Friday, April 15, 2011

BN Menang di UPU Bajo

Tanjung Datu - Ketua Pengarah Unit Peti Undi (UPU) Bajo, Pn. Rohaya Razali melaporkan ke media menyatakan bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengahari tadi semua rakyat sarawak di UPU kawasan ini telah keluar mengundi.

Jumlah keseluruhan undi di UPU Bajo seramai 290 orang, namun yang telah keluar seramai 226 sahaja menjalankan tanggungjawab mereka sebagai pengundi.

Menurutnya calon BN Adenan Satem menang sebanyak 212 undi, Calon PAS, Nani Sahari 10 Undi dan calon Bebas, Gilbert Asson ak Kulong menang hanya 1 Undi. Terdapat kerosakan di kertas undi iaitu Kertas Undi parti Bebas dan kertas Undi PAS kerana pengundi memangkah kedua-dua kotak yang disediakan, 1 rosak pada kertas undi BN.

Editor :khaulah azwar

SPR tidak membenarkan petugas mengiringi calon N3 Nani Shari

Tanjung Datu, 16hb April, 2011 - Suasana pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak ke 10, 2011 menjadi semakin hangat walaupun sebelah paginya suasana begitu tenang.

Bemula jam 8:00 pagi tadi, Calon N3 Tanjung Datu, Nani Sahari yang diiringi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat, YB Dr Mohd Hatta Md Ramli bersama petugas-petugas Pakatan Rakyat (PR) telah bergerak ke Unit Peti Undi (UPU) 7, Kg Sebemban untuk bertemu petugas-petugas dan pengundi disitu. Disamping itu juga melihat senario mengundi di Sekolah Men. Keb. Lundu .

Media difahamkan oleh Pn.Sham yang merupakan petugas pilihanraya disitu melaporkan bahawa bermula jam 8:00 pagi sehingga 10:20 pagi hanya seramai 253 pengundi yang telah keluar mengundi di lokaliti tersebut.

Beliau juga mengharapkan agar rakyat Sarawak yang masih belum menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi disitu dapat keluar dengan segera kerana tempoh akhir mengundi di lokasi ini akan berkahir jam 1.00 tengahari.

“Menurutnya lagi pada jam 10:30 pagi, petugas yang bertugas di bangsar panas di UPU Seling yang bertempat di Sekolah Kebangsaan Bumiputra Lundu, berlakunya satu halangan kepada petugas-petugas PR bersama Y.B Dr Hatta yang mengiringi calon (N3) , Nani Sahari oleh pihak SPR. Mereka tidak dibenarkan masuk kekawasan ini. SPR menyatakan sekiranya ramai yang mengiringi calon akan memberi gangguan kepada orang ramai yang datang mengundi”.

"Walaubagaimanapun Y.B Dr Hatta yang mengiringi calon, tetap masuk ke kawasan tersebut kerana mempunyai kuasa untuk mengiringi calon. Jumlah pengundi di lokaliti ini adalah seramai 904 orang".

Di UPU Stunggang yang merupakan kubu kuat UMNO-BN pula berlakunya kekecohan perang mulut oleh pihak lawan dan pembangkang. Katanya, sudah menjadi adat dalam pilihanraya dimana-mana sahaja pasti akan berlaku perang mulut untuk meraih undi namun ianya berjalan dengan baik tanpa berlaku cetusan provokasi mana-mana pihak, katanya.



Editor : khaulah azwar

70% di UPU Rambungan dan di UPU stoh pula seramai 65% keluar mengundi

Tanjung Datu 16hb April, 2011 - Tempoh mengundi bagi kawasan Unit Peti Undi (UPU) Rambungan dan (UPU) Stoh telah berakhir jam 12 tengahari tadi.

Media difahamkan oleh petugas Pilihanraya Negeri (PRN) Sarawak, Pn. Sham menyatakan," alhamdulilah kesemua tempat yang telah dibuat pemantauan didapati rakyat Negeri Sawarak telah menjalankan tanggungjawab mereka sebagai rakyat dengan melaporkan diri mereka di tempat pusat mengundi seawal pagi tadi. Kedatangan pengundi-pengundi di tempat lokasi mengundi seawal ini menunjukkan rakyat disitu inginkan satu perubahan besar dengan beriltizam untuk memilih calon pimpinan terbaru yang layak untuk menerajui Negeri Sarawak itu.

Dengan fenomena yang berlaku dalam pilihanraya kali ini, membuatkan sermua rakyat malaysia khususnya rakyat Negeri Sarawak menjadi teka teki, siapakah pemimpin yang benar-benar layak mentadbir negeri itu setelah Negeri Sarawak yang ditakluki sekian lama oleh UMNO-BN yang diterajui oleh Tan Sri Taib Mahmud tidak membawa sebarang perubahan walaupun UMNO-BN 50thn memerintah.

Katanya, Jumlah rakyat Sarawak yang telah keluar mengundi seramai 70% di UPU Rambungan dan di UPU stoh pula seramai 65%.

Semoga dengan kesungguhan yang ditunjukkan oleh pengundi disini akan membawa perubahan pentadbiran negeri sarawak, katanya ketika dihubungi.

Editor : khaulah azwar

Pengundi keluar awal di Muara Tuang


MUARA TUANG, 16 April: Calon PAS di N15 Dun Muara Tuang, Noraini Hamzah optimis pengundi mahu membuat perubahan apabila melihat peratusan keluar mengundi yang meningkat berbanding pilihan raya lepas.

Beliau berkata, setelah melawat lima tempat membuang undi di Dun tersebut, beliau dapat melihat situasi yang positif dari sudut kesedaran untuk keluar mengundi.

"Alhamdulillah saya berpuas hati dengan situasi pengundian di sebelah pagi ini.

"Saya yakin pengundi mahu membuat perubahan kerana saya difahamkan sebelah pagi ini sahaja, peratusan keluar mengundi di Dun ini sudah lebih 40 peratus," kata beliau ketika ditemui di Sekolah Menengah Muara Tuang.

Cuaca baik pagi ini juga membantu pengundi untuk keluar menunaikan tanggungjawab mereka lebih awal.

Terdahulu Noraini turut membuang undi di Sekolah Kebangsaan Dato' Traoh pada jam 8.15 pagi.

Selepas ini beliau akan melawat beberapa lagi tempat membuang undi sebelum berehat untuk solat Zuhur.


Peluang perlu diberi kepada sesiapa sahaja untuk memperbaiki diri


Kg Ulu Kalong, Ulu Yam – Mudir (Pegetua) Sekolah Mahad Tahfiz Al-Quran Al-Kholidi, Ustaz Yunus Kamaruddin (42thn) disini melahirkan rasa kesyukurannya kerana hasrat untuk membina Sekolah Tahfiz akhirnya tercapai.

Terdahulu media difahamkan Sekolah Tahfiz ini dibina dengan menyewa 2 buah rumah di Ukay Perdana, Hulu Klang pada tahun 2008. Tetapi telah berpindah ke Ulu Yam kerana menurutnya rumah yang disewa untuk dijadikan sekolah tahfiz disewa dengan mahal dan lokasinya juga tidak sesuai digunakan untuk membimbing pelajar-pelajar yang membuat hafazan al-quran didedahkan dengan keadaan yang terbuka sehingga boleh merosakkan minda mereka yang sekali gus akan mempengaruhi diri mereka dengan hal keduniaan semata-mata. Rentetan daripada itulah beliau berazam mewawarkan kepada masyarakat luar yang ingin membuat saham akhirat bagi membantu membina Sekolah Mahad Tahfiz tersebut.

Yunus berkata, “Alhamdulilah berkat dengan usaha dan doa yag tidak terputus akhirnya hasrat yang murni ini tercapai juga apabila seorang insan yang senang di panggil ummi sudi menampilkan diri untuk menghulurkan bantuan dengan mewakafkan tanah seluas 2 ekar untuk dijadikan sekolah”.

Saya bersama isteri dan pihak pengurusan Sekolah benar-benar rasa terharu dengan bantuan yang diberikan oleh ummi sekeluarga. Menurut ummi tanah tersebut daripada tidak dijaga lebih baik diwakafkan untuk membantu orang lain yang benar-benar memerlukannya. Tanah tersebut peninggalan suaminya yang telah pulang kerahmatuallah tujuh tahun yang lalu dan dijadikan kawasan dusun. Dengan kesibukan ummi dan anak-anak, mereka tidak berkesempatan untuk menjaganya. Dengan itulah ummi mewakafkan tanah ini kepada pihak kami”.

Menurut Yunus, Sekolah Tahfiz yang dibina semenjak 2008 telah mendapat sambutan yag baik daripada masyarakat. Setiap tahun kemasukan pelajar begitu ramai namun disebabkan kawasan sekolah dan kelas yang terhad maka kita terpaksa menolaknya dan menyalurkan kepada sekolah tahfiz lain. Setakat ini bilangan pelajar yang telah belajar disini semenjak 2008 seramai 106 pelajar dan mereka telahpun keluar dengan melanjutkan pelajaran di Negara Malaysia dan Luar Negara bagi menyambungkan pengajian mereka.

Katanya, “Syarat bagi kemasukan pelajar disini, kami tidak meletakkan sebarang syarat kerana kami sentiasa memberi peluang kepada masyarakat luar untuk menjadikan anak-anak mereka sebagai seorang hafiz al-quran. Ada juga ibubapa mereka sudah hampir berputus asa apabila melihat peribadi anak-anak mereka dirumah mahupun disekolah yang sukar untuk dibentukkan lagi. Walaupun telah dicuba dengan berbagai cara namun fenomena luar kuat mempengaruhi anak-anak mereka. Maka dengan jalan terakhir mereka membuat keputusan untuk meletakkan anak-anak mereka di Sekolah Mahad tahfiz dimana ibubapa/penjaga yakin anak-anak mereka akan berubah juga dengan bimbingan dan tarbiyah (didikan) yag diberikan oleh mualim (guru) disini.

Bagi saya peluang perlu diberi kepada sesiapa sahaja untuk memperbaiki diri kearah kebaikan. Kalau dulu sebelum kehadiran mereka disekolah tahfiz jiwa mereka kosong, tidak minat dengan al-quran, cuba melarikan diri dari sekolah namun dalam tempoh sebulan mereka banyak berubah kerana telah diberikan didikan, sentuhan yang menyusuk jiwa dengan zikruallah santapan rohani yang telah diberikan kepada mereka. Dengan segala bimbingan kaunseling daripada guru-guru disini akhirnya hati yang keras menjadi lembut. Daripada tidak boleh mengaji dengan baik akhirnya mereka mampu menghafal ayat-ayat al-quran beberapa bulan sahaja jika mereka displinkan diri dengan baik. Tempoh bagi pelajar-pelajar disini menghabiskan pengajian mereka selama 3tahun yang merangkumi Hafazan dan Fardhu Ain. Mereka juga didedahkan dalam Ilmu Taraqi, Pengajian Kitab, Kelab Bahasa Arab, Sirah Nabi dan Hadis.

Dalam tempoh tersebut pelajar-pelajar sudah mampu menghafaz 30 juzuk al-quran dan dalam masa yang sama juga mereka mempelajari Ilmu syahadah (Ulangan) dalam tempoh enam bulan di Selangor, Institut Tahfiz akan hantar ke dalam atau luar negeri. Setakat ini ada beberapa pelajar yang telah dihantarkan ke SINARDAM SYIK di S.Alam Seksyen 13 bagi meneruskan pengajian mereka.

Menurut Yunus pelajar-pelajar hafiz perlu mengikut pengajian selama 3thn kerana mereka perlu membetulkan bacaaan mereka dengan tepat, perbaiki akidah dan akhlak mereka. Hati seorang hafiz perlu bersih daripada berbagai sifat-sifat mazmumah terlebih dahulu dengan dilakukan solat taubat dan berbagai amalan lain. Akhlak mereka mesti terbaik kerana seorang hafiz akhlak mereka digambarkan dalam al-quran. Apabila Al-Quran disebatikan dengan jiwa mereka insya-allah akhlak mereka juga jadi baik kerana mereka memahami apa yang mereka bacakan.

Misi utama saya adalah ingin memastikan pelajar-pelajar yang keluar daripada tahfiz ini mereka sentiasa mengamalkan ilmu yang mereka pelajari bukan setakat menghafaz apabila mereka bergelar pelajar. Jika mereka menuntut ilmu setinggi manapun jika tidak diamalkan mereka akan kembali kepada sifat fitrahnya kembali iaitu pergaulan yag tidak dijagai dengan syariatnya dan lain-lain lagi. Tetapi jika diamalkan ilmu dan dijaga dengan baik ilmu tersebut, insya-allah ilmu itu akan sebati dalam jiwanya sehingga akhir hanyat, bak kata pepatah, “Ilmu tanpa amalan adalah sia-sia ibaratkan pokok yang tidak berbuah”, katanya.

Visi saya untuk sekolah tahfiz ini adalah ingin jadikan pusat pendidikan tahfiz yang termasyur bukan sahaja untuk pelajar tetapi dalam peringkat usaha mengajak ibubapa pelajar dan masyarakat agar mencintai Al-Quran dengan mengamalkannya.

Selain daripada itu, rutin pelajar-pelajar ini adalah dengan mengamalkan bacaan Surah Al-Waqiah pada waktu Asar, Subuh Surah Yasin dan Isyak surah Al-Sajadah, Al-Mulk dan solat witir. Pada awal paginya para pelajar biasa bangun seawal 4 pagi untuk bertahajud sehingga solat subuh secara berjemaah dan terus dan membaca al-quran. Kelas Al-Quran mereka akan bermula jam 8:30 pagi, 9:30 pagi mula membuat hafazan sehingga 11:30 pagi. Kemudian pelajar bebas buat aktiviti mereka sehingga jam 1 tengahari. Selepas Zohor mereka terus memulakan pengajian ulangan bacaan al-quran hafazan (Sabaq), 6:30 prg riadah dan 7:30 mlm sehingga 9.30 mlm, mengaji Al-quran, 11.30 mlm mereka masuk tidur. Pada hari sabtu peajar-pelajar ini akan mempelajari kelas fardhu ain dan ahad mereka isttirehat.

Ujarnya, semenjak ditubuhkan institut tahfiz ini, pihak Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) telah menyalurkan bantuan dana sebanyak RM15,000 pada tahun 2009 bagi membantu sekolah kami. Alhamdulilah dengan bantuan diberikan kami telah membeli peralatan kelengkapan sekolah seperti Mesin fotostat, Almari pelajar, membaiki kerosakan bilik air, pintu yang terdapat di sekolah dan sebahagiannya juga digunakan untuk membina sekolah tahfiz disini. Namunpun begitu pihak kami masih mencari dana sebanyak RM 200 ribu untuk membina rumah kediaman guru, menyediakan tempat solat yang lebih selesa, menubuhkan beberapa kelas dan jalan raya. Bagi yang berminat untuk membantu penubuhan sekolah tahfiz ini boleh menyalurkan kepada PUSAT TAHFIZ ALKHOLIDI (MAYBANK: 562209614495)dan berhubung di talian 019-3345370 (Ustaz Yunus). Semoga dengan bantuan diberikan oleh masyarakat untuk melahirkan Para Huffaz akan tercapai dan tidak terlupus sehingga akhir zaman.

Hjh Siti Rokiah Hj Abd Hamid, 69thn ketika ditemui kediamannya di Kg Tengah Gombak, tuan empunya tanah berkata, “Tujuan diwakafkan tanah tersebut kepada sekolah tahfiz ini adalah hanya untuk mencari keredhaan ALLAH dan satu bekalan sebelum mata terpejam. Daripada kawasan tanah tersebut tidak diusahakan lebih baik kita membantu golongan yang memerlukan dan ini juga wasiat suami agar tanah ini diberikan wakaf kepada pihak tertentu. Tidak ada niat lain lagi.

Menurut ummi, “Beramallah untuk membuat kebaikan sebagai bekalan untuk menuju alam barzakh” dan sebelum tanah ini diwakafkan ummi, ustaz yunus pernah berjumpa dengan Exco Kerajaan Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Y.b Datuk Dr Hasan Mohamed Ali sebelum menunaikan Haji, 2010.

Tujuan pertemuan dengan Y.B Datuk Hasan, untuk meminta pandangan kepada Y.B Datuk Hasan untuk pembinaan sekolah tahfiz ini. Alhamdulilah Y.b Datuk telah memberi kerjasama dan pandangan yang bernas kepada kami dan insya-allah segalanya akan di ikuti seperti yang telah dibincangkan.

Adik Ahmad Muntazhar Bin Saadon (17thn)anak keempat daripada tujuh adik beradik telah mengikuti pengajian pondok selama 1/2tahun dan kemudian meneruskan pengajian di sekolah tahfiz. Minatnya dalam pengajian Hafiz ini kerana Ilmu Al-Quran ini pelrlu dipelajari dan difahami. Dengan membaca Al-Quran setiap hari jiwa semakin tenang, Akhlak juga terjaga. Keluarga juga amat tercedorong kearah pendidikan agama yang mendalam.

Sepanjang mengikuti kelas tahfiz ini, katanya dirinya lebih berdisplin lagi dan setiap bacaan al-quran habis, mudir akan membuat peperiksaan setiap surah yang dihafaz. Insya-allah jika diizinkan pengajian ini habis dalam tempoh 3 thn saya ingin meneruskan pengajian ke Yaman untuk mengambil bidang pengajian B. Arab.

Adik Muhammad Huzaifah Aminurddin, 16thn Bekas pelajar Al-Amin Gombak, beliau amat berminat untuk mendalam ilmu Al-Quran dan B.Arab. Setakat ini sebanyak 11 surah juzuk al-quran yang telah dihafal dan perlu untuk berusaha dengan lebih gigih lagi kerana saya berhasrat pada tahun 2012 saya akan meneruskan pengajian di Indonesia dengan mengambil jurusan Kitab Alim yang bersangkutan dengan akidah, akhlak dan sebagainya yang mengambil masa dalam tempoh enam tahun pengajian, insya-allah.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI