Wednesday, March 25, 2009

ANDA STRESS??UTK ATASINYA..???






wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~






ANDA STRESS?????
Rumusan dari Pembentangan Kertas Kerja bertajuk PENGURUSAN STRESS,Bengkel Pengurusan Stress Menurut Perspektif Islam di IKIM oleh Datuk Dr.Mohd Fadzilah Kamsah (Berita Mingguan 04 Julai 2004)Apa itu stress?.
Stress
Tekanan perasaan.Siapa yang mudah terdedah kepada stress?
1. Individu yang suka bersangka buruk
2. Kaki gaduh
3. Kerap runsing
4. Terlalu serius
5. Tidak baik dengan rakan sepejabat (dan jiran)Punca stress pula adalah dari ;

1. Punca dalaman (hati yang kotor, ingkar) 2. Pegangan hidup yang negatif 3. Pengurusan kendiri yang lemah (selalu tidak cukup masa, banyakkerja, melawan ketua dan suka mencari kelemahan orang bagi menutup kelemahan diri) Individu yang mengalami stress akan ;

1. Menunjukkan reaksi perasaan - mudah marah, agresif, kecewa,hampa, suka-duka bersilih ganti
2. Gemar menyendiri
3. Mengalami gangguan fikiran - kesukaran memahami perkara baru
4. Sukar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah
5. Kurang kreativiti
6. Pelupa
7. Mengalami perubahan perlakuan - sukar hendak tidur
8. Merokok
9. Makan berlebihan atau tiada selera makan
10. Lewat melakukan sesuatu
11. Berubah perlakuan memandu
Selain dari itu kesan stress juga akan ;
1. Membabitkan keretakan hubungan sesama rakan sekerja / ketua /pelanggan di pejabat
2. Membabitkan keretakan hubungan sesama keluarga di rumah(konflik rumahtangga)
3. Membabitkan keretakan hubungan sesama jiran di rumah /masyarakat / kariahCara untuk

Menangani stress ;
1. Memperbanyakkan membaca Al-Quran, kitab agama
2. Memperbanyakkan solat, zikir
3. Beriadah dan bersukan
4. Mengawal diet
5. Mandi air suam
6. Berkongsi masalah dengan orang yang boleh dipercayai
7. Melakukan Senaman



8. Bersedekah
9. Bersyukur dengan apa yang diperolehi (reda)
10. Muhasabah diri (penyucian minda - ingatkan mati, nilai semulapegangan, minta bantuan dari pakar / ahli agama)
11. Berehat - bercuti dan bersantai
12. Selalu tersenyum

yakinlah Allah bersamaMu dalam setiap keadaan..LA TAHZAN..
berpesan-pesan kearah kebaikan & ketaqwaan; 3/08/2009 07:48:00 AM 0 ingin berkongsi ilmu
Labels: ,

segalanya krnnya.Berinteraksi dgn ALLAH melalui kehidupan







...segala kerana-NYA....
cintaMU YA ALLAH... "apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat,padahal kenikmatan hidup ini (dibandingkan dengan kehidupan)akhirat hanyalah sedikit" (at-Taubah:38)

Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan
~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~penulis;Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al RaziKehidupan ini mempunyai seribu satu erti dan makna. Dalamnya ada mengandungi pelbagai pelajaran bagi mereka yang ingin mengambil pelajaran daripadanya. Kehidupan ini tidak semudah yang disangka oleh golongan yang sambil-lewa dan tidak sesusah yang disangka oleh golongan yang tamak dan bergantung kepada dirinya semata-mata.Hidup ini suatu lapangan, tempat di mana Allah s.w.t. menyempurnakan kehambaan para hambaNya yang ingin menyempurnakan kehambaan diri mereka kepadaNya. Hidup ini suatu peluang, tempoh untuk para hambaNya menzahirkan rasa kesyukuran, kesabaran dan keredhaan kepadaNya, yang merupakan antara ciri-ciri kehambaan kepadaNya.
Manusia yang leka daripada hakikat dirinya yang sekadar seorang hamba kepada Tuhannya, secara tidak langsung akan menghadapi kesulitan dalam berinteraksi dengan kehidupan itu sendiri. Ini kerana, apa yang dicari hanyalah kepuasan nafsu diri, kelazatan yang memberi manfaat kepada kepentingan diri sendiri, tanpa menghayati makna kehidupannya yang lebih sempurna, iaitu dirinya hidup sebagai hamba kepada Tuhan yang menciptakannya daripada tiada kepada ada, iaitulah Allah s.w.t. yang Maha Pencinta.

Seseorang yang hidup semata-mata untuk kepuasan nafsu dan kepentingan diri, kerana tidak menghayati hakikat kehambaan diri, pasti tersalah dalam berinteraksi dengan kehidupan ini, sehingga membawa kepada terasa terbeban dengan sebuah kehidupan yang sementara ini. Apa yang dikejar selalunya tidak dapat. Apa yang didapatinya juga tidak akan kekal bersamanya setelah dia mati. Di mana nilai sebuah kehidupan bagi manusia yang semacam ini?Bagi seseorang manusia yang menghayati makna kehambaan diri kepada Tuhannya, pasti akan memahami kehidupan ini dengan maknanya yang lebih luas dan sempurna. Kebendaan dan duniawi tidak lagi berkuasa menawan kebahagiaan dan kelapangan hati dan jiwanya. Dia tahu, hidup ini ialah untuk menterjemahkan makna kehambaan diri kepada Allah s.w.t. dengan menunaikan ketaatan kepadaNya secara zahir mahupun batin.

Bertolak daripada itulah, akhirnya seseorang mula memahami bahawasanya, seluruh kehidupan ini, samada berkaitan dengan ketentuanNya mahupun penetapan hukum-hakamNya, merupakan penzahiran "interaksi" Tuhannya kepadanya. Seseorang hamba yang sentiasa menghadirkan rasa kehambaan diri kepadaNya dalam segenap tindakannya dalam kehidupannya, akan turut merasai kehadiran muamalah (interaksi) Tuhannya kepadanya melalui segala yang berlaku dalam kehidupannya.
Bermula dengan menunaikan ketetapan syariat dan hukum Allah s.w.t. dalam kehidupannya, maka penghayatan terhadap makna syariat yang dilaksanakannya dengan jiwa hamba mula bersinar dalam hatinya. Dia mula melihat hakikat di sebalik syariat dengan pandangan zauqi (perasaan rohani) kurniaan Ilahi. Dia mula menghayati bahawasanya, syariat ialah bukti kewujudan dan kehendak Tuhan yang menciptakan dan mentadbirnya dan seluruh alam ini.
Bertolak daripada itu juga, takkala dia menunaikan ketaatan batin (hati) kepada Tuhannya, dengan sifat-sifat mahmudah seperti ikhlas, jujur, tawadhuk, istiqomah, sabar, syukur, redha dan sebagainya, maka dia mula mengenali hakikat ketentuan Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya.
Apabila dia ditimpa sesuatu yang berat terasa oleh nafsu dan dirinya, maka di situlah peranan seseorang hamba dalam menzahirkan kehambaannya kepadaNya dengan melahirkan sifat "sabar" terhadap ketentuanNya yang menimpanya tersebut. Dia juga menzahirkan rasa lemah di hadapan Allah s.w.t. dengan mengembalikan ketentuanNya kepadaNya, dengan mengadu masalah yang menimpanya kepada Allah s.w.t. yang mengujinya dengan ketentuan tersebut, dalam rangka semata-mata untuk menagih keredhaan dan bantuanNya.
Seseorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan dirinya kepadaNya berbeza dengan seseorang yang mengadu kepada Allah s.w.t. akan masalahnya dalam bentuk membangkang ketentuanNya.

Adapun seorang hamba yang mengadu masalahnya kepada Allah s.w.t. dalam rangka untuk menzahirkan kelemahan diri kepadaNya, tujuannya hanyalah untuk menzahirkan hakikat diri yang "lemah" dan sentiasa memerlukan bantuanNya dalam menghadapi ketetapanNya, sedangkan orang yang merungut di hadapan Allah s.w.t. mengenai ketentuanNya ke atasnya bertujuan untuk menzahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap ketentuanNya yang tidak mengikut kehendak dan keinginan nafsu dirinya.
Mengadu dengan tujuan menzahirkan rasa lemah kepada Allah s.w.t. tidak mengandungi unsur mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t., tetapi sekadar memohon rahmat dan bantuan Allah s.w.t. agar dia mampu menghadapi ketentuanNya dengan bantuanNya. Adapun orang yang merungut kepada Allah s.w.t. membawa maksud mempertikaikan ketentuan Allah s.w.t. dan terkadang boleh membawa kepada menyalahkan Allah s.w.t., seolah-olah dia lebih pandai dari Allah s.w.t.. Berbeza antara menzahirkan rasa lemah dengan menzahirkan kepandaian diri di hadapan Allah s.w.t.. Oleh kerana itu, Imam Abu Al-Hasan As-Syazuli yang menghayati makna kehambaan ini mengungkapkan ungkapan penuh adab di hadapan Allah s.w.t. dengan berdoa (dalam hizb al-kabir):
"Wahai Tuhanku. Aku tidak memohon agar tertegahnya apa yang Engkau mahu tentukan ke atasku. Tetapi, aku memohon sokonganMu (kepadaku) dengan bantuanMu kepadaku dalam setiap ketentuanMu ke atasku"

Nilai kehambaan ini juga pernah diungkapkan oleh Saidina Rasulullah s.a.w. dalam doa Baginda s.a.w. ketika di Thaif dengan berdoa:
"Wahai Tuhanku, aku mengadu kepadaMu akan lemahnya diriku…".
Nilai-nilai mengadu dalam rangka meminta bantuan daripadaNya dan menzahirkan kelemahan diri dan keperluan kepadaNya merupakan antara nilai kehambaan yang tertinggi dalam diri seseorang hamba kepada Tuhannya.
Oleh yang demikian, hamba yang beradab dengan adab kehambaan tersebut mula menzahirkan rasa memerlukannya dan bersabar dalam rangka untuk membuktikan kehambaan diri kepadaNya dengan sentiasa mengharapkan bantuan daripadaNya.Adapun takkala dia ditimpa sesuatu yang menyenangkan diri dan nafsunya, samada kesenangan dalam bentuk kebendaan, rezeki, jodoh dan sebagainya, maka dia akan menzahirkan rasa kesyukuran kepadaNya dengan mengembalikan segala kebaikan yang didapatinya kepada Allah s.w.t., bukan menyandarkan kebaikan tersebut kepada usaha dirinya sendiri.

Inilah nilai kehambaan yang agung dalam diri seseorang manusia, di mana dia sentiasa berasa menghargai setiap kebaikan dalam kehidupannya kerana menghayati bahawa semua kebaikan adalah daripada Allah s.w.t., Tuhan yang Maha Pemurah. Dengan rasa syukur tersebut, maka Allah s.w.t. menganugerahkan makrifatuLlah (mengenal Allah s.w.t.) kepadanya, dan menganungerahkan kefahaman tentang rahsia-rahsia muamalah Allah s.w.t. dalam segenap kehidupannya. Inilah kelebihan daripada sifat syukur yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. yang berfirman dengan maksud: "jika kamu bersyukur, Aku akan tambah buatmu akan nikmat"… Penambahan nikmat yang agung adalah, kefahaman tentang hakikat diri, hakikat kehidupan dan hakikat ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya seharian.

Hidup ini ialah tempat bemualamah secara beradab. Bagaimana seseorang ingin beradab dalam bermuamalah dengan Allah s.w.t. melalui kehidupannya, sedangkan dia tidak mengenal hakikat dirinya sebagai hamba Allah s.w.t. yang perlu beradab kepadaNya, tidak mengenali hakikat kehidupan yang merupakan tempat menzahirkan adab kepada Allah s.w.t. dalam berinteraksi kepadaNya dan tidak mengenali Allah s.w.t., Tuhan yang ingin menyempurnakan adab kehambaannya melalui kehidupannya?
Dalam hidup ini terkandung risalah-risalah Allah s.w.t. dalam segenap detik dalam kehidupan kita, jika hati kita sentiasa hadir dalam bermuamalah denganNya dengan adab kehambaan kepadaNya. Sabar dan syukur merupakan dua sayap utama bagi kerohanian seseorang hamba dalam menuju keredhaanNya. Setelah seseorang mencapai istiqomah dalam sabar dan syukur dalam segenap kehidpannya terhadap setiap ketentuanNya dengan bantuan Allah s.w.t., maka dia akan dianugerahkan rasa redha kepada Allah s.w.t. dalam setiap ketentuanNya.
Pada darjat "redha" inilah, seseorang manusia tidak lagi merasai beza antara ketentuan dengan ketentuan, tiada merasai susah ataupun senang, kerana hatinya sentiasa fokus kepada mencari keredhaan Allah s.w.t. di sebalik setiap ketentuanNya, dan menghadapi setiap ketentuanNya dengan pandangan redha kepada Allah s.w.t.. Sesungguhnya, redha kepada Allah s.w.t. ini merupakan darjat yang teragung yang dicapai oleh seseorang hamba Allah, kerana seseorang tidak akan meredhai Allah s.w.t. melainkan setelahmana Allah s.w.t. meredhainya dan berkehendak supaya dia juga meredhaiNya.
Kehidupan ini sebuah perjalanan dalam muamalah kehambaan seseorang hamba dengan Tuhannya. Nilai kehidupan adalah pada penghayatan seseorang terhadap makna kehambaan dirinya dalam kehidupannya, makna kehidupannya selaku hamba kepada Tuhannya dan makna ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupannya selaku hambaNya. Tanpa makna-makna tersebut, kehidupan tiada erti bagi seseorang manusia. Hidup tanpa "makna", yang tinggal hanyalah "makan". Makan, minum, tidur dan sebagainya, dalam rangka memenuhi nafsu di sekitar usianya yang semakin menuju kesudahan. Akhirnya, dia di sisi Allah s.w.t. bagaikan binatang, bahkan lebih sesat dan rendah daripada binatang, kerana tidak menghargai nilai kehidupannya sebagai manusia yang penuh dengan makna-makna yang mulia.
Masalah kemurungan, kesedihan, penderitaan dan rasa malang manusia sebenarnya bukanlah kerana gagal menanggung ketentuan Allah s.w.t., tetapi masalah-masalah tersebut kembali kepada "tidak memahami makna di sebalik ketentuanNya" lalu membawa kepada kegagalan dalam berinteraksi dengan ketentuanNya sebagaimana yang sepatutnya. Tanpa menghayati makna kehambaan diri, makna kehidupan yang merupakan medan menyempurnakan kehambaan dan makna ketuhanan Allah s.w.t. dalam kehidupan, maka seseorang akan mencari kebahagiaan yang bukan sebenarnya suatu kebahagiaan, akhirnya dia terus menderita dan menderita dalam rangka untuk mencari kebahagiaan menurut persepsinya.
Kebahagiaan bukan pada kepuasan nafsu, tetapi pada terealisasinya kehambaan diri kepada Allah s.w.t.. Kekayaan itu ialah kekayaan jiwa, seperti yang diberitahu oleh Baginda s.a.w. yang mulia. Hidup ini bukan tempat setiap orang cari apa yang dia mahukan, tetapi hidup ini ialah tempat setiap orang menunaikan tujuan asal dirinya diciptakan. Kalau mahu terus mencari makna kebahagiaan selain makna yang diingini oleh Tuhan, maka setiap langkahmu dalam mencarinya adalah suatu penderitaan. Akhirnya, yang kamu himpunkan hanyalah penderitaan demi penderitaan.
Wallahu a'lam…

namaMU yg AGUNG
Sabda Rasulullah s.a.w "perumpamaan seorang yang berzikir mengingati tuhannya dan orang yang tidak berzikir sama seperti orang hidup dan orang mati." -riwayat Imam Al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy'ari r.a-

Islamic Quotes

.: firman Allah :.
"sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayang-bayangi fikiran jahat(berbuat dosa) dari setan,mereka pun segera ingat kepada Allah,maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kasalahannya)"
Al-A'raf:201

..akhirat negeri abadi..
Rasulullah bersabda yg maksudnya;
"siapa yang menjadikan akhirat sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan membuatnya merasa kaya dalam hatinya,segala urusannya menjadi teratur dan dunia datang kepadanya tanpa perlu mengejarnya. Sementara siapa yang menjadikan dunia sebagai pusat perhatiannya, nescaya Allah s.w.t akan menjadikan kefakiran berada di depan matanya,segala urusannya menjadi kacau dan kepadanya dunia datang sekadar yang telah ditakdirkan baginya"-hadis riwayat at-Tirmidzi-

Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup kenerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya EngkaulahPengampun dosa2 ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

setiap detik kita semakin mendekat dengan kematian..

...perjuangan..
Tanam di hati benih iman sejati Berpadu dengan jiwa Rabbani Tempa jasadmu jadi pahlawan sejatiTuk tegakkan kalimat Ilahi Pancang tekadmu jangan mudah mengeluh Pastikan azzam-mu smakin meninggi Kejayaan Islam bukanlah sekedar mimpi Namun janji Allah yang Haq dan pasti..!



ya ALLAH,ampunilah dosa-dosa kami..
ya ALLAH,kami ingin karat di hati ini lebur dengan cahaya hidayahMU..

.....


Islamic Medicine..perubatan Islam


tags
campus life (4)
da'wah (2)
diari Ramadhan (2)
hubb (3)
ilahi (7)
kisah teladan (6)
lirik lagu (1)
MPI (6)
mujahadah (9)
multimedia (1)
muslimah (5)
palestin (1)
pengguna Islam (5)
rakan masjid usmkk (1)
ramadhan (1)
Rasulullah (4)
resensi (3)
sahabat (2)
sunnah nabi (4)
taqwa (6)
tasawuf (1)
tazkirah (43)
usmkk (2)
usrati (1)





let us remember this!!




subhanallah..
Ya ALLAH,suburkan hati ini dengan hidayahMU..ameen


..subhanallah..
YA ALLAH,kami inginkan ketenangan itu..

dengan namaMU ya ALLAH
renungan buat diriku dan sahabat2 yang dihormati,pesan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Ali r.a:Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar:"Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta" (Tuhanku, ampunilah aku.Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman:"Hai malaikat-Ku, sesungguhnya hamba-Ku ini mengetahui bahawasanya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Aku. Hai malaikat-Ku: Jadilah saksi, bahawasanya aku telah mengampuni dia".diriku dan sahabat2ku,kita tidak sempurna dan sering melakukan dosa,namun sebaik2 orang yg melakukan dosa ialah orang yg sedar akn dosanya dan segera bertaubat dan memohon keampunan dari ALLAH..INSYALLAH,kita termasuk dlm golongan tersebut.ameen.YA ALLAH,berilah kami kekuatan untuk mentaati segala perintahMU..

hadist
((من أصبح وهمه غير الله عز وجل ، فليس من الله في شيء ومن لم يهتمللمسلمين فليس منهم)) . موضوع . "الفوائد المجموعة" ( 233 ) . "تذآرة. (312- الموضوعات" ( 69 ) . "الضعيفة" ( 309Barangsiapa yang penumpuannya bukan kepada Allah, maka tiada lagi peliharaan dariAllah. Dan barangsiapa yang tidak memerhatikan urusan umat Islam, maka dia bukandari kalangan mereka. (Dha'if)

mutiara hadist..

?
Nabi s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya Allah tetap menerima taubat seorang hamba selama dia belum nazak akan mati." - Riwayat Attirmidzi dari Ibnu Umar r.a.

freeshoutingboxes.comChat Rooms

Pesan Khalifah Umar Al Khattab r.a
قال عمر بن الخطاب رضي الله عنه: نحن قوم أعزنا الله بالإسلام... فإذا ابتغينا العزة بغيره، أذلنا اللهTelah berkata Amirul Mukminin Saidina Umar al-Khatab RA: Kita adalah umat yang diberikan kemuliaan oleh Allah dengan Islam. Sekiranya kita mencari kemuliaan yang lain daripada Islam nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

~rabithah hati~
Rabithah - Izzatul Islam

..segala kerana Nya..(download)
Jalan Dakwah
Dakwah Fardiah
Dasar-dasar Islam
Tanggungjawab pemuda
Peranan pelajar

hamba yg faqir ini Ya Allah..

"Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali Imran: 102-103)
qalbi.. yakulu..


::tetapkan hati kami YA ALLAH::

...tazkirah..
Nasihat Imam Al Ghazali..Wahai anakku yang tercinta,
Ilmu tanpa amal itu gila dan amal tanpa ilmu itu pula adalah sia-sia...amal kerana ALLAH,insyaALLAH..Imam Abdullah bin Al Mubarak pernah bermadah;Aku lihat dosa-dosa itu mematikan hati...berterusan melakukannya mengakibatkan kehinaan...meninggalkan dosa pula menghidupkan hati....mengingkarinya membawa kebaikan kepada diri....

:: insyaALLAH ::
jika Allah memberi kekuatan,
dietican to be..cita-citaku mengkaji sunnah Rasulullah s.a.w dalam bab pemakanan,insyaAllah.jika diizinkan Allah.

...segala keranaNYA....
Al-Quran Kalamullah..
World of Islam
mimbar ulama
episod perjuangan...
Islam online
suara persatuan ulama' Malaysia
Uniting the Ummah
laman pengguna Islam
Muslim Internet Directory
tajdid segar,tajdid sebenar
mufti perak
Muslim media
Nisa'
khilafah.com
Palestinkini
laman ilmu_Roudhah.net
harun yahya-an invantation to the truth
satu perjuangan..
ustaz zaharuddin
ustaz shamsuri online
ustaz nik abduh
ustaz fatah
Ustaz Salman
saiful islam
Alexanderwathern
ceria bersama Islam
muslimat kelantan
harakah daily
taman syurga nan indah~
ibrahzine.com
multiply ana
you tube nasyid..
download ilmu bermanfaat
laman mp3 islamik

.:laman muhasabah:.
* Islam Itu Fitrah *
*.. dalam pencarian ketenangan..*
..its all about life...
4JJl Ghoyatuna
berjuanglah pada saffNya
BiLa PenA MenuLis...
buka mata,cari kebenaran
CAMPUSDAILY
CATATAN SEBUAH PERJALANAN...
Dunia ilmuan Islam
epilog seorang mujahid
gift.of.life.is.life.itself
JustFikir MustZikir BestFikir
Kelas Peradaban Nabawi
kelebihan orang yang memuliakan..
kerana cinta
Ku katakan...
MuJaHiDaH SoLeHaH
Nur Tarbiyah
nurilahi
Setelah Kesulitan Pasti Ada Kemudahan
The Revolutionist
Ukht Aya
Ukht Diyana
ukht Khoir
ukht muhaini
Winners Never Quit
zahida
~~Utamakan keluarga semakin hari semakin sayang~~

.: satu perjuangan :.
Berjuang menempah susahMenanggung

Derita menongkah fitnah

Itulah gelombang hidup samudera

Duka Seorang mujahid memburu syahid

pisah dia berkelana

Dipenjara dia uzlah menagih mehnah

Namun jiwanya tetap mara memburu cinta

Membara demi Allah dan rasulNya

Berjuang tak pernah senang

Ombak derita tiada henti Tenang resah silih berganti

Inilah sunnah orang berjuangMalamnya

Bagai rahib merintih sayu Dihiris dosa air mata

Siangnya bagaikan singa dirimba

Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang memang pahit

Kerana syurga itu manis

Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar

Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban

Rela terhina kerna kebenaran

Antara dua jadi pilihanDunia yang fana atau syurga..

.: fakta :.
kurma;salah satu makanan kesukaan Rasulullah s.a.w

sabda Rasulullah s.a.w:"Barangsiapa yang setiap pagi hari makan tujuh biji buah kurma yang terbungkus,maka pada hari itu dia menjadi kebal dari racun dan sihir."(hadist riwayat Bukhari)

::terimalah YA ALLAH::
YA ALLAH,kurniakanlahkebaikan bagi hamba dalam segala urusan,berikan pahala kepada kami dari segenap luka dunia dan siksa akhirat..YA ALLAH,anugerahkanlah untuk kami rasa takut kepadaMU,yang membatasi antara kami dengan perbuatan maksiat kepadaMU,dan anugerahkanlah ketaatan kepadaMU yang menyampaikan kami ke syurgaMU,anugerahkanlah pula keyakinan yang akan menyebabkan ringannya bagi kami segala musibah di dunia ini.terimalah,YA ALLAH..

.:kesihatan itu nikmat dr Allah:.
peliharalah,jangan sia-siakan,nikmat sihat sebelun sakit..pabila sakit nanti baru terasa nikmatnya sihat.namun,ingatlah sakit itu ujian & penghapus dosa bagi orang yg mukmin.moga-moga dgn ujian kesakitan itu baru terasa kerdilnya kita sebagai hambaNYA..wallahua'lam.





Segala kerana-NYA....: Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan"
segala kerana-NYA....: menggamit rindu padaMu.."
segala kerana-NYA...."
segala kerana-NYA....: wahai gadis solehah..."
sirqalbi.blogspot.com on "...segala kerana-NYA....: Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan"

...segala kerana-NYA....: Rasulullah s.a.w -pemergianmu.."
Watch in Real-Time
Options>>



man_muhay

Konsesi Da'wah Uswah


See all 2 members...


::Hadist::
Rasulullah Saw bersabda: Maksudnya:Sesungguhnya di kalangan kamu yang paling aku kasihi dan paling dekat dengan ku di hari kiamat ialah mereka yang paling berakhlak mulia,merendahkan diri yang bermesra dan dimesrai.Orang yang paling aku benci dan paling jauh dengan aku ialah mereka banyak bercakap sehingga berlebih-lebihan,banyak berbicara tanpa meneliti apa yang diperkatakan dan berpura2 mengetahui.
(riwayat Ahmad dan At-Tarmizi).
..ingin berjuang dan termasuk dalam golongan yang berjuang keranaMU..

sebaik-baik Ummah..

seindah mawar berduri..maruah diri yg dipagari keimanan kepada Rabbul Jalil

..SUBHANALLAH..

..subhanallah,indahnya alam ciptaan Allah Taala.

..dunia ini hanya sementara,akhiratlah yg kekal abadi..

..jihad fisabilillah..berjuang keranaNYA..

..subhanallah..

..Ya Allah,tetapkan kami dalam nikmat Islam & Iman

..islam,Ad Deenul Haq

..ghurabaa..

...Subhanallah,indahnya alam ciptaan Allah.

..subhanallah..indahnya alam ciptaan Allah

"seorang Muslim itu tiada istilah menganggur dalam hidupnya kerana masa yang ada disibukkan dengan kerja dakwah dan kerja-kerja Islam"~tn guru Nik Abdul Aziz~

..segala keranaNya..

...segala keranaNYA....
Berinteraksi dengan Allah s.w.t. Melalui Kehidupan - [image: SahabatMusleem] ~wa zakkir,fainna zikra tanfa'ul mukminin~ penulis;Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin Al Razi Kehidupan ini mempunyai seribu sa...

CampusDaily USMKK
Dimana Pilihan Raya Kampus...? - Kota Bharu,27 Disember 2008- Setakat ini, beberapa kampus seperti UUM, UPSI, UNIMAS dan UTP telahpun berlangsung Pilihanraya Kampus (PRK) sebagaimana yang...

rakan masjid
Umar - “Biarlah dia,” “Kenapa nak biarkan?” “Umar, perempuan tu dah terlebih had. Kau nak diamkan lagi?” Azrul memandang sahabat baiknya. Atas dunia ni, Umar pa...



...bacaanku..
~ayyuhal walad~-Imam Al Ghazali

'apa ertinya saya memeluk Islam?'-fathi Yakan

'tundukkan hati'~rahsia keikhlasan hidup di dunia yang fana~

~taqwa~


"apakah kamu puas dengan kehidupan dunia sebagai ganti kehidupan akhirat,padahal kenikmatan hidup ini (dibandingkan dengan kehidupan)akhirat hanyalah sedikit" at-Taubah:38
******************************************************************************************

Belumkah tiba masanya bagi orang-orang yang beriman,untuk khusyuk hati mereka mengingati Allah dan tunduk kepada kebenaran yang diturunkan (kepada mereka),dan janganlah mereka menjadi seperti orang-orang yang terdahulu yang diturunkan al-kitab kepada mereka,kemudian berlalu masa yang panjang atas mereka(sedangkan mereka masih belum mahu insaf) lalu hati mereka menjadi keras.Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasiq"(Al Hadid:16)



******************************************************************************************

pilih isteri yg sanggup jd ibu kpd anak2nya..












Salam.. renung fikirlah semasak2nya sebelum membuat keputusan.. perkahwinan bukan utk 1mingu, 1bln, 1th tpp utk selamanya...

Pada hari ini lelaki mencari isteri seperti membeli ikan di pasar. Apabila melihat sahaja pada zahirnya baik dan cantik dia terus membeli. Tetapi sebelum membelinya dia akan membelek-belek ikan itu kiri dan kanan malah membuka insangnya untuk memastikan masih segar. Kalau dia tidak berkenan terus ditinggalkan.
Inilah realiti yang dapat dilihat pada hari ini di mana-mana. Kesan daripada itulah kita lihat perkahwinan yang terbentuk pada hari ini tidak mencapai tahap kecemerlangan seperti yang dihendaki oleh Islam. Mungkin hasil perkahwinan itu dikurniakan anak yang ramai tetapi kehidupan suami isteri terus tidak bahagia. Mungkin isteri terpaksa melahirkan anak itu atas kehendak suami sedangkan dia belum bersedia untuk menjadi ibu.
Dalam keadaan itu isteri tidak senang dengan perbuatan suami dan sebaliknya suami juga tidak berpuas hati dengan sikap isteri. Hidup mereka penuh kepura-puraan, berlakon di pentas dunia sementara belum terbongkar segala rahsia di hati.




Sesetengahnya setelah 10 tahun berumah tangga, anak sudah lima enam orang, mereka masih berpeluang untuk memikirkan hendak bercerai dan hendak membawa haluan masing-masing atas alasan tidak sehaluan. Akhirnya anak dibiarkan menjadi mangsa perceraian pasangan tersebut. Persoalannya mengapa tidak sehaluan sedangkan pada awal perkahwinan dilihat seperti sehaluan. Mengapa tidak boleh sefahaman setelah lama membina rumah tangga. Bukankah semakin hari semakin mengenali isi budi masing-masing dan semakin memahami jiwa antara satu sama lain?


Jelas di sini, semasa mereka membina rumah tangga, tidak diambil peluang untuk saling mengenali hati budi pasangannya. Mereka ego dengan sikap masing-masing lalu apa yang difikirkan baik untuk diri dirasakan sudah difahami oleh pasangannya.
Di sinilah kesilapan umat Islam sama ada muda mudi, lelaki dan perempuan termasuk ibu bapa dalam memilih isteri untuk anak-anaknya. Sebenarnya dalam Islam, terdapat konsep, “apabila seseorang memilih isteri bererti dia memilih ibu untuk anak-anaknya.Maka kerana itu mereka perlu merancang masa depan kehidupannya dengan memilih isteri yang sesuai untuk dijadikan ibu suatu hari nanti.

Siapakah isteri yang layak menjadi ibu? Bagaimana sifat isteri itu? Bagaimana rupa dan tingkah lakunya? Persoalannya, bolehkah seorang isteri yang tidak berakhlak boleh mendidik anaknya menjadi seorang yang berakhlak. Bolehkah isteri yang berlatar belakangkan keluarga yang tidak menentu boleh menjadi ibu yang baik kepada anak-anaknya nanti?Berdasarkan itulah rasionalnya Rasulullah menyebut dalam sebuah hadis, “pilihlah yang beragama, nanti kamu akan beroleh kebaikan dan keselamatan.Jadi, beragama adalah teras kepada kejayaan bahtera kehidupan. Seorang lelaki yang bijak sewaktu memilih bakal isteri akan melihat latar belakang kehidupannya, keluarganya dan cara hidupnya. Jika latar belakangnya adalah orang yang beragama pasti cara hidupnya sangat mematuhi peraturan agama. Mereka pasti tidak melanggar perintah Allah walaupun dalam soal yang kecil dan remeh-temeh.Jadi, mana mungkin isteri dipilih melalui internet, boleh terjamin imannya, ibadahnya dan akhlaknya. Tiada siapa yang boleh menyokong pemilihan itu kecuali sekadar pandangan zahir pada gambar atau tulisannya. Mana mungkin isteri dipilih melalui pandang pertama di majlis keraian, majlis hiburan dan sebagainya. Siapakah yang menyokong pilihan itu secara pasti? Walaupun dengan kadar kenalan zahir dalam tempoh yang lama, belum tentu terjamin kerana manusia biasa boleh berpura-pura.





Mana mungkin isteri dipilih melalui kenalan yang tidak tentu tahap keimanannya. Kenalan itu bukanlah boleh dijadikan sokong kerana lazimnya sokongan itu akan membawa rebah.Oleh sebab itu pilihan isteri mesti berasaskan agama, amalannya zahir dan batin sudah teruji, akhlaknya terpuji dan disenangi semua pihak. Pilihan isteri tersebut seharusnya dinilai dan diteliti oleh orang yang tidak berkepentingan dan yang pastinya dia juga orang yang beragama. Pilihan itu pasti disokong oleh bukti pergaulan harian, sikap dan akhlaknya dengan Allah dan manusia. Mereka yang beragama tidak mampu ditipu dengan kosmetik, tidak mampu dilakonkan dan tidak mampu disembunyikan rahsia yang tersirat.

Isteri berdasarkan pilihan ini pasti mampu menjadi ibu kepada anaknya dengan baik dan sempurna. Isteri yang mampu menjadi ibu ini akan terus mempertahankan maruah diri, suaminya dan anak-anaknya. Isteri inilah yang dijamin boleh membawa suami dan anak ke dalam syurga.







Fikrah Islamiah di 3/24/2009 09:54:00

Hadis Larangan Melepak..


Hadis: Larangan melepak
Dari Thalhah r.a. katanya: Pada suatu ketika, kami sedang duduk-duduk dan bercakap-cakap di jalanan. Rasulullah SAW mendatangi kami seraya bersabda, Apa kerja kalian duduk-duduk di jalanan? Jauhilah duduk-duduk di jalanan.Jawab kami, Kami hanya sekadar duduk-duduk dan bercakap-cakap.Sabda baginda, Kalau begitu, bayar hak jalanan iaitu picingkan mata, jawab salam dan berbicaralah yang berguna (baik) (Hadis Riwayat Muslim) Dari Abu Saiâd Al-Khudri r.a. dari Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, Hindarilah daripada duduk-duduk di pinggir jalan.Jawab para sahabat, Kami terpaksa duduk-duduk di situ membincangkan hal-hal yang perlu.Sabda Rasulullah SAW, Jika memang perlu kalian duduk-duduk di situ berikan hak jalanan.Mereka bertanya, Apa haknya, ya Rasulullah?Jawab bagindaTundukkan pandangan, jangan mengganggu, jawab salam (orang yang lalu) menganjurkan kebaikan dan mencegah yang mungkar.(Hadis Riwayat Muslim) Huraian Mengikut Kamus Dewan, melepak memberi makna tentang satu tabiat yang negatif di kalangan masyarakat seperti di kalangan remaja dan dewasa yang menghabiskan masa dengan duduk-duduk tanpa melakukan kegiatan yang berfaedah. Pada peringkat awalnya kegiatan ini merupakan budaya yang dilakukan oleh kutu-kutu jalanan. Melepak yang bertujuan untuk kebaikan seperti untuk berbual tentang perkara yang bermanfaat adalah dibenarkan dalam Islam tetapi mestilah tidak sampai menghalang orang yang lalu-lalang dan membuat sesuatu yang menyakitkan masyarakat sekeliling seperti membuat bising, mengata-ngata orang, mengusik dan sebagainya kerana sedemikian sudah terkeluar daripada adab-adab dalam bersosial. Setiap muslim seharusnya menjauhi perbuatan yang melalaikan kerana Islam amat membenci perkara yang menggambarkan sikap orang yang suka membuang masa.
Sesungguhnya ALLAH bersumpah dalam surah Al-Asry yg bermaksud..
"Demi Msasa sesungguhnya manusia sentiasa didalam kerugian keculi org yang beriman dan beramal solleh yg berpesan2 earah kebenaran.{AlpAsry}"

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI