Tuesday, October 18, 2011

PPSA bantu kerajaan Selangor mengurangi gejala sosial


Ampang Jaya : Kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) rasa berpuas hati semenjak tiga tahun lebih memerintah usaha untuk menangani gejala sosial dapat diatasi sebaiknya dengan penurunan kes jenayah dikalangan belia dan masyarakat.

Kesungguhan ini dapat dibuktikan dengan penjenamaan “Rebranding” Perpustakaan Perbadanan Awam Selangor (PPSA) baru di seluruh negeri Selangor secara berperingkat, dan hari ini satu lagi cawangan PPSA dibuka di lokasi ini untuk rakyat tanpa mengira umur dan bangsa.

Ini merupakan satu kejayaan sebagai kesinambungan dari konsep “Rebranding” Perpustakaan dengan konsep pendekatan ‘My Second Home” yang dilengkapi kemudahan Kafe, tandas yang bersih, tempat solat yang begitu selesa, perkhidmatan internet touch screen dan multimedia percuma. Koleksi yang menarik akan mampu mengubah Perpepsi Masyarakat terhadap perpustakaan, kata Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Modal Insan Dr halimah Ali dalam Majlis Perasmian Perpustakaan Komuniti Ampang waterfront disini petang semalam.

Jelasnya lagi, imej baru perpustakaan yang dihasilkan secara berterusan dapat memikat citarasa masyarakat mengubah sebuah bangunan yang biasa sahaja pada asalnya kepada sesuatu yang menjadi tarikan masyarakat bukan di Selangor sahaja tetapi masyarakat luar.

“Saya harap PPSA akan memperluaskan lagi perpustakaan yang lain lagi”, kata Dr Halimah

Mengulas lanjut, penjenamaan Perpustakaan ini telah di iplikasikan ke lapan buah lokasi yang bermula semenjak 2009-2011 iaitu selain PPSA Ampang Jaya Water Front, Perpustakaan Komuniti Sri Manja, Perpustakaan Komuniti Sri Perantau, Perpustakaan Desa Semenyih, Perpustakaan Komuniti Bukit Beruntung, Perpustakaan Cawangan Rawang, Perpustakaan Komuniti Lembah Jaya dan Perpustakaan Pandan Jaya.

Tujuan utama membawa perubahan Perpustakaan ini adalah bagi membantu kerajaan dalam menangani gejala sosial.

“Alhamdulilah dengan usaha yang berterusan ini mendapat perhatian dari Kumpulan Perangsang Selangor Berhad (KPSB) dengan membiayai RM1.3 Juta. Semoga sumbangan yang diberikan akan bercambah lebih banyak lagi PPSA Daerah yang dibaik pulih dengan ciri-ciri yang sama.

Dr Halimah yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selat Klang menyatakan Kerajaan Selangor hari ini sedang menempuh Dimensi perubahan baru iaitu memperkukuhkan masyarakat sebagai “knowledge communiy”.

Aset modal insan inilah yang akan menjadi teras utama bagi menjamin keselamatan dan keutuhan masyarakat yang akan menentukan samada Selangor yang telah bergelar negeri Maju akan dapat terus Berjaya dalam tujuan kejayaan dan kemakmuran yang di harapkan, katanya.

Sehubungan dengan itu, Perpustakaan akan menjadi Platform untuk membuka minda dan pemikiran masyarakat melalui koleksi buku-buku yang berkualiti , majalah yang menarik minat kepada semua pembaca yang boleh membina minda.

Beliau juga merasa bangga denan sambutan masyarakat melalui program “15 minutes reading break” dan Pesta Buku Selangor pada 24 Jun- 3 Julai, 2011 yang telah Berjaya menarik sejumlah pengunjung 353,530 orang pengunjung.

Pesta buku ini telah diperluaskan ke Daerah K.Selangor melalui program Selangorku, Pesta Buku Selangor yang telah diadakan di Dewan Dato’ Hormat Tanjung Karang pada 29 September sehingga 4 Oktober, 2011 yang lalu dengan kehadiran seramai 34,410 orang pengunjung.

Kebolehan membaca dan menjadikan pembacaan sebagai satu gaya hidup akan memudahkan seseorang itu mencari ilmu dan bergerak maju.

“Buku atau kitab ialah merupakan Gedung Ilmu , manakala kebolehan membaca yang diamalkan adalah anak kuncinya. Dengan anak kunci inilah gedung itu boleh dibuka dan isinya diambil dan digunakannya”.

Katanya lagi, kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR) merasa bangga kerana di Ampang Jaya telah ada seorang tokoh dan role model yang rajin membaca. Beliau telah dinobatkan sebagai Tokoh Nilam Kebangsaan bagi kategori Sekolah Menengah, Adik Arumugam dari Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan Jaya. Semoga beliau menjadi contoh terbaik kepada semua pelajar.

Saya juga mengharapkan agar setiap Jabatan dan Organisasi di negeri Selangor haruslah menjadi sebahagian untuk membantu kerajaan melahirkan generasi berilmu dan mengurangakan gejala sosial, katanya.

Indeks jenayah di negeri Selangor turun 11.55 % atau 6,267 kes kepada 48,005 kes pada 2010, berbanding 54,272 kes pada tahun sebelumnya. Walaupun kes berkurangan namun masyarakat masih berada kurang selamat kerana kes ragut, rogol dan pembuangan bayi masih lagi berleluasa.

Sebagai contoh sehingga April, 2011 sahaja terdapat 105 kes pembuangan bayi di Selangor dan ini merupakan kes yang tertinggi berbanding negeri-negeri yang lain.

Justeru itu, inilah peranan dan tanggunngjawab perpustakaan yang semakin di perlukan. Perpustakaan seharusnya lebih dinamik dalam menyediakan infrastruktur dan info-struktur yang lebih terkini seiring dengan perkembangan teknologi maklumat.

Usaha ini dilakukan bagi membendung mereka dari terjebak dengan gejala sosial seperti lepak di Pasaraya, berkumpul di taman-taman tanpa tujuan, minum arak yang akhirnya akan membawa kepada vandalism ragut, lumba haram, zina dengan melahiran anak luar nikah, kata Dr Halimah.

Sementara itu, Pengarah PPSA Mastura Muhamad pula berkata, pasarana PPSA telah meningkat sebanyak 97 perpustakaan. Semuanya di wujudkan bagi memastikan setiap individu samada di Bandar, Luar Bandar, Desa dan Kampung dapat menikmati kemudahan yang sama dan buku-buku baru setiap bulan. Inilah yang dikatakan ‘Bridging the Rural Digital and Information Divide”. Masyarakat boleh memanfaatkan perpustakaan untuk memajukan diri dan membawa keluarga keluar dari tahap kehidupan sederhana kepada yang lebih baik.

Beliau berkata lagi, sebuah perpustakaan baru dan terbesar kini menjadi kebanggaan rakyat Selangor dan ianya telah menjadi daya tarikan kepada semua lapisan masyarakat dengan keluasan 18,921.91 meter persegi (203,590.3 kaki persegi). PPSA yang terletak di seksyen 13 Shah Alam telah mula beroperasi pada 22 Julai, 2011 yang lalu dengan memuatkan 1,500 pengguna dalam satu masa mampu menempatkan 400,000 naskah bahan bacaan.

Pelbagai kemudahan disediakan antaranya internet dan multimedia, WiFi secara percuma dengan kelajuan 4mbps, Boakwall (koleksi yang berbeza mengikut tingakat dimulai dengan human ocean, earth dan galaxy, Gymnasium bagi meningkatkan kesihatan dan fizikal dengan tagline “Healthy body, Healhy mind”. Selain daripada itu pengunjung juga tidak merasa bosan kerana disediakan “edutainment” kemudahan bersifat hiburan dan pendidikan juga disediakan seperti 6D (XD), teater, 3D mini teater, i-step on location reporter, ubiq window dan wii.

“Alhamdullilah dengan konsep ini sambutan masyarakat berdasarkan statistik dari 22 Julai sehingga 20 Oktober, 2011 yang lalu semakin menigkat. Ini dapat dibuktikan jumlah pengunjung 81,194, keahlian baru 9,228 dan 6D/XD Teater 3,192. Ini menunjukkan anjakan pradigma yang telah Berjaya dilakukan oleh PPSA dengan kerjasama Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Modal Insan Dr Halimah Ali”.

Saya harap dengan penubuhan PPSA di Ampang Water Front gelombang sambutan masyarakat tidak hanya tertumpu di Shah Alam sahaja tetapi juga di perpustakaan Ampang Water Front juga.

Sehubungan dengan itu, terima kasih kepada Kerajaan negeri Selangor PR, Exco Pendidikan dan semua agensi yang terlibat dengan menyokong sepenuhnya dalam membantu menjayakan penubuhan PPSA di sini”, kata Mastura.

Abdul Latif, PPSA mampu menarik ramai pembaca disini kerana kawasan ini begitu strategic dan selamat. Kelengkapan yang disediakan amat menarik siapa sahaja yang datang. Ini berbeza dengan peruspatakaan bergerak yang kita lihat cara penyusunan buku kurang memuaskan, kelengkapan hawa dingin tiada, penyediaan hanya buku –buku lama dan kurang berkualiti. Usaha murni kerajaan negeri Selangor dalam membudayakan masyarakat suka membaca dan menangani masalah gejala sosial benar-benar dibuktikan dengan menubuhan PPSA yang banyak dalam tempoh empat bulan. Ini sekaligus dapat mengikat kaki-kaki golongan yang suka melepak di luar dengan mewujudkan budaya kurang sihat lepak di PPSA dimana kawasan bagi kaum lelaki dan perempuan diasingkan.

Datuk Mah Hassan Hj Omar seorang OKU pula berkata, Idea PPSA bukan sahaja mendekatkan golongan yang sihat bahkan dapat mendampingi golongan OKU juga.

Menurutnya, sebelum ini mereka yang mengalami kecacatan penglihatan sukar untuk mendapatkan bahan bacaan Brail dan peralatan lain. Mereka tidak ada pilihan melainkan dengan mendapat barang bacaan buku brail di Briefield yang memberi kesukaran kepada mereka. Justeru itu PPSA telah memberi kerjasama dengan kami untuk membekalkan bekalan barangan brail bagi orang buta. Selain daripada itu ia juga menjimatkan kos bagi membantu golongan OKU untuk untuk tidak bersusah payah cari bahan bacaan ke Briefied persatuan orang buta kerana PPSA telah bersetuju untuk memastikan 10 buah lokasi disediakan bahan brail.

Beliau yang mengalami buta semenjak berusia 10thn kerana bola matanya pecah. Walaupun buta dirinya tidak putus asa meneruskan kehidupan sehingga menjadi peguambela.

Editor : Khaulah Azwar

Himpunan Bantah JPN 24/10/11 Bangunan parlimen

KUALA LUMPUR, 18 Okt: Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengambil keputusan mempercepatkan penganjuran himpunan khas bagi membantah tindakan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berhubung Mykad klon dan kad pengenalan palsu kepada 24 Oktober ini, Isnin, di bangunan Parlimen, bermula jam 10.00 pagi.

Sebelum ini himpunan tersebut dijadualkan pada 25 Oktober, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan yang turut dilaporkan Harakahdaily pada 8 Oktober lalu, tetapi terpaksa dipercepatkan sehari sebelum itu bagi mengelakkan kesulitan ekoran perayaan Deepavali.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Malaysia, Khairul Faizi Ahmad Kamil berkata, perubahan tarikh itu dilakukan dengan persetujuan Nasrudin sendiri hasil perbincangan yang diadakan baru-baru ini.

Menurut beliau, himpunan tersebut akan turut disertai Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, barisan kepimpinan tertinggi Dewan Pemuda PAS Malaysia, Keadilan dan DAP dari Pakatan Rakyat seperti yang dinyatakan oleh Nasrudin pada 8 Oktober lalu.

Katanya, perhimpunan tersebut diadakan bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Tun Hussin berkaitan isu kad pengenalan palsu, MyKad klon dan tindakan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing oleh JPN bagi tujuan-tujuan tertentu.

"Memorandum itu akan diserahkan sekitar jam 11.00 pagi, manakala perhimpunan besar-besaran pula akan diadakan sebelum penyerahan memorandum dilakukan pada jam 10.00 pagi di bangunan Parlimen," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini, hari ini.

Sehubungan itu, pihaknya berharap agar penduduk di kawasan Kuala Lumpur dan dari negeri-negeri lain di seluruh negara hadir pada perhimpunan itu bagi mendapatkan pendedahan lanjut berhubung isu tersebut yang jelas mengancam keselamatan negara.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS Malaysia cukup serius dalam menangani isu berkaitan dengan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing, MyKad klon, kad pengenalan palsu dan isu berkaitan kod 71.

Katanya, namun dalam menjawab persoalan-persoalan berbangkit berhubung isu itu pula, para pemimpin Umno BN kelihatan banyak memberikan kenyataan yang menyalahkan kenyataan-kenyataan Dewan Pemuda PAS Malaysia.

"Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia telah menghantar beberapa memorandum kepada pihak kerajaan berhubung perkara itu, tetapi jawapan yang diterima tetap tidak menyelesaikan masalah yang berlaku," katanya.

Katanya, dengan itu, Dewan Pemuda PAS Malaysia terpaksa bertindak tegas untuk mengatasi masalah itu bagi ketelusan proses dan perjalanan pilihanraya di negara ini.

"Himpunan yang akan kami adakan itu adalah sebahagian dari tindakan tegas yang akan kami lakukan ekoran masalah itu yang perlu diberikan perhatian serius oleh JPN dan Kerajaan BN," tegasnya.

Menerusi himpunan tersebut, kata beliau, pihaknya akan mendedahkan segala dokumen yang berkaitan dengan isu tersebut dengan jelas kepada para peserta dan pihak media untuk didedahkan kepada umum.

Katanya, tindakan mempermudahkan pemberian kad pengenalan kepada warga asing sebenarnya sudah lama dilakukan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan-tujuan tertentu di negara ini.

"Antaranya termasuklah yang berlaku pada 11 dan 12 Oktober lalu di Istana Dugang Country di Sepang, Selangor yang melibatkan 240 orang warga asing," katanya.

Sejak tahun 2008 hingga tahun ini, jelas beliau, sebanyak 27,293 MyKad telah diberikan oleh JPN kepada warganegara asing dan perkara itu dijelaskan sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nazri Aziz pada persidangan Parlimen baru-baru ini ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Rakyat dibebankan dengan kenaikan Tarif Elektrik-Nurul Izzah Anwar

Tmn Sri Sentosa : Kenaikan bil tarif elektrik secara mendadak yang berlaku akhir-akhir ini dibimbangi oleh penduduk di sekitar Jalan Kelang Lama.

John Paul Netto a/l John Alex Netto menetap di alamat 24-02-10 Pinang Apartment, Tmn Sri Sentosa kerap menerima kenaikan tarif elektrik melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenaikan tersebut ketika bertemu dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

Katanya , “saya kerap menerima bil elektrik yang tidak masuk akal kerana saya jarang berada dirumah. Bulan Ogos 2011 bil elektrik RM223.14 dan pada bulan September, 2011 berjumlah RM334.95. Jumlah kenaikan ini membuatkan saya sekeluarga rasa curiga dan rasa benar-benar terbeban”.

Kenaikan tarif elektrik yang saya terima semalam sebagai 'rompakan di siang hari' kerana ia hanya menguntungkan kapitalis dan membebankan rakyat”, kata John.

Lim Cheng Hock yang menetap di alamat 23-00-01, Taman Sri Sentosa, Jalan Kelang Lama rasa terkejut dengan kenaikan bil elektrik yang di terima semenjak meter elektrik di tukar 3 bulan yang lalu.

Katanya , Apabila kita perhatikan, meter tersebut jalan begitu laju tidak seperti meter elektrik yang lama. Semua penduduk disini melahirkan rasa kebimbangan kenaikan tariff elektrik.

Di kawasan ini terdapat 7 buah block Apartment, bilangan penduduk disini lebih kurang seramai 590 penduduk yuang rata-ratanya berpendapatan rendah. Jika semua penduduk mempunyai masalah yang sama dengan kenaikan sebuah rumah RM102 sebulan saya rasa keuntungan yang TNB dapat sebulan lebih kurang RM 60,180.00 yang boleh dikongsi dengan Kerajaan Pusat. Apakah ini dinamakan kerajaan UMNO-BN lebih mengutamakan rakyat atau lebih utamakan kroni-kroni mereka.

Menurut Lim lagi, sebelum meter ditukarkan pada bulan Jun, 2011 bil elektriknya hanya berjumlah sekitar RM80 sebulan sahaja tetapi sekarang sudah melebihi jumlahnya iaitu pada bulan Julai sebanyak RM182. Jumlah kenaikan diberikan setiap bulan oleh TNB sebanyak RM102. Saya tidak faham mengapa penekanan diberikan kepada rakyat dengan kenaikan bil elektrik begitu tinggi. Kata Lim ketika ditemubual oleh media.

Pegawai TNB Pengurus Cawangan Lembah Pantai, Baharuddin berkata, isu kenaikan bil tersebut adalah sementara waktu bagi membuat penyelarasan tariff baru.

Sementara itu, Nurul Izzah pula berkata, perkara ini akan dibuat siasatan terlebih dahulu dengan pegawai TNB berikutan dengan kenaikan tarif elektrik kepada pengguna setiap bulan yang begitu ketara. Kenaikan sekitar RM111.81 yang sudah pasti akan memberi bebanan kepada pengguna yang rata-rata bukan golongan berada. Selepas membuat siasatan kita adakan sidang media antara penduduk dan TNB untuk menjawab isu yang berbangkit.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah kenaikan kos yang ditanggung oleh pembekal tenaga bebas akan dipindahkan kepada TNB yang kemudian menyalurkannya kepada pengguna.

Lebih malang, katanya, mekanisme baru itu juga akan menyaksikan tarif elektrik dinaikkan sebanyak dua kali kerana kos arang batu dan gas yang digunakan bagi menghasilkan tenaga akan disemak setiap enam bulan.

"Kedudukan kewangan TNB pada status quo, rakyat yang menanggung kenaikan tarif dan IPP langsung tidak menerima sebarang kesan daripada langkah ini kerana kos bahan api disalurkan melalui mekanisme itu. Ini benar-benar merompak rakyat bagi menyuap kroni dan kapitalis.

IPP membeli gas PETRONAS mengikut harga pasaran; Kemudian IPP menjual tenaga bersama kenaikan kos kepada TNB. Kos arang batu (TNB) dan gas (TNB dan IPP) disemak setiap enam bulan. TNB menjual tenaga kepada pengguna dimana harga jualan termasuk kos sendiri dan juga kos IPP.

Kesimpulannya yang untung IPP. TNB status quo dan yang rugi sememangnya kita….. RAKYAT!

Pada pendapat saya, pihak yang paling beruntung adalah kerajaan pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib yang begitu bangga dengan laungan Rakyat didahulukan sedangkan kebajikan rakyat di pinggirkan.

Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden Keadilan berkata lagi, “Apa tak untungnya! Subsidi dihapuskan kerajaan dapat jimat dana. Bila IPP dapat untung kerajaan pun akan menikmati cukai yang lebih banyak”.

Saya jangkakan begitu juga yang kerajaan dapat dari PETRONAS.

Sebelum ini kita dimaklumkan juga bagaimana Kerajaan Pusat (UMNO-BN) lebihkan syarikat-syarikat swasta menyebabkan pengguna terpaksa bayar elektrik jika 700 watt meter keatas tetapi bukan pihak IPP.

“Insya-allah, isu ini akan saya atasi sebaiknya. Untuk mengukuhkan aduan ini, saya harap penduduk dapat mengumpul beberapa bukti bil elektrik bersama beberapa penduduk lain yang mengalami masalah yang sama dengan mengemukakan surat aduan”.

Justeru itu bagi membela nasib rakyat disini, saya akan mengeluarkan surat aduan rakyat dan sokongan kepada TNB mengenai isu berbangkit, kata Nurul Izzah pada media.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI