Wednesday, April 16, 2014

Jasa Mendiang karpal Singh Membela Islam yang dizalimi Umno



Kuala Lumpur :  Mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Khalil Yaakob, pernah mengeluarkan arahan supaya semua wanita yang bekerja dengan kerajaan tidak memakai purdah. Sila rujuk artikel The Star bertarikh 12 Mac 1985.

Walaupun purdah ini hukumnya tidak wajib dalam Islam, namun ia tetap sebahagian dari syariat Islam.
Terdapat wanita-wanita Islam yang telah dibuang kerja dari perkhidmatan kerajaan termasuk pelajar-pelajar universiti yang dibuang universiti kerana memakai purdah.

Kes yang paling popular adalah kes Halimatusaadiah Kamaruddin. Beliau bertugas sebagai kerani umum di Pejabat Penasihat Undang-Undang Perak.

Pada 6 Ogos 1986, Halimatusaadiah dibuang dari jawatan kerani umum kerana beliau memakai purdah.

Halimatusaadiah kemudiannya menyaman Jabatan Perkhidmatan Awam. Beliau diwakili oleh peguam Karpal Singh. Ya benar, Karpal Singh pernah membela seorang mangsa kezaliman Umno kerana memakai purdah.

Yang hairannya, Umno tidak pernah mengambil tindakan terhadap pekerja-pekerja Islam yang memakai pakaian seksi dan terdedah aurat. Hanya mereka yang memakai purdah sahaja yang dizalimi oleh Umno-Barisan Nasional (BN).

Tapi, bekas diktator Tunisia juga pernah mengharamkan purdah. Akhir sekali, beliau terpaksa mencari perlindungan di negara yang mewajibkan purdah pada semua perempuan. Mungkin Umno juga bakal mengikut jejak langkah bekas diktator Tunisia itu.

Juga, ia menunjukkan sikap anti Islam Umno ini sejak zaman berzaman. Bermula dengan loteri Umno 1951, lepas tu pembukaan kilang-kilang arak dan pada tahun 80an pengharaman purdah.

Ini adalah identiti sebenar Umno. Mereka adalah puak-puak yang anti kepada Islam dan benci kepada Islam. Mereka lebih suka menyembah seorang pelakon porno dari melaksanakan hukum hudud.
Dari Abdul Rahman Abdul Talib, melalui e-mel

Hukum Takziah Kematian Bukan Islam




1. Para Ulamak berbeza pandangan dalam hukum mengucapkan takziah kematian kepada orang bukan Islam. Imam Syafie dan Abu Hanifah membolehkan muslim mengucapkan takziah kepada bukan Islam. Apatah lagi jika diharapkan keluarga mereka menjadi lunak dengan Islam kerana ia merupakan antara maqasid dan matlamat syariat. Syeikh al-Albaani pula di kalangan ulamak kontemporari mensyaratkan selagi mana ia bukan kafir harbi yang memerangi dan memusuhi umat Islam. 


2. Boleh ketika takziah menggesa keluarga si mati agar bersabar dengan kematian dan memperingatkan mereka bahawa itu adalah sunnah kehidupan. 

3. Tidak boleh ketika takziah mendoakan keampunan dosa atau rahmat atau syurga kerana Allah berfirman: 

{ مَا كَانَ لِلنَّبِيِّ وَالَّذِينَ آمَنُواْ أَن يَسْتَغْفِرُواْ لِلْمُشْرِكِينَ وَلَوْ كَانُواْ أُوْلِي قُرْبَى مِن بَعْدِ مَا تَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُمْ أَصْحَابُ الْجَحِيمِ }(9)
"Tidak wajar bagi Nabi dan orang-orang beriman memohon keampunan bagi orang-orang yang syirik meskipun mereka adalah kaum kerabat setelah mana ternyata bagi mereka bahawa mereka adalah penghuni-penghuni neraka" Surah Taubah: 113
Tapi dlm bergembira tu jgn sampai melanggar adab dan batasan menjaga kehormatan sesama manusia...
Kesimpulannya boleh bergembira dgn kematian mrk sebagaimana dibenarkan kita mendoakan kecelakaan keatas mereka...
Tazkirah jiwa

. وَعَن عَائِشَة رَضِيَ اللهُ عَنهَا قََالَت : قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ : لَا تَسُبُّوا الأََموَاتِ فَإِنَّهُم قَد أَفضَوا إِلَى مَا قَدَّموا". رواه البخاري. -1572 

Dari Aisyah Radiyallahu Anha ia berkata : 

Rasulullah saw bersabda, "Janganlah kalian mencaci maki mayat, karena mereka telah menemukan apa yang mereka telah lakukan". 

(HR.Bukhari).

Sebutlah berkenaan kebaikan yang dilakukan orang yang meninggal di kalangan kamu..-alhadith

Ini bukanlah masanya kita bicara kelantangannya menentang hudud sebelum ini. Perjuangan hudud bukan bermatlamat mengharap orang yang tidak setuju mati semuanya.

Karpal dah buktikan kesetiaan/wala'/loyaty nya pada perlembagaan.

Tanya pula diri kita. Sudahkah kita buktikan kesetiaan kita pada agama?

Hudud is our matter.. Not him..

Sekadar berkongsi pandangan tentang kematian karpal:


 
Dia pernah cabar langkah mayatnya dan dikatakan dia dah minta maaf atas ucapan tu.

Dia konsisten lawan pelaksanaan Hudud krn bercanggah dgn perlembagaan dan dia sememangnya tentang konsep negara Islam.

Sama ada dia benci agama Islam atau tidak, kena kajian terperinci.

Penentangannya mencipta gelombang besar mnyatukan semua yang menentang hudud.

Jika dia non muslim biasa, kita hormat dia seperti Nabi saw menghormati jenazah yahudi. Jika dia dikira memusuhi Islam, fatwa di atas relevan. 

“Sesungguhnya telah lalu di hadapan Nabi s.a.w satu jenazah, lalu baginda bangun (untuk menghormati). Lalu diberitahu kepada baginda:“Itu jenazah seorang yahudi”. Baginda bersabda: “Tidakkah ia juga jiwa (insan)?” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Setuju dgn pdgn sort....segala perbuatannya kita serahkan kpd Allah...bila ada kematian wajib kita bercerita ttg kebaikannya, antaranya masihkah kita ingat bhw beliaulah yg membela kerani di suk perak tahun 80an halimatussadiah yg dipecat krn memakai purdah....

Merujuk sirah nabi...
Selepas perang badar yg mana dlm perang itu abu jahal telah mati...sahabat2 yg sama berperang telah mngutuk dan mnghina mayat abu jahal atas kesalahan abu jahal kpd nabi..terdengar oleh nabi akan kutukan itu..lalu nabi bersabda 

" janganlah kita mnghina org yg telah mati ,kerana itu akan lebih mnyakitkn kpd yg masih hidup.."
Semasa ikramah sampai di mekah setelah dipujuk isterinye utk balik ke mekah .. Nabi pesan kpd sahabat .. jgn kamu mcaci bapanya krana ia akan menyakiti yg hidup iaitu ikrimah b abi jahlin
ikramah masuk islam .. dan mjadi sahabat yg hebat....

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI