Friday, October 9, 2009

Tahap keselamatan petugas di Bagan Pinang tidak terkawal

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali mahu Ketua Polis Negara (Tan Sri Musa Hassan) bertanggungjawab di atas tahap keselamatan petugas-petugas pilihanraya kecil Dun Bagan Pinang khususnya petugas-petugas dari Pakatan Rakyat.

Beliau dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily berkata, insiden pemuda-pemuda Umno yang yang menyerang petugas-petugas PAS di markas unit peti undi (upu) parti itu dan merobohkan khemah-khemah program Pakatan Rakyat membuktikan polis tidak berjaya memastikan keamaan di kawasan berkenaan.

Beliau yang juga ahli Parlimen Titiwangsa turut melahirkan kekesalan di atas sikap berdiam diri pimpinan BN dengan insiden yang berlaku itu.

"Saya kesal dan kecewa pimpinan Umno BN membiarkan pemuda-pemuda samseng umno menyerang petugas-petugas PAS di markas-markas upu dan merobohkan khemah-khemah program PR malah muslimat PAS juga dihalang dan diganggu."katanya.

Beliau juga menegaskan, pimpinan Wanita Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri sekiranya ada petugas muslimat PAS atau Wanita Pakatan diganggu secara fizikal.

"Saya mengingatkan pimpinan Umno BN sekiranya petugas muslimat PAS atau wanita pakatan diganggu secara fizikal, kami pimpinan Wanita Pakatan tidak akan berdiam diri."tegasnya lagi.

Dr Lo' Lo' turut menyifatkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai orang suruhan BN apabila tidak berusaha memastikan suasana kempen pilihanraya kali ini berlangsung dengan aman tanpa ada sebarang tindakan liar dan tidak bermoral.

SPR dilihat sangat berat sebelah dan menjadi alat umno BN sekarang ini,"tambahnya.

Dalam pada itu, beliau berharap insiden ganas pihak BN itu menjadi satu faktor untuk mereka tidak lagi memilih BN pada pilihanraya kali ini sebaliknya memberikan sokonagn kepada Pakatan Rakyat.

Lebih enam orang petugas Dewan Pemuda PAS dipukul dan ada yang ditetak dangan parang oleh sekumpulan lelaki yang memakai t-shirt berlambang dacing ketika sedang bertugas di beberapa tempat termasuk di markas induk DPP di Bagan Pinang.

Sementara itu, Pengurus jentera kempen HalWa Negeri Sembilan, Rosenadiah Zainuddin ketika dihubungi petang ini menceritakan, beberapa petugas muslimat menghadapi gangguan sihir sepanjang berkempen termasuk beliau sendiri.

Beliau memberitahu, pada mulanya mereka menganggap sakit-sakit badan yang dialami disebabkan keletihan akibat aktiviti yang terlalu penuh sepanjang hari. Namun, ianya berlarutan selam beberapa hari dan seorang ustazah yang arif mengenai gangguan sihir memberitahu mereka terkena gangguan itu.

"Saya sendiri pada awal kempen, mengalami lemah anggota badan dan lupa ingatan. Kadang-kadang samapi tidak tahu apa yang sedang dilakukan."cerita beliau.

Namun petugas muslimat dapat mengatasi masalah itu dengan melakukan solat hajat dan minum air penawar yang diberikan ustaz dan ustazah yang mengamalkan perubatan Islam dalam hal-hal seperti ini.-mna_

Lagi video bukti Azeez tidak ditumbuk didedah

KUALA LUMPUR, 9 Okt: Beberapa laman blog hari ini menyiarkan rakaman video mendakwa Pengerusi Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim tidak ditumbuk sewaktu melalui kumpulan penyokong Pakatan Rakyat pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil PRK DUN Bagan Pinang, 3 Oktober lalu.

Video sepanjang 45 saat yang dimasukkan ke dalam laman video popular Youtube itu memaparkan Abdul Aziz bersama Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Ismail Sabri dan beberapa lagi penyokong Umno berjalan ditengah penyokong Pakatan sambil disorak dan dihambur dengan laungan 'rasuah'.

Rakaman amatur tersebut juga tidak menunjukkan sebarang kekasaran berlaku dan turut kelihatan pihak keselamatan berkawal dan meminta para penyokong PR bertenang.

Untuk lebih jelas, keseluruhan video tersebut di ulang dengan suntingan gerak perlahan.

Rakaman di dakwa milik sebuah laman web itu disiar di internet sejak dua hari lalu dan sudah ditonton hampir 3000 penonton.

Ianya boleh dicapai dengan mencari tajuk 'PRK N31 Bagan Pinang - Azeez Kene Pukul???'pada carian Youtube.

Abdul Azeez sebelum ini mendakwa telah ditumbuk semasa hari penamaan calon PRK Bagan Pinang sehingga mengemparkan seluruh negara.

Dia yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, mendakwa dipukul oleh sembilan penyokong PAS lawan dan telah diselamatkan oleh anggota polis yang bertugas.

Harakahdaily sebelum ini turut menyiarkan beberapa keping gambar yang diterima, juga menunjukan tiada sebarang insiden kekasaran dilakukan penyokong PAS terhadap Abdul Aziz.

PAS menyifatkan Abdul Azeez berbohong sehingga ada bukti yang menjelaskannya.

Perikatan Belia Bersatu Malaysia (Pembela) pula masih membuka tawaran RM6,500 kepada sesiapa yang menyerahkan gambar bukti Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk atau dicederakan.

Tawaran tersebut bagaimanapun akan berakhir jam 12 malam, 10 Oktober ini. _



'Pahlawan' dibela jika kena tindakan - Pemuda PAS

TELOK KEMANG, 8 Okt: Jika mana-mana anggota keselamatan terdiri daripada tentera ataupun polis yang dikenakan 'hukuman' oleh kerajaan kerana mengundi PAS, sayap Pemudanya memberi jaminan akan membela dan mencabar tindakan tidak demokratik itu di Mahkamah kelak.

Melalui Ketua Pemudanya, Ustaz Nasruddin Tantawi menyatakan bahawa barisan 'Pahlawan' negara ini mestilah berani membuat keputusan bijak untuk memilih pemimpin yang adil dan terbaik buat mereka di DUN Bagan Pinang.

"Kita sudah sepakat akan membela mana-mana tentera dan polis yang dikenakan tindakan kerana mengundi kita dan akan menyediakan barisan peguam yang terbaik dan khidmat diberikan adalah percuma!

"Tentera dan polsi adalah pahlawan sebenar dan tunuukkan keberanian anda. JIka adnda takut apatha lagi rakyat. Pastikan kita tidak memilih pemimpin yang terpalit rasuah!" katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah di Pentas Pemuda Pakatan Rakyat di Telok Kemang jam 9.30 malam semalam yang turut dihadiri oleh lebih 200 masyarakat setempat khususnya daripada kaum tion hua.

Turut serta berkongsi pentas ceramah dengan beliau ialah Ahli Parlimen Serdang, Teo Nai Chi, Naib Pemuda KeADILan Khairul Anuar Zainuddin dan Ketua Angkatan Pemuda KeADILan Shamsul Iskandar Mat Akin.

Hadir sama memberi sokongan ialah Speaker Perak V Sivakumar, namun tidak menyampaikan ucapan tetapi menarik perhatian hadirin kerana memakai t-Shirt berlambang Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat.

Mengagumkan pada malam itu, hasil kutipan tabung untuk jentera pilihan raya Pakatan Rakyat cukup menggalakkan apabila berjaya mengutip sejumlah RM820.00 daripada hadirin yang hadir.

Dalam pada itu, Nasruddin turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang memanipulasi undi pos yang berjalan hari ini dan esok untuk bersiap menghadapi tindakan undang-undang daripada PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita sudah pasang perisik kita dalam kem tentera. Jika ada mana-mana pihak yang menyalahgunakan undi pos nanti, kita akan dapatkan buktikan dan cabar di mahkamah," katanya disambut gemuruh oleh para penyokong yang hadir.

Sebelum ini,Pengerusi Jawatankuasa undi pos Pemuda PAS Suhaizan Kayat memberitahu bahawa terdapat pengakuan dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa dia terpaksa memangkah kertas undi mengikut arahan pegawainya.

Pengakuan itu dibuat ketika wakil PAS menemui Abdul Aziz pada 28 Ogos lalu.

Suhaizan memberitahu pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.

Selain itu dalam ceramahnya, Nasruddin membidas tindakan Umno berkempen di dalam kem tentera sevaliknya parti PAS dan calonnya dilarang berbuat demikian atas faktor keselamatan.

Inilah katanya tidakan 'desperate' dan tertekan Umno dimana parti itu boleh lakukan sebaliknya Pakatan Rakyat dikenakan dengan pelbagai halangan dan larangan sekaligus membuktikan Umno sebuah parti yang tidak demokartik.

"Saya berharap para pengundi Bagan Pinang akan membuat keputusan yang bijak untuk memilih pemimpin yang tidak rasuah tetapi pilih pemimpin yang ada intergriti

"Bagi Umno,ISa Samad hanya menyalahi etika tetapi tidak melakukan jenayah. Inilah pendirian yang dipegang oleh Umno dan Najib telah membersihkan ISa dengan alasannya.

"Bagaimana kita nak jamin pemimpin yang terpalit rasuah ini untuk menguruskan wang rakyat dan harta kerajaan jika dipilih?" katanya yang menjadi pembuka mula ceramah pada malam itu.

Hari ini dan esok berlangsungnya proses unid pos di Pusasda yang melibatkan sejumlah pengundi pos yang besar sebanyak 4,620 daripada 13,664 pemilih yang akan membuang undi pada 11 oktober ini. _

Bagan Pinang bagai zon perang malam kelmarin


TELOK KEMANG, 9 Okt : Dalam keadaan mabuk, kumpulan pemuda samseng Umno ini melakukan sekatan jalan raya di Batu 4 dekat sini dan menahan beberapa buah kereta yang dilihat mempunyai lambang-lambang atau logo PAS sekaligus membelasah pemandu-pemandu terbabit sehingga cedera.

Lebih teruk, sebilangan mereka menceroboh masuk ke beberapa buah rumah kampung khususnya di Bagan Pinang dan melakukan tindakan yang sama ke atas penghuni rumah yang dipercayai penyokong PAS dan Pakatan Rakyat.

Ada kawasan tertentu yang tercetusnya kes yang sama, seorang tua diselamatkan oleh sekumpulan anggota tentera daripada terus menjadi sasaran samseng ini.Dan lebih dasyat, kejadian sekumpulan samseng Umno membelasah dan menetak dengan parang seorang petugas PAS berlaku betul-betul di depan Balai Polis Telok Kemang.Demikian dakwa Ahli Majlis Tertinggi KeADILan, Badrul Hisham Shaharin.

Beliau menyifatkan kelakuan samseng pemuda Umno pada 7 Oktober lalu memukul dan menyerang petugas Pakatan Rakyat hanya menjadikan Bagan Pinang kini bagai 'zon perang'."Saya hairan bagaimana ada kejadian sebegini berlaku di hadapan Balai Polis Telok Kemang."Ketika 'ketegangan' memuncak sekitar jam 3.00 pagi hingga 5,00 pagi, saya sendiri beberapa panggilan dibuat kepada pihak polis, namun setiap panggilan tidak berjawab," katanya kepada Harakahdaily di Markas Utama PAS Bagan Pinang.

Badrul juga turut menahan sebuah kereta peronda polis untuk meminta bantuan seorang anggota berpangkat kostabel namun polis terbabit memohon maaf kerana tidak dapat berbuat apa-apa dan meninggalkan beliau begitu sahaja.Ada anggota polis yang menjawab panggilan kecemasan yang dibuat beliau tetapi memberitahu bahawa mereka merupakan anggota dan pasukan polis luar yang tidak tahu selok belok jalan dan kawasan untuk menangani kes terbabit, kata Badrul."Mereka yang diganggu termasuk petugas Pakatan Rakyat yang berusia.

"Saya tahu pemuda Umno ini mabuk dan mereka ini keluar dari Umno Command Centre, mereka buat 'road block' sendiri di Batu 4, mereka tahan siapa sahaja yang lalu yang pakai logo PAS," ujarnya.Beliau turut mendakwa, salah seorang anak pemimpin tinggi Umno di Negeri Sembilan terbabit dengan keganasan ini.Beliau menamakan anak pimpinan Umno yang terbabit itu sebagai 'Bob' yang dibayangkan seorang yang bertubuh besar dan berkulit cerah.

Tindakan samseng jentera Umno itu sebenarnya hanya menjadikan suasana pilihan raya kecil Dun Bagan Pinang yang pada awalnya tentera, kini seperti 'zon perang'.Justeru beliau menggesa pihak berkuasa segera mengambil tindakan tegas kepada mereka yang membuat 'onar' iaitu Pemuda Umno."Jangan sampai mengasak atau meberi tekanan kepada Pemuda Pakatan Rakyat sampai ke dinding.

Kesabaran kami ada hadnya," jelasnya tegas dan tidak menolak kemungkinan insiden ini akan berlaku dalam dua tiga hari lagi.Sehingga kini, difahamkan terdapat 9 laporan polis telah dibuat berhubung tindakan ganas samseng Umno ini dan gambar-gambar mangsa belasah parang dan pedang samurai itu telah tersebar di papan-papan poster markas, internet, rakaman telefon dan diedarkan sebagai risalah.Malah ada sms yang meminta Pemuda Pakatan Rakyat dan PAS untuk tingkatkan keselamatan dan siap siaga bagi mendepani sebarang kemungkinan yang tidak diingini beberapa hari menjelang hari pengundian Ahad ini.


Pilihan raya kecil paling kotor, Umno amat tertekan!

TELOK KEMANG, 9 Okt : Jika SPR masih tidak endah dan Umno masih 'bermaharajalela' memanipulasi dan mengganasi, PAS tidak menolak kemungkinan rakyat akan bangkit menyatakan bantahan besar-besaran sekali lagi seperti ditunjukkan dalam Himpunan Bersih 100,000 dua tahun lalu.

Ini bagi memberi pengajaran perit kepada kerajaan Barisan Nasional agar menghormati hak rakyat dan tidak menzalimi mereka seperti insiden belasah dan pukul di Bagan Pinang sekaligus menghukum parti itu dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Demikian kata AJK PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Tumpat, Dato' Kamarudin Jaffar ketika ditemui Harakahdaily di Markas Operasi Utama PAS bagi pilihan raya kecil Bagan Pinang dekat sini semalam.

Kata Kamaruddin pelbagai pelanggaran akta pilihan raya dan tindakan ganas samseng Umno ke atas petugas dan penyokong Pakatan Rakyat hanya menjadikan pilihan raya kecil kali ini antara terkotor dalam sejarah selepas pilihan raya 2008.

Sambil menyatakan rasa terkejut dengan insiden pukul petugas PAS oleh penyokong Umno yang cukup kerap berlaku sejak 7 Oktober, Kamarudin menyatakan hal ini berkaku walaupun dengan kehadiran polis yang ramai.

"Tindakan ini menunjukkan Umno sangat tertekan dan berusaha dengan apa cara sekalipun termasuk mengganas demi untuk memastikan calon terpalit rasuah mereka menang

"Asakan-asakan ini menunjukkan mereka sudah mendapat 'feedback' bahawa rakyat sudah menolak mereka dan imej Umno makin jatuh," katanya.

Dalam pada itu, beliau kesal dengan pihak berkuasa yang gagal menangani masalah provokasi dan pergaduhan yang berlaku, menampakkan kelemahan pihak polis sekaligus memburuk imej institusi itu yang dilihat dipergunakan oleh Umno.

Jika sebelum ini pihak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan sering memberi jaminan bahawa keselamatan petugas, orang awam dan petugas lain diberi keutamaan semasa kempen pilihan raya kecil mahupun umum, tetapi kali ini suara KPN tidak kedengaran, katanya.

"Kali ini polis didapati tidak berjaya dan Umno perlihatkan kegelisahan dan ketakutan mereka itu berdepan dengan Pakatan Rakyat dan melakukan tindakan yang sangat tidak demokratik.

"Peristiwa ini sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa usaha Pakatan Rakyat mewujudkan suasana demokrasi masih dihalang Umno.

"Dan parti yang menyalahguna kuasa ini mesti ditolak oleh rakyat khususnya di Bagan Pinang,"katanya.

Risalah Bagan Pinang (5) buat semua pengundi, Teluk Kemang




Risalah Bagan Pinang (4) buat semua pengundi, Teluk Kemang





Risalah Bagan Pinang (3) buat semua pengundi, Teluk Kemang





Risalah Bagan Pinang (2) buat semua pengundi, Teluk Kemang





Risalah Bagan Pinang (1) buat semua pengundi, Teluk Kemang








Salam.. risalah ini ana sertakan buat semua pengunjung walaupun bahasa india tetapi ada jg transelit, sekali2 bagi can orang india, cina baca bahasa ibunda mereka jg.. semoga minda mereka terbuka..

WE ARE BROTHERS

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI