Monday, August 15, 2011

HIDUP UNTUK MEMBERI



Klang : Hidup untuk memberi, sempena bulan ramadhan berbagai bentuk bantuan diberikan oleh semua pihak yang berkemampuan untuk membantu golongan asnaf fakir miskin, OKU dan ibu tunggal.

Tidak ketinggalan juga, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi Kerajaan Negeri Selangor walaupu begitu sibuk dalam menjalankan tugasnya namun Dr Hjh Halimah Ali sempat meluangkan masanya bersama pimpinan PAS menziarahi 7 buah rumah golongan marhaen, dan OKU.


Halimah yang telah menziarahi penduduk sekitar DUN Selat Klang berkata, “hidup ini seharusnya masyarakat meringankan tangan mereka untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang tidak berkemampuan kerana rezeki yang Allah SWT berikan pada kita bukan sepenuhnya milik kita tetapi ada milik hak orang lain juga.”

Beliau juga menyarankan agar masyarakat yang berkemampuan dapat meringankan diri mereka dengan meluangkan masa mengadakan aktiviti ziarah yang bukan sahaja mengeratkan siraturrahim tetapi mengambil peduli masalah yang dihadapi oleh golongan tersebut yang memerlukan pertolongan.

Mereka juga memberikan makanan yag disukainya kepada orang fakir miskin, anak yatim piatu dan orang tawanan sambil dengan lidah dan hati sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata, kami tidak berkehendakkan sebarang balasan daripada kamu atau ucapan terima kasih {surah-al-insan}.

Kalau hari ini kita mampu bersahur dan berbuka puasa dengan enak, ingatlah masih ramai orang susah diluar sana dengan menadah tangan meminta sesuap nasi.

Justeru itu, bulan ramadhan yang penuh keberkatan ini, kita sarankan semua umat islam meningkatkan amal mereka dengan banyakkan sedekah bagi meringkan bebanan golongan tersebut. Apabila hati kita sentiasa membantu orang yang susah, pasti hati kita akan menjadi insaf dengan penderitaan yang mereka alami. Kesusahan mereka akan kita turut rasai.

Halimah yang merupakan ADUN Selat Klang juga menegaskan, sumbangan bantuan ini bukan hanya sekadar tiba bulan ramadhan tetapi disarankan menghulurkan bantuan pada bila-bila masa sahaja bagi membersihkan harta dan jiwa kita juga.

Menurut beliau, kunjungan yang telah diadakan baru-baru ini degan bertemu salah seorang penduduk yang mempunyai 5 orang anak. 3 orang anaknya masih bersekolah. Mangsa yang enggan namanya disiarkan berumur 49 tahun ditimpa kemalangan pada Disember 2010 yang lalu. Tulang kaki kirinya remuk dan terpaksa dimasukkan besi yang menembusi kulit dalam rangka besi seperti bubu.

“Kita di fahamkan oleh mangsa semenjak mengalami kemalangan, sudah 9 bulan beliau tidak bekerja semenjak di timpa musibah. Isterinya juga tidak bekerja kerana terpaksa menjaga suami dan anak-anak yang masih kecil lagi dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak”.

Penerima kedua, seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak lelaki bujang yang merupakan seorang OKU. Seterusnya seorang warga emas yang tidak dapat meluruskan kaki kanannya dan terlantar sakit. Isterinya yang sakit buah pinggang menyatakan tak sanggup beli lampin pakai buang. Mempunyai 2 orang anak tinggal bersama. Kata isterinya, hanya bergantung duit pencen suami sebanyak RM700 untuk menampung kehidupan harian dan perubatan suami.

Halimah yang menziarahi rakyat disitu melahirkan rasa simpatinya dan mendoakan kesihatan yang baik untuk mereka dengan menyampaikan barangan keperluan dapur kepada semua penerima.

Beliau mengharapkan agar mereka yang diuji oleh Allah dengan kemiskinan dan kesakitan akan terus bersabar tanpa berputus asa untuk teruskan kehidupan dengan sentiasa memperbaiki diri untuk pertingkatkan ekonomi keluarga.

“kita harap masyarakat luar mampu menyumbangkan sedikit rezeki yang diperolehi hari ini untuk meringankan bebanan golongan yang memerlukan samada dalam bentuk sedekah sunat atau zakat. Paling tidak pun, elakkan pembaziran terutamanya ketika berbuka puasa. Saat kita kekenyangan adakah terlintas di fikiran kita memikirkan golongan tersebut”, katanya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI