Friday, April 1, 2011

Menolak Politik Durjana




Ampang - Rata-rata rakyat menolak politik kotor yang dimainkan oleh UMNO-BN. Sejak kebelakangan ini kita melihat betapa tedesaknya UMNO-BN membuat tindakan yang membuatkan seluruh dunia menyedari tindakan ini sebenarnya mencerminkan keperibadian kepimpinan mereka sekali gus akan menggoyangkan parti UMNO-BN.

Ini adalah kerana mereka sanggup menerbitkan pelbagai cetakan yang tidak boleh diterima oleh akal pemikiran rakyat. Dengan pelbagai cetakan yang diterbitkan, membuatkan rakyat tertanya-tanya dimanakah mereka mendapat sumber kewangan untuk membeli peralatan percetakan dengan menerbitkan bahan-bahan cetak rompak untuk menjayakan misi jahat mereka.

Persoalannya, adakah percetakan tersebut telah mendapat kelulusan ataupun tidak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN). Dengan penyebaran risalah tersebut oleh UMNO-BN, adakah KDN telah mengambil tindakan yang sewajarnya dalam mengatasi isu percetakan ini. Atau KDN juga bersekongkol dengan UMNO-BN, kerana sehingga kini isu penerbitan akhbar Selangorkini yang diterbitkan oleh UMNO-BN masih tidak dijawab oleh KDN walaupun laporan polis telah dibuat oleh Kerajaan Negeri Selangor, Pakatan Rakyat (PR).

Tidak cukup dengan akhbar, mereka menerbitkan pula pengeluaran buku Juara Lawak berusurkan fitnah, dan lucah yang boleh menjatuhkan imej sebagai orang islam, kata Pn. Salmiah Ismail Ketua AMK Cabang Wanita Keadilan Ampang ketika ditemui kelmarin di IPD Ampang.

Menurutnya lagi , "tindakan yang mereka lakukan ini ibarat mencerminkan diri mereka sendiri kerana sanggup melakarkan imej-imej yang tidak senonoh. Sesiapa yang membacanya pasti akan beristigfar. Sebagai orang islam, kita dilarang sama sekali melihat video lucah, melukis imej-imej yang boleh merangsang nafsu".

Mengapa mereka sanggup melakukan perkara ini, adakah mereka tidak tahu erti dosa dan takut kepada hukum ALLAH swt. Adakah mereka yang melakukan perkara ini tidak rasa bersalah dengan menaburkan fitnah dan menyebarkan isu-isu yang tidak memberi manfaat kepada orang lain. Dimanakah nilai-nilai ketuhanan dalam diri mereka sehingga sanggup memijak-mijak maruah dan keperibadian seseorang tanpa belas kasihan.

Apakah mereka tidak boleh berfikir bagaimanakah perasaan mereka apabila diri nya diletakkan ditempat tersebut?. Dimanakah hendak kita meletakkan maruah keluarga, isteri dan anak-anak yang sekali gus boleh tercemar semata-mata kerana kepentingan politik mereka.

Jesteru itu, kami daripada Pakatan Rakyat(PR) mendesak semua umat islam, gabungan ahli-ahli Persatuan Ulama' , Gabungan Ahli Ugama, NGO dan rakyat seluruh Malaysia yang boleh menilai baik buruknya isu fitnah ini, membantah sekeras-kerasnya tindakan fitnah UMNO-BN dengan mengadakan satu himpunan agar UMNO-BN menghentikan tindakan bodoh mereka ini, ujarnya.

Sementara itu pula, Adam Abdullah, 34 tahun yang turut bersama menghadiri Himpunan mengiringi Y.B Azmin Ali (Ahli Parlimen Gombak), Y.B Amiruddin Shari (ADUN Batu Caves), dan Syari Sungip (ADUN Hulu Klang) bagi menjawab isu ceramah yang diadakan pada 25hb Mac, 2011 di perkarangan Pejabat Ahli Parlimen Gombak menyatakan “perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku di dalam negara Malaysia yang di lebalkan sebagai negara islam. Berikutan dengan isu yang berlaku, apakah peranan menteri-menteri terutamanya Perdana Menteri (PM) dalam mengatasi masalah fitnah dan percetakan yang tidak bermoral ini. Tindakan beliau yang mendiamkan diri menunjukkan sokongan beliau di dalam masalah ini dan menyokong penerbitan tanpa kebenaran yang berunsurkan fitnah.

Sebagai muslim , di dalam Al-Quran jelas menyatakan “Allah swt telah menjelaskan bahawa fitnah itu termasuk di dalam dosa-dosa besar, dan lebih buruk daripada membunuh. Betapa fitnah ini memberi impak yang negetif kepada ummat”.

Disini saya ingin mendesak agar PM, Najib yang mengetuai parti UMNO-BN itu, seharusnya menghentikan tindakan bodoh mereka. Jika mereka ingin bertanding dalam politik seharusnya melaksanakan politik yang adil berteraskan hukum-hukum islam. Bukan mengamalkan politik kotor yang sangat menjijikkan. Rakyat kini semakin bijak menilai. Dengan berbagai agenda buruk yang dilakukan oleh parti UMNO-BN akan memberi kesan negatif kepada parti itu sendiri kerana banyak yang mereka lakukan akan terkena kepada diri mereka kembali, katanya.

Yb. Zuraidah Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang merangkap Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula berkata, wanita PR seluruhnya menolak politik kotor di bawah pentadbiran Najib. Kita lihat UMNO-BN begitu sangat terdesak sehingga sanggup membuat berbagai tindakan yang diluar jangkaan. Selepas isu fitnah ke 2, kini mereka begitu berani mencetak pula pamphlet lucah buku Juara Lawak yang berususrkan lucah.

Menurutnya percetakan pamphlet lucah adalah satu kesalahan dibawah seksyen 29(2a) kanun keseksaan dimana mereka yang di dapati bersalah mengedar pamphlet lucah boleh dikenakan hukuman penjara 3thn atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekali. Seksyen 499 & 500 kanun keseksaan dimana jika mereka yang didapati bersalah memfitnah boleh dikenakan hukuman penjara 2thn atau didenda kedua-duanya sekali. Mereka yang terlibat seharusnya bertaubat kepada ALLAH swt.

Dibawah pentadbiran (PM) Najib, banyak perkara-perkara yang berlaku mengcetuskan tanda pertanyaan kepada rakyat. Isu-isu seperti kes Altantuya, Teo Beng Hock dan Aminurrashid yang sehingga kini masih dalam tanda tanya dan tidak ada jalan penyelesaian terbaik. Semuanya berunsurkan poilitik durjana UMNO-BN.

Sebagai Pemimpin kita seharusnya mempunyai sifat-sifat terpuji, amanah, tidak mengamalkan rasuah, beribawa, kredibeliti dan betanggungjawab keatas rakyatnya. Bukan menjadi pemimpin yang pengecut dan mengikut telunjuk kata isterinya sahaja.

Berikutan dengan berbagai isu yang tercetus, ini menunjukkan kelemahan pentadbiran Najib sebagai PM, seharusnya Najib dan semua kepimpinan parti UMNO-BN berundur dan memberi peluang kepada PR memerintah bagi mentadbir Negara dengan baik untuk kebaikan rakyatnya.

Editor : khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI