Monday, March 16, 2015

Mungkin Di Tahan 7 Hari "Nurul Izzah"



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjangkakan anaknya yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar mungkin ditahan sehingga tujuh hari di lokap. Presiden PKR itu mendakwa penahanan Nurul Izzah hanyalah suatu bentuk intimidasi kerajaan untuk mengekang kebebasan bersuara dan membantutkan agenda reformasi di negara ini. nurul wan azizah300“Penahanan kerana kenyataan yang hanya dibuat beliau di dalam Parlimen dalam kapasiti selaku ahli parlimen yang dipilih oleh rakyat amatlah dikesali,” katanya dalam satu kenyataan.
Penahanan ini amat berunsur politik dan Nurul Izzah hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen. Wan Azizah yang merupakan ADUN Kajang turut kesal dengan penahanan reman anaknya.

“Saya menyeru agar rakyat Malaysia dapat turut serta menyatakan sokongan dan solidariti untuk Izzah serta rakan-rakan pejuang lain seperti Adam Adli dan Mandeep Singh yang ditahan di balai polis Jinjang bermula jam 9 malam ini,” katanya.


 Sebelum itu, Izzah telah diminta hadir ke IPD Dang Wangi susulan perhimpunan #kitalawan yang diadakan setiap minggu. Nurul Izzah juga telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai ucapannya yang dikatakan berunsur hasutan Sementara itu anak lelaki dan perempuan Nurul Izzah tidak dapat menyembunyikan kesedihan di wajah mereka. Raja Safiyah Raja Ahmad Shahrir, 7 dan Raja Haris Raja Ahmad Shahrir, 6 kelihatan bergenang air mata sewaktu berjalan keluar dari IPD Dang Wangi.
Nurul Izzah dibawa keluar dari IPD Dang Wangi pada pukul 6.45 petang dan terus dibawa ke lokap Jinjang dengan menaiki kereta Estima berwarna gelap.

Adik Nurul Izzah, Nurul Nuha sewaktu ditemui pemberita memberitahu bahawa beliau sangat marah dengan tindakan pihak polis yang menahan kakaknya dengan menggunakan Akta Hasutan. “Pihak polis telah menggunakan akta kuno (Akta Hasutan 1948) untuk menjadikan Izzah sebagai mangsa dan disabitkan dengan pendakwaan terpilih. “Penahanan ini amat berunsur politik dan dia (Izzah) hanya menjalankan tugasnya sebagai ahli Parlimen,” katanya. Manakala, bekas suami Nurul Izzah, Raja Ahmad Shahrir dalam status Facebooknya meminta supaya rakan-rakan mendoakan Izzah dalam keadaan selamat. “Minta rakan-rakan semua doakan Izzah dalam keadaan selamat,” ujarnya dalam status Facebook.

Solidariti Bersama Nurul Izzah dan "Kita Lawan " Lebih 500 Peserta Hadir



Lebih 500 orang penyokong menyertai nyalaan lilin di luar balai polis Jinjang malam ini sebagai tanda sokongan mereka kepada Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar yang ditahan di lokap balai itu. Mereka membawa plakad yang bertulis "Bebaskan Nurul Izzah", "Solidariti Bersama Nurul Izzah" dan "Kita Lawan".

Turut kedengaran ialah laungan kuat "bebas Nurul", "hidup Nurul" dan "Puteri Reformasi". Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail tiba pada jam 9.30 malam dan meluahkan perasaan sedihnya kepada para penyokong yang hadir "Memang sedih anak diperlakukan sebegitu. Apa salah dia, dia cuma menyuarakan suara hati rakyat.


"Kezaliman tidak akan berkekalan, kita akan kuat dan bersemangat untuk membela rakyat. "Mungkin malam ini anak saya... tapi percayalah semangat yang ada pada kita akan lawan kezaliman sehabisnya," kata Azizah dalam ucapannya.
Wan Azizah seterusnya membimbing para penyokong melaungkan "lawan tetap lawan, lawan sampai malam". Adik Nurul Izzah dan anak perempuan keempat Anwar, Nurul ilham turut hadir.
"Biar mereka menahan satu Nurul tapi mereka kena tahu, ada empat Nurul akan terus melawan," laung Nurul Ilham, disambut tepukan para penyokong. Nurul Ilham berkata, penahanan kakaknya membuatnya sedar bahawa setiap perjuangan mesti ada pengorbanan. Himpunan turut dihiburkan dengan lagu-lagu gubahan penyanyi muda seperti lagu "suara rakyat", "asal bukan Umno" dan lagu sindiran terhadap Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor.

Ketua Pemuda DAP,Teo Kok Seong yang dibebaskan semalam dan turut hadir dalam himpunan malam ini berkata beliau dapat merasai sendiri perasaan apabila dimasuk dalam lokap. "Kita mahu Nurul dibebaskan segera," katanya. MP PAS Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap berkata sebagai ahli Parlimen sepatutnya ada "imuniti" atau kekebalan. 

Beliau kesal kerana mendakwa hak ahli Parlimen untuk bersuara dalam Dewan Rakyat telah dicabul dengan penahanan Nurul Izzah. Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack turut muncul dalam himpunan dan melaungkan "kita mesti lawan balik". "Kita telah bersama-sama dalam isu Lynas, sekarang kita bersama sekali lagi untuk menentang kezaliman," katanya.


Nurul Izzah Di Tahan Ketika Beri Keterangan. Di mana Keadilan ??



MP Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata beliau ditahan ketika hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi hari ini.
Nurul Izzah pada asalnya hadir ke balai berkenaan untuk siasatan berhubung perhimpunan Kita Lawan. Anak sulung kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mengesahkan perkara itu dalam tulisan di Twitter. Peguamnya, R Sivarasa ketika keluar dari balai memberitahu pemberita bahawa Nurul Izzah ditahan mengikut Akta Hasutan atas ucapannya di Parlimen hari Selasa lalu.



"Mereka (polis) masih lagi dalam proses mendokumentasi. Mereka enggan beritahu jika (Nurul Izzah) akan ditahan atau tidak.

 Dengan sinis, beliau juga berkata kerajaan sepatutnya terus memansuhkan parlimen sekiranya MP tiada kekebalan. "Mungkin mereka patut mansuhkan parlimen dan guna rejim autoritarian dan bukannya demokrasi,” katanya.

Tambahnya, polis turut merakam kenyataan Nurul Izzah berhubung perhimpunan Kita Lawan. Sementara itu, seorang lagi MP PKR, N Surendran berkata, polis tidak sepatutnya menyiasat Nurul Izzah. “Perkara 63(2) Perlembagaan Persekutuan memberi kekebalan daripada apa-apa persidangan mahkamah atas apa sahaja yang dituturkan oleh seseorang MP di Dewan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan pagi ini. 

 
Nurul Izzah tidak sepatutnya disiasat, melainkan jika beliau menyentuh isu sensitif, katanya. "Tindakan hanya boleh diambil ke atas MP atas kata-kata yang meliputi Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948, termasuk soal kerakyatan, kedudukan Raja-Raja, bahasa kebangsaan atau kedudukan istimewa orang Melayu,” kata peguam itu dalam kenyataannya.

 Siasatan ke atas Nurul Izzah itu dijalankan susulan laporan polis oleh bekas MP Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang mendakwa kritikan ke atas badan kehakiman merupakan kenyataan yang menghina dan menghasut. Ia berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat.

Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan   berhubung tindakan Nurul Izzah yang membacakan sebahagian daripada ucapan bapanya, ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persidangan Dewan Rakyat. Kandungan ucapan itu antara lainnya mengkritik para hakim yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan Liwat II.

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI