Monday, June 13, 2011

ADUN Mohon MAIS Bantu Mangsa Kebakaran"Penempatan Semula"

Batu Caves - Penduduk Rumah Transit di Kampung Sungai Kertas, Batu Caves yang mengalami kebakaran baru-baru ini merayu agar pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) memberi kebenaran untuk mereka menduduki kawasan itu kembali.

Walaupun tapak perumahan tersebut telah terbakar yang melibatkan 5 buah pintu (5 keluarga) akibat lintas pintas elektrik, namun bagi penduduk kawasan itu menyatakan masih boleh dibangunkan kembali jika pihak MAIS boleh bertolak ansur dengan semua mangsa yang terlibat.

Johari Saad 50thn yang merupakan ketua blok F , ketika ditemui oleh pihak media dan semua saf pimpinan peringkat Pakatan Rakyat (PR) Parlimen Gombak, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor (DMPNS) dan Dewan Muslimat PAS Gombak (DMPG) berkata, "Saya mewakili penduduk disini mengharapkan pihak MAIS dapat memberi kebenaran kepada semua mangsa kebakaran untuk membangunkan kawasan ini kembali. Insya-allah ada pihak dari Pakatan Rakyat (PR) akan mengifaqkan dana untuk membantu kami dan dengan pertolongan Unit Amal Gombak akan bersama membangunkan kawasan ini kembali.

Sudah seminggu kebakaran berlaku kami masih duduk di Dewan Sungai Kertas. Tiada apa yang dapat diselamatkan melainkan seulas sepinggang baju yang kami pakai sahaja yang dapat kami selamat.

Perkara yang merisaukan kami apabila memikirkan pakaian, peralatan sekolah anak-anak yang telah terbakar hangus. Sesi persekolahan akan bermula. Setakat ini kami tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak berwajib melainkan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Zakat Selangor (PZS), Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak , PAS Negeri Selangor dan PAS Kawasan Gombak.

Semenjak berlaku kebakaran Kerajaan PR yang banyak memberi bantuan kepada semua mangsa dari sudut bantuan kewangan, pakaian, memberi tempat perlindungan sementara waktu di Dewan ini serta bantuan barangan dapur dan menyediakan masakan untuk semua mangsa.

Menurut Johari, UMNO/BN ada juga datang melawat kami, namun kami tidak menerima sebarang bantuan. Harap dengan slogan yang sangat mereka banggakan "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan” dapat mereka buktikan kepada rakyat. Apatahlagi baru-baru ini Perdana Menteri (PM) Najib menyatakan UMNO/BN sudah lama mengamalkan Negeri Berkebajikan daripada Kerajaan PR.

“Kami masih tidak nampak kebajikan yang dibuat oleh UMNO/BN kepada rakyat disini, apatahlagi apabila berlaku musibah di tempat ini. Mengapa UMNO/BN peringkat Persekutuan dan Kawasan tidak bertindak pantas membantu rakyat?. Adakah kawasan DUN Batu Caves di menangi oleh PR, kami dipinggirkan. Sepatutnya perkara ini tidak berlaku. Jika mereka mengatakan UMNO/BN sentiasa menjaga kebajikan rakyatnya mereka harus memberi pertolongan tanpa kira parti seperti mana PR membantu rakyat sekarang".

Apa yang kami lihat ketika kejadian kebakaran Petugas Unit Amal, Parti Pakatan Rakyat (PR) yang dahulu tampil memberi pertolongan. Kami tidak Nampak pimpinan UMNO/BN turun padang. Takkan kami ingin bertemu dengan pimpinan (UMNO/BN) untuk meminta bantuan. Mereka seharusnya peka dengan setiap kejadian yang menimpa rakyatnya, ujarnya”.

Walaubagaimanapun, saya mewakili semua mangsa merakamkan terima kasih kepada ADUN Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak, Unit Amal Gombak, JKM, PZS, PAS Negeri Selangor, PAS Kawasan Gombak yang tidak jemu-jemu menghulurkan bantuan kepada semua mangsa terlibat.

Ulasnya lagi, kami sebenarnya mangsa yang berasal daripada kawasan perumahan setinggan di Kg. Perak, Hulu Klang berhampiran Masjid Al-Ridhuan seramai 28 ahli keluarga dan 20 ahli keluarga daripada Kg.Keramat yang terpaksa keluar daripada kawasan perumahan itu pada tahun 2005. Kawasan perumahan setinggan ini telah dirobohkan dan tidak diberikan pampasan. Kami terpaksa keluar daripada Kawasan ini dan akhirnya kami dapat tinggal di rumah Transit Sg Kertas yang pada masa itu masih belum di wartakan sebagai kawasan MAIS.

Memang rasa satu kekejaman pada kami yang tidak berkemampuan untuk membuat bayaran membeli lot tanah tersebut yang ketika itu tawaran untuk membeli tanah lot tersebut adalah tinggi.

Menurutnya, jika kami inginkan kawasan lot perumahan ini perlu membuat bayaran. Jika tiada bayaran dibuat maka kami tidak berhak menduduki kawasan ini, Isu ini berlaku semasa pemerintahan kerajaan terdahulu yag dimana ADUN di Hulu Klang ditakluki oleh pengurusan UMNO/BN, katanya kepada media ketika lawatan turun padang bersama ADUN Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak, Unit Amal Gombak, DMPNS dan DMPG Kawasan Gombak baru-baru ini dengan menyampaikan sumbangan kepada semua mangsa kebakaran.

Juliee Jumaat 30thn, mempunyai 4 anak bersekolah yang merupakan mangsa kebakaran berkata, “ketika kejadian saya di tempat kerja di GSK, Ampang AU3 keramat. Memang satu kejutan pada saya apabila menerima panggilan daripada anak dan orang kampung disini menyatakan rumah terbakar. Ketika itu terbayangkan nyawa anak-anak dirumah. Sentiasa mohon kepada Allah SWT agar mereka semua selamat. Apabila tiba di tempat kejadian rasa batu besar menghimpap dada apabila melihat rumah saya hangus di jilat api. Sudah hampir seminggu saya tidak dapat pergi kerja kerana pakaian, barang keperluan lain sudah tiada lagi. Apatahlagi barang keperluan sekolah anak-anak juga sudah hangus. Mungkin ada hikmahnya tersendiri, bersabar dan bersyukur kerana anak-anak selamat.

Alhamdulilah disaat kesusahan begini kami masih menerima bantuan daripada ADUN Batu Caves, Ahli Parlimen Gombak, PAS Peringkat Negeri Selangor dan PAS Kawasan Gombak. Dengan sumbangan diberikan dapat membeli peralatan persekolahan anak-anak yang akan dibuka tidak lama lagi. Saya harap pihak MAIS dapat mempertimbangkan sewajarnya agar diberikan peluang untuk kami membangunkan kawasan ini kembali. Jika tidak kami tidak tahu kemanakah harus kami duduk lagi kerana kemampuan kami sangat terhad, katanya.

Adik Salehuddin Md Amin, 15thn Sekolah Menengah Sg. Kertas katanya, “sangat sedih dengan apa yang berlaku. Semua buku, baju sekolah tiada lagi. Tahun ini merupakan tahun peperiksaan bagi saya, semua bahan rujukan juga telah hangus dijilat api. Untuk membeli buku rujukan kembali sudah pasti memerlukan kos yang tinggi sedangkan keluarga berpendapatan rendah. Keluarga ada menerima bantuan daripada ADUN Batu Caves, Ahli Parlimen (PR) Gombak, JKM, dan PZS.

Dengan bantuan sumbangan yang diberikan dapat membeli serba sedikit peralatan sekolah untuk saya dan adik-adik yang lain. Terdapat seramai 6 pelajar yang terlibat dalam kebakaran ini. Mereka daripada sekolah Rendah Sg. Kertas, Sekolah Agama KAFA As-Syakirin, Sekolah Menengah Sg, Kertas, Sekolah Tahfiz Tmn Ridzuan, Hulu Klang. Harapan saya semoga ada pihak berwajib dapat membantu kami yang ditimpa musibah”, katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves, Y.B Amiruddin Shari pula menjelaskan kepada media berkata, "Insya-allah tindakan telah kita buat. Setakat ini semua mangsa kebakaran kita telah tempatkan di Dewan Sungai Kertas, Bantuan Kewangan bagi membeli kelengkapan persekolahan anak-anak, barang keperluan lain dan barang keperluan dapur mereka.

Baru-baru ini kita juga telah bermesyuarat bersama Ketua Kampung, MAIS, MPS, Pejabat Tanah Daerah Gombak (PTDG) untuk meminta kebenaran agar kawasan ini dibangunkan semula.

Surat permohonan juga telah kita berikan dan masih menanti jawapan daripada pihak MAIS. Walaupun kita difahamkan kawasan ini akan diadakan satu projek namun ianya masih belum di tetapkan dan tidak tahu apakah projek tersebut. Jadi kita harap pihak MAIS dapat memberi kebenaran dan mempertimbangkan permohonan ini sebaiknya bagi meringankan bebanan semua mangsa yang terlibat yang sudah pasti mereka adalah yang golongan susah dan tidak mempunyai pendapatan yang tetap.

Jika dilihat pula terdapat penduduk disitu yang mana suami beliau (Zulaihan Sapna) baru sahaja membuat operasi pembedahan otak kerana terdapat darah beku. Kita difahamkan oleh isterinya hampir 3 bulan suami beliau berada di Hospital membuat rawatan yang sehingga kini, suaminya berada dalam keadaan koma. Apabila beliau pulang dilihat kawasan ini megalami kebakaran. Jadi saya rasa ianya bagaikan bebanan yang amat berat kepada isterinya yang terpaksa berhenti kerja kerana menjaga suaminya dan anak-anak yang masih bersekolah. Beliau cuba meminta bantuan daripada pihak berwajib namun kita difahamkan permohonan beliau tidak diterima.

Dengan musibah yang berlaku di kawasan ini, pihak berwajib juga telah turun padang dan melihat sendiri penderitaan semua mangsa. Kita harap pihak JKM, PZS dapat memberi bantuan kepada mangsa bagi meneruskan kehidupan ini.

Saya sebagai ADUN Batu Caves bersama Ahli Parlimen Gombak (Y.B Azmin Ali) Insya-allah akan usahakan sebaiknya bagi membantu semua mangsa disini. Kita harap pihak berwajib juga dapat memberi kerjasama dengan menjaga kebajikan rakyat lebih-lebih lagi apabila memikirkan sesi persekolahan yang akan dibuka dan akan tiba bulan ramadhan tidak lama lagi, ujarnya.

Wan Hasrinah W. Hassan Ahli Majlis Ampang Jaya (MPAJ) Zon 4 merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor akan cuba mengusulkan permohonan ini kepada pihak Kerjaan Negeri terutamanya Exco Kerajaan Negeri Selangor Pengerusi Tetap Hal Ehwal Islam Adat-Adat Melayu, Infrastrukktur dan Kemudahan Awam , Y.B Dr Hasan Mohamed Ali dan Exco Kerajaan Negeri, Pengerusi Tetap Perumahan Pengurusan Bangunan Dan Setinggan Y.b Tuan Iskandar A. Samad membuat surat sokongan, mesyuarat khas bersama MAIS untuk tindakan sebaiknya dengan mendapat kerjasama Kerajaan Persekutuan bagi membantu semua mangsa yang terlibat agar meringankan bebanan mereka. Apa yang kita lakukan pada hari ini juga termasuk dalam agenda Kerajaan (PR) iaitu “Negara Berkebajikan” yang prihatin terhadap rakyatnya.



Editor : khaulah azwar

HARI ILMU DAN PESTA BUKU SELANGOR 2011 MENJANJIKAN KELAINAN



SHAH ALAM : Atas kejayaan sambutan hebat daripada pembaca di Negeri Selangor dalam Hari Ilmu Selangor pada tahun lalu, kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sekali lagi akan menganjurkan ‘Hari Ilmu’ yang bermula pada 24 Jun sehingga 3 Julai, 2011.

Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali berkata sambutan Hari Ilmu Selangor kali ini, saya meletakkan harapan kepada semua pucuk pimpinan di sekitar negeri Selangor dapat membantu memainkan peranan dalam menguar-uarkan konsep hari ilmu kepada seluruh rakyat di negeri ini.

Ujar beliau, “kempen ini merupakan diantara proses dan inisiatif kerajaan negeri dalam mendidik rakyat supaya sedar akan kepentingan membaca dalam kehidupan seharian. Tetapi konsep kali ini, kita mahu dipanjangkan, diperluaskan agar menjangkau lebih ramai lagi kita punya pembaca, itu adalah konsep kita nak membudayakan ilmu pembacaan ini.”

Sementara itu pula Pengarah PPAS, Mastura Muhamad berkata, “kelainan yang akan diangkat pada tahun ini bagi menarik lagi jumlah pembaca di Selangor adalah dengan memberi pelbagai jenis buku untuk dipamerkan”. “Kali ini tanggungjawab terletak kepada semua bahu penerbit dan pereka grafik buku. Maknanya untuk membuat orang terus membaca adalah tanggungjawab penulis untuk buat benda yang kreatif, menarik dan memberi faedah kepada pembaca itu sendiri”.

Malah menurut beliau lagi, buat pertama kalinya kempen “15 Minutes Reading Break” diperkenalkan bagi menjadikan amalan membaca selama 15 minit sebagai saat yang amat bernilai buat seluruh rakyat Selangor. “Kali ini kelainan kita adalah kita buat perhimpunan dan konvensyen penulis dan juga ‘Campaign 15 Minutes Reading Breaks’.

Kempen ini mendapat insiprasi daripada konsep Earth Hour.” Insyaallah, kempen membaca ini akan diadakan secara serentak di seluruh Negeri Selangor. Waktu sasaran ialah pada jam 10.45 pagi hingga 11.00 pagi, pada hari Ahad, 26 Jun 2011. Majlis dwi Perasmian Hari Ilmu dan Pesta Buku Selangor 2011 akan berlangsung pada 26 Jun ini di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Majlis bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pesta Buku Selangor 2011 akan disertai oleh pelbagai penerbit dan pengedar buku yang akan mempamerkan pelbagai buku-buku terbitan dalam dan luar negara dan sejumlah 150 buah gerai akan menyertai pameran ini. Sasaran pengunjung tahun ini adalah seramai 350,000, sebanyak 70 pempamer yang akan menyertai hari ilmu ini, antaranya adalah Al Hidayah House Of Publisher Sdn Bhd, Ana Muslim Distributor Sdn Bhd, Cerdik Publication Sdn Bhd, E-Media Publication Sdn Bhd, Ez Math, Galeri Buku Shabab dan pelbagai syarikat penerbitan lain.




Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI