Sunday, March 6, 2011

25thn isu geran tanah tidak dapat diatasi.


Bt 16 Rawang - Sesi dailong antara pejabat tanah Tn Ahmad Zahrin B Mohd Saad D.O, Pegawai-pegawai Daerah Gombak, PLB, Penghulu Mukim, AJK JKKK Kg Melayu Tambahan bersama penduduk diadakan kelmarin bagi mengatasi segala masaalah penduduk disini yang masih tidak diatasi semenjak pemerinthan Kerajaan terdahulu (UMNO-BN).

Antara perkara-perakara yang berbangkit adalah mengenai isu tanah, infrastruktur, isu sampah, jalan raya dan sebagainya.

Berkata Tn Zahrin dalam pertemuan sesi dailog bersama ketua Kg, dan penduduk, " perlu ada bagi mengatasi masaalah mereka yang sekian lama dan masaalah terkini untuk diatasi dengan baik. Dengan pertemuan inilah penduduk diberi peluang untuk meluahkan masaalah mereka dan bincang secara terus dan tulus".

"Bagi masaalah yang timbul jika tidak ada kaitan dengan pejabat tanah, insya-allah kita akan panjangkan dalam mesyuarat daerah bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kerjaya Raya (JKR), Jabatan Pengaliran Saliran (JPS), dan sebagainya katanya ketika ditemubual di Pejabat JKP Zon 1 JKKK Kg Melayu Rawang".

Sementara itu Ahmad Nazri Ibrahim Penghulu Mukim Rawang 1 berkata, “Alhamduililah sesi dailog bersama Pejabat tanah dan beberapa agensi yang terlibat telah selamat dilaksanakan. Perkara ini sangat dinantikan sekian lama oleh penduduk. Akhirnya hasrat kami untuk mengadakan dailog dengan pejabat tanah tercapai juga. Antara perkara yang serius kita bincangkan adalah masaalah geran tanah yang sekian lama tidak dapat diatasi lebih kurang 25thn semasa pemerintahan Kerajaan UMNO-BN terdahulu".

"Puas penduduk mencari jalan penyelesaian namun tiada jalan yang terbaik. Kita rasa kesal dengan pengambilan masa yang terlalu lama semasa 50thn UMNO-BN memerintah. Namunpun begitu apabila PRU ke 12 telah bertukar kerajaan, maka penduduk dan ketua kg disini bersepakat untuk bawa usul ini kepada pihak Menteri Besar (MB) dengan mendapat kerjasama daripada ADUN Rawang, Pn Gan Pei Nei".

"Kita berjanji untuk membantu penduduk disini terutamanya masaalah geran tanah yang tertindih dan sebagainya. Kita dibawah Kerajaan Pakatan rakyat (PR) akan cuba atasinya dengan baik walaupun 3thn memerintah. Apa yang kita harapkan semoga semua pihak memberi kerjasama", katanya.

"Seorang penduduk disini En Sani Yusof AJK JKKK Kg Melayu melahirkan rasa kecewa kerana tanah yang beliau miliki telah dimasuki oleh orang lain. Terdapat penindihan tanah. Tanah yang diberi geran kedudukannya tidak sama dalam plan".

"Masaalah ini kita telah bincangkan 3thn yang lalu dibawah Kerajaan PR dengan melantik juruukur Teguh. Perlantikan tersebut telah mendapat persetujujan daripada semua penduduk yang terlibat. Seramai 12 orang yang telah membuat bayaran RM600 setiap lot untuk diukur".

"Sebenarnya ramai yang terlibat. Dengan perlantikan juruukur ini semua penduduk bersetuju sebarang keputusan yang diberikan oleh juruukur tidak akan mendapat bantahan daripada mana-mana pihak. Tujuan kita tetapkan syarat ini agar tidak berlaku perbalahan dan memudahkan urusan semua pihak daripada masaalah ini tidak dapat diatasi.

Kita tidak mahu rakyat mengatakan dibawah pemerintahan Kerajaan PR juga masaalah ini tidak dapat diatasi sama dengan Kerajaan UMNO-BN. Jauh berbeza.. Kita buat kerja bukan seperti UMNO-BN. Insya-ALLAH kita harap masaalah ini dapat diatasi secepatnya".

"Tetapi kita rasa terkilan Jurukur yang dilantik tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya. Pihak tersebut datang hanya sekali sahaja untuk mengukur tanah kemudian kerja seterusnya tidak dilaksanakan sedangkan bayaran telah dibuat. Apabila kami bertanya dengan pihak juruukur tersebut mereka menyatakan dirinya diugut oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Jadi segala masaalah tersebut tidak diatasi dalam tempoh 20thn yang lalu".

Ujarnya lagi, yang menjadi terkilan pada saya terdapat 2 lot yang tidak sepatutnya berada dikawasan tanah rumah saya. Bahkan 1 lot telah diletakkan dikawasan kebun saya berhampiran sungai. Sementara saya ada isteri dan anak-anak boleh diselamatkan tetapi andainya kalau saya sudah meninggal bagaimana nasib mereka kelak. Kita susah payah membanting tulang untuk meninggalkan harta pusaka untuk isteri dan anak-anak tetapi begitu mudah sekali diberi lot kepada orang lain. Ini semua peranan Majlis Perbandaran Selayang dan Pejabat Tanah.

Harapan kami kepada pihak Juruukur Teguh dan pihak yang berkaitan seharusnya bertanggungjawab untuk atasi masaalah penduduk disini.

Terdapat batu penindih sahaja diletakkan setiap rumah yang sudah buat bayaran, tetapi tidak dibuat pemasangan dan pengukuran yang tepat. Kita tidak mahu berlaku salah faham daripada mana-mana penduduk tentang pembahagian tanah akibat sikap mereka yang hanya mengaut keuntungan dengan begitu mudah sekali, katanya.



Editor :khaulah azwar

SIMFONI KASIH TAUTAN HATI