Shah
Alam : Exco Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail menggesa agar Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Kementerian Dalam
negeri (KDN), Hishamuddin Tun Hussein agar melihat isu pemerdagangan
manusia yang berlaku di Malaysia secara serius dan tulus.
Gesaan itu dibuat ketika pertemuan dengan wakil pekerja mewakili 62 orang daripada syarikat kesalamatan Power Security yang berkhidmat di 16 buah sekolah di sekitar Shah Alam.
Kesemua mereka mendakwa tidak dibayar gaji dan tiada caruman KWSP serta SOCSO sejak Hari Raya Aidilfitri, 2011 tahun lalu.
"Kami menerima aduan daripada mantan ketua pegawai Poswer Security dan beliau meminta nasib semua pengawal terlibat di bela", kata Rodziah pada sidang media selepas mesyuarat dengan pekerja Power Security di SUK Shah Alam baru-baru ini.
Menurut Rodziah, aduan ini telah dibawa ke Jabatan Tenaga kerja (JTK) dan pihak majikan berjanji akan membayar kerpada semua pengawal keselamatan terbabit dalam masa terdekat.
Bagaimanapun, isu ini masih diuruskan JTK dan kerajaan negeri sentiasa memantau bagi membela nasib rakyat yang teranayai. Selaku ADUN Batu Tiga, insya-Allah saya akan terus ikuti perkembangan isu ini sehingga mereka semua mendapat hak mereka.
Sehubungan itu, Rodziah juga menasihatkan agar rakyat Malaysia yang mencari pekerjaan perlulah membuat penyemakan maklumat sesebuah syarikat sebelum memohon kerja. Hal ini bagi memastikan syarikat tersebut mempunyai reputasi yang baik atau buruk.
"Saya diberitahu bahawa syarikat Power Security ini telah beroperasi di Perak pula, sewajarnya KDN mengambilkira kes di Selangor ini dan memastikan syarikat ini di senarai hitamkan ".
Justeru, "saya mendesak agar Perdana Menteri dan KDN melihat isu ini secara keseleruhannya dan bukan sebagai sesuatu yang remeh. Jangan hanya melihat isu pemerdanganan manusia pada peringkat antarabangsa sahaja, pada masa yang sama kerajaan pusat mengabaikan penganiayaan terhadap rakyat Malaysia sendiri", ujar Rodziah lagi.
Dalam pada itu, Rodziah juga inginkan kepastian daripada Perdana Menteri tentang gaji minimum RM800 setahun sebulan. Adaakah pengawal kselelamatan juga tertakluk kepada gaji minimum RM800?
Jika benar, majikan ini telah melanggar akta yang ditetapkan oleh kerajaan dan lesen mereka sewajarnya di tarik balik.
Risiko dan tanggungjawab yang di pikul oleh pengawal keselamatan khususnya di Sekolah juga perlu diambil kita dan sewajarnya mereka tertakluk dalam gaji minimum tersebut.
Ketika ini, gaji minimum yang diterima oleh semua pengawal keselamtan tgerbabit ialan RM550 dan KOLA RM150 dengan kos sara hidup yang tinggi, jumlah itu jauh daripada mengcukupi.
Editor : Khaulah Azwar