Wednesday, July 6, 2011

DPPNS ambil tindakan saman terhadap ketua polis


BATU CAVES – Jawatankuasa penduduk (JKP) mempertikaikan tindakan pihak polis yang telah menghalang penggunaan Dewan Orang Ramai Kampung Wira Damai, sejak awal pagi kelmarin. Mohd Safri Akin, 54thn salah seorang AJK JKP berkata, kejadian ini berlaku kira-kira 9.30 pagi.

“Saya benar-benar merasa hairan apabila pita garisan kuning polis telah dipasang di dewan berkenaan untuk kegunaan orang ramai tanpa sebarang notis dan perbincangan terlebih dahulu”.

“Kesan daripada tindakan ini, penduduk di sekitar DUN Batu Caves terutamanya Kg Wira Damai, Kg Nakhoda, Kg Laksamana yang sering mengadakan aktiviti di dewan ini tidak dapat menggunakan dewan tersebut untuk aktiviti setempat sejak pagi apabila pita garisan kuning itu di pasang”.

“Kita juga ada tanyakan perkara ini kepada anggota polis yang bertugas di situ, namun dimaklumkan ia arahan pihak atasan. Saya dan beberapa AJK Pemuda PAS Gombak sudah membuat laporan polis berhubung perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Selangor (DPPNS) Hasbullah Mohd Ridzwan mengakui akan mengadakan program ceramah berkaitan Bersih 2.0 yang diadakan di dewan berkenaan pada 9.30 malam kejadian dan ada membuat edaran flyer dan memasang kain rentang untuk memaklumkan program tersebut kepada rakyat. Beliau yang juga merupakan Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 13, polis sepatutnya hanya boleh menghalang penggunaan padang untuk program terbabit yang terletak di sebelah dewan berkenaan.

“Jika Dewan tersebut telah di tutup dengan meletakkan pita kuning sekitarnya ini menandakan adalah kawasan larangan dan sudah pasti penduduk tertanya-tanya dan takut untuk ke Dewan itu”.

“Penggunaan dewan itu, sepatutnya ia adalah dibawah pengurusan pihak Majlis atau Jawatankuasa Penduduk (JKP) setempat dan polis tidak boleh menghalang penggunaan dewan itu”.

Dalam kejadian itu terdapat sebuah van polis bergerak dan kereta peronda polis. Kira-kira 15 orang polis yang lengkap berpakaian seragam mengelilingi telah berada di kawasan Dewan tersebut yang menimbulkan suasana takut di kalangan orang tempatan yang melihatnya.

“Atas nasihat peguam kami, Dewan Pemuda Pas Selangor akan mengambil tindakan saman terhadap Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah berikutan isu ini dalam masa terdekat".

Ulasnya lagi, kejadian sebegini sudah berlaku beberapa kali di lokasi lain, termasuklah kawasan Gombak yang diadakan Ceramah baru-baru ini walaupun di kawasan Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Gombak Setia yang mempunyai premis telah di ganggu oleh pihak polis.

Tindakan polis ini dianggap tidak beretika dan biadap mengganggu kelancaran majlis ceramah yang hendak dianjurkan oleh Pemuda PAS Gombak malam kelmarin, katanya kepada media hari ini.


Editor : khaulah azwar

“ JAMBORI AMAL ISLAMI Sekolah Agama Rakyat Meriah”


KUALA SELANGOR: Baru-baru ini Jombori Amal Islami yang bertemakan Ruhbanun fillail wa fursanun finnahar (Umpama hamba di malam hari dan singa di siang hari) yang telah berlangsung di Kuala Selangor diadakan begitu meriah sekali.

Hal ini terbukti apabila Jambori tersebut mendapat sambutan yang sangat baik di semua Sekolah Agama Rakyat (SAR) di negeri Selangor yang ditunjukkan pada tahun lepas. Majlis tersebut telah mendapat kerjsama daripada Majlis Permuafakatan Institusi Pendidikan Islam Selangor (MAPPIS). (MAPPIS) yang ditubuhkan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Selangor adalah bertujuan untuk menaungi semua sekolah agama rakyat di negeri Selangor.

Berkata YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam majlis perasmianya”Alhamdulilah tahun ini kita diberi peluang untuk bertemu kembali dalam Jambori Amal Islami untuk semua sekolah agama. Penglibatan pelajar-pelajar di semua sekolah agama dalam mengambil bahagian samada pertandingan nasyid, sajak, puisi, bacaan Al-Quran, Hafazan, amatlah meningkat dan bakat yang dipendamkan oleh semua pelajar amatlah sangat membanggakan saya dan semua exco kerajaan negeri Selangor.

Seharusnya usaha mengasahkan bakat ini dipertingkatkan dari semasa ke semasa dengan inisatif sekolah untuk memberi peluang dan ruang kepada semua pelajar melibatkan diri dalam acara sedemikian. Ini adalah bertujuan bagi meyakinkan diri mereka untuk memantapkan kebolehan mereka dalam acara yang diminati, katanya. Menurut Khalid, seramai 1400 penyertaan dari 23 buah Sekolah Menengah Agama dan 100 orang guru pengiring telah menyertai Jambori tersebut. Dengan peningkatan tersebut insya-allah tahun hadapan kita akan mengadakannya sekali lagi yang boleh dikategorikan Jambori Tahunan. Hanya dengan pertemuan sebegini, guru-guru, pelajar dapat mengeratkan silaturrahim dan berkongsi pendapat tentang kemajuan sekolah masing-masing, katanya.

Sementara itu, Y.B Dr Hjh Halimah Ali selaku EXCO Pendidikan, Pendidikan Tinggi Dan Pembangunan Modal Insan merangkap Penasihat MAPPIS pula berkata, “Alhamdulilah, semenjak Kerajaan PR memerintah dinegeri Selangor ini, semua sekolah (SAR) mendapat perhatian dan perlindungan sewajarnya bahkan terus menikmati bantuan daripada kerajaan Negeri Selangor (PR)”.

Usaha bantuan ini dipertingkatkan dari semas ke semasa dengan menjaga kebajikan guru-guru seperti memberi kenaikan gaji untuk semua guru. “Saya percaya kenaikan gaji untuk semua guru KAFA, SAR telahpun diterima dan jumlah gaji guru terkini RM1300. Semoga bantuan kenaikan ini mampu menaiktaraf ekonomi pendapatan guru-guru yang sebelum ini mereka sukar untuk memperolehi kenaikan gaji dibawah pemerintahan kerajaan terdahulu (UMNO/BN). Meskipun keadaan ekonomi yang tidak memberangsangkan”.

Ini berbeza sama sekali, setelah PR memerintah di negeri Selangor selama 3 tahun lebih, banyak perubahan yang telah berlaku buat semua sekolah agama. Ini telah terbukti dengan hasil yang diperolehi oleh kerajaan PR, diberikan kepada rakyat kembali seperti menaikkan gaji guru sebanyak 2 kali. Justeru itu, dalam mengamalkan negera berkebajikan, selain menaikkan gaji guru, kerajaan negeri juga sentiasa menyalurkan dana buat semua sekolah agama setiap tahun untuk mempertingkatkan keupayaan sistem SAR agar terus berkembang maju”.

“saya berharap semoga bantuan yang diberikan oleh kerajaan PR, dapatlah semua guru-guru dan kakitangan SAR, KAFA mempertingkatkan produktiviti serta mutu kerja mereka bagi melahirkan Insan rabbani yang mampu menjadi khalifah Allah di muka bumi ini, insyaallah”, katanya. Turut hadir dalam Majlis Jombori Amal Islami YB Naib Canselor UNISEL, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Pegawai Daerah Kuala Selangor.


Editor : Khaulah Azwar

Anak ustazah Noridah, Selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda

Gombak : Perginya tidak akan kembali lagi, namun hati kami redha diatas ketentuan Allah SWT kerana Allah lebih menyayangi anak kami, kata pasangan ini , Ustazah Nuridah Mohd Salleh bersama Hj Mohd Azmi Azman (suaminya) ketika ditemubual oleh media pagi tadi di kediamannya yang terletak di Tmn Melewar.

Rumah Mantan Ketua Muslimat PAS Pusat telah dikunjungi orang ramai termasuk sanak saudara, saf-saf pimpinan PAS peringkat Kawasan, Pusat dan sahabat-sahabat seperjuangan.

Allahyarham adik Mohd Abdul Aziz B. Hj Mohd Azmi Azman berusia 11thn. Beliau telah pulang kerahmatuallah pada 3hb Julai, 2011 /1 syaaban pada jam 11:30 malam waktu di Malaysia manakala 5:30 ptg di Afrika Selatan.

Menurut , Hj Azmi sebelum ini allahyarham menerima pendidikan di Sekolah Abqari Gombak. Sekolah umminya kemudian melanjutkan pengajiannya di Johanesberg South Africa bermula bulan September, 2010 dan telah Berjaya menghafal Al-Quran sebanyak 7 Juzuk.

Allahyarham, mengadu sakit tulang belakang pada 20hb April, 2011. Apabila kami kesana untuk membuat pemeriksaan, Doktor mengesahkan anak kami mengalami Radang Tulang Belakang setelah membuat pemeriksaan yang rapi daripada kepala sehingga seluruh tubuh badannya.

Doktor juga mengatakan separuh daripada tulang tersebut telahpun reput dan kami telahpun membuat operasi pembedahan. Sebulan selepas di buat operasi pembedahan, kami lihat allahyarham mampu tersenyum dan boleh bercakap seperti biasa tetapi tidak boleh berjalan, katanya dengan tenang meskipun jelas kelihatan riak wajah mereka begitu sayu apabila kehilangan putera kesayangan yang merupakan anak ke 8 daripada 10 adik - beradik.

Sementara itu, ustazah Noridah yang merupakan AJK PAS Pusat pula berkata allahyarham merupakan anak yang periang dan sangat aktif. Allahyarham telah selamat dikebumikan awal pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Batu Muda bersebelahan kubur Allahyarham Ustaz Al-Fadhil Hassan Syukri.

Alhamdullilah, rezeki anak kami ditempatkan bersebelahan dengan Allahyarham ustaz. Semoga Allah menempatkan mereka ditempat golongan orang yang beriman dan amal solih.

Beliau sempat memberi tazkirah ketika ditemubual oleh media, kepada Allah kita datang dan kepadanya akan dikembalikan. Setiap kita akan mengalami kematian tetapi tidak tahu bila akan berlaku. Memang tarikh kelahiran kita semua tahu tetapi sukar untuk kita tahu bila tarikh kematian kita, justeru itu berbanyakkan amal ibadah dan selagi hidup teruskan perjuangan islam yang merupakan kesinambuangan junjungan besar Nabi Muhammmad saw.

Semoga amalan ini satu bekalan untuk kita bagi bertemu dengan Allah SWT di alam barzakh. Semoga kematian ini sebagai satu peringatan buat kita semua.

(Allahyarham Abd Aziz berkopiah Hitam)..Al-fatiha buat beliau..

Editor : khaulah azwar

“Walaupun disekat Taklimat dalaman tetap diadakan”


Rawang – Pihak penganjur dan penyokong Himpunan Bersih 2.0 akan meneruskan nekadnya untuk adakan Himpunan bersih meskipun pihak kerajaan telah memberi amaran keras.

Taklimat berkaitan Himpunan ini tetap akan diberikan dari semasa ke semasa di satu lokasi sekitar Rawang, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Selayang, Rahimi Ibrahim, petang tadi.

Menurutnya “Antara mereka terlibat perjumpaan ini adalah terdiri daripada ketegori A yang juga penyokong hard core usaha kami ini. Insya-allah beberapa lagi program yang sama akan diadakan selepas ini”.

“Biarpun pihak tertentu menghalang usaha kami ini, tetapi kita percaya ia tetap akan diteruskan oleh rakyat lebih-lebih lagi kalangan anak muda. Himpunan ini akan dijalankan secara bertata tertib sekiranya tiada halangan provokasi pihak tertentu,” katanya. Rahimi berkata demikian selepas taklimat berkenaan yang telah dihadiri sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei dan wakil AMK Selangor".

Ujarnya lagi, masih banyak cara bagi menyampaikan maklumat berkaitan kepada penyokong Bersih 2.0 seperti melalui sistem pesanan ringkas, talian telefon atau laman sosial, biarpun usaha mengadakannya dihalang oleh pihak berwajib. Taklimat Himpunan Bersih dihadiri hampir 100 orang dengan pakaian T shirt kuning dengan logo Bersih 2.0,


katanya Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI