Tuesday, November 20, 2012

Tazkirah : Cara Penasihat Yang Betul : Utz Amin


MB Teliti Projek Kondo Batu Caves


Saran MB Selangor Batalkan Projek Kondo Batu Caves

SHAH ALAM 21 NOV :  Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun)  Kota Alam Shah, M Manoharan meminta Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya sebagai Menteri Besar untuk membatalkan terus projek pembinaan kondominium di Batu Caves.

Beliau berkata,  projek tersebut tidak harus diteruskan kerana kawasan tersebut merupakan tempat beribadat penting untuk masyarakat India.

“Saya mencadangkan agar Menteri Besar tidak menangguhkan lagi perkara serius ini sebaliknya terus membatalkan semua keputusan yang dibuat sebelum ini.

“Saya juga yakin Tan Sri akan melakukan keputusan yang tepat dalam hal ini,” tegas beliau.

Tambahnya, sokongan kaum India terhadap kepimpinan Abdul Khalid juga dilihat semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Kalau Tan Sri bertanding di Batu Caves pun, pasti beliau akan menang dengan mudah kerana sokongan tinggi,” seloroh beliau.

Projek kondominium 29 tingkat di Batu Caves baru-baru ini mendapat pelbagai tentangan daripada pelbagai pihak terutamanya kaum India.

Majlis Perbandaran Selayang (MPS) kemudiannya mendedahkan dokumen salinan Minit Mesyuarat Penuh Bulanannya dan mendapati projek tersebut diluluskan pada 2007 iaitu ketika pentadbiran kerajaan Umno/BN lagi.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI