Sunday, February 27, 2011

SRA menyahut seruan Kerajaan Negeri Selamatkan Remaja Selangor




Sg Tua Batu Caves- Kempen Selamatkan Remaja telah diadakan baru-baru ini di Sekolah Agama Rakyat (SRA) Sg Tua.

Pn Syariffah Mat Yatim, Pengetua Sekolah berkenaan berkata “Program Sambutan Maulidur Rasul setiap tahun kita adakan bersama semua para pelajar dan guru-guru dengan tujuan agar mereka sentiasa mengingati peristiwa kelahiran Nabi saw. Disamping itu kita mengingatkan mereka tentang liku-liku kehidupan Nabi saw bersama keluarga dan para sahabatnya yang telah banyak menghadapi berbagai ujian dan tribulasi untuk menyebarkan dakwahnya kepada umat Islam”.

Adalah satu tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk menjalankan tanggungjawab ini kepada semua pelajar agar mereka mengingati sirah Nabi saw. Kalau mereka boleh mengingati Hari Kelahiran seseorang yang mereka sayang bahkan tarikh keramat 14 hb Februari tidak pernah dilupakan. Mereka mengagung-agungkan kelahiran tersebut dengan mengadakan berbagai aktiviti yang kurang sihat. Setiap tahun mereka meraikan tarikh tersebut yang sudah pasti boleh merosakkan akidah mereka sendiri dengan menyambut Hari Kekasih. Meskipin telah diadakan berbagai kempen Anti ”Valentime Day” daripada badan-badan NGO, Masjid, Surau dan semua yang bertanggungjawab demi menjaga akhlak dan akidah umat islam namun mereka seperti tidak mengindahkannya. Mereka meneruskan aktiviti mereka untuk mendapatkan keseronokan yang sementara waktu. Walaubagaimanapun saya ucapkan Tahniah dan syabas kepada semua yang terlibat dan berjaya menjalankan kempen tersebut sehinggakan ada diantara remaja-remaja tersebut telah ditangkap untuk disiasat demi memberi kesedaran kepada mereka.

Justeru itulah tanggungjawab kita sebagai pendidik amatlah besar. Bukan mudah menjadi seorang pendidik. Salah satu untuk mengingati pelajar-pelajar ini kita adakan program Maulidur Rasul yang merupakan ikon kepada semua umat islam. Disinilah peranan kita semua agar dapat menyemai dalam minda dan hati mereka setiap tahun untuk mengadakan Hari Kebesaran Junjungan Nabi Muhammad saw agar mereka sentiasa menyintai ALLAH dan Rasullah saw.

Kita juga sambut baik Kempen-kempen yang dianjurkan oleh pihak Kerajaan Negeri yang tidak jemu-jemu mengadakan berbagai kempen untuk selamatkan Remaja Selangor. Terdahulu Kerajaan Negeri telah mengadakan program seperti Generasi Idaman Selangor (GeMS) Spies, Anti Zina dan sebagainya di seluruh kawasan Negeri Selangor demi menyelamatkan remaja-remaja diluar sana. Ini merupakan satu usaha yang sangat murni kerana setiap tahun kita didedahkan isu-isu remaja yang bermasaalah bahkan peratusan remaja lari rumah, melahirkan anak luar nikah, mencuri, pecah rumah, terlibat dengan menagih dadah semakin meningkat dan amat mencemaskan semua pihak.

Dengan itulah pihak sekolah SRA Sg Tua juga ingin membantu usaha ini dan amat berbesar hati untuk bersama dengan duta rasmi Rabbani yang sudi mengadakan Kempen Selamatkan Remaja disekolah ini untuk bersama pelajar-pelajar kami. Mereka berhibur sambil menyebarkan dakwah kepada pelajar-pelajar. Ini merupakan dakwah bilhal (dakwah secara halus) agar golongan ini dapat menerima setiap teguran dengan baik, katanya .

Syariffah berkata lagi, Kempen ini diadakan di seluruh SRA di Negeri Selangor untuk memberi kesedaran kepada remaja-remaja kita semua. Program yang diaturkan adalah rapi seperti Smart Solat, Pembentukkan Sahsiah diri, Jatidiri, Akhlak, Pemupukan nilai-nilai murni dalam jiwa remaja dan sebagainya.

Saya juga difahamkan Kempen tersebut telah berjaya mengumpul remaja seramai 12, 500 pelajar pada fasa pertama. Semoga usaha yang murni ini mendapat keberkatan ALLAH swt bagi membantu dan membimbing generasi muda yang perjalanan kehidupan mereka masih sangat jauh. Tanggungjawab kita sebagai pendidik untuk berhadapan dengan pelajar-pelajar pada masa ini sangatlah mencabar sangat berbeza pada zaman dahulu.

Pelajar-pelajar pada masa ini mudah terikut rentak kehidupan luar dan didedahkan dengan berbagai media semasa. Kalau tidak diperhati, dibimbing dengan betul maka begitu sukar untuk kita melahirkan generasi yang berwawasan dan berjaya dunia akhirat, katanya.



Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI