyukur diatas rezeki yang ALLAH swt berikan. Bagaimana hendak menjadi hamba yang sentiasa bersyukur diatas nikmat yang ALLAH swt berikan?? Iaitu dengan menurut segala perintah ALLAH swt, solat harus dijaga sebaiknya dan menjauhi perkara yang dilarang oleh ALLAH. Jika solat dijaga dengan baik, melakukan apa yg ALLAH swt suruh insya-ALLAH akan dibuka segala pintu kebaikan dan kemudahan untuk kita meneruskan kehidupan ini. Rezeki juga ALLAH luaskan. Beliau juga amat berharap dengan kemudahan diberi semuga para pelajar dapat meningkatkan kemajuan dalam pelajaran dan berjaya dunia akhirat. Gunakan kemudahan yang ALLAH berikan dengan sebaiknya. Beliau juga menyatakan bahawa kerajaan Negeri dan Pusat Zakat menekankan matlamat membasmi kemiskinan terutamanya golongan melayu. Walaupun Kerajaan Negeri telah banyak menjalankan dasar serta strategi tertentu, namun jumlah isirumah orang melayu yang miskin masih lagi tinggi. Tetapi setakat ini beliau melihat di Gombak taraf kemiskinan adalah berkurangan. Dan beliau akan cuba membantu rakyat jika sekiranya penduduk membuat permohonan. Walaubagaimanapun setiap permohonan tersebut akan diteliti dengan sebaiknya sebelum diberi kepada penerima zakat. Tujuan penelitian dilakukan dengan lebih terpirinci agar tidak berlaku penyalahgunaan oleh orang-orang tertentu dimana mereka inginkan bantuan tetapi pendapatan mereka adalah mengcukupi dan ada juga mereka yang tidak menjaga solatnya dengan baik dan lain-lain,dengan itulah pihak kami akan meneliti sebaiknya agar tidak berlaku kesilapan dimana pemberian itu sepatutnya diberikan kepada yang benar-benar layak menerimanya.


Katanya lagi, dalam Islam, zakat adalah alat yang penting dalam mengimbangi sosio-ekonomi umat Islam. Kutipan zakat yang banyak oleh pusat zakat diharapkan dapat mengurangkan lagi bilangan isirumah yang miskin bagi memastikan kualiti hidup golongan miskin tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negara. Golongan kaya perlu membantu golongan miskin melalui rukun Islam yang ketiga iaitu menunaikan zakat. Hikmah daripada konsep zakat itu sendiri menekankan konsep persaudaraan dan ini akan memastikan golongan fakir dan miskin tidak dipinggirkan dan tercicir daripada arus pembangunan.

Kesimpulannya Bantuan zakat memberi impak yang signifikan kepada kualiti hidup golongan miskin. Suatu tindakan yang drastik perlu dilakukan untuk memastikan kualiti hidup mereka adalah terjamin sekurang-kurangnya mendapat barang keperluan dan kecukupan. Nilai bantuan zakat perlu dinilai semula kerana nilai bantuan yang diberi amatlah kecil berbanding dengan keperluan kehidupan semasa. Pihak Majlis Agama Islam Negeri perlu memikirkan nilai bantuan serta kaedah agihan zakat yang sesuai agar kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan ke tahap yang sekurang-kurangnya memuaskan hati mereka. Tindakan ini adalah wajar untuk memastikan sekurang-kurangnya kualiti hidup mereka adalah baik setanding dengan masyarakat lain di Malaysia walaupun pendapatan mereka masih lagi dibawah paras kemiskinan. Bidang pendidikan juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya oleh pihak kerajaan memandangkan ia adalah salah satu kaedah yang berkesan dalam membasmi kemiskinan.

Koleksi Foto





Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI