Tuesday, November 22, 2011

Syaimaa Ilias di Nobatkan Anugerah Al-Ghazali


Gombak : Syaimaa Ilias daripada PASTI Ilmi Permata telah dinobatkan sebagai Pelajar cemerlang Anugerah Al-Ghazali 2011 sempena Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak.

Beliau yang merupakan anak sulung daripada tiga beradik telah memperolehi keputusan cemerlang dalam akademik pada pertengahan tahun sesi 2010 ketika berusia 5 thn dengan memperolehi tempat pertama dengan mengaut markah 97.66% dan akhir tahun 2010 mencapai 98% tempat pertama.

Pada 2011 ketika berusia 6thn beliau masih mengekalkan kedudukan pertama dengan memperolehi tempat pertama sebanyak 99.63 % dan akhir tahun tempat pertama 96.67%. , kata Pengarah PASTI Selangor, Hasbullah Ridzuan dalam majlis Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak di Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar malam kelmarin.

Katanya lagi, selain pintar dalam pelajaran Syaimaa juga aktif dalam ko-kurikum dengan melibatkan diri dalam pertandingan Bola Jaring Sempena Fiesta PASTI 2011 sebagai Johan Bola Jaring Peringkat PASTI Kawasan Gombak dan Johan Bola Jaring di peringkat PASTI Selangor.

Kegigihan beliau dalam akademik dan ko-kurikulum membuatkan dirinya terpilih peserta Hafazan sempena Hari Bakat PASTI surah dengan memperolehi Johan diperingkat PASTI Kawasan Gombak, Johan PASTI Selangor dan Johan PASTI Malaysia.

Kejayaan yang diperolehi oleh Syaimaa sekaligus mengharumkan PASTI Kawasan Gombak di peringkat negeri Selangor.

Menurut Hasbullah yang juga merupakan Ahli Majlis MPS Zon 13, seramai 437 pelajar telah diraikan Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kawasan Gombak Sesi 2011 hari ini.

Tujuan diadakan Hari Anugerah ini bagi meraikan semua pelajar pasti yang akan meninggalkan institusi PASTI dan mereka akan bakal melanjutkan pelajaran di Sekolah Rendah yang sebenarnya, di mana pengurusan pendidikan sekolah rendah yang lebih mantap dalam melahirkan generasi solih yang merupakan masa depan negara.

Adalah menjadi tangungjawab pengurusan PASTI untuk meraikan kejayaan anak-anak PASTI di peringkat Gombak yang telah berjaya dengan cemerlangnya dalam Akademik dan kokurikulum yang di tunjukkan sepanjang mereka berada di PASTI.

Sehubungan dengan itu, saya juga ingin merakamkan Tahniah kepada semua ibubapa penjaga pelajar PASTI yang tidak jemu memberi komitmen yang tinggi di intitusi pasti dalam melahirkan generasi Al - Quran.

Pakar pendidikan telah membuat kesimpulan bahawa anak-anak PASTI yang menerima pendidikan berusia 4 sehingga 6 tahun, mereka lebih mudah di bentuk dan mereka mampu membuat hafazan ayat suci Al-Quran yang tidak mampu dilakukan pelajar PRA Sekolah lain.

Menurutnya lagi sehingga kini peratus penerimaan PASTI semakin meningkat, bahkan ibubapa pelajar kaum non-muslim juga berminat menghantar anak-naak mereka ke PASTI.

Ini menunjukkan kejayaan yang besar kepada semua warga PASTI yang tidak jemu memberi didikan, tunjuk ajar kepada anak-anak PASTI.

Jelasnya lagi, ibubapa seharusnya memikirkan masa depan anak-anak mereka apabila telah dilahirkan kerana mereka merupakan kain putih, dan ibubapalah yang mencorakkan kehidupan anak-anak mereka samada anak-anak ini akan menjadi seorang islam, yahudi, nasrani atau majusi.

Alhamdulilah hasil didikan guru-guru PASTI dalam mendidikan anak-anak PASTI akhirnya semua pelajar ini mampu menunaikan solat lima waktu, membuat hazafan Al_Quran, mengamalkan doa-doa pilihan dan hadis. Dengan didikan seperti inilah akan melahirkan anak-anak penyejuk di mata penawar hati kepada ibubapa mereka (Quratul Ain).

Tiada yang lebih bermakna kepada ibubapa melainkan mereka memperolehi ana-anak yang solih dan soliha yang akan mendoakan mereka apabila tiada lagi, kata Hasbullah selepas di temui dalam Majlis Anugerah Kecemelerangan PASTI.

Sementara itu Mohamad Azizul Abu Bakar Bendahari PASTI pula berkata, Alhamdulilah PASTI yang ditubuhkan pada tahun 1985 yang bermula di Ampang dan selayang kini semakin berkembang di bawah pengurusan Dewan Pemuda PAS.

Hasil kesabaran dan istiqama semua Guru PASTI dalam memberi pendidikan untuk melahirkan generasi harapan ummah akhirnya PASTI Selangor telah mencapai seramai 15, 600 pelajar dan di Kawasan Gombak telah berjaya menubuhkan 16 buah PASTI.

Ibubapa / penjaga juga banyak memberi Sokongan penuh dalam membantu pengurusan PASTI, ini menunjukkan ibubapa inginkan pendidikan PASTI terus di laksanakan dengan memberi berbagai sumbangan.

Harapan saya semoga ibubapa /penjaga dapat memberi didikan anak-anak PASTI ke sekolah yang boleh membentuk mereka dari sudut sahsiah dan akhlak yang baik.

Biarpun dalam keadaan ekonomi yang meningkat namun ibubapa penjaga seharusnya memberi didikan agama dan akedemik pada anak-anak dengan lebih sempurna kerana merekalah harapan ummah akan datang yang mencorakkan masa depan Negara, kata Azizul yang juga merupakan Ahli Majlis MPS ZOn 14.

Ilyas Dollah bapa kepada Syaimaa melahirkan rasa terharunya apabila anaknya telah di nobatkan Anugerah Pelajar Cemerlang PASTI 2011.

Katanya, saya tidak menyangka sama sekali anugerah ini diberikan anak saya yang mungkin pada saya masih ramai pelajar PASTI lain mempunyai markah yang baik.

Walaubagaimanapun saya merakamkan ribuan terima kasih kepada semua warga PASTI, Pengurusan PASTI PAS Pusat, Dewan Pemuda PAS Gombak yang tidak putus asa membantu meningkatkan pendidikan PASTI sehingga lahirkan generasi ummah yang mencintai Al-Quran dan Al-sunnah yang diingin setiap ibubapa.

Di PASTI, Syaimaa mampu membaca, mengira dan menghafaz Al-Quran. Pendidikan Agama dan Akademik yang diberikan oleh PASTI amat memberi kepuasan kepada semua ibubapa penjaga PASTI. Ini jelas terbukti apabila anak-anak Pra Sekolah yang lain tidak mampu menghafaz Al-Quran, Hadis dan membaca dengan lancar . Semoga silibers PASTI akan terus kekal dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Wang saguhati, Basikal, Trofi dan Sijil pelajar cemerlang begitu bermakna pada kami sekeluarga dan diharap akan terus membakar semangat pada anak-anak PASTI yang lain untuk merebut Anugerah ini pada masa akan datang.

Insya-Allah, Syaimaa akan meneruskan pengajiannya di Sekolah ibunya dan akan diberikan penekanan pendidikan Agama dan akedemik yang selaras, kata Illias kepada media.

Editor : Khaulah Azwar

Desak TNB hentikan segala aktiviti penukaran meter elektrik


K.Lumpur : Tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menukar meter eletrik yang baru dengan menceroboh rumah-rumah dan kilang –kilang tanpa pengetahuan pemilik di selar dan meragui semua penguna TNB, kata Peter Tan Hock Chai dalam satu sidang media di perkarangan Bangunan Parlimen baru-baru ini.

Beliau mengulas, petisyen ini di buat untuk membuat bantahan terhadap TNB disebabkan tindakan pencerobohan TNB ke rumah dan kilang yang selalu berlaku di tengah malam terutamanya bagi kilang ataupun semasa tiada orang di rumah khususnya bagi kawasan perumahan.

Proses penukaran dilakukan tanpa pengetahuan tuan milik punya dan ada kalanya pekerja asing di minta untuk menandatangani dokumen yang mereka tidak faham.

Selepas menukar meter baru, tektik TNB selalunya menuduh pemilik telah sengaja menggangu meter lama dengan hanya bergantung pada perbezaan bacaan meter dalam satu tempoh masa selepas penukaran meter. Selain daripada itu , tidak ada sebarang bukti yang kukuh khususnya dari aspek teknikal.

Jelasnya lagi, pemilik-pemilik ini juga di tuntut satu bayaran sebagai caj curi elektrik yang tidak di beritahu tempoh masa dan cara pengiraan. Pemilik hanya di beritahu jika tidak bayar dalam tempoh 14 hari, tindakan pemotongan elektrik akan diambil. Ini merupakan satu ugutan kepada semua pengguna.

Media di fahamkan oleh Peter , menurut aduan yang diterima bayaran bagi curi elektrik dalam kes yang di caj kira-kira dalam linkungan RM6000 hingga RM1.7 Juta.

Ketika proses penukaran meter, polis bantuan dan pegawai TNB telah bertindak ganas sehingga mencederakan pekerja asing.

Menurut Peter bagi pengguna-pengguna yang tidak pernah menggangu meter elektrik, curi eletrik merupakan satu tuduhan yang tidak benar.

Tindakan TNB ini benar-benar tidak adil, tidak munasabah, ianya merupakan satu penindasan kepada rakyat juga, dimana TNB telah jelas memberi ugutan jika tidak menjelaskan bayaran tersebut bekalan elektrik akan di potong.

Justeru itu, saya mewakili kepada semua pengguna elektrik sekitar Lembah Klang menandatangani surat bantahan dengan penukaran meter elektrik tanpa pengetahuan pengguna.

Kami juga menuntut agar Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Air dan Teknologi Hijau harus mengambil tindakan yang tegas dan segera terhadap TNB bagi memberhentikan segala aktiviti mereka demi kebaikan pengguna dan rakyat di seluruh Malaysia.

Perkara ini juga telah kita maklumkan kepada Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dengan memberi semua salinan surat dokumen dan semua foto bukti pertukaran meter elektrik yang telah berlaku di Kilang dan rumah penduduk sekitar lembah klang, kata Peter yang merupakan Aktivitis Masyarakat Klang.

Editor : Khaulah Azwar

Noriah terima bantuan operasi pembedahan otak

Batu Caves : Simpati keatas Noriah Bahazin, 57 yang di uji dengan sakit barah otak semenjak tujuh bulan yang lalu.

Kesengsaraan beliau telah mendapat perhatian daripada Parlimen Gombak, Azmin Ali, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Caves dan Ahli Parlimen Lembah Pantai , Nurul Izzah Anwar ketika di temui dalam mesyuarat Agung Cabang Gombak di Dewan Majlis Perbandaran Selayang Taman Gombak.

Di fahamkan oleh suaminya Mohd Shahimie Hashim, 61, isterinya menghadapi barah otak tujuh bulan yang lalu tanpa menerima bantuan daripada pihak berwajib untuk membantu kos perubatannya.

Shahimie berkata, alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah SWT di saat kami sekeluarga diuji dengan masalah kesihatan isteri dan kos perubatan, masih ada sikap kepeduliaan yang diberikan oleh saf pimpinan Pakatan Rakyat (PR) peringkat Parlimen Gombak. Bantuan di berikan benar – benar memberi nafas baru kepada isteri untuk meneruskan kehidupan.

Menurutnya dengan bantuan RM1800 yang di sampaikan oleh Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS) Zon 7 , Maznah Aziz bagi mewakili Parlimen Gombak telah berjaya membuat operasi pembedahan baru-baru ini di Hospital Sungai Buloh.

“Alhamdulilah dengan sumbangan di terima, saya telahpun membeli penutup tempurung kepala untuk isteri dengan harga RM800. Dan bakinya di bayar untuk kos pembedahan”.

Ujarnya, sebelum membuat operasi pembedahan, setiap bulan isteri di hantar ke Hospital dengan menelan belanja yang besar. Hal ini semakin rumit apabila isteri sering mengadu sakit kepala dan kerap pengsan. Beliau telah di masukkan dalam Unit Kecemasan selama tiga minggu.

“Saya benar-benar tidak mampu untuk menanggung kos perubatan isteri memandangkan saya sudah tidak bekerja lagi. Terdahulu kami meniaga makanan berlauk tetapi semenjak isteri sakit kami tidak dapat meneruskan perniagaan lagi”, lagi kata Shahimie yang mempunyai tiga orang anak dan salah seorang anaknya berusia 28 thn seorang OKU.

Walaupun kami tidak meniaga lagi untuk menampung kos kehidupan ahli keluarga, saya bekerja kitar semula seperti kutip kotak terpakai, botol air, surat khabar, tin air. Hasil kutipan sehari hanya RM40-50.

Katanya lagi, kos pembedahan sebenarnya masih tidak dimaklumkan oleh pihak Hospital, jika kos rawatan ini menelan belanja yang tinggi hanya satu harapan saya agar dapat bantuan daripada kerajaan negeri melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengamalkan konsep Negeri Berkebajikan.

Bagi mereka yang prihatin dan sudi ingin menghulurkan bantuan kepada isteri saya boleh berhubung di talian 016-2880318.

Sepanjang isteri di Hospital wakil daripada Ketua UMNO bahagian Batu Caves ada buat lawatan ziarah namun tidak diberikan bantuan melainkan di peringkat pimpinan (PR) sahaja yang sudi menghulurkan bantuan meringankan beban kami sekeluarga.

Justeru itu, saya merakamkan ribuan terima kasih kepada saf pimpinan (PR) yang begitu prihatin terhadap kesusahan kami sekeluarga, katanya kepada media.

Sementara itu, Ahli Majlis MPS Zon 7, Maznah Abdul Aziz yang menyampaikan sumbangan mewakili Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata , harapan saya semoga bantuan diberikan oleh pihak kami dapat meringankan bebanan ahli keluarga Shahimie.

Noriah merupakan Ketua Wanita Cabang PKR DUN Batu Caves terdahulu seorang yang aktif dalam parti dan beliau banyak memberi sumbangan tenaga sehingga Wanita Cabang di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Caves ditubuhkan. Semenjak Noriah di uji dengan sakit, kami rasa satu kehilangan.

Kami di peringkat (PR) DUN Batu Caves mendoakan agar beliau akan sembuh sebaiknya selepas membuat rawatan pembedahan. Insya-Allah jika bantuan di perlukan oleh keluarga ini, kami tidak keberatan membantunya, kata Maznah.

Editor : Khaulah Azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI