Monday, July 12, 2010

Akhirnya Aku pergi Juga, Ya-ALLAH Engkau mengetahui segalanya..


Setiap detik masa berlalu bagi ana amat bermakna, kini kenangan bersama JKP Zon 11 hanya tinggal kenangan buat ana.

Berat juga kaki meninggalkan "pejabatku syurgaku" yang banyak meninggalkan kenangan pahit manis ana bersama sahabat2 JKP, namun apakan daya mungkin ini yang terbaik untuk Pengurusan JKP Zon 11 yang diterajui KZS.

Daripada jauh ana harap agar JKP Zon 11 terus maju kehadapan dan mendapat "the best services" pada rakyat.

Jumaat lepas merupakan hari terakhir ana clearkan kerja-kerja JKP. Hampir 7 mlm ana setledkan semua kerja pegnurusan JKP. Serah kepada ALLAH swt yang menentukan segalanya, kerana ana tidak mahu KZS susah hati, biarlah pemergian ana dengan memudahkan urusan dirinya dan dirinya mendapat ketenangan dalam menjalankan tanggungjawab menerajui JKP Zon 11 ini dengan sebaiknya.

Alhamdulilah dipanjat kesyukuran kepada ILAHI dalam kesuntukan masa ana diberi kesempatan oleh ALLAH swt untuk menerbitkan Buletin JKP Zon 11 Edisi 2 dengan bertemakan "Merakyatkan Informasi JKP Zon 11".


Buletin tersebut telah diterbitkan pada awal Julai, 2010. Akhirnya hasil penulisan ana yang banyak kelemahan ini dapat diterbitkan juga, terima kasih ya-ALLAH atas pertolongan mu diberi kekuatan untuk terus bermujahadah dan menjalankan tanggungjawab ana disini, terima kasih juga buat KZS yang begitu memahami keadaan diri ana.. cuma ana sahaja sering membuatkan dirinya terluka sehingga terjadinya begini.. ya-ALLAH ampunilah dosa hambamu ini jika hambamu ini bersalah...:( Namunpun begitu kasih sayang ana padanya sebagai Pimpinan ana tetap seperti dulu juga.. walaupun ana tidak layak menerimanya.. Ksh sayang krn ALLAH, mg diredha olehNya..


Alhamdulilah.. segala urusan ana dimudahkan sebelum ana meniggalkan JKP Zon 11 setidak2nya ana dapat menerbitkan Buletin dalam memberi khidmat masyarakat yang diterajui oleh KZS dan ana sebagai P.A nya yang mungkin tidak sehebat orang lain.. ana akui itu semua..tetapi akan ana perbaiki diri dan kelemahan ini sebaiknya, insya-ALLAH..

Pertama kali bila ana diberi peluang untuk berkhidmat sepenuhnya dalam kerja jemaah untuk membantu pengurusan MPS ana nekad akan cuba membantu dirinya dengan kemahiran yang ana ada yang diberikan oleh ALLAH swt pada ana, yang mungkin tidak sehebat orang lain, tetapi apa yang ALLAH swt berikan ana terlalu bersyukur dan akan cuba membantu dirinya, insya-ALLAH.

Itu janji ana semasa ana diterima sebagai P.A Ahli Majlis, insya-ALLAH ana akan buat terbaik dalam menaikkan pentadbiran PAS.

Tetapi dalam kita membuat kerja kadangkala kita tidak lepas melakukan kesilapan. Ana akui diri ana yang banyak kelemahan, setiap manusia ada kelemahannya dan diberi peluang untuk perbaiki diri kearah kebaikan tetapi...


Tidak mengapalah, ALLAH swt itu maha mengetahui apa yang terjadi sebenarnya. Ana tidak berkecil hati namun ianya menjadi ana lebih matang berfikir dan berhati-hati dalam semua perkara.. terima kasih buat sahabat2 dan KZS yang banyak memberi tunjuk ajar dalam segala urusan. Insya-ALLAH ana akan belajar itu semua dan buat yang terbaik dari masa akan datang.
Semoga pemergian ana akan digantikan insan yang lebih baik dalam semua aspek, dan sentiasa menjadi tulang belakang kepada KZS. Semoga dirinya diberi kekuatan dalam mentadbir JKP Zon 11, insya-ALLAH ana sentiasa doakan yang terbaik untuknya dan semua sahabat2 JKP yang menerajui kawasan ini.

Moga pertemuan dan perpisahan bersama sahabat2 diberkati olehNya, semoga amalan dan sumbangan ana yang tidak seberapa ini di Zon 11 diterima oleh ALLAH swt.

Semoga ALLAH gantikan ana rezki yang lebih baik dan bertemu sahabat2 yang solih dan soliha.. memahami antara satu sama lain, sesungguhnya ALLAH swt mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.. Munajat seorang hamba tidak pernah terputus..alhamdulilah diperkenankan segala doa hambanya...berpegang teguh dengan Al-Quran dan yakin dengan pertolongan ALLAH swt, insya-ALLAH, disitu ada barakahnya dengan solat dan sabar..


Teringat kata2 Tok guru Nik Aziz "hargailah setiap kerja dan pandangan orang lain kerana itu adalah ilham daripada ALLAH swt padanya, jgn kita memandang remeh setiap pandangan orang." So disitulah ana berpegang dengan kata2 dalam menerima pendapat adk2 jemaah dan sahabat2 ana..

So apa yang berlaku ALLAH mengetahui segalanya, mereka merancangan ALLAH juga merancang untuk hambanya..moga perjalanan ana seterusnya diberkati olehNya, meskipun tidak berkhidmat di JKP, Namun ana harap diberi kesempatan meneruskan pena untuk berkarier untuk sahabat2 ana yg diamanahkan dalam Ahli Majlis dan pimpinan.. jika mereka masih perlukan khidmat ana lagi..


Perjalanan ini sangatlah jauh dan akan diteruskan tanggungjawab sebagai khalifah untuk meneruskan pena ini dalam membantu menyebarkan risalah kepada rakyat, insya-ALLAH..


Ana teringat kata2 kartunis zunar semasa p.raya hulu selangor "Mereka boleh buang, jatuhkan saya, rampas penulisan saya tetapi mereka tidak boleh matikan pemikiran saya, saya akan terus sebarkan politik kotor UMNO/BN kepada rakyat," alhamdulilah jiwa seorang penulis yang terlalu kental dalam mengarang.. so disitu ana mengambil semangat daripadanya.. untuk meneruskan tanggungjawab ana.. semoga dimudahkan urusan..amiinn ya rab..

Kehadirannya memberi sinar pada ana, kini memulihkan semangat ana saat ana berduka , terima kasih ya-ALLAH mengirimkan ana insan2 yg berhati mulia membantu hambamu..ana akan membantu dirinya dengan sebaiknya..insya-ALLAH..


Syukran juga tidak terhingga buat bonda yang amat ana kasihi sentiasa mendoa dan merestui tugasan ana.. dan semua shbt2 seperjuangan di Cawangan Tmn Selayang yang tidak jemu2 mendoakan kejayaan ana untuk mendapat rezki yang lebih baik.. doa dan yassin hajat kalian amat ana hargai..moga ALLAH swt layak membalasnya...

Semoga ALLAH berkati ana ditempat ini dan ana harap perlindungan ALLAH diberi setiap langkah ana lalui.. "Berbuat baik kepada semua orang meskipun kejahatan dibalas, kata2 tok gurtu Hadi Awang.." ana akan buat terbaik dengan pengalaman yang telah ana lalui dan harus lebih berhati2 dalam semua aspek selepas ini..andai ana terlupa semoga teguran kasih syg ALLAH diberi..


Ya-ALLAH maradhatillah..suatu sudah tiba masanya nanti kita kembali kepadanya juga, disitulah amal perbuatan kita dibentangkan oleh ALLAH swt satu persatu walaupun sekecil zarah.. dia maha mengetahui isi hati hamba2nya..

KZS doaku sebagai adk jemaahmu sentiasa bersama,s emoga ALLAH merahmati setiap langkahmu dan dimudahkan urusan seterusnya.. amiin ya rab..

Retreat sahkan sokongan Melayu kekal kepada PAS

KUALA LUMPUR, 12 Julai: Pemukiman tiga hari PAS bermula Jumaat hingga Ahad lalu di Port Dickson merumuskan parti itu tidak mengalami penurunan sokongan Melayu seperti yang didakwa pihak tertentu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata berdasarkan analisis yang dibuat, sejak Pilihan Raya Umum (PRU) 1995 sehingga PRU 2008, undi Melayu terhadap PAS konsisten dan menyaksikan sedikit peningkatan.

"Pada PRU 1995 undi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus, 1999 kita mendapat lonjakan sehingga 55 peratus ekoran isu pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kabinet.

"Pada PRU tahun 2008, sokongan Melayu terhadap PAS antara 42 hingga 46 peratus.

"Ini membuktikan bahawa PAS tidak kehilangan pengundi teras Melayu selama ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai menolak dakwaan pihak tertentu bahawa PAS mengalami kemerosotan sokongan Melayu ekoran kerjasama parti itu dalam Pakatan Rakyat.

Dakwaan itu dibuat ekoran serangan hebat terhadap PAS oleh Umno ketika parti itu berusaha untuk mengekalkan kedudukannya walaupun sokongan untuk rakan-rakannya dalam BN hilang.

Dalam pilihan raya 2008, sokongan pengundi luar bandar kepada PAS tidak tinggi bukannya kerana mereka Melayu tetapi kerana maklumat dari PAS dan rakan-rakannya tidak sampai kepada mereka.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, PAS memperoleh 45 peratus sokongan Melayu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bukit Gantang sewaktu Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin menjadi calon.

"Itu tidak termasuk sokongan Melayu di Kelantan, kalau diambil kira Kelantan, sokongan Melayu lagi la tinggi," tambahnya lagi.

Pemukiman hujung minggu lalu itu disertai Mursyidul Am serta ahli Majlis Syura PAS serta Presiden dan AJK PAS pusat yang lain.

Ianya antara lain bagi merangka persedian PAS menghadapi PRU ke-13.

Dalam pada itu retreat tersebut juga merumuskan bahawa yang menghakis kepentingan Melayu seperti termaktub dalam perkara 153 Perlembagaan adalah Umno BN.

Menurutnya, isu memperkenal Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dan isu penukaran sistem kemasukan ke IPT dari kuota ke meritokrasi antara contoh penghakisan hak Melayu oleh Umno BN.

Sehubungan itu jelasnya, atas sebab itu PAS juga memutuskan akan memulakan usaha lebih konstruktif melindungi hak orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan tanpa menafikan hak kaum-kaum lain sebagai warga negara Malaysia.

"Teras kita adalah keadilan kepada siapa yang berhak.

"Semua parti dalam Pakatan Rakyat pada konvensyen lalu sebulat suara telah bersetuju mempertahan apa sahaja yang termaktub dalam perlembagaan," katanya.

Skandal Pegawai Kewangan Negeri Dato' Arif Ahli UMNO kawan Baik Khir Toyo..- Siri 1



Kami menerima satu dokumen kerajaan negeri Selangor seperti gambar di atas beberapa minggu yang lepas (Klik gambar untuk besarkan). Dokumen tersebut diterima daripada beberapa orang kontraktor yang mendakwa mereka telah dianiaya oleh kerajaan negeri Selangor. Ianya adalah berkenaan satu projek penyelenggaraan parit dan longkang di kawasan MPSJ yang melibatkan kos berjumlah 3 juta dibawah peruntukan MARRIS dan membabitkan perlantikan kontraktor sebanyak 27 syarikat (masing-masing akan memperolehi lebih 100 ribu untuk tempoh setahun).

Sekali tengok macam surat biasa dan tidak ada apa-apa isu berbangkit. Tetapi apabila pihak kami menyiasat lebih lanjut, ianya ternyata menyerlahkan penyelewengan dan salahguana kuasa melibatkan pentadbiran tertinggi kerajaan negeri Selangor dan Majlis Perbandaran Subang Jaya yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah kerajaan yang diwar-warkan sebagai telus dan berintegriti.



Surat ini juga menyerlahkan begitu rakus dan berkuasanya seorang Pegawai Kewangan Negeri yang bernama DATO’ MOHD ARIF ABDUL RAHMAN (seperti dalam gambar di atas) sehingga keputusan boleh dibuat oleh beliau sendiri dengan membelakangkan peraturan yang ada. Mungkin juga Dato Arif masih mengelamun teringat kerajaan yang lama yang pernah memberi beliau kuasa penuh untuk menyusun senarai kontraktor peribadi yang beliau rasa “layak” dan mampu memberi pulangan lumayan entah kepada siapa.

Mengikut maklumat yang kami dapat, senarai kontraktor untuk melakukan kerja tersebut telah dibuat oleh seorang pegawai yang tidak kurang hebatnya di MPSJ iaitu Puan AZURA. Yang lebih sensasinya pula, si Azura ni memang agak rapat dengan Dato Arif kerana Dato Arif pernah menjadi bos beliau sewaktu Dato Arif menjadi YDP MPSJ suatu ketika dahulu. Bagi Azura, Dato Arif lah bos beliau dulu kini dan selamanya. Entah apalah agaknya kesefahaman antara mereka berdua.

Setelah senarai kontraktor tersebut diserahkan kepada Dato Arif oleh MPSJ (Azura), beliau dengan segera meluluskannya melalui surat tersebut.

Soalan kami :
-apakah sebenarnya prosedur perlantikan kontraktor tersebut?
-siapakah yang bertanggungjawab memilih senarai kontraktor tersebut?
-apakah Dato Arif berkuasa penuh meluluskan permohonan tersebut tanpa perlu merujuk kepada mana-mana pihak terlebih dahulu?
-siapakah EXCO Kerajaan Negeri Selangor yang terlibat dalam pemilihan kontraktor ini?
-adakah EXCO yang berkenaan terlibat juga dengan skandal ini?

Dalam isi kandungan surat kelulusan yang dikeluarkan oleh Dato Arif tersebut, ada dua isu yang perlu diberi perhatian serius yang secara terang telah menyalahi peraturan Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor yang Dato Arif sendiri menandatanganinya sebagai pegawai kewangan negeri.

1.Perlantikan Kontraktor Secara Lantikan Terus

Agak menghairankan bagaimana Dato Arif sebagai pegawai kewangan negeri begitu jahil sehingga bertindak meluluskan perlantikan kontraktor tersebut secara lantikan terus. Mungkin juga nafsu serakah menenggelamkan akal waras beliau.

Kerajaan Pakatan Rakyat sejak dari awal lagi telah mengumumkan bahawa sudah tidak ada lagi perlantikan kontraktor secara terus boleh dilakukan bagi membezakan kerajaan baru dengan kerajaan dulu. Semuanya akan dibuat secara tender terbuka. Perkara tersebut telah menjadi rasmi apabila diwartakan di dalam Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor seperti berikut;






2. Kontraktor tidak berdaftar dengan Unit Perancang Ekonomi Selangor (UPEN)

Setelah disemak daripada senarai 27 kontraktor yang diluluskan tersebut, hanya 6 kontraktor sahaja yang berdaftar dengan pihak UPEN sedangkan berdasarkan kepada Surat Pekeliling Perbendaharaan Negeri Selangor, “semua perolehan Kerajaan Negeri hendaklah menggunakan senarai kontraktor yang berdaftar dengan UPEN” sahaja.

Jadi, berdasarkan kepada 2 isu yang disebutkan di atas, amat jelas Dato’ Arif telah melakukan satu jenayah penyalahgunaan kuasa dan perlu di ambil tindakan oleh pihak berwajib dengan segera.

Kerajaan negeri Selangor dan SPRM perlu menangani isu ini dengan segera. Kami mendapat maklumat daripada “bahagian perisikan” kami bahawa pihak SPRM telahpun memulakan siasatan mereka terhadap kes ini.

Dato’ Arif bukan calang-calang orang. Kami harap SPRM tidak sama dengan BPR dulu. Kalau dulu sewaktu beliau bertugas di pejabat daerah Sepang, kes beliau menipu berkenaan pembelian kereta perdana milik peribadi telah di senyapkan gara-gara “hubungan” beliau yang agak istimewa dengan pihak BPR. Sekarang pun kami tahu yang Dato Arif masih ada hubungan istimewa dengan beberapa orang pegawai SPRM di Selangor dan di Ibu Pejabat. Tetapi kami masih menaruh keyakinan bahawa imej SPRM sudah jauh berubah dibandingkan dengan BPR dahulu. Semoga kayakinan kami tidak didustakan. Kami akan melihat dengan dekat sejauh mana kes ini berjalan.

Kepada sesiapa yang belum mengenali Dato Arif….tunggu!! Kami ada banyak lagi cerita menarik mengenai beliau untuk dikongsi bersama.


sila layari http://www.skandalselangor.blogspot.com/

Hasrat & Permohonan Penduduk Kg Sg Pusu Tercapai “Rapid KL”


Kg. Sg. Pusu, Gombak – Tercapai sudah hasrat permintaan penduduk sekitar Kg. Sg Pusu setelah selama 50thn permerintahan kerajaan dahulu tidak dapat mengatasi masalah kenderaan awam memasuki ke kawasan tersebut.

Alhamdulilah dengan berkat kesungguhan dengan mengadakan Sesi Dailog Kemudahan Awam di Kg Sg Pusu pada bulan Jan, 2010 yang lalu bersama YB Dato’ Dr. Hassan bin Haji Ali, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam merangkap Adun Gombak Setia bersama Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR telah memberi sinar baru kepada semua penduduk tersebut setelah masaalah pengangkutan dapat diatasi dengan sebaiknya apabila kenderaan Awam rapid KL telah digunakan oleh penduduk disini pada Awal bulan mac, 2010.

Lawatan Y.B Dato’ Hasan baru-baru ini di Kawasan Kg. Sg Pusu untuk bertemu rakyat telah melihat sendiri kemudahan Awam Rapid KL telah memasuki kawasan tersebut.

Y.B Dato’ Hasan melahirkan kesyukurannya kerana segala urusan dipermudahkan dengan kerjasama semua pihak dalam membantu masaalah rakyat dibawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat (PR). ” Terima kasih kepada Pengarah Perancangan Bandar & Desa (En. Jaafar), Syarikat Bas Rapid, Pej Tanah, Pej. Daerah, MPS & JKR yang sangat komited dan memberi kerjasama mengatasi masaalah ini dengan sebaiknya dalam jangkamasa 2 bulan sahaja. Harapan saya kerjasama ini akan terus terlaksana daripada semasa ke semasa untuk memberi khidmat kepada masyarakat dengan sebaiknya, katanya.

Sehubungan dengan itu, Ketua Kg. Sg Pusu merangkap AJK PIBG Sekolah, Hj Yunus Hj Ishak mewakili penduduk Kg Sg Pusu dan pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Y. B Dato’ Hasan dan semua agensi yang terlibat telah memberi kerjasama dan memberi perhatian permasalahan ini dan sentiasa mengambil perhatian terhadap setiap aduan yang dibuat.

Ini merupakan masaalah besar setelah sekian lama diimpikan oleh Penduduk untuk mendapatkan kemudahan awam agar memasuki kawasan ini dapat diatasi segera kerana kami merasa kasihan terhadap anak-anak terutamanya yang hendak ke sekolah tiada kemudahan awam bagi menuju ke tempat destinasi.

Alhamdulilah setelah pihak PKM DUN Gombak Setia mengambil inisatif dengan mengadakan Sesi Dailog bersama penduduk pada Jan, 2010 yang lalu kini telah menyelesaikan masaalah tersebut dan bermula pada Awal bulan Mac, 2010 penduduk telah mengecapi nikmat tersebut dengan penyediaan kemudahan Awam Rapid KL.

Walaubagaimanapun, baru-baru ini atas permintaan pihak PIBG Sekolah dan penduduk agar pihak Y.b Dato’ Hassan dapat membantu megusulkan permintaan mereka dengan menambahkan bilangan kemudahan Awam tersebut kerana yang sediaada kini tidak megcukupi dan apabila tiba waktu kemuncak, pelajar, guru dan orang awam terlalu ramai sehinggakan terpaksa menunggu bas lain dengan mengambil masa yang lama bagi menanti pengangkutan yang lain tiba.

Kadangkala rasa lewat juga untuk ke destinasi apabila pengangkutan yang telah disediakan tidak mengcukupi. Jadi insya-ALLAH usul ini akan saya bawa kepada pihak pengurusan PKM Dun Gombak Setia dan diharap mendapat perhatian oleh Y.b Dato’ Hassan bagi mengatasi masaalah ini.

Sementara itu, pengerusi PIBG sekolah Kg Sg Pusu Tn Hj. Asri berkata kepada Hj Yunus dalam mesyuarat PIBG, beliau bagi pihak sekolah melahirkan kegembiraan dan berterima kasih kepada pengurusan Y.b Dato’ dan semua badan agensi yang terlibat dalam menangani masaalah kemudahan awam ini dan kini pelajar, guru-guru disini tiada lagi masaalah datang lewat ke sekolah cuma harapan kami agar ditambahkan bilangan kemudahan Rapid KL kerana apa yang kami lihat pelajar dan guru sering tersangkut apabila bas Rapid KL sudah memasuki ke kawasan Bt. 12 ia sudah penuh dan tiba sahaja di Bt. 8 dan 9 bas tidak mengambil penumpang lagi dan terpaksa menunggu lama juga untuk menanti bas lain.

Walaubagaimanapun kami rasa berpuas hati juga dengan pentadbiran Pakatan Rakyat (PR) tindakan yang wajar telah diambil perhatian dan memberi kepuasan hati kepada penduduk disini daripada kemudahan awam tersebut tiada langsung setelah sekian lama dibuat permohonan dibawah kerajaan dahulu tidak diambil perhatian, katanya.


Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI