Thursday, April 12, 2012

166 Pelajar Terima Anugerah Kecemerlangan Pelajar




Sri Andalas : Seramai 166 Pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)  yang telah mencapai keputusan cemerlang sesi 2011 telah menerima Sijil Augerah kecemerlangan pelajar, wang Saguhati daripada  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Andalas, Dr Xavier Jaya Kumar dalam Majlis Kecemerlangan Pelajar.  

 Xavier dalam ucapan Majlis  itu berkata,  setiap tahun kerajaan negeri Selangor akan mengadakan satu majlis untuk semua pelajar yang telah berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan  Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Pelajar akan diberikan Sijil Anugerah Kecemerlangan, Trofi dan Wang Saguhati mengikut setiap Dun seluruh sekitar Selangor. Ahli keluarga pelajar  juga diraikan  dalam Majlis  itu.  

Katanya, seluruh rakyat Selangor jika mempunyai anak-anak  yang berjaya memperolehi keputusan cemerlang dalam pendidikan, mereka berhak menerima habuan daripada kerajaan negeri Selangor Pakatan Rakyat (PR).

Tujuannya bagi meraikan usaha mereka,  menyuntik semangat  kepada seluruh pelajar agar meneruskan pengajian mereka ke peringakat Universiti. Bantuan diberikan  tanpa kira perkauman dan pemahaman politik.

Untuk memastikan anak mereka menerima anugerah, ibubapa wajib menghantarkan nama anak mereka beserta slip peperiksan di Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) di kawasan DUN mereka jelas Xavier di Dewan Serbaguna Kampung Jawa, Batu Satu, Klang.

Beliau merangkap Exco Selangor menambah lagi,  bantuan diberikan bagi membuktikan kepada rakyat Selangor,  apa yang dijanjikan  dalam Manifesto PRU 12 lalu berjaya dilaksanakan dalam empat tahun memerintah negeri ini.

Katanya, PRU12 yang lalu, salah satu manifesto Selangor untuk pendidikan, sekiranya kerajaan negeri berjaya merampas Selangor daripada kerajaan UMNO-BN, kita akan beri bantuan RM1000 untuk ahli keluarga pelajar yang berjaya memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang ibubapa mereka berpendapatan RM1500 kebawah.

Bantuan pendidikan ini diberi bagi memudahkan urusan anak-anak ke IPT disamping meringankan bebanan ibubapa pelajar, ujarnya.

“Pemberian ini bukanlah gula-gula pilihanraya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Pusat (UMNO-BN), apabila pilihanraya hampir, baru  terkial-kial hendak hulurkan bantuan kepada rakyat.

Tetapi apa yang dilakukan kerajaan Selangor PR, mereka memberi selepas berjaya dalam pilihanraya bagi melunaskan janji pilihanraya”, katanya.

Menurut Xavier  antara sekolah yang menerima anugerah kecemerlangan pelajar terdiri daripada sekolah SMK Agama Hishamuddin seramai 63 pelajar, SMK Raja Mahadi 37 pelajar, SMK Shahbandaraya  36 pelajar, SMK Sri Andalas 21 pelajar  dan SMK Kampung Jawa 3 pelajar dan 6 pelajar dari kawasan Sri Andalas.

Hadir sama dalam majlis itu, Dr Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja, PS Rajoo, Ahli Majlis MPK, Encik Manaf, Ahli Majlis MBSA, Ketua-ketua kampung iaitu Haji Ismail, Encik Sadek dan Haji Miswan. turut hadir adalah ketua-ketua komuniti setempat.

 
Editor : Khaulah Azwar



SIMFONI KASIH TAUTAN HATI